Thursday, January 29, 2009

BIMBANG DAN TUMBANG

Suloh Kandil.


"Ajaklah manusia kepada 'Allah dengan hikmat dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik pula, sesungguhnya Tuhanmu Dialah Yang LEbih Mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalannya dan Dialah Yang Lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk". - (Al Quraan- Surah An-Nahl: 125)
"Bumi telah menjadi sempit bagi mereka, pada hal bumi itu luas dan jiwa merekapun telah sempit pula terasa oleh mereka, sedang mereka telah mengetahui, bahawa tidak ada tempat lari dari seksaan 'Allah melainkan kepadanya saja". - (Al Quraan- Surah At Taubah: 118)
"Sesungguhnya 'Allah dan malaikatnya bersalawat untuk nabi, hai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam kepadanya" - (Al Quraan- Surah Al-Ahzab: 56)
'Sesungguhnya salah saorang daripada kamu adalah teladan kepada saudaranya. Apabila dia mengetahui kesusahan saudaranya hendaklah dia berusaha menghilangkannya'. - (Hadis Riwayat: Tirmizi)


Gelombang Pasang.


Benarlah telahan saya yang terdahulu dilayar blog saya http://ibnabdullahawab.blogspot.com bahawa PRK P.36 Kuala Terengganu yang berlalu pada 17 Januari 2009 Sabtu ianya menghasilkan kesan yang mendalam kepada pola politik negara semasa. Beberapa tajuk yang mengiringi sebelum dan selepas PRK P.36 Kuala Terengganu itu ianya akan menjana kesan yang amat besar untuk jangka pendek maupun berlanjutan menjadi vairas kanser untuk jangka panjang menjelang PRU 13 kira-kira 32 bulan berbaki dari sekarang kepada BN khasnya UMNO itu sendiri.
Akibat dan kesannya telah dan terus dirasai oleh PR maupun BN yang sedang memperaga dan memperadukan kekuatan disudut mendapat sokongan dari rakyat dan pengundi. Ianya menjadi minat para blogger membuat kerja-kerjanya dalam penilaian. Khususnya untuk mendapat mengendali sokongan keramat dari sejumlah kira-kira 2,000,000 pengundi baru remaja. Justeru samada PR maupun BN diatas bijaksana, pembacaan dan telahan yang tepat dengan persiapan dan persediaan input baru disamping yang lama yang relevan mampu menambat hati dan mampu menarek kepercayaan mereka untuk mengundi anda PR maupun BN. Persiapannya wajib masa sekarang ini jelma dipasar dan dilontarkan untuk mereka pengundi remaja ini membuat penilaian dan perbandingan.


Dihadapan rakyat di negara kita sekarang ini, terdedah dan terpampang disebelah pehak iaitu BN-UMNO dengan beberapa parti komponan yang terdapat di Semenanjung dan di Malaysia Timor Sabah dan Sarawak yang terdiri dari pelbagai suku bangsa dan agama. BN sekarang ini sedang terkial-kial mempertahankan baki sokongan longgar dari rakyat untuk mengembali dan mendapatkan semula kepercayaan dan keyakinan rakyat dan pengundi dari semua komposisi kaum kepangkuan BN yang menolak mereka di PRU12 pada 8 Mac 3008 Sabtu dahulu.
Disini, BN saya ibaratkan sebagai saorang bapa yang tua umornya, serta mengalami keuzuran fizikal yang sedang menanggung dan membiayaai dalam merealisasi keperluan dan tuntutan anaknya ramai 14 orang yang berlainan ibu-ibu. Serta menghadapi cucu dan cicit yang ramai dengan dipisahkan oleh laut Cina Selatan. Kerenah dan mehnah anak-anak yang ramai tadi, dengan permintaan layanan dari cucu-cucu dan cicit-cicit dengan mengugut dan mengigit ayah atau datuk tadi mengakibatkan ayah/datuk yang tua tadi menjadi keruan, keletehan tidak berdaya dan menunggu langkah akhir hayat serta hidupnya.
Sedang beradu tenaga dengan satu pehak yang dikenali Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri dari PAS, DAP dan PKR. Saorang ayah baru yang memiliki 3 anak menerusi tiga ibu, sudah tentu untuk mengendali anak-anak yang sadikit, tidaklah sesukar dan sesulit sebagaimana bapa tua tadi dengan menghadapi telatah 14 anak. Dikalangan adik bongsu PR yang bernama PKR berumor kira-kira 10 tahun tetapi telah menunjukkan keupayaan didalam setiap pertarongan dengan mencipta kemenangan.
Nyatalah dengan tewas dan kecundangnya UMNO-BN mempertahankan kerusi mereka yang dimenangi di PRU12 dahulu di PRK P.36 Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 Sabtu yang berlalu, yang dimenangi oleh PAS-PR melalui menerusi calunnya YB MAWE World. Kemenangan ini sebagai satu pengesahan rakyat dan pengundi anjakkan sambungan perubahan sunami politik negara kita Malaysia. Hasil dari roh kekuatan dari kemenangan PRR-PR di PRK P.44 Permatang Pauh oleh DS Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkan Parlimen Malaysia juga Ketua Umum PKR).
Kekalahan berturut-turut BN didalam menghadapi PRK dalam jarak masa 155 hari diantara PRK P.44 Permatang Pauh dan PRK P.36 Kuala Terengganu. Hakikatnya kekalahan hakiki dan penolakkan hakiki rakyat dan pengundi di kedua-dua kawasan PRK tersebut keatas Pengarah Pilihanraya BN iaitu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan juga Presiden UMNO belum disahkan iaitu YAB DS Najib Tun Razak. Kekalahan ini memberi kesan dan impak yang banyak dan kerumitan berganda kesannya menjelang Mac 2009 iaitu Peralihankuasa berlaku atau penangguhan sementara.
Kekalahan UMNO-BN di PRK P.44 Permatang Pauh ditangan calun PKR-PR YB DS Anwar Ibrahim didakwakan kawasan tersebut adalah merupakan kubu kuat tradisi PKR-PR, sebab itu BN kalah. Ya! Saya akur dan dapat menerima kenyataan tersebut, takpalah. Sebelum penamaan calun PRK P.36 Kuala Terengganu, Pengarah PRK P.36 Kuala Terengganu BN YAB PM/MK DS Najib Tun Razak telah mengeluarkan ingatan awal "Jangan samakan PRK Kuala Terengganu dengan PRK Permatang Pauh". Ertinya makna dalam kitab tafsir politik desa; "Kuala Terengganu adalah kubu kuat dan kubu kebal UMNO". Bgitulah yang mampu saya tafsirkan maksud YAB TPM yang menjadi Pengarah PRK P.36 Kuala Terengganu dan PRK P.44 Permatang Pauh. Kedua-duanya kalah dibawah Jenderal Perangnya iaitu YAB DS Najib.
Pandangan dan Tindakan Alternatif.
Seiring dengan kekalahan tersebut, khususnya sekarang ini sudah terpadam desakan disemua perengkat agar YAB DS Abdullah Ahmad Badawi berhenti dari menjawat jawatan PM maupun jawatan Presiden UMNO. Ini kesan yang jelas dan nyata sekarang perubahan dikalangan penyokong akarserabut UMNO. Hatta dikalangan PR dan beberapa NGO pula telah mendesak dan berharap sangat YAB PM DS Abdullah jangan melepas dan meletakkan jawatan PM pada Mac ini. Jangan berkelahi didalam kelambu UMNO, kelambu dan penghuninya mau dibakar hangus oleh UMNO sendiri.
Didalam Parlimen dan diluar persidangan Parlimen, dikalangan MP PR memberi sokongan supaya YAB DS Abdullah Ahmad Badawi meneruskan melunasi Agenda yang keramat yang mendapat sokongan dari PR. Dalam keadaan sekarang di dewan Parlimen, sekiranya sebilangan diantara MP UMNO yang tidak mau kepada YAB DS Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM, ingatlah hak keramat sebaik sahaja Parlimen akan mula bersidang Februari ini, satu usul tergempar saya pandang dan panjangkan amat comel dibawa oleh MP Marang YB TG DS Haji Abdul Hadi Haji Awang agar mendapat mandat dari Ahli Parlimen Malaysia yang bersidang supaya meneruskan usul sokongan DS Abdullah Badawi terus menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Sehingga negara menghadapi PRU13. Pasti seluroh sokongan dari MP PR dan 80% sokongan dari MP BN luar dari UMNO akan memehak kepada DS Abdullah Ahmad Badawi. Ketika usul ini dibawa dalam tempoh yang terdekat ini, maka Speaker Parlimen Tan Sri Pendekar Amin Mulia terpaksa membuka tari dan bunga baru dengan gelanggang dibuka. TS Pendekar ketika itu tolak usul salah, terima usul pun salah. Tolak atau terima usul itu kesannya amat besar. Terujulah UMNO derhaka dan UMNO mulia didalam dewan Parlimen keatas saorang PM yang datang dari UMNO-BN.
Ingatlah dalam kontek kerusi Perdana Menteri dalam negara kita, parti UMNO tidak mempunyai kuasa madatori dalam menentu memperkotakkatik dikalangan sukahati UMNO dalam perlantikkan sesaorang Perdana Menter. Ingat baik-baik pernyataan ini wahai parti UMNO. Dulu mungkin sunggoh dikala letak tunggol kayu ampong pun UMNO menang. Tetapi selepas keputusan PRU12 8 Mac 2008 yang lalu semuanya telah berubah, UMNO kena ingat ini semua; ingatlah UMNO MUDAH LUPA, UMNO TAGIH KUASA lanie. UMNO la nik kecik dan melidi.
Siapa Mohiyaddin Yassin? Siapa Hishamuddin Hussein On? Siapa Muhammad Taib Duit Kelo? Siapa Shapie Apdal? Siapa Najib Tun Razak? yang paksa DS Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan PM dan Najib Tun Razak nak duk kerusi PM MAC ini, Sapa hampa nak tentukan jawatan PM itu? Ingatlah DS Abdullah Ahmad Badawi masih mendapat kepercayaan dari Ahli Parlimen untuk saat ini samada dari sebilangan AP UMNO dan AP BN yang yang lain, sudah tentu sokongan padu dari AP PR. DS Najib kena ingat itu, usul keramat sedia menunggu di Parlimen yang bakal bersidang Februari ini. Duli YMM SPB Yang Dipertuan Agong bukan tandu suroh UMNO; Hari ni nak Pak Lah, lantik Pak Lah jadi PM. Lanie kami tak mau dekat Pak Lah, lantek aku DS Najib Altantuya jadi PM. Ini-ini semua bukannya kerja hakiki Duli YMM SPB Yang Dipertuan Agong. Ingat itu wahai UMNO.


Pelepah Pisang.


Jelas sebaik berlalunya kekalahan berganda UMNO-BN di PRK P.36 Kuala Terengganu 17 Januari lalu, pergolakkan dan musibah besar terus melendat dan melanda BN khususnya UMNO di perengkat Nasioanl maupun dibeberapa negeri. Peristiharan mantan Pengerusi Felcra Berhad yang jua Adun UMNO Bota YB Datuk Nasaruddin mengistiharkan dirinya keluar dari UMNO dan menyertai PR menerusi PKR. Ianya dialu-alukan oleh PR Perak khususnya, welcome ahlan walsahlan. Inya menambahkukuh penguasaan PR dalam DUNP dan mengecilnya lagi UMNO di Perak.
Besar sungguh kesan kepada berakhirnya PRK P.36 Kuala Terengganu kepada UMNO dan kepimpinannya. Perengkat lampu kuning dan sedang menunggu lampu hijau sahaja diwaktu terdekat ini, sekiranya 'Allah mengkehendaki dan mengizin serta meredzanya beberapa Adun UMNO akan berpindah rumah dan pengkalan kepangkuan PR samada kerumah PKR atau rumah PAS, masa sedang ditunggu. bukan itu sahaja silap-silap telahan di Perak jua satu PRK akan berlaku sekiranya MRP menerima permohonan PR-PAS membatalkan kemenangan YB TS Rapidah Aziz dan hampir pasti PRK di Parlimen Kundasang Sabah. Ianya mencabar dan mendebarkan BN.
Selama ini liatnya bak pelepah pisang untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Perhubungan UMNO Negeri Perak oleh DS Tajul Rosli. Tetapi sebagai referendum dari Adun Bota yang menyertai PKR-PR kepada DS Tajul Rosli akhirnya ianya otomatis menjadi sifat pelepah nyior yang tua ditiup angin jatuhlah ia dengan sendiri. Begitulah berlakunya perletakkan jawatan mantan MB Perak dari jawatan perdana UMNO Perak. Siapakah pengentinya? Untuk kekal atau sementara? Telahan saya 2 calun sahaja yang upaya diketengahkan oleh UMNO pertama anak Perak sendiri iaitu DS Dr Zahid Hamidi Alhaj dan anak Pahang iaitu TPM/MK DS Najib.
Sama-sama kita lihat dan kita tunggu perubahan baik atau buruknya yang akan menimpa kepada UMNO. Pemimpin merekalah yang dapat membawa halatuju UMNO bukan orang lain.


2 Safar 1430 / 29 Januari 2009 Khamis 12.10 th

Salam hurmat dari: http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com