Sunday, December 20, 2009

70 AHLI PARLIMEN BN MENDERHAKA: TOLAK BUDJET 2010. TOLAK BTN. UMno BN DI GEREK ANAI-ANAI, KINI LOMPONG MACAM PETULA TUA.

70 AHLI PARLIMEN BN MENDERHAKA: TOLAK BUDJET 2010. TOLAK BTN. UMno BN DI GEREK ANAI-ANAI, KINI LOMPONG MACAM PETULA TUA.

UMno BN & BTN MENCARI HERBA BARU MENGUBATI!!! LAWAN VIRUS WARISAN MENIMPA BTN MENUJU PENGHUJUNG.

3.15 Petang : 16 Disember 2009-12-15 - Rabu.

Rencana oleh :- Ibn Abdullah Al Awab

Sikap ambil lewa dan perangai main cincai, tindakkan dan fael ambil mudah sama seperti suasana selesa di tahun 60-an, 70-an dan 80-an. Ketika mana tunggul nipah dan pulor pisang yang diletakkan mewakili UMno Perikatan - UMno BN, mampu hanguskan deposit pilihanraya dengan mudah, mengalahkan calun-calun lawan dari PAS dan parti-parti pembangkang yang lain. Termasuklah UMno Perikatan - UMno BN raya sakan kerana menang tak bertanding, itu dulu!!!!! Di sebabkan tiada calon penentang dari lawannya. Suasana itu, masanya telah berlalu meninggalkan zaman dan di simpan di dalam arkib negara dan negeri. Walaupun begitu masih ramai dalam kalangan Adun dan AP UMno BN terus tegar perasaan, menafikan hakikat yang UMno BN pupus kuasa dan tidak meyedar diri tunduk seperti resmi padi. Tetapi masih sombong bongkak seperti jagung dan cengea kerbau laga lapar di tehak tengah rembang.

Mereka terbawa-bawa serta berpanjangan dalam memperaga sombong pada keadaan tersebut, hingga sekarang dengan mamai lupa serta buta minda. Sama ada ketika mana mereka berada di Dun sampai ke Parlimen. Fenomena Speaker Dun dan Speaker Parlimen mencengkam dan menguasai Dun dan Dewan Rakyat dengan membuli dan menekan Adun dan AP daripada pembangkang serta melindungi Adun dan MP UMno BN berkait kehadiran, juga semuanya telah berlalu. Dalam pasca kini, Adun dan AP dari PR disudut akademik dan profesional dan akhlak, jauh kehadapan baik meningglkan Adun dan AP UMno. Kini baik di Dun dan Dewan Rakyat, menteri-timbalan menteri dan exco telah pupus berada dalam zon selesa, ambil mudah berdepan Adun dan AP PR. Mereka kini berhempas pulas dan peluh keketing untuk menjawab soalan yang penuh persiapan. Ini diakui dan disahkan oleh mantan Presiden UMno/BN dan mantan PM4 Tun Dr Mahathir.

Walau pun begitu, masih terdapat Adun Kedah dari spesis usus penamat daripada UMno BN, terus diulit mimpi ditilam empuk. Adun UMno BN yang tidak mengerti bahasa dan menyedari secara realiti. Mengulang culas hadir ke mesyurat rasmi DUN Kedah, terbawa pada zaman partinya menjadi pembangkang. Yang rakyat pengundi tolak telentang UMno BN terkangkang di PRU12 pada 8 Mac 2008. Culas dan pontengnya, Speaker menunjukkan kesalahan besarnya membawa kepada kerusi yang disandang menjadi status sifar wakil. Kini UMno BN cemas semacam berperang menghadapi virus penyakit selesma bagi H1N1, apabila DUN Siputeh kosong menangani dengan meminta dan mendapat pertolongan tangan ghaib, menerusi hantu raya negara belaan UMno BN berjenama cap SPR dan Mahkamah.

Kini UMno BN mendapat nyawa simpanan di Dun Siputeh, melalui dan menerusi inisiatif silat petir oleh Pengerusi SPR sendiri. Macam hidung tak mancung, pipi terserong-serong, lebih moi dari mangkok. Lebih UMno melampaui UMno, itulah Pengerusi SPR dan SPR kini zaman SATU Malyasia pimpinan BTN Batang Tubuh Najib), bercawat kotea mempertahankan UMno. Inilah namanya macam ampu bangkai babi tunggal. Mantan Adun Siputeh dengan pintu mahkamah dan disana sedang menunggu satu lagi simpanan tetap UMno bernama Mahkamah Rayuan silap-silap macam khemah haruan. Kini semua pemain-pemain simpanan juga merupakan simpanan tetap kehadapan mempertahankan UMno BN dan BTN. BTN kian cemas dan lemas, barangkali sedang berkemas untuk meninggalkan Perdana Putra Putrajaya, kalaulah peristiwa 14 Disember 10.35 malam berulang.

Menerusi beberapa kawan dan keluarga rapat dari UMno yang memuji dengan rencana yang saya paparkan semalam, mengatakan saya beralih sokongan melalui tajuk tersebut. UMno salah dan silap membaca makrifat dan hakikat saripati dalam rencana itu. Mereka, teman dan keluarga dari UMno salah dan silap di sudut memuji dan membuat pernyataan. Sesungguhnya PR PAS, DAP dan Keadilan besok akan merungkai semua masalah, akan luruskan semua perbedaan menjadi lurus, selari dengan aspirasi tuntutan pengundi dan rakyat. Pemimpin-pemimpin utama akan semeja bersama-sama berganding menjana minda untuk memandu rakyat dan pengundi, dikala UMno dan komponan utama BN sedang mengalami virus selesma babi H1N1, sukar dirawat oleh bomoh dan dr pakar dalaman juga sedang menghidapi penyakit kronik pribadi laki bini. Macam ambil air kencing basuh pungkor disudut nak menasehati.

Barangpasti, pengesahan dan penerimaan sekelian perwakilan dari 3 tungku utama Pakatan Rakyat PAS, DAP dan Keadilan dengan melantek persetujuan bersama pemimpin PR dan berada dibawah satu bumbung PR didaftarkan. Inilah yang mengegar lutut sekalian pemimpin perdana dan pemimpin buyung UMno BN, sebaik menyaksikan dalam Parlimen peristiwa 14 Disember 2009 jam 10.35 malam. Sama ada anda diluar sana mempercayai atau menolaknya termasuklah UMno, kini dikalangan beberapa pemimpin UMno dan BN hatta ahli akar umbi, ramai yang mempercayai masin sungguh doa yang keluar dari mulut Tok Guru MB Kelantan merangkap Mirsidul Am PAS yang doanya diaminkan puluhan ribu mungkin ratusan ribu mungkin juga jutaan ahli dan penyokong-penyokong PAS.

Berbekal dengan doa dari Tok Guru Nik Aziz itulah sejumlah samarata kehadiran 3 paksi atau 3 tungku PR terdiri dari Pas, DAP dan Keadilan bersama-sama dengan 1,500 keluarga besar menjadi perwakilan duta mewakili parti masing-masing. Pemimpin utama 3 tungku bersekali dengan 1,500 perwakilan inilah yang akan mengegarkan stadium. Gegaran dan komitmen dengan menandatangani resolusi sepakat sepadu itulah gemanya bergoncang sampai ke Putrajaya langsung Perdana Putra. Hatta melantun pula dengung dan gemanya masuk kedalam Parlimen di Kuala Lumpur pada Isnin ini. Kepada pemimpin utama PR dan duta perwakilan 1,500 itu, bersatulah kita untuk diatas nama satu berlawan dengan BN. Macam gegeran gunung merapi Karakatua berputar ligar muntahkan lahar belerangnya ke pintu PWTC Jalan Putra Kuala Lumpur.

Sesungguhnya, keputusan yang besar, melalui pengorbanan daripada pemimpin yang berjiwa besar dan waja bersama-sama perwakilan masing-masing yang dinobatkan DUTA UTAMA KONVENSYEN PERTAMA PR 19 DISEMBER 2009 SABTU bersamaan 2 MUHARRAM 1431 menghasilkan kejayaan penyatuan yang gemilang. Doa dari dua Tok Guru PR YAB TG Nik Aziz Mursidul Am PAS dan Tok Guru Presiden PAS YB Abdul Hadi Awang yang diaminkan pemimpin-pemimpin kanan dari PAS, DAP, Keadilan dan Duta Perwakilan seramai 1,500 orang serta ahli-ahli dan penyokong diluar stadium. Sesungguhnya ianya bertambah kecilnya UMno dan BN. Barang tentu UMno BN telah kehabisan tenaga, nafsu dan kudrat untuk melawan kemaraan PR umpama tsunami membelah Acheh dan beberapa negara yang lain.

Kini apabila semua saluran telah UMno BN dan BTN gunakan, PR bukan pecah dan condong; tetapi ia lebih berpadu gagah perkasa. Diatas zuhud Tok Guru, wibawanya DS Anwar Ibrahim, padu dan kentalnya YB Karpal Singh dan YB Lim Kit Siang dan sokongan dari pemimpin-pemimpin kanan utama yang lain. Semuanya menjadi alat pelengkap yang saling melengkapi, sebagai ramuan herba Melayu, India dan Cina bernama keramat “PAKATAN RAKYAT”, mampu menyingkatkan hayat UMno BN dan BTN berkubur selarilah sebagaimana yang ditelahan oleh Tun Dr Mahathir baru-baru ini terbukti kebenarannya. Inilah termakbulnya doa untuk kehancuran Najib dan UMno adalah menerusi revolusi 19 Disember 2009 di KONVENSYEN PERTAMA PR.

Tidak sampai tempoh sebulan, doa Tok Guru yang diaminkan itu telah mendapat sahutan penguasa dilangit dengan menzahirkan pantas, tiga (3) ledakkan berlaku dalam kerajaan UMno BN yang berteraskan BTN dan BTN itu juga membawa makna Batang Tubuh Najib kian diasak ditolak kepenjuru pintu.

Pertama: Seramai 70 AP BN dari UMno sendiri telah menolak dan tidak lagi menaruh kepercayaan pipeh kepada BTN - Batang Tubuh Najib. Mereka buktikan menolak dan tidak mempercayai BTN bukan di kaki lima, di longkang Jalan Chow Kit atau di Tasik Cini. Tetapi mereka berani sebagai penderhaka kepada BTN UMno BN di dalam persidangan Parlimen dalam mengesahkan Bajet 2010 Najib. Kalaulah bukan kerana peranan penyelamat dijanakan oleh Speaker yang sedang mengendali persidangan dan undi secara belah bahagi itu melengahkan masa hampir dua jam, kerajaan UMno BN pimpinan BTN telah pun dikafankan dan dikuburkan dalam parlimen oleh AP UMno BN sendiri.

Penyelamat hakiki kemungkinan termasuklah bersekali Pendekar Mustar Speaker mengumumkan kiraan undinya bersekali dengan menteri dan timbalan menteri dari Senator. Kita ingin melihat ketelusan bentara yang membilang dan namakan adakah serupa dengan bilangan nama diumumkan pendekar speaker. Kalaulah Senator dimasukkan menjadi bilangan untuk simple menang dalam Bajet 2010 BTN, maka lebih kurang jugalah apa yang UMno BN laksanakan rampasan kuasa dan penipuan dalam DUN Perak Darul Redzuan. Mengertilh kita menang gunakan tipu.

Kedua: Barangkali penamatan tugas Panglima Angkatan Tentera yang dibesarakan tanpa dengan protokol lazim ketenteraan, ada kena mengena dengan ledak letup terkini yang melanda Kementerian Petahanan yang menterinya adalah Naib Presiden Kanan UMno mengumumkan.

Walaupun hampir 3 tahun beritanya diperam disembunyi dan dinafikan, makanya pada hari ini Menteri Pertahanan YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi, terpaksa membuka usus najis yang sebenarnya berlaku dalam Kementerian Pertahanan dalam tahun 2007, bersabut enjin pesawat perang hilang. Entahlah taraf JKKK kah yang dimiliki Perisik Angkatan Tentera. Disini saya lupa-lupa ingat dan ingin berkongsi tanya, siapakah yang menjawat jawatan Menteri Pertahanan ketika itu? Bolehkah menteri pertahanan ketika itu, sekiranya ada dan maseh hidup sekarang dipertanggungjawabkan? Tidak mampukan PDRM dan SPRM menyerang macamana menyerang pejabat Exco Kerajaan Selangor. La ni malam buta pun boleh ambil petuduh, apa macam?

Aneh bin ajaib bin heran, bengong binti mati akal. Bagaimana mungkin kehilangan Enjin pesawat pemintas F-5E TUDM disedari hilang pada tahun 2007 yang bernilai RM50,000,000.00 sebagaimana dilaporkan. Penyelenggaraan enjin pesawat tersebut dijalankan di Gudang Material Pengkalan Udara, Subang. Siapakah AP dari UMno yang menjawat Menteri Pertahanan Ketika itu? Kenalkah kita? Zaman PM6 DS Najib banyak gejala pekara pelek-pelek berlaku dalam tangan Kerajaan laki bini. Barangkali menjadinya dan kesannya DOA TOK GURU baru-baru ini, maka kebenaran terpaksa diluahkan walau disembunyi kemas kemin hampir 3 tahun.

Tiba-tiba Menteri Pertahanan YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi letupkan malapetaka besar ini yang mengiringi lagenda kapal selam, helekopter, peledak peletup C4 dalam pengendalian ATM telah memusnahkan putri Monggolia Altantuya Shaaribu semuanya berkait rapat dengan Kementerian Pertahanan pakat-pakat curi enjin pesawat tersebut dan dijual ke negara di Amerika Selatan. Kini kerajaan zaman SATU Malaysia, buat-buat terkejut, pora pura membuat siasatan, aku dah tidak percaya lagi kali ini. Aku tak tuduh, agak-agak barangka;i, kerana dah tak ada duit atas angin kerana peruntukkan membeli senjata dan aksesori lain dikecil dikerotkan, jalan mudah pakat-pakat curi jual hatra negara. Lepas tu buat-buat latah tergejut berok. Maka carilah bilis udang jerangau dimangsakan itulah penyelesaian SATU Malaysia BTN.

Ketiga: Menteri Pertahanan merangkap Pengerusi Perhubungan UMno Pulau Pinang iaitu YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini 2 Muharram 1431 Sabtu 19 Disember 2009-12-19, sesuailah dengan seruan ciplak UMno “UMno For All”, tiba-tiba meletup dan meledak selama 50 tahun UMno memedam rasa nafsu dan keinginan ingin menduduki kerusi Ketua Menteri. Sejak zaman UMno Perikatan Tun Ong Paw Nee menjadi KM Pulau Pinang sampai berkubur kerajaan Perikatan MCA. Juga di zaman UMno BN KM Tun Lim Chong Yu bertukar kepada TS Dr Khoh Sooh Koon yang berkubur pada 8 Mac 2009.

Kini UMno memberontak untuk mengambil aleh pengerusi BN Pulau Pinang yang kini dipegang oleh Gerakan oleh mantan KM Pulau Pinang. Setelah tewas dilantik juga menjadi menteri melalui pintu Senator yang bertanggungjawab PKI dan NKRA. Tetapi hari ini UMno Pulau Pinang pinta Pengerusi BN BTN singkirkan Pengerusi BN dari Gerakan diserahkan kepada UMno kerana alasannya kukuh dan teguh. UMno walau pun tewas dalam PRU12 pada 8 Mac 2009 dulu, tetapi maseh berbaki 2 Anggota Parlimen dan 11 Adun. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC selepas PRU12 menjadi sifar kerusi DUN mau pun Parlimen. Mengikut sifir dan lazim politik adalah wajar sungguh merasai jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang. Untuk mantapkan perjalanan BN PP menuju PRU13 kelak.

Beranikah Pengerusi BN BTN membuka tari dan langkah menerima dan akur dengan desak dan asakkan Naib Presiden Kanan UMno juga temannya yang merampaskuasa kudeta dalam UMno BN Perak dan kerajaan PR yang sah. UMno telah kembali pendekar perkasa yang pinta TS KSK sembah kakinya dan pohon maaf. Inilah kekuatan value add UMno terkini barangkali.

Ada mampu? Ada kuatkah? Ada berani? Pengerusi BN BTN bertindak tegas kepada 70 AP BN yang menderhaka kepadanya dan telah cuba menjatuhkan BTN dan BN didalam persidangan Parlimen menerusi penolakkan BAJET 2010?. Atau BTN selaku PM dan Pengerusi BN akan lembut gigi dari lidah, merayu menangis air mata naga memohon ehsan kepada 70 AP BN dari semua parti komponan BN itu. Merayu janganlah mengulangi macam tu, saya merayu kepada kepangkuan YB-YB sekelian, nak apa, mintalah akan saya dahulukan. Asalkan kita selamat. Sama-sama kita menunggu, masalah sahaja yang akan menentukan.

6.50 Petang : 16 Disember 2009-12-15 - Rabu.

Rencana oleh :- Ibn Abdullah Al Awab