Langkah Pedoman
"Sesungguhnya Allah itu, bagi-Nyalah kekuasaan di langit dan di bumi". - (At Taubah: 116)
"Pada hari ini telah Ku sempurnakan buat kamu akan ugama-mu, dan telah Ku cukupkan nikmar Ku atas mu, dan telah rela lah Aku Ugama Islam itu menjadi ugama bagi kamu". - (Al Maidah: 3)
"Dialah yang menetapkan kamu menjadi khalifah dimuka bumi ini, dan ditingkatkan Nya setengah kamu daripada yang setengah beberapa derjat, sebagai mencubaimu tentang apa yang telah diberikan Nya kepada kamu". - (Al An'Am:165)
'Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakan setelah aku. Aku mendenger Rasulallah s.a.w. bersabda: Diantara tanda khiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak penzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puoh orang perempuan". - (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pintas, Rentas dan Cantas.
Sebaik sahaja tamat proses penamaan calun-calun dalam PRK P.36 Kuala Terengganu 6 Januari 2009, TPM DS Najib Tun Razak telah mengadakan sidang media, diantara lain DS Najib berkata, "Ketika ini pembangkang semakin terdesak denggan menggunakan isu nasional, sekali gus menunjukkan mereka sudah ketandusan isu. Pada pilihanraya kecil ini, isu yang mungkin menjadi tumpuan iailah isu tempatan tetapi jika ada isu nasional BN sedia menjawab.
Ditanya tindakan sekumpulan penyokong pembangkang menampal poster gambar wanita Mongolia, altantuya Shaaariibuu dibeberapa jalan di sekitar bandar Kuala Terengganu kelmarin, Najib berkata, tindakan itu adalah sesuatu yang tidak releven dengan pilihanraya kecil ini. "Nampaknya perkara itu cuba dibangitkan pembangkang, ini soal undang-undang negara dan sesiapa saja mesti patuh, termasuk kita. Jika mereka bawa isu seperti ini maknanya mereka sudah bankrap isu, ia tiada kaitan dengan pilihanraya kecil ini".
Cebisan lakaran diatas adalah diantara intipati yang disuarakan oleh TPM DS Najib Tun Razak sebaik pengesahan penerimaan calun-calun yang disahkan bertanding secara 3 penjuru oleh Pengurus PRK P.36 Kuala Terengganu kira jam 11.15 pagi di Stadium Negeri 6 Januari berlalu.
TPM sempit dan kerotkan minda serta realiti pilihanraya.
Berlalunya tempoh 2 hari tidak peluang teman-teman blogers titip dalam menghampiri menggali ucapan disidang media TPM tersebut, maka saya cuba menyelami mengikut kefahaman dan realiti persepsi saya cakna keatas ucapan TPM itu. Saya majukan pertanyaan ini untuk kita tepati dan sampai kepada sasaran dan maknanya, dalam saya respon minda undur TPM kita ini. TPM, apakah bezanya diantara Dewan Undangan Negeri dengan Dewan Parlimen? Apakah bedzanya diantara Ahli Dewan Undangan Negeri dengan Ahli Parlimen dan apakah itu Dewan Negara dan Dewan Rakyat?
Sahlah terbabas dan melencongnya DS Najib apabila mindanya yang separa bijak dan berdayamaju. Beliau terlepas cakap menghukum keatas pembangkang, diatas inisiatif dan persiapan isu yang akan dicanai untuk perhatian pengundi di PRK P.36 KT. Menjadi hak PR-PAS menyampaikan semua isu yang sempat disampaikan berulangkali sehingga pengundi benar-benar faham dan menyakininya sehinggalah masanya ditengah malam 16 Januari ini. Hasil penerangan disampaikan oleh seluruh pimpinan PR akan menhasilkan buahnya pada 17 Januari. Inshaallah pengundi keluar mengundi dan undi mereka berpehak kepada calun PAS-Pr YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut, setelah selama ini mereka menyedari bahawa madu tulen dikecapi oleh Pemimpin Utama Negara dan Negeri Terengganu dan keluarga serta kroni sedangkan rakyat mendapat hempedu dan miang khususnya sekadar kejayaan berita angka sahaja yang dijaja.
Maka dipehak UMNO-BN bersdialah minda dan ketajaman akal untuk menghadapi semua isu diketengahkan oleh PAS-PR. Bukan dengan kemampuan UMNO-BN menjawab dengan mengirimkan wakil dan bagipehak iaitu polis, FRU dan SB menjawab bagipehak calun, UMNO-BN dengan rasuah tindakan menggunakan kakitangan awam hak rakyat untuk melindungi calun UMNO dan UMNO-BN itu sendiri. Usahlah untuk mematah hujah atau melawan hujah-hujah yang dikemukakan oleh Penceramah-penceramah PAS-PR UMNO-BN khususnya calun gagal menghadapinya, dengan meminta anggota polis, Fru dan SB bertindak menjawab bagi pehaknya diatas rekatuduh berpaksikan alasan keselamatan, dan menjalankan undang-undang.
Soalan cepuemas kepada TPM DS Najib, dimanakah calun yang menang nanti di PRK P.36 Kuala Terengganu nanti akan mengangkat sumpah hasil kemenangan yang dicapai oleh calun tersebut? Di Dewan Undangan Negeri Terengganu atau di Dewan Parlimen di hadapnan YDP Dewan Rakyat TS Pedekar Amin Mulia? Kalau di Parlimen wakil yang dipertaruhkan PAS-PR atau UMNO-BN mengangkat sumpahnya maka TPM DS Najib tersasul dalam melontar isu sebaik selesai proses pengesahan calun. Ahli Parlimen ini akan berada diperengkat Parlimen yakni Nasional, maka isu nasionallah yang wajar didedahkan dalam PRK P.36 KT ini untuk rakyat dan pengundinya memahami isu nasional dengan meluas. DS Najib jangan sempit dan kerotkan minda dan memusnahkan pengetahuan rakyat disudut ini.
Jangan sekiranya UMNO-BN tidak mampu berlawan dan bertikam hujah dengan isu-isu yang umph, berat dan berwibawa dan ianya relevan diledakkan oleh pemimpin Perdana PR. Justeru sampai kiamat sekiranya isu-isu besar itu tidak ditangani oleh kerajaan secara telus mengikut ketelusan yang hakiki bukan berpandu bertimbangkan ketelusan timbangan dacing, ini wajarlah difahami, nescaya ia akan diratip oleh rakyat sekalipun ianya menguris dan dirasai pedas dan pedih oleh DS Najib dan UMNO-BN itu sendiri.
Sukalah saya perkatakan disini, sekiranya UMNO-BN khususnya TPM DS Najib tidak berkeupayaan untuk menjawab isu-isu yang diketengahkan selama dan sepanjang tempoh PRK P.36 KT ini jangan menuduh PAS-PR menabur fitnah dan berbagai-bagai tuduhan dan dicanangkan disemua media. Samalah seperti 20 tahun dahulu, saya bersama-sama dengan Almarhom abah saya, emak, 2 adik saya dan Almarhom Cikgu Ali Ahmad (mantan MB Perlis) di bilal Restoren Jalan TAR Kuala Lumpur, selang beberapa pintu dengan Globe Silk Store lama dulu. Selepas hidangan nasi beriani dan lauk pauk, kami semua mula makan. Sebaik ketika makan, abah saya mendakwa katanya, "daging lembu la nie keras sangat, tak macam daging lembu dulu". Saya pantas respon menyambung kata-kata Abah, "Abah! Lembu la nie seropa saja dengan lembu dulu, kalau lembu dulu makan rumput lembu la ni pun makan rumput bukan dia makan batu jadi isi dia keras. Ingat dulu gigi Abah penuh apa pun abah buleh pepak kerqah tak dak hai, buleh buka tudung lamnet dengan gigi; la nie abah tinggai gusi. Gusi bukan gigi tentu lah berasa keras". Jawapan saya itu, nasiq dalam mulut Cikgu Ali tersemboq" Kerana gelak dengan jawapan saya.
Saya masih ingat Cikgu Ali kata "Kau pandai cerdik jawab, memang betui; gigi kau tak dak lembu kena marah, Pak Ngah pun seropa". Saya jawab kata Pak Ngah Ali "Kau pun lembu juga" kata Pak Ngah "kau cepat jawab". "Dia memang pandai Ilmu hisab, congak dan Aljibra"(Cik Gu Ali Ahmad Jejawi talidarah Pak Penakan keua-dua belah: Sebelah Emak dan sebelah Abah - Abah dan Pak Ngah Ali bersahabat sampai kemati, kerana depa teras UMNO hatta, depa adalah bertali darah adik beradik - Semua kebaikkan besar lagi murni dari Almarhom Abah dan Almarhom Pak Ngah Cikgu Ali mempunyai ilmu laduni yang hebat bagi saya. Maka 100% saya akur dan merealisasikannya kecuali aliran politik mereka berdua. Dan tidak pernah mereka memaksa saya dengan hurmat perbedaan politik dijalani.
Pengiktirafan TPM DS Najib.
Natijah daripada sesi sidang media YAB TPM DS Najib tersebut, ialah kalau sejak dua tahun ini isu gadis Mongolia Altantuya Shaariibuu itu kabur statunya dalam negara kita, tetapi isu dan kes altantuya ini, sebaik terpacul terpacu keluar dari DS Naji di sidang media itu; maka sesungguhnya DS Najib sendiri telah letakkan kekaburan kes itu menjadi isu negara, Alhamdulillah, lagi siang lagi bersuluh, berpandukan kata-kata DS Najib "Pembangkang terdesak guna isu nasional tarik pengundi".
Diantara isu Nasional dijaja dan diratip adalah kes Altantuya, kes Wang Royalti Petronas kepada Kerajaan dan rakyat negeri Terengganu yang dirompak oleh ditengah jalan oleh Kerajaan BN-UMNO dari Petronas. Hasil rompakan BN-UMNO dari Petronas hak mutlak negeri dan rakyat Terengganu, BN-UMNO berlagak sebagai Robin Hood dengan hasil rompakan itu digunakan pembiayaan untuk membangun negeri-negeri yang lain umpama "ambil air kencing basoh pungkoq". Kedua-dua cara tindakan itu haram. Bersuci beristinja itu juga haram. entahlah kalau mashab baru Islam Hadhari yang tak lama lagi akan disandang oleh DS Najib.
Tidak Percaya Atau Mengesahkan Kroni Seperti Makluman Tun Dr Mahathir.
Kedatangan YAB DS Abdullah Ahmad Badawi ke Kuala Terenggau, andaian yang dapat dirumuskan adalah kepada pendedahan dua perkara. Pertama YAB PM tidak menyakini yang timbalannya DS Najib bersungguh-sungguh dalam memenangkan calun UMNO-BN dalam PRK P.36 Kuala Terengganu. Kerana gambar TPM mengatasi gambar PM sebagai simbul penyatuan kepada UMNO-BN khususnya dalam taat setia. Ramai dikalangan yang mendapat kelayakan untuk bertanding merebut jawatan dalam UMNO pada Mac nanti, turun ke Kuala Terengganu adalah mencari undi untuk mereka dipilih dalam perhimpunan UMNO kelak, bukan membantu memenangkan calun UMNO dalam PRK P.36 Kuala Terengganu. sehinggakan teguran terbuka terpaksa diluahkan oleh DS Abdullah Ahmad Badawi.
Diatas gejala itulah telah memaksa YAB PM turut turun membetulkan keadaan yang pincang itu yang telah dikesani dan dijejak oleh YAB PM. Hatta terdapat tangan-tangan hantu yang berusaha untuk menewaskan proksi PM dalam PRK P.36 Kuala Terengganu ini. Raja keropok losong di Losong yang super sedap itu, ada dikalangan tertentu memakannya seolah-olah ianya tidak ori umpama menggunakan perasa ajishio.
Sebenarnya jawapan kepada keputusan PRK P.36 Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 ini, telah menghantui Pak Lah kerana Tun Dr Mahathir secara simbolik dan bahasa mantik kiasan politik yang tinggi lagi umphhh iaitu mengharapkan pegundi-pengundi memberi undi kepada calun PAS-PR kerana calun PAS-PR lebih berwibawa dan cakna rakyat sebab itulah sepanjang beliau menyertai Pilihanraya Umun sebanyak 5 kali ianya diterima rakyat dan pengundi memilih dan memperakui YB Mohd Abdul Wahid Endut. Sedangkan saya sendiri pernah tewas dalam PRU tahun 1969. Inilah calun sebenarnya wajar dipilih oleh pengundi-pengundi P.36 Kuala Terengganu.
Diharapkan UMNO-BN tidak mewakilkuasakan merealisasi menjana perjalanan pengurusan dalam PRK ini menghadi PAS-PR kepada Polis, FRU, SB dan SPT termasuklah agensi-agensi kerajaan hak rakyat yang lain demi untuk UMNO. UMNO jadilah jantan dalam pertarongan; jangan jadi pondan.
Ibn Abdullah Awab - http://tintaibnabdullahawab
9.07 mlm - 9 Januari 2009 (Jumaat) - 12 Muharram 1430