Thursday, January 29, 2009

PISANG BERBUAH NANGKA: JANGAN ULANG KERJA CELAKA



Suloh Kalbu.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat 'Allah dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya unuk melihat (tanda-tanda kekuasaan 'Allah), dan mereka mempunyai telinda (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan 'Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat 'Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai". - (Q.S. 7: 179)

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman". - (Q. S. - 10 : 57)

"Sesungguhnya 'Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya 'allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa". - (Q. S. : 22 - 40)


'Hendaklah kalian tetap berkata benar sekalipun menghadapi bahaya. Sebab di dalam kata-kata yang benar terdapat keselamatan'. - (HR: Ibn Abi Ad-Dunya)


Tersirat dan Tersurat. Diantara jabatan dan perkhidmatan awam yang tertua dalam negara kita, yang ianya diperkenalkan di Pulau Pinang - Georgetown lebih seratus tahun dahulu adalah polis. Jabatan dan perkhidmatan polis ini telah banyak kali berlaku anjakan perubahan dalam semua sudut sehinggalah ianya dilihat seperti sekarang dikenalai dengan Polis Diraja Malaysia terdiri dari beberapa perkhidmatan. Bersilih ganti sejak sebelum dan selepas merdeka sampai sekarang Ketua Polis Negara disandang oleh Tan Sri Musa Hasan secara perlantekan kontrek, disebabkan kerajaan yang memerentah teramat memerlukan perkhidmatan dan pengalaman beliau melunasi pelaksanaan perjalanan PDRM.
Sesiapa sahaja tidak dapat menafikan perkhidmatan yang cemerlang peranan dijalankan oleh PDRM dalam mengawalselia keamanan negara, diyakini rakyat dan mendapat kerjasama rakyat bekerjasama dalam mengwujudkan ketenteraman negara. Tetapi kepercayaan tinggi dan penghormatan mulia kepangkuan PDRM khusus polis, telah tercalar dan merudum dikalangan rakyat negara dan penerimaan pandangan dunia. Iaitu apabila polis menjadi alat kepada kerajaan untuk menciptareka tuduhan kepada mangsa yang diistiharkan musuh setelah menjadi pesaing kepada kedudukan dalam haraki penguasaan.
Iaitu apabila kes yang mengemparkan negara dan dunia apabila KPN ketika itu iaitu Inspektor General Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor. Beliau menggantung 3 jam tugasnya sebagai KPN dengan memasang glove tinju yang dipinjam dari Muhammad Ali untuk seketika menjadi peninju amator untuk membelasah lawannya sampai separoh mampus keatas Pemangku Perdana Menteri/Menteri Kewangan iaitu YB DS Anwar Ibrahim yang bengkak lebam dan cemea mata dan terkehel leher dipasong. Sejak itu rakyat sudah tidak mempercayai lagi dengan beberapa gejala dalam negara yang melibatkan polis. Peristewa tersebut amat mengerikan, sehingga satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.
Sekalipun Suruhanjaya Diraja dengan mengeluarkan cadangan dan pandangan nilai tambah kepada PDRM, namun hakikatnya seperti menuang air diatas cermin seperti tarek kerbau dipaksa menuntun tv, walhasal balik hasil ianya sia-sia dan dalam beberapa mengendali kes siasatan polis penyiasat dari insan kamil berubah fael dan wajah bertukar kepada menjadi-jadi ganas mereka sebagai harimau lapar dan singa dahaga berdepan dengan mangsa dalam sel siasatan keatas OKT. Ramai yang OKT telah menjadi mangsa dan ramai yang mati dengan keadaan ngeri.
Perlakuan rasuah yang menjadi siulan mat-mat motor dikalangan mereka berkata cikgu tu 5 kupang tak pa, yang tu seringit pun ok yang tu jangan 10 ringgit minima kalau depa tahan ditepi ladang kelapa sawit selalunya awal tengan dan akhir bulan tak mis. Itu adalah kata-kata nakal sebagai memerli polis dikenali mesra panggilan cekgu. Itu cerita polis yang berkhidmat diBalai Polis kecil.
Kes OKT yang mati dibelasah oleh polis sampai mati dengan kesan yang seperti polis Isreal mendera bunoh rakyat Palastine iaitu A. Kugan yang mendapat kerjasama pasukan bedahsiasat merumuskan mangsa mati kerana paru-paru berair. Menyaksi kepada kesan yang parah pada badan fizikal mendiang A. Kugan orang yang buta pun mampus tidak percaya kematian tersebut disebabkan paru-paru berair. Kes seumpama inilah yang menjunam maruah dan penghurmatan rakyat kepada polis. Percayalah bukan semua polis sebegitu, tetapi ianya adalah segelintir, sekali pun segelintir orang tua-tua kata sebab nila setitik punah susu sebelanga. Itulah padahnya.
Mudahan-mudahan keadilan ditegakkan oleh kerajaan dengan pengendalian yang telus bukan didalam sangkar kotak melindungi pembunuh sekalipun disempurnakan oleh polis di dalam balainya sendiri.
SPRM - Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.
Melihat kepada pantas bertindaknya pegawai-pegawai Penyiasat SPRM didalam kes-kes tertentu dan kes-kes tertentu pula dibenam dibeku, maka ramai rakyat sejak 1 Januari 2009 mempersoalkan kemana arah dan halatuju SPRM. Rakyat pula terus bertanya siapakah taukehnya.Saya amat keciwa dan amat bersimpati dengan beberapa yang dituduh rasuah politik wang didalam pertandingan mendapat jawatan dikalangan pemimpin UMNO yang mereka pegawai penyiasat telah melakukan penyiasatan sebagaimana yang saya pastekan dibawah untuk diulang baca dan mendapat info seperti dibawah:-


AJK Umno: Saya dipaksa bogel depan pegawai SPRM
Jan 29, 09 7:33pm
Selepas mendiang A Kugan didakwa mati sewaktu dalam jagaan polis, kini pemimpin Umno Maran, Pahang pula mendakwa dibelasah oleh sekumpulan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Halimi Kamaruzzaman, 46, mendakwa beliau dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari dalam siasatan berhubung politik wang.Penahanan itu didakwa berkaitan siasatan terhadap anggota Majlis Tertinggi (MT) dan ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria.Pemimpin Umno itu bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Norza. Beliau juga menyifatkan penderitaan yang didakwa dialaminya itu dengan kem penyeksaan Abu Ghraib di Iraq sewaktu pentadbiran Saddam Hussein.Dalam laporan polisnya semalam, ahli jawatankuasa Umno Maran itu mendakwa tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi". Halimi juga mendakwa beliau di tendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel."Pegawai yang dikatakan ketua unit (siasatan) ini telah mencekik saya sehingga saya tidak dapat bernafas sambil menolak saya ke dinding," laporannya di balai polis Damansara, Petaling Jaya. "Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut."Seorang pegawai telah mengugut untuk meletakkan puntung rokok yang dihisapnya pada kemaluan saya."Norza sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini enggan mengulas dengan alasan beliau sedang disiasat. Beliau juga berkata tidak mengetahui laporan polis tersebut. Pengarah siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull pula berkata suruhanjaya itu menyerahkan kepada polis untuk menjalan siasatan terhadap dakwaan Halimi dan enggan mengulas lanjut.

Saya mengharap sangat supaya siasatan yang telus dan adil wajib dijalankan oleh pehak polis, sekali pun polis berada didalam tingkahlaku sama dengan SPRM. Tidak semua pegawai penyiasat SPRM seperti singa dan naga masih peratusnya lebih ramai yang iklas berhati mulia bertimbangrasa dan ehsan begitulah juga dikalangan polis.

Kemanusiaan dan simpati dalam menegakkan kebenaran dan keadilan sejagat, ianya tidak bersempadan dan berpisah sekalipun parti politik yang dianuti itu berbeda. Berbeda pegangan dan tanggapan politik; bukan bererti ianya berkerat rotan berpatah arang sifat kita sebagai warganegara. Apalagi sebangsa dan seugama. Kepada saudara-saudaraku yang terlibat dengan rasuah politik bertaubatlah saudaraku, bertaubatlah. Tetapi diatas penyiksaan penyiasat SPRM mengaibkan dan pukoi tibai saudara, saya tidak komporomi dengan keganasan SPRM keatas anda semua, cubit peha kiri; peha kanan terasa juga.

Saya doakan mudah-mudahan saudara yang dizalimi semasa didalam siasatan mendapat pembelaan dan keadilan, bersabarlah.

7.05 pagi 3 Muharram 1420 / 30 Januari 2009

Salam hurmat saya: http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com