UM no TAKUT BIMBANG - BERDEPAN DENGAN TUMBANG.
10.25 Malam : 5 Disember 2009 - Sabtu - 18 Zulhijjah 1430
Tinta Rencana Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
Siap pada: 10.25 Malam : 5 Disember 2009 - Sabtu - 18 Zulhijjah 1430
Berdepan dalam menghadapi penghujung tahun 2009 khususnya realiti di bulan Oktober - Disember. Pehak UM no dan BN bersekali dengan kepimpinan komponen BN. Mereka menghadapi percakaran dalam membina kumpulan. Natijahnya mengundang perpecahan, perebutan kuasa dan mendendam. Pertelingkahan menjadi parah, seperti kronik virus H1Ni selesema wabak babi. Pendapat penganalisa politik kaki lima dan penganalisa yang bertenggek di kedai siber kafe nasi kandar berbicara, wajar diambil kira. Beberapa parti utama komponan BN, MCA, MIC, PPP dan Gerakkan, kalau tidak diurus kearah penyelesaian yang telus, kepimpinan dan fokas arah tuju, komponen-komponen BN ini dah hampir mendahului UM no berada di pinggir perkuburan masing-masing.
Apabila pemimpin SATU Malaysia, Pengerusi BN - Presiden UM no juga PM6/ Menteri Kewangan, telah menciplak dominasi seruan PAS. PAS menggunakan secara meluas hampir 5 tahun, berjaya dapat menarik minat sokongan kepercayaan kepada PAS dari rakyat multi racial dengan seruan keramat “PAS FOR ALL”. Maka di persidangan Agung Khas UM no di PWTC baru-baru ini, telajak dengan semangat yang berkobar-kobar, meluap-luap “macam Pepsi Cola” buihnya memancut bila botol digoncang sebelum di buka. Maka dengan semangat yang menyengat itu, DS Najib terlepas ledak dan muntah peluru dengan menyeru kepada ahli UM no dan diluar kotak UM no dengan menyeduk “UMNO FOR ALL”. Apakah ertinya disebalik ciplak semboyan tersbut? Umpama peledak tiba sasarannya kejantung hati MCA, MIC, PBB dan lain-lain. Pedih menerima dan memikul bahana bahan peletup dari Pengerusi BN itu.
Presiden PAS YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang dan Mursidul Am PAS YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat tersenyum lebar, menyaksikan telatah kelagat Presiden UM no. Kerana mampu menjana secara terbuka lagi SATU tiru oleh UM no dan lagi SATU lagi tambah iktiraf oleh UM no khusus dari Presiden UM no / Pengerusi BN kepada cara-cara PAS mengurus dirinya untuk bersama-sama dengan enghadapi rakyat dan pengundi. Benar dan tepatnya seruan yang PAS guna kepangkuan rakyat negara selama ini yang multi mendapat sambutan dan sokongan dari rakyat jelata pelbagai bangsa hinggakan terbokti wujudnya dan diiktiraf akan ‘KELAB PENYOKONG PAS”, Alhamdulillah.
Dengan ledak letupan semboyan dari Presiden UM no / Pengerusi BN “UM no For All”. Maka mengertilah maknanya UM no adalah untuk semua, UM no untuk India, UM no Cina dan UM no untuk bangsa lain-lain SATU Malaysia. Bermakna pemimpin UM nolah akan menyelesaikan masalah kaum India, Cina dan lain-lain, tidak perlulagi MIC dan MCA? Justeru saya mentafsirkan UM no dan pemimpin-pemimpin akan terus turun dari pintu ke pintu menemui langsung di kalangan keturunan Cina, India dan lain-lain. Kenapa? Kerana dalam pengamatan politik pemimpin UM no, semua parti-parti yang mewakili bangsa masing-masing berada dalam komponan BN, sudah tidak terdaya dan mampu memberi perhatian dan pembelaan kepada keturunan masing-masing kerana kepentingan diri, kroni dan menjadi lanun harta parti, harta rakyat dan negara.
Dalam masa yang sama pemimpin UM no dan kadang kalanya berselindung disebalik jawatan kerajaan disandang seperti menteri dan timbalan menteri. Mereka bisa mengatur dan menandu hatta mengugut dan mengugat pemimpin komponen BN yang bermasalah. Diatas perpecahan dan perbalahan UM no melalui Presiden dan Timbalan Presiden atas kapasiti Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN, mereka telah mula masuk melalui pintu belakang, pintu sisi dan tingkap kerumah MCA, MIC, PPP dan beberapa parti lagi. Kini komponen parti dalam BN itu kusut menjadi serabut.
Untuk menyatakan bencinya Presiden UM no bersekali pemimpinnya dikalangan menteri-menteri dan timbalan menteri kepada MIC dan pemimpinnya. Sanggup dan sampai hati Najib bukan sahaja melukai hati MIC dan Samy V dikalangan keturunan kaum India. Tetapi Najib kerat terus jantung dan hati MIC dan seluruh pemimpinnya. SATU tindakkan berani, tindakkan berani lagi menyakitkan hati MIC dan pemimpinnya menjelang PRK Bagan Pinang, Pengerusi BN melancarkan SATU parti baru untuk kaum India iaitu parti “MAKAL SAKTI”, sebagai ganti kepada MIC untuk kaum India dalam BN. Inilah hakiki, hakikat tersembunyi DS Najib Presiden UM no dan Pengerusi BN.
Bukan sahaja ia secara semborono dan khianat pintu belakang memijak PR dan pemimpinnya, lebih dari itu langkah dan tindakkan berani DS Najib dah buktikan kepada komponen BN di Semenanjung dan kepada komponen BN di Sabah dan Sarawak dengan melancarkan pula parti dan menyokong penubuhan “PAKATAN RAKYAT SABAH”. Inilah banyaknya wajah PM6 Malaysia yang melancarkan retorit SATU Malaysia juga baru menyandang, menguasai UM no bersama-sama TS MY dalam program rampasankuasa dalaman UM no melalui desakkan tekanan kepada Pak Lah madah berhelah ‘PERALIHAN KUASA’ untuk menyelamatkan negara. Umpama selamat dari mulut harimau ditelan masuk keperut naga bukan perut kapal selam berpuaka.
Disamping perpecahan diatas, dikalangan ahli-ahli UM no pertengahan dan perengkat akar umbi, mereka sendiri turut membuka minda, membuka minda membuat perbandingan. Ketika mendongak mencari kepastian, dengan penuh pertanyaan, siapakah lebih baik pemimpin yang memimpin BN atau pemimpin yang memimpin PR. Menerusi info dan maklumat pantas didapati dari anak cucu yang berpendidikan. Mahir dengan jalor lebar lebuhraya maklumat menerusi internet. Dari dungu beku mereka kian celik maklumat dan membandingkan pemimpin yang memimpin mereka dalam UM no BN dengan pemimpin PR yang memimpin PAS, DAP dan Keadilan. Semua bangsa (Melayu, Cina, India dll) sedang menimbang tidak timbang menggunakan dacing untuk mendapat kepastian pemimpin sejati yang integriti atau pemimpin rasuah macam lanun.
Rakyat sedang melihat, menilai dan terus membandingkan yang mana pemimpin-pemimpin dikalangan UM no dan BN jauh hanyut tenggelam ketinggalan dinyahkan tsunami kepercayaan. Peimimpin-pemimpin UM no dan dalam BN samalah bermasalah seperti pemimpin bola sepak FAM dan pemainnya dibawah tahap skill dunia untuk menyertai perlawanan hatta sekalipun di peringkat Asia Tenggara. Mereka cemuh didalam negeri dan semuh diluar negeri setiap kali mencapai kekalahan dalam perlawanan. Penyakit ini melanda dalam pimpinan UM no yang sentiasa berdepan persoalan kualiti telus diri dan kepimpinan.
Apabila mereka dikejutkan oleh dunia menerusi pengiktirafan majalah global antarabangsa mengiktirafkan kepimpinan PR dan terlepas pandang kepada pemimpin mereka. Dari segala macam peledak dan tuduhan UM no ketengahkan kepada rakyat khususnya orang Melayu dengan sarat tuduhan kepada YAB Tok Guru Nik Aziz, kerana penghalang kepada cadangan Kerajaan Perpaduan yang mengundang marah dan dendam kesumat UM no dan pemimpinya kepada Tok Guru Nik Aziz. Tuduhan dari UM no dan pemimpin-pemimpin UM no itu telah ditolak dan disanggah sepenuhnya di perengkat dunia antarabangsa. Rakyat dan ahli-ahli UM no memikirkan antara permata dalam PR dan kaca semilu dalam UM no BN.
Apabila The Royal Islamic Strategic Studies Center dalam penerbitan sulong bukunya "The 500 Most Influential Muslims In The World" tahun 2009. Mereka mengumpulkan tokoh-tokoh Muslim dari seluruh dunia yang berpengaruh mampu membawa perubahan dalam kehidupan manusia sejagat. Walau disisi UM no dan BN intan berlian permata ini dikatakan UM no sebagai kaca. Tetapi tuduhan kaca dari UM no kepada intan berlian permata dinafikan itu. Ianya telah disahkan benar dan sesungguhnya benar belaka bahawa Mursidul Am PAS YAB Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat ikon, tokoh politik dan ulama terkenal tanah tersenarai.
Mursidul Am PAS YAB Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat tersenarai dalam 50 muslim berpengaruh dunia. Makanya pemimpin UM no kian dihimpit ditolak ketepi. Justeri ianya akan melenyapkan segala kritikan musuh yang menghina dan mempertikai kewibawaan TGNA. Tempoh 20 tahun mengetuai kerajaan, kerajaan dan kakitangannya bebas dari rasuah, Alhamdulillah! Syabash Tok Ayah Zit, ikon dan idolaku dulu, kini dan seterusnya.
Melengkap lonjakkan untuk rakyat untuk menyokong PR khususnya dalam sokongan dan memberi undi kemenangan kepada PR untuk menubuh kerajaan Pusat. Diperengkat global pemimpin PR dari Keadilan. Mantan TPM, mantan Menteri Kewangan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia YB DS Anwar Ibrahim telah tersenarai di ranking ke 32 Pemikir Terbaik Dunia. Majalah Foreign Policy yang berpusat di Washington DC telah menyenaraikan 100 individu yang telah menyumbangkan buah fikiran terbaik mereka untuk kemakmuran masyarakat dunia. Walau beliau telah dihina dengan pelbagai fitnah dan keluar masuk penjara dan turun naik Mahkamah serta dihina sebagai pegkhianat namun dengan pengiktirafan tersebut melenyapkan segala kritikan tersebut.
Diatas pengiktirafan dunia kepada Tok Guru Nik Aziz dan kepada DS anwar Ibrahim, kini UM no berdepan dengan kalut yakni akan terus hilang kepercayaan dan terpinggir dimata rakyat untuk terus menyokong UM no BN. Jadi UM no akan bertindak ganas macam raja rimba untuk melenyapkan musuhnya pemimpin dikalangan PR walau apa cara akan dikenakan kepada pemimpin PR yang menjadi penghalang kepada UM no khususnya kepada Najib. Sama-sama kita saksikan tindak tanduk UM no dalam merealisasi situasi ini.
Tinta Rencana Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
Siap pada: 12.27 Pagi : 6 Disember 2009 - Ahad - 19 Zulhijjah 14