BN PULAU PINANG : BERPERANG MEREBUT PESAKA SIFAR KUASA.
22 Disember 2009-12-22 - Selasa - 5 Muharam 1431
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
Sudah hampir seminggu, peperangan untuk merebut hak dalam memastikan kewibawaan menentukan pemilik yang layak kehadapan mengetuai faraid pesaka sifar, pesaka kosong arwah kerajaan Gerakan BN. Dalam kalangan sesama sendiri dalam SATU kelambu BN Pulau Pinang. Iaitu untuk mengetuai tongkang reput yang sarat busuk ususnya dan tenggelam di pantat laut. Yang mana selama ini sentiasa menuduh lawannya tidur asing-asing mimpi pun masing-masing, macam mana nak bersatu untuk memerentah. Disaat ketika menghadapi lemas, sesetengahnya pula bertindak tekan kepala untuk lemas berganda, agar mati sesama sendiri dalam BN famili.
Kini BN Pulau Pinang dan BN SATU Malaysia, hakikat sejak 50 tahun dahulu, mereka tidur sekelambu, di sebiji bantal dan mimpi serentak serupa, kununnya. Tetapi ketika tidur bersama sekelambu itu, dalam keadaan harap diluar kepercayaan. Maka masing-masing dibawah tikar dan dibawah tilam menemani tidur bersamanya keris bogel, pedang samurai dan pisau cekok sebagai pengadang selamat diri, takut-takut mamai ketika berdengkor. Kini semua itu walau pun semasa dahulu, itu semua cuma belakun sendirawara. Tetapi kini semuanya dalam SATU Malaysia dibawah BTN dah tidak menjadi dalam lakonan sendiwara. Kini ianya terpaksa didedahkan hasrat terpendam yang lama kepengetahuan seantero hakikinya BN khususnya UMno Pulau Pinang. Kemaruk jawatan. Tak boleh jawatan KP, jawatan arwah jadilah!!!!!!!!!!!
UMno sejak zaman Perikatan, dan UMno dizaman BN sehinggalah 8 Mac 2008. UMno sekadar berfungsi dalam kerajaan Perikatan dan kerajaan Gerakan BN, sekadar umpama melukut ditepi gantang, atau sebagai pemain pinjaman dalam pasukan bola sepak. Dikedua-dua zaman pemerintah tersebut, UMno Pulau Pinang diketua sendiri anak benih dan anak tut dari Pulau Pinang sendiri. Waaima datangnya dari Seberang Perai Province Wellesley atau dari pulau Pulau Pinang sendiri. Kini anak jati UMno Pulau Pinang telah pupus bersekali dengan pupus aruahnya kerajaan Gerakan BN pada PRU12 dahulu. Ketika mana lebih tempoh 50 tahun UMno tumpangi bertenggek dalam Perikatan dan BN di Pulau Pinang, sebagai pemain simpanan dan tambahan. Kenapa saya kata begitu?
Dahulu sehingga 8 Mac 2008, UMno dipimpin dikalangan pemimpin jenis berfikiran jauh, yang terlalu bertolak ansur, mengikut kata dan menjadi alat kepada MCA dan Gerakan dalam menjalankan polisi kerajaan dengan menekan tengkok orang Melayu, berikhtiar, berusaha atas nama UMno dalam kerajaan telior, bersemangat untuk membangunkan negeri dengan mangsakan tanah milik orang Melayu. Itulah kemampuan dan keupayaan besar dan berjasa besar kepada kerajaan BN Pulau Pinang dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin UMno Pulau Pinang.
Mereka, pemimpin-pemimpin UMno menjadi meliana dan rakyat papa kedana. Pembangunanlah telah berjaya menghambat orang Melayu berhijrah ke Kulim, Padang Serai, Kuala Ketil dan beberapa daerah Kedah yang lain. Sekali gus UMno berjaya mengurangkan jumlah pengundi Melayu di Pulau Pinang. Itulah jasa terbesar UMno.
Dulu ketikamana UMno Pulau Pinang menerusi pemimpin-pemimpin besar mereka, cemerlang memulihara kesempatan untuk duduk tenggek dalam kerajaan pimpinan MCA-Perikatan dan Gerakan-BN. Mereka cukup berhati-hati untuk bertindak dan cukup pulihara janganlah terguris hati dan perasaan, MCA dan Gerakan yang mengungguli ketuai kerajaan Perikatan dan BN Pulau Pinang. Takut-takut sana terperlau sini terlepas. Janji diantara pemimpin UMno mendapat tempat dan ehsan. Silap-silap berkeras terpelancut dan terlucut jawatan ehsan itu. Boktinya ketika mana terbokti kalau tidak salah ingatan saya selepas PRU 1986. UMno memncapai kemenangan Dun Pualu Pinang melebehi kerusi diperolehi Gerakan dan MCA. Pemimpin UMno tidak buat apa-apa. Ini adalah benar, bukan rekaan dan fitnah.
Peluang terbaik ketika itu, pemimpin UMno Pulau Pinang, adalah jenis female belakang Jalan Chow Ket sahaja tarafnya. Tidak berkuku, tidak berkeupayaan jauhlah keberanian untuk bertindak dan bersuara. Sebagai parti jantan yang bersemangat keras waja bersimbulkan keris telanjang. Sewajarnya ketika itu dulu pemimpin UMno mengepalai ke Sri Mutiara mengadap Gavenor untuk perlantekkan dan pengesahan jawatan KM mengajak Gerakan, MCA dan MIC bergilir memberi peluang kerana realiti kebenaran keputusan dalam PRU. UMno tidak berani dan UMno menikus memendam rasa sahaja. Disinilah hakikatnya UMno pengkhianat kepada Melayu. Mereka kira selamat diri dan kedudukan dan BN sahaja. Ini adalah fakta tercatat di Pulau Pinang satu masa dahulu.
Almarhom Abah saya mengkhabarkan kepada saya katanya, saorang kawan lamanya dari MCA yang tinggal di Jalan Burmah, Pulau Pinang mengkhabarkan “Sekiranya UMno bertindak dan di lantek menjadi Ketua Menteri UMno dipersetujui oleh Gavenor, disaat itu jugalah Gerakan dan MCA serentak mengistiharkan keluar BN dan menubuhkan kerajaan camporan yang terdiri dari DAP, Gerakan, MCA dan MIC. Hancurlah kerajaan UMno BN dalam sekelip mata”. Itulah info yang masih segar saya ingat sebagaimana Almarhum ceritakan sebagaimana kawan lamanya memberitahu kepadanya (Abah berkebolehan kumunikasi dalam beberapa dailek percakapan Tiongha).
UMno ketika itu telah menolak peluang jawatan KM PP dihadapan, seperti kucing di depan semanggang ikan tawar. Kucing dan UMno sama sahaja tidak berkeupayaan menghidu makan ikan, manakala UMno takut puaka sepertimana dikatakan diatas menjadi kenyataan. Maka nak untung seratus, rugi sejuta. Maka mengelak untung dan rugi seperti itu, UMno menikus, koro dan anunya masuk kedalam perut. Takut dan mengigil seperti kata, “Pi pulau Bayan Lepas; sana terperlau sini terlepas”. Itulah hakikat sebenarnya perjuangan dan pegangan UMno dulu, kini dan seterusnya.
Masa berlalu, di manakala UMno mendapat Pengerusi Badan Perhubungan UMno Pulau Pinang yang baru selepas BN tersungkur dan kerajaan BN menjadi aruah. Samalah posisinya UMno memiliki Adun seperti dahulu mengulangi sejarah. Berkemudi seorang pengerusi import yang baru, berani dan memiliki balatentera yang ramai dilaut, udara dan dilautan. Makanya berladaskan pengalaman menjadi timbalan perampaskuasa kudeta kerajaan sah PR kepada kerajaan kudeta haram UMno BN Perak Darul Redzuan 10 bulan dahulu. Maka langkah panglima dan tindakkan lanun, bergema pula untuk UMno menjadi ketua/pengerusi. Bukan jawatan Ketua Menteri, tetapi menuntuk jawatan ketua parti BN. Kini komponan BN Pulau Pinang, beolak, bergelombang melambong.
Pengerusi UMno PP Ahmad Zahid Hamidi melancur laju ketika UMno negeri kaku bisu sejak sekian lama mati pucuk kerana makan ikan puyu keladi nipah asam pedas. Sebagai Pengerusi UMno PP sebagai panglima dan doktor pawang merawat penyakit sindrom macam-macam dihadapi dialami UMno, menjadi nana selepas kerajaan Gerakan BN berkubur menjadi aruah tempat selamanya pemimpin UMno bertenggek. Maka penawar gula-gula dan pembuka semangatnya adalah turun banyak takah rupanya spesis UMno ini dalam merealisasi perjuangannya. Dari pernah berkukuk dan menyalak menuntuk jawatan Ketua Menteri. Kini merudum tuntutan dalam peperangan dalaman sekadar untuk jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang, pasai apa? Untuk apa? Ahmad Zahid wajar menjawabnya.
Permusuhan dan peperangan sesama BN Pulau Pinang diantara pendukung kerajaan BN Gerakan yang turut ditenggek bersama oleh UMno, MCA dan MIC yang runtuh berselerak di Pulau Pinang pada PRU12 tarikh penyeksaan dan penderitaan berpanjangan dilalui dan dirasai. Pemimpin yang tandus dengan pengikur akar serabut dan ahli-ahli yang berkualiti, kecuali ahli kaki ampu semata. Untuk masa dan tempoh terdekat ini, belum nampak bunga kearah gencatan senjata. Dalam keadaan bertarong sesama BN UMno dan Gerakan, terkini UMno mendapat teman dalaman iaitu MIC bersama-sama dalam bersetuju berat timbangan. Inilah dikatakan yang sokong membawa tumbang, yang mendapat sokongan terkangkang rebah tersungkur, sekiranya tersilap bersilat dan berkuntau.
Permintaan dan curahan hati lama terpendam itu, telah gayong bersahut dari Gerakan. Gerakan lagi kehadapan dari UMno lagi jantan pieow. Sambil menjawab sambil sepak terajang sejati anak jantan. Gerakan kata UMno adalah duri dalam daging kepada BN Pulau Pinang. Kalau tak mau boleh belah terjun kelaut dan keluar dari BN Pulau Pinang, pantai keliling Pulau Pinang dan pantai sepanjang Seberang Perai terdedah. Apa macam UMno Pulau Pinang? Apa macam Pengerusi UMno Pulau Pinang? Agak-agak capai ka dak merebut pesaka aruah yang berkubur dengan UMno busuk mengaung bukan sahaja diusus, tetapi kesemua badan. Saya tambah sikit sahaja apa yang dikatakan oleh Tun DR Mahathir.
Nak kuat minumlah “Kopi Janda” itulah nasihat saya untuk pemimpin UMno PP. Barulah berani dalam pengecut seperti Timbalan Pengerusi BBBN.
9.15 Malam: 22 Disember 2009-12-22 - Selasa - 5 Muharam 1431
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB