SUSU, LEMBU DAN SAPI DI N3 KOTA SEPUTEH, APA KESUDAHANNYA
15 Zulhijjah 1430 - Rabu - 2 Disember 2009-12-02
Kalaulah tidak kerana bersungguhnya isteri dalam memenuhi runtunan anak ke SATU majlis taklimat dan ujian untuk merebut dan mendapat tempat belajar ke Tingkatan 1 2010. Sudah pasti saya terpinggir mendapat maklumat dari pegawai memberi taklimat info resmi yang boleh dipertanggungjawabkan. Isteri mengajak untuk bersama-sama ke majlis tersebut sebagai sokongan dan galakkan kepangkuan kemahuan anak dalam halatuju dirinya merialisasi arus perdana belajar dan pembelajaran.
Pegawai tersebut tata bertaklimat kepada waris dan serentak masa yang sama anak-anak ditempatkan kelas-kelas menghadapi ujian bertulis untuk kelayakkan pemilihan ke tingkatan satu 2010 ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Dalam taklimatnya memaklumkan kepada ibu bapa dan waris bersabit dengan bilangan SMKA yang terdapat di negeri Kedah sekarang hanya terdapat empat (4) buah SMKA sahaja. Iaitu SMKA Mergong Alor Setar, SMKA Baling, SMKA Sik dan SMKA Yan. Manakala SMKA kelima akan dibina tidak lama lagi.
Sejujurnya beliau memaklumkan pembinaan SMKA kelima adalah di Jerlun khususnya di Kota Siputeh, pebinaannya menunggu masa sahaja. Ketika itulah selamba pegawai tersebut mengatakan, “Sekiranya pilihanraya kecil jadi di Kota Siputeh lagi cepat dibuat”. Saya beranggapan info tersebut adalah resmi dan sah. Kerana ianya diaklumkan oleh pegawai yang sah dalam majlis resmi yang sah, Alhamdulillah.
Sekiranya Allah takdir PRK N3 Kota Siputeh diadakan, pasti projek yang sah dilulus dan telah diperingkat akhir pembinaannya. Pasti projek tersebut akan dijaja dicanang seluruh Kota Siputeh menjadi lonyai dan lumat bersekali dengan projek angin dan projek maya yang akan dijaja. Letak gunung dan bukit asas dari PM, TPM dan lain-lain sewaktu dengannya. Saya yakin 200 peratus Menteri Pelajaran yang juga Tibalan Perdana Menteri juga Timbalan Presiden UM no akan gunakan sepenuhnya peluang dan ruang, mengambil kesempatan, secara somborono dengan penuh semangat yang meluap-meluap, mengelegak mendidih mengumukakan betapa UM no......... sahajalah ............ yang .......... rakyat didahulukan dan diutamakan, sakan nanti temberangnya.
Usahlah mengaku mendakwa kerana kitalah UM no bertanggungjawab mendiri rumah ditapak yang telah siap siaga semuanya. Mengaku umpama sapi mendapat nama dari jerit pekik lembu? Apakah itu caranya jenama baru UM no? Dulu, kini dan selama-lamanya untuk mengkaburi mata pengundi dan meracuni minda?
Sudah pasti PRK N3 Kota Siputeh ini, yang mana mantan Adunnya Dato' Abu Hassan Sharif, barangkali selama ini itulah kerjanya mengambil mudah culas menghadiri ke mesyurat DUN Kedah semasa Kedah di kuasai UM no BN dan Speaker DUN Kedah ketika itu adalah UM no yang buat do no pejam mata, buat tak pa saja. Dulu lain lanie lain. Dulu UM no BN berkuasa lanie UM no BN dah terkaleh menjadi pembangkang. Jangan buat senang sapa-sapa pun Adun baik dari UM no BN mapun dari PR samada dari PAS, Keadilan, PKR dan DAP.
Sesungguhnya, tindak tanduk Dato' Abu Hassan Sharif mengali liang lehat UM no Pusat untuk di makamkan di N3 Kota Siputeh menerusi PRK yang bakal diadakan. Kalau dinafikan oleh kuasa ghaib dan tangan syaitan yang sepanjang nampak, mengikut loyar nujum Pak Belalang DUN N3 Kota Siputeh tidak akan mempunyai Adunnya, entah benar atau tidak. Tetapi kuasa yang mutlak dan muktamat Speaker DUN Kedah dah lama kosong dah. Cuma pekakas komponan UM no saja yang menafi dan membela UM no dan mantan Adunnya.
Kemenangan besar di PRK Bagan Pinang oleh perasuah menerusi deposit undi POS ASKAR, seluruh UM no pun tahu realiti sebenar UM no itu, dakebah deman atau rebah menyungkur kalau SATU undi saja undi pos. Walau UM no menang besar di PRK Bagan Pinang nampak macam kuat cekang, tetapi yang nyatanya mereka kendor. Menang dengan cekang undi pos. Di Kota Siputeh undi pos sebagai deposit amat sikit bilangannya, inilah yang sedang menghantu dan merasuk UM no. UM no negeri dan takut telor masuk kedalam perut. Samalah takutnya sesetengah orang mendengar ledak letupan. Selalu depa ingat ledak letup itu adalah C4 yang membunuh wanita Monggolia Altantuya yang rohnya sedang mengganggu sesetengah yang empunyai kait hubung langsung dengan sesetengah pemuka negara.
Sekiranya UM no menemui kuburnya di N3 Kota Siputeh menerusi PRK yang diundang dijemput dengan permaidani merah oleh mantan Adun Dato' Abu Hassan Sharif. Pastilah sadikit sebanyak jasanya selama mana dia beberapa penggal menjadi Adun N3 KS, semuanya akan diperkatakan umpama isi perut pedai yang keluar menerusi saluran dan usus seperti shit. Hatta macam-macam mungkin tuduhan dan kata-kata tak baik kepada beliau oleh pemimpin dan ahli UM no sendiri, sama-sama kita nanti, situasi akan dihadapi Dato' Abu Hassan Sharif.
Sabarlah menanti, kesudahan ada ka dak PRK N3 Kota Siputeh. Rakyat berkata dimana-mana, SPR dalam kerengkong, Mahkamah dalam genggam, Polis dalam kerubung, SPRM dalam guri semuanya UM no BN miliki, apa nak heran, apa nak takut.
Kini SPR, SPRM, Mahkamah, Polis dan banyak lagi, rakyat sudah tidak mempercayainya berfungsi kepada rakyat dan negara kecuali bekerja bermati-mati kerja untuk melindungi kepentingan UM no BN sahaja.
Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB
Siap 8.00 Malam: 3 Disember 2009 Khamis 17 Zulkaedah 1430