Thursday, December 3, 2009

PAHIT DALAM GULA

PAHIT DALAM GULA

3 Disember 2009 Khamis 16 Zulhijjah 1430

Rakyat dan negara SATU Malaysia, sedang terkial-kial menerima panahan beracun program beracun SATU Malysia PM6 yang bernama Najib anak sulong Almarhom PM2. SATU Malaysia yang cacamerba dan serba tak kena itu kian membelit dan menjerat pengeritaan hidup rakyat marhaen. Dalam masa yang sama SATU Malaysia itu juga memperkasa dan menggandakan harta untuk dibalun ditibai bersama atas nama hasil SATU Malaysia. Tidak ubah lari dari dibaham singa masuk dibaham punah keperut naga.

Saya saksikan beberapa tindakkan SATU Malaysia itu ianya berkisar dalam beberapa pekara, pusing pi, pusing mai kalau dulu taikun Cina - MCA yang menjadi raja diambil jakun Melayu/Arab - UM no bertahta. SATU Malaysia umpama masuk atau keluar angin didalam semua jenis tayar kenderaan dimuka bumi ini, mestilah menerusi satu tiup, kalau angin cuba dikeluarkan selain dari tiup tersebut ia akan menghadapi dua keadaan iaitu bocor dan puncet, sudah tentu keadaan itu menyebabkan perjalanan terhenti, maksud akan kecundang.

Itulah SATU Malaysia, SATU cantas dan satu kaleh mesti dilakukan untuk memperkemaskan SATU Malaysia negara. Missi ini telah berjalan sejak sebelum Januari 2009 lagi. Diatas kepentingan SATU Malaysia semua akhbar perdan milik dan prohak UM no, ALP syarikatnya ditukar bersekali dengan Ketua Pengarang dan Pengarang Kanan, termasuklah di RTM da Mediaprima diseua Tvnya khususnya pengarah-pengarah berita yang secocok dan memahami inspirasi SATU Malaysia untuk berak dan kukuk. Ketika mengampu itu sekali pun merapu dan katanya merupakan propoganda dusta demi SATU Malaysia keutamaan dan kepentingan.

Kita menyaksikan bagaimana SATU Malaysia yang menjadi gagasan baru UM no konker komponan BN dan menjadi yes men. Saya ambil dua contoh dan peluang untuk mengulas dan menghulurkan pandangan. SATU Malaysia diikuti semuanya yang ada dalam negara akan menjadi SATU kroni, SATU monopoli dan SATU pilihan sahaja dimata rakyat berdepan, kerana kuasa masih berbaki ditangan. Banyak manipulasi SATUkan simpul mati untuk rakyat hadapi dikaburi. Apabila Dulu beras - Pernas berjaya dimiliki SATU oleh TS Syed Mokhtar Al Bukhary, diatas bijaksananya berniaga macam nabi, GULA pula dia sapu atas SATU monopoli SATU Malaysia.

Sebaik Bukhary mengambil alih monopoli GULA, gula mula menjadi pahit macam akar seruntun seridak-tidaknya pahit seperti jadam. Untuk memboktikan gula ini pahit, SATU jalan satu akai nak naik harga berjalan mencari jalan. Doktor pengguna, doktor perubatan bomoh dukun dan pawang kedepan memberi panduan. Kerana gulalah ramai rakyat Malaysia menjadi kudung kaki tangan dikerat dengan keputusan doktor kerana bahana kencing manis disebabkan gula. Gula pemilik baru SATU kroni anak terona Bukhary ini di bawa masuk bersekali dengan gula itu ada pahit ada racun tidak seperti gula taikun Kouk dahulu.

Cukup cantek SATU pandangan bomoh dan pawang bersama-sama pakar perubatan dan pakar pengguna, pandangan mereka diambil kira dan diangkat menjadi bokti untuk UM no BN menerusi Kementerian bertanggungjawab untuk SATU pertolongan kepada kroni GULA baru mengaut laba meneroka diatas kepala bekakang kita rakyat marhaen negara diatas nama pengguna yang tak pandai mengguna gula ni. Sebab gulalah penyakit manis meningkat dalam negara maka SATU jalan untuk enyekatnya dari rakyat menggunakan gula dengan SATU cara NAIKKAN HARGA GULA, haaaaaaaaaaa, trilion hampa kaya sekelip mata.
UM no nak naik harga gula bukan kerana nak jaga penyakit hampa, tapi :-

1. Nak kroni baru kaya dan dapat tumpang sama-sama.

2. Berselindung disebalik kos subsidi gula RM720,000,000.00 setahun dengan harga RM1.45 sekilo gram dan kroni baru nak joi mula tahun depan mungkin mencecah RM2.50 sekilo gram.

Apakah negara sedang hampir menjadi papa kedana kerana berdepan ekonomi yang PM/Menteri Kewangan Malaysia YAB DS Najib terlalu pintar dan putar menguruskannya. Tidak adakah SATU akai lain ka selain naik harga untuk cari duit nak urus negara? Fikir-fikirlah rakyat oooiiiiiii PM/Menteri Kewangan SATU Malaysia ni.

Justeru, kalau kerana gula membawa penyakit dan membawa maut, kaki menjadi kudung kerana ia membawa kesan kepada rakyat. Apa macam pembunuh yang no satu dalam negara adalah di jalan dan lebuh raya. Kalau pendekatan gula diambil kira sebagai anasir pembunuh berakhir menanganinya dengan naikkan SATU kali ganda harga? Apa macam pembunuh utama dijalan raya adalah motosaikal, kereta dan bas.

Makanya untuk menghalang dari jalan raya sebagai medan maut kubur panjang, apakata kilang kerta ditutup, kelang motorsaikal dan bas jangan ditutup tidak dikeluarkan dan jangan import semua kenderan, pakat-pakat belari dan jalan kaki, naik belakang kerbau baru tak belaga mati dijalan raya?

Atau mengelak dari rakyat menggunakanya sebagai pengguna menjadi berluasan mat rempit, kemalangan dan sebagainya, kita naikkan harga motor RM50,000 saiz kecil, kereta perodua RM200,000 sebuah dan bas RM10,000,000 sebuah, saya yakin rakyat tak mampu beli. Maka kemalangan jalanraya terhapur. Hatta tak perlu adalagi lebuhraya diatas muka bui SATU Malaysia. Kalau diambil kira cara nakkan kaya kroni gula, harga gula dinaikkan denga serinu alasan itulah PM SATU Malaysia, sakan pukulannya.

Sama-samalah fikir kalau tak mampu urus ekonomi negara jangan berhelah bermadah, nanti dapt padah dan tulah. Tunggu-tunggulah apalagi barang naik naik seiring BN itu sendiri BARANG NAIK!!!! BILA--BILA BAIK.

Kini gula menjadi pahit

Rencana: IBN ABDULLAH AL AWAB
8.20 PAGI KHAMIS 3 12 2009