Sunday, December 6, 2009

JOHAN SAJA PADA NAMA - JANA POLITIK UMANG-UMANG.

JOHAN SAJA PADA NAMA - JANA POLITIK UMANG-UMANG.

Mula 3.30 Petang: 17 Zulhijjah 1430 Jumaat 4 Disember 2009

Saya mengenali Saudara Che Johan Bin Che Pa bersekali dengan ayahdanya bersama keluarga untuk tempoh yang cukup lama. Ketika mana dulu saya dan sahabat-sahabat kerabat ABIM Daerah Pasir Mas, menjadi kelaziman kami membantu dengan membeli barang-barang runcit dari kedai Pak Cik Pa, ayahnda kepada Che Johan yang menjalankan perniagaan runcit. Sebagai memberi sokongan membantu perniagaannya, dengan kami menjadi pelanggan tetap membeli barang-barang runcit jualan ayah Che Johan di pasar. Saya mengenali Che Johan, beberapa tahun sebelum beliau menyambung pelajaran ke Universiti Malaya. Dan ayahnya yang banyak menceritakan tentang Che Johan setiap kali saya membeli barang.

Sebaik tamat pengajian dari Universiti Malaya, negara berhadapan dengan ekonomi meleset di bawah kerajaan BN. Beliau bekerja sementara dibawah skim khas, pekerja siswazah sangkut. Che johan bekerja di Pejabat Haiwan Daerah Pasir Mas. Pernah cuba menjadi petani moden dengan membuat pinjaman di Bank Pertanian Cawangan Pasir Mas kini AGRO Bank. Pinjaman berjaya diperolehinya tetapi pertanian dan penternakkannya gagal tidak berjaya menjadi. Bayar atau tidak keatas pinjaman dengan Bank Pertanian itu, ianya diluar maklumat dan pengetahuan saya. Selepas itulah Johan berangkat ke UK meneruskan belajar undang-undang dan menjadi peguam. Isteri beliau pernah mengajar di SMK Batu 9 ½ Cheras, Selangor Darul Ehsan.

Tahun lepas, saya telah bariskan dan menyebut nama Che Johan Che Pa dalam satu rencana saya, tepatnya pada Wednesday, October 15, 2008 dengan tajuk “MENGIMBAU WIRA BUKIT TUKU VS PAKATAN RAKYAT”. Saya namakan wira Bukit Tuku, diatas satu tunjuk perasaan menjelang PILIHANRAYA KECIL BUKIT TUKU 1987. Yang melibatkan penyertaan Saudara CheJohan ketika itu masih lagi belajar di Universiti Malaya juga diantara pimpinan kanan mahsiswa. Ketika usia remajanya beliau cenderung bersama-sama PAS dan mengalih sokongan berparti kepada UM no bersama-sama sahabat saya Ustaz Nakahie Ahmad (Dato’) bersekali sahabat-sahabat lain berhijrah ke UM no.

Dalam PRK tersebut PAS yang meletakkan kembali calon yang tewas dalam PRU7 bertanding di PRK Bukit Tuku semula. SPR menerima calon PAS - Haji Abdul Patah Bin Haji Haron, muka baru calon UM no BN Encik Mohd Zain Bin Ismail dan calon bebas juga mantan Adun Bukit Tuku melalui BN-Berjasa Encik Noor Mohamad Bin Mohd Noor, bertarong dalam tiga penjuru. Keputusannya calon UM no BN Encik Mohd Zain Bin Ismail telah memenanganinya dengan majoriti tipis 114 undi (maaf kalau salah) kalau tidak silap ingatan saya. Kerana saya diantara petugas PACA dalam PRK Bukit Tuku untuk membantu calun PAS.

DEMONTERASI BULATAN LEMAL.
Ketika itu ramai pemimpin pelajar universiti-universiti dan mahasiswa turut berkempen membantu sukarela kepada calon PAS menghadapi PRK pertama selepas PRU7 yang amat bersejarah kepada PAS melaluinya. Ketika mana berhadapan berlawan dengan Kerajaan BN Kelantan dan BN Pusat serta bersekali dengan seluruh kelengkapan negara ketika itu.

Kemuncaknya adalah pelancaran yang mendadak - fantastik oleh Presiden Umno - Perdana Menteri YAB Dato' Hussein Onn iaitu "GERAKTANI" peringkat kebangsaan yang diadakan di Kangkong (saya tidak pasti adakah Kangkong jua termasuk dalam kawasan Bukit Tuku) tetapi jaraknya bulatan Lemal dengan Kangkong kira-kira dari dua batu sahaja jauhnya. Disinilah peristiwa tunjuk perasaan besar-besaran dijuarai oleh Pimpinan Pelajar universiti-universiti yakni sehari sebelum pengundian menjelang PRK Bukit Tuku tersebut.

Dalam PRK Bukit Tuku saya bersama sahabat PAS Pengkalan Pasir, bertugas mengendali dan mengelola PACA yang beroperasi di sebelahan Pondok Lati. Semasa menyampaikan taklimat saya didatangi ketika itu (seorang sahabat PAS - telah meninggal dunia Al Fatehah untuknya) pinta agar saya segera ke Bulatan Lemal, kerana orang ramai turut serta dalam tunjuk perasaan. Rakyat sedang menunggu Presiden Umno/PM Dato' Hussein Oon laluan balik dari peresmian Geraktani dan pasti melalui Bulatan Lemal tersebut untuk menyampai serah memo.

Saya sememangnya mengenali Ketua Inspektor dan OCPD Pasir Mas ketika itu dan mereka mengenali saya, kerana saya acapkali jua pi tibai bola tenis digelanggang tenis PDRM di Balai Polis Pasir Mas. Sesampainya saya dengan sahabat tadi, dan dapat memboloskan diri tiba rapat berhampiran dengan peneraju tunjuk perasaan. Saya bangga dapat menyaksikan pimpinan pelajar mahasiswa-mahasiwa universiti (darah muda saya tersirap ketika itu tetapi kini menjangkau umur 60; 20 tahun berjuang dengan asma yang kronik), mereka sedang bergelut dengan komponan maya BN iaitu polis.

Mereka disepak terajang, ditibai dengan cota, dikilas tangan kebelakang dan digari (itulah polis, sekalipun kita mengenali mereka dan sebaliknya; rayuan kita dan mereka terlepas pandang mengenali kita). Mereka-mereka dimuatkan seperti lembu ke Balai Polis Pasir Mas (kini diantara mereka adalah pemimpin negeri dan negara Alhamdulillah). Saat itu perasaan simpati dan kasih sayang kepada mereka tercetus spontan amat sangat dengan deraian air mata simpati. Siapakah mereka yang menjadi "WIRA LEMAL GERAK TANI PILIHANRAYA KECIL BUKIT TUKU" itu? Mereka semua adalah adik-adikku dan sahabatku;-



1. Muhammad Bin Hussein - UM (dari Kelantan)
*Kini adalah MP - YB Ustaz Mohammad hussein - Pasir Putih

2. Husam Bin Musa - UM (dari Kelantan)
*YB Datuk Peduka Haji Husam Haji Musa Exco Kanan KNK/NP Kanan PAS

3. Mansor Bin Daud - UM (dari Kelantan)
*Timbalan Pengarah YIK (Akademik)/Mudir Mahad Tahfiz Pulai Condong

4. Saifuddin Nasution Bin Ismail - UPM (dari Kedah)
*YB Saifuddin Nasution Ismail - MP Machang - Ahli Pas/MP PKR

5. Idris Bin Haji Ahmad - ITM/UKM (saya tak ingat dengan pasti maaf - dari Perak) dan *Bertanding beberapa kali dalam PRU kalah- Mantan TKP PAS Pusat/AJK PAS Pusat (Abang-abangnya Ustaz Hussein, Ustaz Salleh-sejak di Nilam Puri, Ustaz Hassan-sejak di Nilam Puri dan Ustaz Zakaria-sejak di Nilam Puri makan sireh kuat dulu).

6. Che Johan bin Che Pa - UM (dari Kelantan)
*Peguam - kini sedang bertarong utk jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, mudahan anda berjaya.

Saya turut serta mengiringi mengekori mereka ke Balai Polis Pasir Mas bersama-sama dengan pimpinan PAS yang lain berurusan untuk membebaskan mereka untuk proses ikat jamin dan sebagainya. Malang polis yang menjalankan kerja-kerja UMNO-BN, akhirnya mereka dilokapkan semalaman dan dilepaskan menjelang tengah hari dihari pengundian. Anda semua, polis adalah polis walau kita mengenalinya. Adik-adik ini telah meletakkan nilai dan harga perjuangan dikala ubun-ubun sekeras kulit penyu dengan nilai yang tinggi ibarat lilin. Dimana mereka kini? Mereka sedang menuai hasil yang mereka tanam 22 tahun dahulu .

SILA KLIK

http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/2008/10/mengimbau-wira-pakatan-rakyat.html

Selepas bersama-sama mengepalai tunjuk perasaan - demontrasi pada pada tahun 1987 PRK Bukit Tuku di hadiri lebih daripada 500 peserta secara spontan, tanpa war-war 22 tahun dahulu berjaya. Baru-baru ini Che Johan mengulangai diwadah tunjuk perasaan - demontrasi, tetapi terlebih dahulu dimulakan dengan hebahan terkini media bertali arus, memaklumkan satu perhimpunan demontrasi di hadapan Kota Darul Naim bertujuan untuk mendesak MB Kelantan YAB TG Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat meletak jawatannya yang disandang sejak tahun 1990 yang bebas dari sebarang rasuah, kerana alasannya doa dipanjat oleh Tok Guru musibah kepada PM6 DS Najib Presiden partinya.

Menjadi satu fenomena dan menjadi sekandang sarkas untuk seluruh kepimpinan UM no disemua peringkat, sememangnya mereka mengetahui dan arif, bahawa secara hakikat dan realitinya kini dan lanie, bahawa UM no lanie telah tidak mendapat sokongan - kepercayaan dari rakyat dan pengundi muda di arena SATU Malaysia yang dijaja berjela-jela di media perdana. Maka dengan menggunakan bodi badan wadah UM no rakyat belah buat do no, makanya politik umang-umang, politk lembu punya susu sapi punya nama menjadi pilihan terakhir dalam mengabui sokongan rakyat , juga berjaya dengan gagal. Sekiranya makan perdana free dan hiburan melekakan diri, baru rakyat mendekati kerana nak makan nak jamu nafsu mata dan nafsu hati sahaja.
Di Perak, di Selangor, di Kedah, di Pulau Pinang, di Kelantan dan dilain-lain negeri UM no belajar berpolitik dan bekerja seperti umang-umang dan sapi yang mendapat nama dari susu lembu. Umang-umang adalah spesis hidupan laut yang badannya terdedah telanjang bulat. Jadi untuk melindungi keselamatannya hayat berpanjangan, maka dia tak kira kulit siput apa pun dia masuk berlindung serlum. Kulit siput kumbar ka, kulit siput babi ka semuanya jadi. Dia mampu masuk tumpang jadi tuan, hidup dan bergerak dan kulit siput itu berubah nama menjadi umang-umang. Itulah UM no sebenarnya dalam jelma.
Maka begitulah pemimpin-pemimpin UM no mendidik ahli-ahlinya, sekiranya difikirkan UM no tidak mampu kehadapan untuk diketengahkan manupulasi mendapat sokongan rakyat secara hurmat, maka cara-cara umang-umanglah terbaik sebagai SATU jalan dihadapan UM no untuk menyambung hayat jauhkan lubang kubur. Maka tumbuhlah secara halal dan haram NGO UM no hakikat sebenarnya adalah UM no. Tetapi berdiri atas nama umang-umang NGO. Macam-macam nama JPRK - Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan (umang-umang Che Johan), Perkasa, Peralat, Perkakas, Silat Cepoh dan sebagainya.
Maka Che Johan Bin Che Pa yang statusnya adalah Timbalan Ketua UM no Bahagian Pasir Mas, kini terang macam bulan purnama, bersuluh dikala rembang, Che Johan adalah sekadar johan pada nama. Tidak johan pada sudut kerja mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat pada dirinya yang bernama Johan tetapi kandas dalam daya usaha berangkai SATU Malaysia untuk kembali menjulang UM no cap keris telanjang dalam BN cap dacing sebagai satu pati yang mampu memberi kebaikkan kepada rakyat dan umah sejagat. Dalam konteks negeri Tanah Rendah Sekebun Bunga negeri Cek Siti Wan Kembang Kelantan Darul Naim. Rakyat dan pengundi wajar mengambil peduli dan mengerti. Di Kelantan kalau “BN menang UM no kenyang”.
Fenomena rakyat Kelantan dan pengundi seperti diterjermahkan program anjuran tajaan Che Johan untuk menghina TG samada bertujuan membodek Presiden UM no juga PM6 SATU Malaysia, atau projek memperagakan dirinya untuk menjadi johan dan menjadi johan berganda, sudahlah Cek Johan, UM no Kelantan dan spesis umang-umang NGO UM no, jelas tidak mendapat tempat dan sambutan di mata hati rakyat Kelantan. Mudah-mudahan keadaan ini akan terus dipupuk berpanjangan dan berterusan menjelang menghadapi PRU13 dua tahun dari sekarang, Inshaallah.
Jawapannya Che Johan telah nampak dengan mata terbeliak, benar UM no telah ditolak. Walaupun UM no berwajah umang-umang NGO, rakyat celik minda dan celik politik. Rakyat bistari menilai, berkocak air dikali, telah dikenali jantan betina dan jenis-jenis ikannya. Inikan pula UM no yang berselindung dengan nama umang-umang NGO. Sekadar kurang dari bilangan seratus yang bersama-sama beliau. Sedangkan peserta sebagai pemerhati telatah Che Johan mencecah 1,000 penonton.
Che Johan!!!!!! Fikir-fikirlah cara lain dan jalan lain untuk mendapat johan sokongan dari rakyat dan pengundi, johan menjadi pemimpin utama UM no Bahagian Pasir Mas dan Pemimpin Utaman Badan Perhubungan UM no Negeri Kelantan.
Respon keatas demontrasi haram anjuran Che Johan yang programnya gagal mendapat johan dari rakyat maka rakyat dan pengundi, penyokong setia Tok Guru Dato’ Nik Aziz, khususnya pelajar-pelajar setianya lebeh dari tempoh 40 tahun. Dikuliah pagi Jumaat yang berjalan di Dataran Ilmu khususnya dulu di atas Bangunan/Pejabat Perhubungan Pas Kelantan di Dewan Zulkiflee sekarang dipekarangan Pejabat PAS di 1960 Jalan Dato’ Pati dan jalan dan persekitarannya. Puluhan ribu kehadiran penyokong bersama-sama pelajar setia Kuliah TG di pagi setiap Jumaat memenuhi Kota Baru dalam semua bangsa kumuniti rakyat Kelantan.
Ribuan mereka yang hadir dari seluruh jajahan di Kelantan, dengan berbekalkan bena, sepanduk dan kain ikatan kepala. Mereka berikrat setia melafazkan kenyataan berterusan untuk berdiri teguh di hadapan, dibelakang dirusuk kiri dan kanan Tok Guru bersama-sama dengan kepimpinan Tok Guru dan kerajaan Tok Guru dari diharu oleh sebarang anasir pengkhianat.
Dengan sokongan padu dari dalam kepimpinan parti PAS sendiri dan kepimpinan PR, Alhamdulillah. Saya berpendapat dan mengharapkan ketenangan dan kedinginan umpama zam-zam diperigi, dirasai dinikmati oleh Tok Guru dan keluarganya yang cuba dimalu dipalitkan dengan masam cuka oleh penentang bernama UM no, terbela dan pebelaannya adalah dari rakyat jelata yang dahagakan untuk terus mendapatkan kepimpinan air tangan Tok Guru, Inshaallah.
Titipan Rencana Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
Siap 6.35 Petang: 18 Zulhijjah 1430 - Sabtu - 5 Disember 2009