Tuesday, January 13, 2009

KETENTUAN KEKUASAAN 'ALLAH: Dan Urusan Usaha Ikhtiar Manusia

(Penangguhan cacatan untuk tatapan - Berdepan dengan halangan yang syaraai, ianya amat perit dilalui dengan menyusur masa dan waktu, sambung tinta pada 27 Muharram 1430 / 24 Januari 2009 - Sabtu - Nota: Mudah-mudahan tidak lagi berdepan dengan tergendala).

Penenang Ruhani.

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman". - (Al - Imran: 139)

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanMU bersukaria. Masuklah engkau hamba-Ku dan masuklah ke syurga-Ku". - (Al - Fajr: 27-30)

"Allah mencipta segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu". - (Az - Zumar: 62)

'Berlindunglah kamu sekalian kepada "Allah daripada beratnya cubaan, ditimpa kesulitan, buruknya takdir, cemuhan musoh'. - (Saheh Bukhari & Muslim)
Nukil dan Maaf.
Sudah pasti dalam suasana yang saya alami, ketika menghadapi ujian dan cabaran yang sharaai bersekali dengan pertembongan penyakit kronik yang setiap masa sabar menghadapai dalam mengalaminya selama 25 tahun. Disuasana ini perhatian dan sokongan yang jitu dan khusus wajib saya saji dan persembahkan. Ianya tidak ada jalan bersimpang dan u turned yang mampu saya lakukan, kecuali jalan sehala distenasi. Tentulah pasti ada penghujung dengan kebaikan dan keberkatan dari 'Allah, Inshaallah.

Sebelum ini penumpuan minda dan fokas saya adalah di PRK P.35 Kuala Terengganu yang cuma 4 hari saja berbaki. Telah banyak saya memperkatakan sehubungan PRK Kuala Terengganu ini, dengan sadikit sebayak pengamatan dan pandangan menerusi pjj menulis diruang blogku Tinta Awab. Tindakan dalam menghulurkan sokongan dan dukongan kepada PAS-PR jatuh dan bangunnya sama seperti sakit dan bertahannya saya menghadapi serangan asma-lelah kronik tanpa kira waktu dan masa ini.

Diantara banyak-banyak tajuk khusus yang saya bicarakan tentang PRK P36 Kuala Terengganu adalah tajuk "MENUNGGU MENYINSINGNYA FAJAR: Selasa 6 Januari 2009" sila lihat kembali lembaran tajuk tersebut, dengan membuat penekanan dan fokas kemenangan kepada calun PAS-PR YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti "diantara 850 - 1,600 dan selebehnya adalah bonus. Alhamdulillah pengamatan dan fokas kemenangan tersebut telah dicapai oleh calun PAS-PR, terima kasih pengundi semua. Berkhidmatlah seadanya wahai YB MAWE. (Petikan diantara kandungan seperti dibawah):-

"Di muka bumi Malaysia tidak boleh samasekali individu berada di Parlimen serentak sebagai ADR dan sebagai ADN. Sementelah pula DUN Terengganu terpaksa membuat perlantikkan senator baru mengganti Dato'WAF mewakili DUN Terengganu. Inilah dikatakan keputusan diluar kotak yang waras. Teman-teman blogger pohon mendapatkan pandangan saya bagaimana dengan nasib calun UMNO-BN ini? Bukan kerana saya mengenali dan didalam kelompok PAS sejak 1969, tetapi diatas perhitungan dan pengamatan hakiki saya bahawa calun UMNO-BN Dato' WAF akan terajang tangga dan goyang kaki dengan kemenangan dipehak calun PAS-PR YB Haji MAWE dengan persekitaran majoriti 850 - 1,600 kalau melebehi dari ini ianya adalah bonos, Inshaallah".

Semuagerakerja terhenti mengejut dengan tiba-tiba dan minda juga terpaksa berhenti berfikir kerana bersepadu menghadapi serangan lelah. Kesihatan dan keupayaan fizikal untuk menghadapi laptop amat sulit dan terbatas. Maka jalan terbuka adalah tidak turut serta menghulurkan pandangan serta pendapat sehubungan perjalanan PRK P. 36 Kuala Terengganu. Ketika itu dirasakan saorang tentera terlatih dimedan perang tanpa dibekalkan dengan senjata. Akal dan minda berligar dan berputar tetapi ianya tidak mampu diterjemah keluar.

Justeru bukanlah sengaja saya memencil dan menguzurkan diri sekalipun sekadar pertulongan melalui PJJ info yang mampu dijanakan. Kita bukanlah jenis blogger yang makanupah dan makansuap, kita kata adalah berpandukan gerakhati nurani dan bertanggungjawab.

Anugerah dan Musibah.

Sejak Jun 2008 yang lalu selepas melahirkan Abullah Fahmi (19 Januari 2009 ini genap usianya setahun lima bulan) secara kasar saya nampak dileher isteriku, dengan sedikit timbul binjul sebesar biji asam jawa. Tempoh 3 bulan sadikit nampak ianya membesar sekali ganda dan wujud pula satu binjul kecil yang baru. Secara bersepadu saya dan isteri sebagaimana beliau memberi sokongan dan bantuan penuh kepada saya ketika lelah membadai, maka saya membalas budiluhur seorang yang bernama isteri terbaik yang 'Allah anugerahkan kepada saya. Maka temu janji rawatan awal dengan doktor pakar di Hospital Kulim dimulakan dalam bulan Jun 2008.

Pertemuan rawatan dan kepelbagaian ujian disempurnakan di Hospital Kulim serta melakukan ujian sond di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Dalam pemereksaan dan ujian imbasan x-ray maka keputusan yang sama hasilnya adalah "Thyroid Kanser". Sokongan yang padu, sokongan yang solid dari saya kepangkuan isteri tercinta dan tersayang, ia dapat menerima dan melaluinya dengan redza, sabar dan berserah sepenuhnya kepangkuan 'Allah akan jatuh ketentuannya. Tetapi kita lipatgandakan usaha berikhtiar dan berdoa kepangkuan 'Allah dan mengadu kepadaNya, mengharap 1,000 pertus ehsanNya, jalan keluar dan RahmatNya yang mengatasi segala musibah dan mudharat. Ummi kita bergantung terus dengan talian 'Allah pada setiap detik dan saah tanpa jemu, jauh dari merasai kecewa dan mengeluh dalam semua perkara,masalah dan halangan yang semestinya kita tempuh.

Maka pembedahan segera disyorkan oleh doktor pakar dan menasehati kami dengan memberi tunjuk jalan dan jalan tunjuk akan buruk dan baiknya resiko pembedahan atau resiko tidak mau dibedah. Hasil keatas pembedahan resiko dan implikasinya yang akan terjadi dan terhasil berpandukan pengalaman dan rekod perubatan pesakit-pesakit yang terdahulu. Bayangkan bagimana kami menghadapi anak sulong di tingkatan 3 (akan menghadapi peperiksaan PMR), tahun 6 (akan menghadapi peperiksaan UPSR), tahun 5, tahun 4, tahun 3 dan tahun 1 serta anak berumur 7-8 bulan ketika itu. Pembedahan untuk mengeluarkan sel thyroid kanser tersebut. Penentuan tarikh pembedahan dan persetujuan untuk menerima pembedahan tersebut, kami memberi perakuan dan persetujuan.

Ketika semasa itu kamus keletihan dan lelah kronik ashma tidak ada kepada saya, isteriku adalah yang utama dan segala-galanya. Seminggu perengkat awal mendapat rawatan di Hospital Kulim, kemudian dibenarkan keluar berehat untuk menyambut hari raya Aidil Fitri. Tarikh dan keputusan untuk menjalankan pembedahan telah diutamakan oleh pengurusan pentadbiran Hospital Kulim. Disinilah kebuntuan minda bertelagah, samada hendak memberitahu kepada emaknya (ibu mertuaku) yang tua dan kesihatan tidak baik dan sakit tua. Cuma sekadar memberi info penyakit ringan saja doktor nak lakukan pembedahan kecil. Keputusanya tidak menceritakan kepada emak akan penyakit yang dihadapi.

Famili seperut sahaja dimaklumkan iaitu dua abang dan seorang kakak. Abang yang baru pulang ke tempat bertugas kerja dari menyambut hari raya aidil fitri yang lepas. Semalaman sahaja abang balik ke Kuantan beliau kembali kerumah pesaka di Bagan Dalam (rumah yang hampir dengan bekas "Kelab Melayu Butterworth" tempat PAS dilahir dan ditubuhkan). Bila emak bertanya, "Pasai apa hang balik pula, kemarin hang baru pi Kuantan E?". "E balik ni mak nak pi Hospital Kulim, nak pi tengokKiah bedah esok". Sebenarnya emak telah masuk fael zon lupa akan sesuatu. Isteri saya telah membayangkan tentang pembedahan kecil tanpa memaklumkan jenis apa-apa penyakit serta tidak maklum tempat nak lakukan pembedahan. Disinilah telahan dan pengamatan saorang ibu, beliau memaharahi. Walau apa-apa pun Bang E tidak membawa emak dihari pembedahan itu.

(Nota: E adalah Datuk Dr Pakar Forensik yang sekarang di Hospital Tengku Hajjah Hafzan Kuantan, Pahang sebagai Pakar Forensik dikawasan Pantai Timor). Manakala Kiah adalah Zakiah Binti Noor adalah adik beliau bertugas sebagai saorang guru siswazah di salah sebuah SMK di Padang Serai)

Akhirnya 25 Ogos 2008 sebelumnya 3 hari terlebih dahulu berada diwad pembedahan untuk membuang sel thyroid kanser dilakukan. Sebaik isteriku dikeluarkan dari dewan pembedahan dengan pelbagai wayer dan botol air dan darah bergantungan tanpa sedar diri. Detik itu doalah yang mengiringi isteriku dan anak-anaknya yang melihat ummi mereka ditolah untuk dimasukan kewad. Airmata kesian dan simpati sudah kering untuk kami semua sebelum, semasa dan selepas pembedahan. Apa-apa pun penawar besar yang dapat kami timbanya adalah 4 diantara anak-anak kami mampu dan berkebolehan disurau wad Hospital Kulim solat hajat dan membaca Yassin dan surah utama disedekahkan untuk keselamatan ummi mereka.

Semua anak-anak pejam mata tidor-tidor ayam di bilik solat wad dan di luar wad. Aku tidak dapat sama sekali untuk pejam mata kerana pemusatanku adalah kepangkuan isteriku yang diwad masih tidak sedarkan diri walau jam menunjukan 11 malam. Saya berterima kasih tidak terhingga kepada semua petugas Wad 6 kerana membenarkan setiap setengah jam masuk untuk melihat keadaan isteri walau pun belum sedar dari pelali vius pembedahan. Jam 1.30 pagi barulah ummi mulai membuka mata dan S/Nurse memanggil saya yang setia menunggu diluar, masuk untuk mendapatkan isteri yang mulai sedar.

Kira-kira 10 minit ummi mulai sedar dan sejam kemudian ummi sedar sepenuhnya. Ketika ini pertimbang dan ehsan dari petugas Wad 6 Hospital Kulim mengatasi peraturan sedia yang lazim. Saya mendapat kelepasan izin khas dari Sister untuk membawa semua anak-anak melawat dan menghulurkan ucapan kasih sayang. Ucapan-ucapan ini hakikatnya adalah sebahagian dari penawar kepada penyakit yang dihadapi. Pertemuan-pertemuan sebagini adalah luahan rasa kasih sayang diantara anak-anak terhadap pangkuan ummi mereka. walaupun saya melawan perasaan tetapi airmata dan sedu terus menguasai diri masing-masin. Terima kasih Sister dan S/Nurse membenarkan anak-anak menemui ummi mereka diluar masa lawatan.

Lima hari berikutnya Ummi dapat keluar dari Hospital Kulim dengan bekalan ubat yang amat banyak untuk tempoh sebulan dan wajib mengambilnya setiap bulan. Hatta wajib makan ubat sebagaimana yang ditetapkan untuk selama-lamanya yakni sepanjang hayat. Hatta Ummi terpaksa membuat pemereksaan lanjutan samada di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian atau Hospital Besar Kuala Lumpur. Kerana di dua hospital ini sahaja yang terdpat kemudahan khusus untuk rawatan lanjutan thryoid canser. Akhirnya kami memilih untuk mendapat rawatan lanjut di Hospital Besar Luala Lumpur.

Tarikh awalnya untuk dimasukkan kerawatan lanjutan dan susualan adalah pada 18 April 2009. Tetapi disebabkan keperluan wajar mendapat rawatan yang segera tarikh terdekat yang baru diberikan iaitu pada 12 Januari 2009 Isnin jam 9.00 pagi. Ketika hampir tiba tarikh ini kesihatan saya sendiri adalah dibawah paras sehat. Walau apa-apa pun saya wajib mengiringi isteri yang disayangi ini bertolak ke Kuala Lumpur sehari sebelum tarikh temujanji di Hospital Besar Kuala Lumpur. Sedangkan sehari sebelum bertolak terpaksa mengurus anak keasrama untuk persekolahan Tingkatan 1 2009. Sungguh-sungguh meletehkan diri.

Abah dan Ummi merakam penghargaan terima kasih amat tidak terhingga kepangkuan Kakak Nur Zafirah (Tkt 3Elit - yang akan menghadapi PMR) dan Ateh Nur Zahirah (Tahun 6Anggerik akan menghadapi UPSR) seminggu tidak kesekolah kerana menunggu menjaga adik mereka Abdullah Fahmi berumur 1 tahun 5 bulan serta menguruskan 3 adik yang lain kesekolah, termasuklah menyediakan makan minum mereka.

Kakak! Ateh abah dan ummi merakamkan penghargaan terima kasih kepada anak-anak semua yang mengerti dan memahami keadaan kita yang terpaksa kita tempuhi bersama-sama dengan iklas. Ateh! Kakak! Jagalah adik-adik semua dengan perasaan kasih sayang dan iklas sepenuh keatas adik-adik semua, uruskanlah adik-adik dengan jujur semasa ketiadaan abah dan ummi di Hospital KL. Yakinlah Kakak dan Ateh, 'Allah akan beri jalan keluar diatas ehsan kasih sayang jaga adik, 'Allah akan beri laluan mudah kepada Kakak dan Ateh dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR kelak. Peganglah kata doa ummi dan abah ini.

Selepas masuk wad di Hospital Besar KL, kelebihan 'Allah menguruskan perasaan dan hati saya yang saya juga uzur ingatan kepada isteri tersayang disamping imbau ingat kepangkuan nasib anak-anak nun jauh di Padang Serai. Saya terputus samasekali hubungan iT - internet kerana larangan keras tidak boleh dilayari di Klinik Perubatan Nuklear, Bangunan Radioterapi Dan Ongkologi. Semakin hampirlah dengan tarikh 17 Januari 2009 Sabtu yakni hari PRK P36 Kuala Terengganu. Semuanya terputus hubungan termasuklah H/p baterinya telah kosong kuasa 2 hari selepas berada di Hospital. Terpaksa membeli H/p baru untuk menghubungi isteri didalam wada.

Saya hentikan setakat ini untuk ini, akan saya langsungkan secara detail apa itu "Klinik Perubatan Nuklear".

Wasalam.

Jam 9.00 malam - 27 Muharram 1430 - 24 Januari 2009 Sabtu

Ibn abdullah Awab : http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com