Wednesday, December 16, 2009

AHLI PARLIMEN PR - SELAMATKAN KERAJAAN SATU MALAYSIA BTN (BATANG TUBUH NAJIB), SAHKAN BADJET 2010????

AHLI PARLIMEN PR - SELAMATKAN KERAJAAN SATU MALAYSIA BTN (BATANG TUBUH NAJIB), SAHKAN BADJET 2010????

AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT: SUMBAT - BOLOS KE GOL SENDIRI, UNTUK MENANGKAN BN DI PARLIMEN!!! TERIMA KASIH AP PR!!! BUAT LAGI ULANG LAGI!! SAMPAI PENGUNDI RAKYAT MENYAMPAH!!!

PERINGATAN UNTUK AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT: PAS, DAP dan KEADILAN.

JANGAN ABAI DAN KHIANATI AMANAH PENGUNDI - RAKYAT. PONTENG MESYURAT PARLIMEN, MACAM ANAK CUCU TUANG TAK MAU KE TADIKA. HENTIKANLAH JANGAN ULANG. JANGAN GELOMBANG MENJADI GELEMBUNG DAN KELEMPUNG UMPAMA BUSUNG.

12.15 Tengahari : 15 Disember 2009-12-15 - Selasa.
Rencana oleh :- Ibn Abdullah Al Awab

Meragamnya untuk mendapat kemudahan perkhidmatan canggih broadband internet yang ditawarkan SEPANJANG guna tukar jenama internet. Sesungguhnya, ianya cuma hebat pada promosi tipudaya kepada pelanggan. Sedangkan perkhidmatan dapat mudah, senang mudah maya internet dari gergasi pemilik broadband Celcom CSL 3G USB MODEM yang haram mudah laluan internet macam siput babi nak mampus, atau macam kura-kura tua bangka bergerak. Itulah tahap kelajuan brodband Celcom saya terima dan pernah sebulan 100% tidak berfungsi dan bilnya terpaksa dibayar. Ianya berterusan mudah perkhidmatan yang palsu (sila klil pada URL ini http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/2009/10/celcom-diatas-alpa-dan-lalai-menjana.html ).

Saya menyesal menggunakan menukar ke perkhidmatan ini, umpama terajang tangga terjun dari tingkat 4 Perdana Putra bunuh diri. Hati yang panas marahkan tentang brodband Celcom macam haramjadah, ianya mendidih dan melimpah apabila internet terfungsi seketika jam 12 tengah hari dan apabila saya mendapat info dari ruang blog blogger sahabat yang lain. Saya amat kesal, marah kerana perkara yang telah saya ingatkan dahulu (sila klik pada URL ini http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/2008/12/keciwa-hambar-keatas-sikap-ap-pr-hari.html ) diulangi juga oleh AP PR dari PAS, DAP dan Keadilan, kali ini lebeh parah dan sayu hati mendapat keputusan diatas kelalaian AP PR memusnahkan kepercayaan pengundi diatas integriti dimiliki AP PR, Mashaallah.

Kalau saya marah, bererti ramai lagi yang turut serta marah dengan sikap dan tabiat culas dan pontengnya AP PR sama dengan AP BN. 2 X 5 sahaja anda rakyat pengundi hantar ke Parlimen. Cari dan ciptalah alasan sekarang, hampir selusin AP PR yang culas itu mesti bertanggungjawab penuh kepada rakyat pengundi dan parti masing-masin mesti pinta tunjuk sebab bersekali dengan tintadkkan tatatertib parti. Apalagi mereka ini jugalah barangkali jenis AP spesis yang sama yang tidak hadirkan diri dahulu menyebabkan usul BN dalam Parlimen dan semalam diulangi. Pasai apa perangai macam tu? Hampa bukan taraf JKKK desa? Ingatlah jangan sampai rakyat pengundi tuan dalam PRU13 nanti menolak hampa. Ingatlah tu.

Sebagaimana apa yang saya fahamkan dan saya tidak mamai berfikir. Jadi manfaat informasi saya dapati dan selayang pandang sahaja membacanya menerusi di dua blog sahabat, maka saya membuat kesimpulan saya sendiri. Mungkin kesimpulan ini tidak tepat 100% tetapi kebenarannya ada. Saya mempunyai asas yang kukuh untuk melafazkan marah dan teguran menerusi blog saya ini. Kerana saya merasai hampir 200 rencana yang saya paparkan dalam blog saya selama ini. Semuanya adalah merupakan sokongan dan prihatinnya saya yang amat besar dan konsisten, secara tuntas menghulurkan pembelaan kepada PR dalam semua keadaan diluar saya menjadi diantara batu api, atau musuh dalam selimut, menjadi juara lembu kepada dikalangan pemimpin PR atau dikalangan pemimpin komponan sendiri.

Diatas apa yang berlaku dalam undian belah bagi terpaksa diadakan oleh Speaker, samada untuk menyokong atau menolak Budget 2010 yang terkelincir dan terkeleceh itu. Sebelumnya dibentangkan oleh PM6/Menteri Kewangan DS Najib Tun Razak. Hasilnya, dengan keputusan yang didapati sepertimana dilaporkan, maka saya membuat kesimpulan yang tepat ini mengikut minda saya iaitu;-

AHLI PARLIMEN PR - PAKATAN RAKYAT: PAS, DAP DAN KEADILAN YANG TELAH MENYELAMATKAN KERAJAAN SATU MALAYSIA DAN MARUAH BATANG TUBUH NAJIB (BTN) DENGAN MENYOKONG BUDGET 2010 BN MELALUI UNDI SIFAR HADIR MESYURAT AHLI PARLIMEN PR YANG TUANG, YANG PONTENG DALAM MESYURAT PARLIMEN DAN BERADA SEMASA KETIKA UNDIAN BELAH BAGI DIADAKAN. MAKANYA SAYA MENUNTUT DAN MEMPERKATAKAN BEBERAPA KALIMAT UNTUK ANDA BERNAMA AP.

AP PR SUMBAT - BOLOS KE GOL SENDIRI, UNTUK MENANGKAN BN DALAM PARLIMEN!!! MENYOKONG BUDJET 2010 BN BTN, JUSTERU AP PR. BUAT LAGI ULANG LAGI!!!!!!!!!!! TADAHLAH TELINGA MENDENGARNYA, BERLAPANGLAH DADA PULA KALI INI SEBAGAIMANA ANDA MP PINTA RAKYAT PENGUNDI MELAPANGKAN DADA. KINI GILIRAN ANDA PULA WAJIB BERLAPANG DADA.

Biarkanlah SATU-satunya kebebasan yang pada saya ini, dalam menulis dan memberi pandangan, pendapat tentang PAS, DAP dan Keadilan dalam PR tidak menjadi berita peledak macam C4 yang membunuh wanita Monggolia bernama Altantuya Shaaribu terhadap sekelian pemimpin PR khususnya Ahli Parlimen duri daging kepada PR sebagai pengkhianat amanah pengundi dan rakyat kepada mereka untuk setia berada dan mengambil bahagian dalam perbahasan setiap masa berpanjangan, berterusan semasa dewan Rakyat - Parlimen bersidang.

Satu sokongan yang trajis dari AP PR yang tidak hadir dalam semasa mesyurat yang amat memerlukan kehadiran anda AP PR. Tetapi anda telah tidak beramanah menunaikan aspirasi pengundi anda. Dengan ini telah dua kali saya saksikan AP PR menyokong usul BN dalam Parlimen yang usul tersebut tidak sewajibnya AP PR menyokongnya. Tetapi anda telah menyokongnya. Anda jangan menafikan kenyataan ini wahai AP PR. Anda musnahkan impian kami. AP Padang Serai G. Gobalakrishnan wajib menjawab, adakah anda diantara yang memberi undi menyokong Budjet 2010 BN BTN dengan anda ponteng hadir ke Parlimen ketika undi belah bagi diperlukan? Dua sahaja jawapan segera kami tuntut dari anda YB Padang Serai. HADIR atau PONTENG MEMBERI UNDI SIFAR KEPADA BN?

Kalau-laulah AP yang tidak hadir semasa undi belah bagi itu, kita baca pada hakikatnya memberi undi menyokong Budget 2010 BN dan Najib, adalah anak atau cucu saya (sememanglah bukan anak dan tidak cucuku) seperti sengaja tidak hadhir dalam pepereksaan SPM atau peperiksaan tahun akhir untuk kertas akhir untuk ijazahnya. Nescaya, aku sebagai bapa atau aku sebagai tok wan menghadapi anak atau cucu sedemikian rupa tidak bertanggungjawab, hilang semua diplomasi dan psikologi. Gantinya teruk aku kerjakan dengan menerang penendang loji, penampar loji hatta rotan logi menjadi jawapan. Tak tahulah aku bagaimana PR - PAS, DAP dan Keadilan untuk melayan AP mereka dan AP aku Padang Serai.

Aku tegaskan disini, sekiranya AP Padang Serai yang aku dan bini aku turut menyokongnya dalam PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu juga tidak hadir (memberi undi sifar menyokong BN) dalam undi belah bagi Bujdet 2010 Najib BN budjet BTN (Batang Tuboh Najib), Inshaalah tobatlahum PRU13 nanti, haramlah undi kami untuk AP Padang Serai sekarang. YB Gobala wajib muncul mengeluarkan kenyataan demi keselesaan menghadapi PRU13 kelak. Termasuklah sekelian AP PR yang memberi sokongan kepada Budjet 2010 BN dengan mereka sifar hadir semasa pengundian belah bagi itu.

Setelah seramai 70 AP BN dari semua komponan BN menolak Budjet 2010 Najib yang mereka sendiri tidak mempercayai dan meragui kewibawaan budjet bedah jantina itu. Dikala itulah JUGA BTN - BN mendapat simpati dan sokongan dari sebilangan AP PR dengan cara paling hormat, sokongan diberikan diluar pengetahuan rakyat pengundi mereka. Iaitu AP PR sengaja sifar menghadiri mesyuarat ketika mana undian belah bagi menyokong Budjet 2010. BTN bersyukur dan amatlah BTN berterima kasih kepada AP PR yang menyokong dan menyelamat Budjet 2010 yang dibentangkan dulu. Najib bukan SATU ulang merakamkan terima kasih tetapi banyak kali pada AP PR yang menyokongnya. Apa macam AP PR, nak nafi ka?

Dalam keadaan BTN mengucapkan thank you angkat ibu jari. dan angkat ibu jari kaji kata terima kasih kepada undian sifar AP PR kepada Budjet 2010. Walau pun begitu, dalam masa yang sama BTN tidak mempunyai keupayaan, kekuatan dan keberanian untuk mengambil tindakkan kepada AP BN dari semua komponan BN yang berselerak, teberak dan macam-macam itu. Jadi yang menyelamat BTN dan Budjet 2010 BN adalah AP dari PR sendiri. Fikir-fikirkanlah wahai pengundi.

Walau kita memperikai perjalanan mesyurat yang Speakerlah sebenarnya menyelamatkan Budjet 2010 BTN BN.