Sunday, January 4, 2009

MENUNGGU MENYINSINGNYA FAJAR: Selasa 6 Januari 2009

Cahaya Kandil.

"Sesungguhnya 'Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya 'Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (Yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma'aruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar: dan kepada 'Allah-lah kembali segala urusan". - (Al-Hajj: Ayat 40 - 41)


"Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap daripada 'Allah apa yang tidak mereka harapkan". - (An-Nisa': Ayat - 104)


"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan 'Allah, Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui". - (At-Taubah: Ayat 41)


'Tanda orang munafiq itu tiga; apabila ia bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila diamanahkan sesuatu ia berkhianat'. - (Sahih Muslim)


PAS - PR Mewarnai Penamaan Calun PRK P.36 - Kuala Terengganu.


Sudah pasti tarikh 6 Januari 2009 bersamaan 9 Muharram 1430 - Selasa, hari tersebut menjadi tumpuan dan perhatian kepada pencinta politik tanahair dinegara kita, maupun di peringkat Asia dan global. Pertarungan menang atau tewas dikalangan parti-parti yang bertanding. Ianya akan memberi dan menghasilkan impak yang besar kepada senario cuaca-iklim politik negara semasa; untuk jangka panjang maupun pada jangka pendeknya. Samada dipehak PAS-Pakatan Rakyat maupun dikalangan UMNO-BN. Rakyat dalam negara dan yang berada diluar negara sedang meneliti dengan debaran diikuti kepelbagaian pendapat dan analisa.


Sesungguhnya, sekiranya beberapa calun-calun bebas turut menyertai pilihanraya PRK P.36 Kuala Terengganu tersebut menjadi kenyataan, sekalipun diluar matlamat mereka untuk mencapai kemenangan sekali pun didalam kotak demokerasi. Tetapi ianya berperanan besar sebagai unsur pengacau dan pengganggu hatta kepada perengkat tahap puaka pemusnah kepada PAS, berpandukan kepada keputusan PRU12 8 Mac 2008 yang lalu. Fenomina tersebut telah dilalui oleh PAS dan pengalaman tersebut jangan dipandang mudah dan menafikan realitinya. Pasti calun-calun bebas mampu mencuri dan mendapat pengaliran undi atas pagar dan undi protes diterima oleh mereka.


Dipehak lawan PAS-PR iaitu UMNO-BN dan kuncu-kuncu bersam-sama merakit. Mereka cuba memperkecil calun yang mewakili PAS-PR yang diumumkan pada 1 Januari 2009 yang lalu oleh Presiden PAS YB Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang dengan menamakan ADUN Wakaf Mempelam YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut 52 tahun graduan UPM dengan mendapat mandat di lima kali PRU dan mantan exco semasa PAS-APU menguasai Terengganu bermenteri besar TG DS Haji Abdul Hadi Awang. YB Haji MAWE merupakan calun PAS-PR yang tepat, yangmana beliau telah mendapat pengesahan dan pengiktirafan dari Mursidul Am PAS YAB TG Datuk Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat juga Menteri Besar Kelantan menjangkau 19 tahun mentadbir.
Calun PAS-Pakatan Rakyat.
Dipehak UMNO-BN apabila mereka pantas dan gopoh mengumumkan calun mereka untuk bertanding dikali kedua masa dan tarikh ketikanya selepas tarikh pertama ditunda oleh Presiden UMNO awangan DS Najib Tun Razak. Mereka cuba menempelak pehak PAS-PR mempunyai masalah dalam membuat keputusan solid memilih calunnya. Dulu atau kemudian disudut mengemukakan calun di PRK P.36 Kuala Terengganu bukan indekator mutlak kepada UMNO-BN sebagai simbul kemenangan kepada mereka dalam mempertahankan kerusi P.36 Kuala Terengganu ini.
Kepimpinan Perdana PAS Pusat dan kepimpinan PAS diperingkat Negeri Terengganu beserta dengan sahabat kerabat dalam PR - PKR dan DAP berperanan dalam membuat penelitian untuk memilih calun diperengkat awal. Bagi PAS khususnya melakukan pemilihan individu untuk mewakili PAS berdepan dengan rakyat dalam pilihanraya, ianya dikelompuk dan dikategerikan sebagai ibadat disisi 'Allah. Justeru ibadat disisi 'Allah ianya wajar (dibaca wajib) disempurna mengikut rukun dan syarat-syaratnya. Pemilihannya bukan satu kerja main-main yang cincai, sekadar mewakili dan memuaskan hati kumpulan tertentu dengan calun tertentu. Bukan pemilihan calun beradu kuasa seperti UMNO dengan kuasa Kuala Terengganu dengan kuasa penentu di Putrajaya-PWTC, ini adalah kenyataan.
Menerusi dan melalui perbincangan yang rapi dengan pelbagai nama calun PAS oleh dikalangan bermacam-macam pehak datangnya membuat saranan, samada ianya datang dikalangan dalaman PAS, juga cadangan beracun yang dikemukakan oleh musoh PAS ditonjolkan mereka. Termasuklah calun-calun yang dikemukan oleh teman sahabat dan teman diluar kerangka sahabat dikalangan blogger juga turut membuka tunjuk jalan menamakan calun PAS di PRK P.36 Kuala Terengganu. Semua tokoh-tokoh besar yang ditaja, dikemukan itu kenyataan muktamatnya pada 1 Januari yang lepas adalah terbabas jauh api dari semanggang.
PAS-PR Mengemukakan Calun Berwibawa Menang.
Seluruh rakyat negara terkejut, tetapi rakyat dan pengundi-pengundi di P.36 Kuala Terengganu menduga dan menerimanya YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut ADUN Wakaf Mempelam telah dipilih oleh Presiden PAS Pusat YB TG DS Haji Abdul Hadi, menerusi jalan tunjuk dan buka jalan melalui cara-cara yang diajarkan oleh agama kita yang disampaikan oleh Junjungan Besar Nabi kepada kita dengan cara atau indekator yang releven untuk umat-umat Islam guna pakai bila-bila garis panduan yang mutlak ini, iaitu "Solat Istiqarah". Disinilah kelebihan dan keutamaan yang dititikberatkan oleh kepimpinan PAS disudut membuat keputusan pemilihan calun ini.
Sebagaimana sama dan serupa terkejutnya rakyat Negeri Sembilan menanti tunggu debaran perlantikkan Yamtuan Besar Negeri Sembilan menggantikan yang mangkat. nyatalah Undang Yang Berempat telah menyempurnakan memikul amanah besar dan tanggungjawab mereka berempat membuat pemilihan muktamat yang keramat lagi berkat. Pilihannya bukan terjatuh kepada putera-putera Yamtuan Tuanku Jaafar, tetapi kepada anaknda saudaranya YM Tengku Mukris Tengku Munawer dipilih dicalunkan menjawat Yamtuan Besar Negeri Sembilan. Begitulah juga telitinya dipehak PAS-PR dalam membuat penilaian pemilihan calun dalam PRK P.36 Kuala Terengganu ini.
Dan saya yakin Presiden Awangan UMNO DS Najib tidak temui jalan ini dalam membuat pilihan keatas calunnya Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh.Justeru pemilihan dan keputusan yang ditunjukan hasil beristiqarah, jangan sampai dikalangan pemimpin tinggi perengkat pusat dan negeri dikalangan PAS-PR mempertikaikan akan pemilihan tersebut. Janganlah calun ditunjukan menerusi pengesahan 'istiqarah' itu dipandang sama dan serupa sebagaimana calun yang diletakkan oleh UMNO-BN mewakili mereka. Bagi individu saya Ibn Abdullah Awab dengan ilmu agama yang didada cuma dua tiga titik ini, saya akur dan menerima bulat tanpa mempertikai hatta mempersoalkan calun kita YB Mohd Abdul Wahid Endut. Jangan dikalangan yang ilmunya melimpah membuat pelbagai alasan menolak.
Ya! Saya simpulkan pendekatan pemilihan calun PAS-PR di P.36 Kuala Terengganu ini, umpama cermat dan begitu sekali berhati-hati, berwaspada dan begitu sekali penelitian skill kerja sebagaimana skill yang dimiliki oleh tukang jahit yang juga tukang gunting kain-pakaian. Oleh kerana kain itu harganya terlalu mahal, jenama dan nilai harga dan nilai kualitinya. Apalagi kualiti pemilik penempahnya, maka beliau membuat tanda dan membuat ukuran berulang kali sehingga ditentukanya dengan penuh yakin selepas membuat tanda-tanda dan mengukur; barulah ia mengambil guntingnya yang tajam membuka langkah tangan memulakan menggunting berpandukan tanda-tanda dibuatnya.
Pasti hasil guntingannya itu bila dijahit dicantumkan, ianya akan menghasilkan akan menjadi sehelai baju, coat atau seluar yang sempurna dan terhindar dari kesilapan yang merugikan kedua-dua belah pehak. Pembeli pengguna dan tukang jahit itu sendiri. Maka begitulah berhati-hatinya PAS-PR dalam membuat keputusan calun untuk PAS-PR di PRK P.36 Kuala Terengganu tersebut. Orang ramai sentiasa bercakap lebihnya calun UMNO-BN Datuk WAF ini dibandingkan dengan calun PAS-PR YB Haji MAWE ini. Ya! saya memperakui disini bahawa calun PAS-PR ini sememangnya kurang kalau dibandingkan dengan calun UMNO-BN.
Benar saya tegaskan disini dan boktikan kekurangan calun PAS-BN kalau di banding padukan dengan calun UMNO-BN Dato' WAF. Calun yang diketengahkan oleh PAS-PR di PRK P.36 Kuala Terengganu YB Haji MAWE; beliau tidak pandai berkarokey seperti DAto' WAF, beliau tidak guna salahkan kuasa dan rasuah sebagaimana dilakukan oleh calun UMNO-BN Wan AF resmi atau tidak resmi menggunakan PDRM, FRU, PGA dan SB melebehi jumlah 10,000 sumber dapat diyakini untuk mejadi pengawal pelindung kepada penyokong dan jentera UMNO-BN dan provok dan menakut, menekan dan mengancam pengundi, pekerja dan petugas-petugas PAS-PR, disepanjang perjalanan masa PRK P.36 Kuala Terengganu.
Kurangnya calun PAS-PR dan calun diketengahkan UMNO-BN, kerana calun PAS-PR ini mendapat sokongan sepenuh dari Presiden PAS dan negeri, kebetulan datangnya dari negeri yang menghadapi membuka gelanggang PRK 2009 ini. Sedangkan calun UMNO-BN ditolak oleh UMNO-BN khasnya YAB MB Datuk Ahmad Said, sebab itulah untuk mengelak dan nafikan Dato' WAF bukan calun di PRK P..36 Kuala Terengganu, maka Dato' WAF dicalunkan untuk kali kedua menjawat jawatan senator mewakili DUN Terengganu. Dengan harapan penolakkan Datok Ahmad Said itu keatas Dato' WAF dihurmati UMNO Pusat.
Tempelakkan dari Putrajaya khasnya dari Tingkat 4, sebagaimana dijaja dan disahkan selama ini keputusan besar dibuat oleh UMNO dan Kerajaan. Iaitu negarawan Tun Dr Mahathir Muhammed Kutty mantan PM dan mantan Presiden UMNO yang telah berada diluar kotak jemaah UMNO. Telah membuat keputusan paku belanda putuskan memilih bahawa calun UMNO adalah Dato' WAF kroni di T4 Putrajaya bukan C4 peledak yang menghancurkan wanita jelita Altantuya Sahaaribu yang dikaitan sampai lanie dengan Presiden Awangan UMNO DS NTR dan bininya Datin RM.
Inilah namanya kerja gila babi, bukan babi gila dibuat UMNO. Semuanya boleh dan merugikan masa wang rakyat. Tindakan bijak dan bistarikah dilakukan oleh UMNO dihari akhir persidangan Dewan Negara minggu lepas, Dato WAF mengangkat sumpah jawatan senator di hadapan TS Dr Abdul Hamid Pak Wanteh Speaker DN. Cuma sekadar 5 hari dan terpaksa meletak dan melepaskan jawatan senator tersebut menjelang penamaan calun pada 6 Januari 2009 Selasa, dan hari ini 5 Januari 2009 Dato' WAF wajib melepaskan jawatan senator dan meletakkan jawatan TM Dalam Negeri.
Di muka bumi Malaysia tidak boleh samasekali individu berada di Parlimen serentak sebagai ADR dan sebagai ADN. Sementelah pula DUN Terengganu terpaksa membuat perlantikkan senator baru mengganti Dato'WAF mewakili DUN Terengganu. Inilah dikatakan keputusan diluar kotak yang waras. Teman-teman blogger pohon mendapatkan pandangan saya bagaimana dengan nasib calun UMNO-BN ini? Bukan kerana saya mengenali dan didalam kelompok PAS sejak 1969, tetapi diatas perhitungan dan pengamatan hakiki saya bahawa calun UMNO-BN Dato' WAF akan terajang tangga dan goyang kaki dengan kemenangan dipehak calun PAS-PR YB Haji MAWE dengan persekitaran majoriti 850 - 1,600 kalau melebehi dari ini ianya adalah bonos, Inshaallah.
Kelebihan besar kepada YB Haji MAWE sebagai calun PAS-PR di PRK P.36 Kuala Terengganu adalah beliau disantuni dan disegani hatta dihurmati dipercayai dimertabatkan dan dinobatkan sebagai Wakil Rakyat Berwibawa lagi bistari kerana sepanjang beliau menyertai 5 kali PRU Umum rakyat dan pengundi Wakaf Mempelam memilih beliau menjadi ADUN. Diatas asas dan paksi inilah, Inshaallah YB Haji MAWE, pengundi dan rakyat P.36 Kuala Terengganu akan menganjakdikmakan beliau mengembang peranan dan tugas diperengkat pusat sebagai Anggota Parlimen, kerana YB Haji MAWE mampu, berupaya melunasi amanah dan hasrat rakyat yang diwakilinya, Inshaallah. Realiti dan kenyataan ini haram samasekali terdapat dan dimiliki oleh calun UMNO-BN Dato' WAF
Persamaan diantara kedua-dua calun ini memang ada iaiatu mereka berdua masing-masing berperanan sebagai Ketua Bahagian dan Yang Dipertua Kawasan mewakili parti masing-masing di daerah Kuala Terengganu. Saya telah berhujah memberi info sekadar pengundi dan rakyat membuka minda dalam membuat pengundian pada 17 Januari 2009 Sabtu dua minggu dari sekarang lebih kurang.
Hari ini Isnin Januari 2009 dan malamnya.
Sebagaimana yang saya majukan pandangan menerusi blog saya didalam tajuk yang lain berkaitan rapat dengan PRK P.36 Kuala Terengganu. Sewajarnyalah mulai sekarang Pemimpin-pemimpin Perdana PR dikalangan PAS, DAP dan PKR khususnya Pemimpin Tertinggi PR yang mentadbir 5 negeri telah bersiapsedia, berkira-kira bertolak menuju ke Kuala Terengganu. Kehadiran anda dengan memberi sokongan padu diri batang tubuh menyertai perarakan perdana penamaan calun dan sumbangan material dan lojistik dialu-alukan dan diharapkan. Pengundi dan rakyat KT merindui santun anda semua.
Bagi penyokong dikalangan umat Islam, muslimin dan muslimat yang tidak berkesempatan kerana halangan syaraai, peluang pertolongan dan bantuan masih anda memilikinya. Ya! Anda semua mempunyai senjata supersonic yang transperent yang ada pada anda. Ya! Ianya adalah solat hajat dan doa-doa khusus untuk PRK P.36 KT untuk kemenangan calun kita, calun PAS-PR YB Haji MAWE jangan sekali-kali kita abaikan. Mixkan solat hajat dan doa-doa kudus anda itu untuk saudara kita di Gaza Pelastin yang sedang dikhianati oleh haramjadah Zionis Yahudi Isreal laknatullah itu.
Dari saya Ibn Abdullah Awab, maafkan ana wahai sahabatku Akhie Abdul Wahid, berperang dengan keuzuran yang syaraai penyakit adalah penghalang absentnya ana untuk memberi sokongan di hari perarakan besuk maupun dihari pembuangan undi. Hati dan lonjakkan sokongan amat perkasa tetapi kesihatan adalah penghalang. Sekali pun pergi atau tidak ianya tidak berbekas dan berkesan untuk tambahnilai kepada PAS-PR, kerana kita semata-mata terompah dan gurkha untuk parti; bukan pemimpin terendah dan pemimpin tertinggi. Walau apa-apa pun Akhie Abdul Wahid doa-doa dari ana dan famili barang pasti untuk anta dan PAS-PR khasnya.
Mungkin dalam beberapa jam lagi calun BN-UMNO akan mengumumkan perletakkan jawatan Senator, otomatis secara kilat gugurlah talak 3 calun BN-UMNO sebagai TM Dalam Negeri yang berjasa besar memperalat dan memperkudakan semua jentera kerajaan dibawah bidangkuasanya, menjadi babi tunggangan UMNO-BN salahgunakuasa dan rasuah harta kerajaan, dimana BPR yang berstatus baru dan berperanan baru merealisasikan tugas anda.
Besok 6 Januari Selasa.
Pastikan pengisian dan penyemakan semua borang-borang calun dilakukan dengan berhati-hati cermat sebagaimana saya nukilkan diawal tinta nota ini sebagaimana prihatin tukang jahit-tukang gunting pakaian. Pastikan pencadang, penyokong dan saksi hatta calun itu sendiri, nama, kp no dan alamat jangan berlaku kesilapan membolehkan bantahan dan peolakkan kelayakkan menjadi calun. Selamat maju jaya dan berjaya disahkan sebagai calun dari PAS-PR, Inshaallah.
Penuhilah saf hadapan mengetua perarakkan tersebut dengan Pemimpin Perdana PR dari PAS, DAP, PKR dan penyokong-penyokong terhurmat semua dengan dimulai doa. Tunjukkanlah kehebatan dan perpaduan sejati PR. Kita ledakkan semangat juang, kita tintakan kemenangan. Kita gagah perkasa menghadapi musuh kita UMNO-BN, tetapi biarlah ianya mewangi asli umpama pandan dan serai wangi rencah ratus pedoman menghadapi lawan maupun musoh.
Mudah-mudahan semuanya Sejahtera membangun bersama Islam. Sekalipun jasad saya tidak di KT tetapi roh, minda sentiasa disana, Inshaallah. Jalor lebar informasi tanpa tali mampu merapatkan jarak tempat yang jauh, kerot menjadi dekat dan hampir menyaksi dan melihatnya bersekali dengan doa-doa restu. Alhamdulillah.
Jam 9.22 pagi -
8 Muharram 1430 / 5 Januari 2009 - Isnin










Dipehak lawan PAS-P