UM no MENGIDAP H1N1 - DACING BN DIPINGGIR RUNTUH. 2.00 Pagi: 6 Disember 2009 - Ahad
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
PERTAMA: Info dari blog Tun Dr Mahathir (dalam blognya Chedet) disiarkan 30 November 2009 - 12:07 tengahari.
Maseh baru dan maseh panas bergema, negara dikejutkan dengan dentum ledakkan informasi berprofil tinggi. Bukan dentuman perkasa macam peledak C4 yang membunoh Altantuya Shaaribu Monggolia beberapa tahun lalu. Tetapi ianya adalah ledakkan informasi dari negarawan. Ditala sasarkan fokas menghala ke PWTC pejabat UM no dan BN. UM no mendapat pukulan informasi berat yang nanar dari mantan Presidennya sendiri yang kaya pengalaman, sejak menjadi UM no. Tun bersama kelahiran UM no dan menjawat jawatan Presiden UM no dan Perdana Menteri Malaysia serta Pengerusi BN.
Kini Tun Dr Mahathir Muhammad adalah mantan PM/Presiden UM no dan mantan Pengerusi BN. Sebaik selepas Tun tidak berkuasa meninggalkan Putrajaya - Perdana Putra. Kini berpindah ke Sri Kembangan kediaman sendiri. Ketika mana Tun Dr Mahathir beristirehat di Sri Kembangan, mindanya berkembang sakan berganda ketenangan. Sebagai negarawan bukan orang tak ketahuan haluan. Maka setiap hari pandangan sentiasa merenung waktu di pagi menghala tengok ke arah PWTC di KL. Manakala waktu petang mengaleh pandangan meninjau ke Putrajaya Perdana Putra, dengan hati yang lara membara, cemas dan rimas.
Ketika hala dan fokas memerhati kedua-dua primis puaka itulah, Tun Dr Mahathir nampak dan kelih lanun, naga, drakula SATU mata bermaharajalela. Dari Pak Lah pindah ke Najib, negara kian menirus mengecut. Peganti berak sakan, rakyat ditekan diatas SATU slogan SATU Malaysia, negara dan rakyat berawas dan berjaga-jagalah malapetaka akan menimpa kita. Kerajaan SATU laki takut bini, macam tikus berdepan kucing Farsi. Kesan SATU Malaysia sampaikan rakyat negara, pupus kenal dan pupus maklumat untuk melihat dan mengenali, siapakah menteri-menteri negara dan timbalan menteri?. Setiap masa lensa kamera di semua canel TV (milik negara rakyat RTM dan TV supermarket).
Sampai rakyat menyampah, menyumpah tak sudah-sudah loya muntah kerana..... Cuma tiga muka memenuhi kaca TV saban hari. Iaitu PM6 dan bini no 2 dan menteri bakar jambatan abu berulang-ulang ditayang. Adakah menteri Phd pengampu no wahid saja anggota kabinet PM6? Bini no 2 PM menteri negarakah juga? Bila DYMM SPB YDA lantek? Inilah penyakit kronik macam selesma babi H1N1 melanda.
SATU Malaysia hampir setahun, sampaikan pelajar Tingkatan 6 pra U itu pun tidak kenai menteri dan tugas kabinet dikepalainya. Sementelahlah timbalan-timbalan menteri, jauh panggang dari api rakyat mengenali. Rakyat muak tengok muka PM6, bininya no 2 dan menteri anak yatim? Itulah SATU Malaysia, rupanya auta. Kini Tun Mahathir melihat secara transparent menyaksikan seperti kuman-kuman virus H1N1 sedang melanda UM no, dengan merumuskan “Umno busuk hingga ke ususnya”. Sepeninggalan Tun Mahathir dari tampuk kuasa kini berada di zon pencen, menjadi saorang negarawan utama dan terbilang. Tun Dr Mahathir telah menyaksi dan melihat sendiri, parti yang lama di pimpinnya UM no BN.
UM no di zamannya pernah menjadi parti haram oleh Mahkamah Tinggi. Macam haramnya Parti Komunis Malaya - PKI yang di pimpin oleh Rashid Maidin dan Chin Peng. Sambil memerhati dan menyaksi, Tun melihat banyak keburukkan yang melanda dan menjalar. Turut membawa bau busuk menusuk lagi cemar dialami dengan kronik. Lantas diatas prihatin dan beranggung jawab, makanya Tun menerusi blognya war-war kepada seluruh rakyat negara dan dunia.
Berjaga-jagalah rakyat jelata, bersiap siaga menolak dan jangan menghampiri bala, najis rasuah macam tahi babi dan tahi anjing. Jijik dipandang, apa lagi di sentuh bersama UM no lanie, itulah maksud dan maknanya di PRU13 nanti dua tahun dari lanie. Tun Dr Mahathir menceritakan keburukkan UM no kepengetahuan rakyat negara. Tun memaklumkan kita, UM no dari akar serabut bawah sampai kepucuk; dan dari pucuk menurun kembali yang berjawat pemimpin UM no disemua kedudukan, semuanya menang dan menduduki jawatan kerana rasuah. Rasuahlah yang meletakkan dikalangan UM no menjadi pemimpin, cawangan, bahagian, negeri dan pusat. Perasuah-perasuah inilah yang dipileh untuk bertanding dalam PRU dan PRK. Mereka menjadi menteri, timbalan menteri dan jawatan politik kerajaan yang lain.
Itulah jenis bentuk standard dan qualiti kerajaan pusat dan beberapa kerajaan negeri sekarang. juga hara kepada semua pemimpinnya dari teratas sampailah ke pemimpin bawah diperingkat cawangan yang menjadi raja benteng pertama tiket menjawat JKKK. Tuduhan tersebut bukan datangnya dari pemimpin bilis pembangkang atau dari blogger cokia. Tetapi ledakkan letupan seperti bom atom yang memusnahkan bandaraya Heroshima dan Nagasaki di Jepun oleh tentera US dalam Peperangan Dunia dulu. Tuduhan tersebut dibaca oleh ramai penduduk dunia dan penduduk di ufuk muka bumi Malaysia. Kenyataan Tun Dr Mahathir sampai saat ini, tidak mampu disanggah dengan menafikan kenyatan mantan presiden UM no itu. Rakyat dipinta oleh Tun Dr Mahathir fikir-fikirkanlah dengan menolak UM no dalam PRU13 nanti, kalau tidak negara papa kedana SATU Malaysia punya angkara. Rakyat akan merana.
KEDUA : Info dan pandangan tuntas negarawan bangsawan anak Kelantan jati Mantan Menteri Kewangan, Mantan Pengerusi Petronas Pertama dan Mantan Bendahari UM no berkaitan ‘Perjanjian Royalti 5 Peratus (5%).
Ku Li Suruh Najib Hormati perjanjian royalti 5 peratus
"Hormati perjanjian royalti 5 peratus"
SHAH ALAM - Tindakan Kerajaan Pusat dan Petronas yang masih berdegil untuk memberi wang royalti kepada Kelantan akan memberi implikasi besar kepada negeri berkenaan dan negara secara keseluruhan.
Ahli Parlimen Gua Musang dari UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Petronas diwujudkan untuk menyatukan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia di bawah satu formula ringkas untuk berkongsi sumber petroleum negara. Menurutnya, sebarang tindakan untuk menidakkan hak negeri-negeri yang mempunyai aktiviti petroleum untuk mendapatkan wang royalti dan mengganggu formula ringkas ini akan mengakibatkan kesan yang serius kepada Persekutuan Malaysia.n
“Saya membantu membentuk dan membincangkan Akta Petroleum Negara dan sebagai bekas Pengerusi Petronas, saya menandatangani perjanjian berasingan mengenai pembayaran kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri. “Saya ingin tegaskan di sini bahawa Petronas terikat perjanjian tersebut dan Kerajaan Pusat tidak seharusnya mengganggu perjanjian itu, perjanjian terbabit dibuat dengan amat ringkas sehinggakan budak sekolah pun memahaminya,” katanya dalam blognya, semalam.
Razaleigh berkata, keengganan Kerajaan Pusat membuat pengumuman secara jujur mengenai kewajipan Petronas membayar wang royalti sebanyak 5 peratus kepada Kelantan boleh menyebabkan negeri yang mempunyai aktiviti petroleum lain mempersoalkan status pembayaran mereka.
“Hak royalti 5 peratus negeri-negeri tersebut dibuat berdasarkan jumlah keseluruhan aktiviti petroleum yang dilakukan di negeri berkenaan. Sebagai ganti rugi, Petronas wajib membayar wang royalti secara terus kepada negeri tersebut," katanya.
YBM TS Tengku Razaleigh Hamzah merupakan diantara Ahli Parlimen dari UMNO yang paling lama mampu mempertahankan Kapar Gua Musang samada menjadi calun diatas nama UM no BN maupun diatas parti yany diasas ditubuhkan beliau iaitu Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) yang pernah bersama dalam kerajaan Perpaduan Ummah. Mantan PM Tun Dr Mahathir dan menteri-menteri yang lain cukup-cukup takut dan gentar dengan pengaroh dan kredibiliti kental yang tidak mengenal keciwa penat dan lelah dalam mengharungi perjuangan. Tipudaya, tipu muslihat dan politik mengugut dan mencantas sejak zaman Tun Mahathir, Tun Abdullah Badawi sampai saat Najib.
Sejujurnya saya amat bersimpati dan negara terlalu rugi, kerana saorang negarawan yang berwawasan dalam arah tuju dan haluan untuk membawa rakyat dan negara kearah sejahtera. Pencetus idea Kongres Ekonomi Bumiputra dan jasad dan roh yang bersengkang mata, membuat kerangka Petronas. Dikalangan UM no buta perjuangan dan jenis menafi jasa sahajalah dengan dendam dengki kesumat, intan berlian mereka tidak pandai menilai dan menghargainya. Kaca ulat dan akar serabut yang tidak bernilai disintuk dilimau dimenangkan kerana kroni dan mampu ditandu. Maka jenis pemimpin rasuah dapat cucuk hidung itulah bercabah memenuhi kabinet dengan mengambil kira informasi dipungut dari Tun Dr Mahathir.
Dalam kepimpinan UM no dan menteri dari UM no sekarang, siapakah anda yang sentiasa menempelak YBM TS Tengku Razaleigh? Siapa anda? Siapakah lebeh layak dan berhak memperkatakan tentang perjanjian royalti 5 peratus itu? Tengku Razaleigh mempertahankan isu perjanjian royalti 5 peratus wajib kerajaan Pusat jangan gangu gugat tentang perjanjian diantara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Bukan kerana Ku Li anak jati Kelantan dan bias dalam memperjuang mendapat hak royalti tersebut. Tengku Razaleigh menandatangani bagi pehak Petronas dengan Kerajaan Kelantan Ketika itu di tanda tangani oleh Almarhom YAB Dato’ Mohamad Bin Nasir (meninggal di Australia dan dimakamkan disana kalau tidak silap tahun 1995).
Dua tokoh yang terlibat sebagai watak-watak utama kedua-duanya maseh hidup ialah YBM TS Tengku Razaleigh Hamzah dan YAA Tun Salleh Abas mantan Ketua Hakim Negara. Sekiranya YBM TS Tengku Razaleigh Hamzah sudi diri untuk negara tercinta dengan penuh iman didada dan bertanggungjawab dan memikulnya demi anak bangsa menerima mengepalai Kaukus Royalti Minyak Parlimen Malaysia. Inilah masanya pengurbanan besar dari yang berjiwa besar. Kepentingan rantai diri lebih baik atau kepentingan negara dan rakyat jelata lebih mulia.
YBM TS Tengku Razaleigh! Almarhom Abah patek adalah kawan baik YBM Tengku, dizaman kanak-kanak abah patek sentiasa menyebut diri Tengku. Patik diawal tahun 60han dalam keadaan menerap menulis minit mesyurat UMNO, resit yurat dan sebagainya. Tetapi sejak mengenal perjuangan UM no tidak serasi dengan patek. YBM Tengku! Maafkan sekiranya tersasul. Apabila matinya pemimpin UMNO disusut kehaziran jenazah tidak memberansangkan memandangkan gah jawatan disandang semasa hayat hidupnya. Apalagi yang mendirikan solat jenazah keatas jenazahnya. Apabila saya melihat kematian Almarhom YB Dato’ Ustadz Fadzil Noor, baik ketika mana sakitnya di hospital HUKM, meninggalnya mengiringinya dari Kuala Lumpur ke Pokok Sena. Ratus ribu mengiringi jenazahnya, puluhan ribu solat jenazahnya berulang kali dan secara ghaib dipelusuk dunia. Itulah sebenarnya saham perjuangan yang laba untungnya diperolehi ketika mati. Doa yang tidak putus hingga kini diingati pemergiannya.
Justeru, saya yakin saya mengenali hati budi pemimpin-pemimpin PAS, dan pengikut-pengikutnya khususnya rakyat Kelantan sehubungan mengambil berat dan menjadi keutamaan, sekiranya YBM Tengku Razaleigh berjaya mengemudi Kaukus di Parlimen dalam masa terdekat ini, seluruh penyokong PR termasuklah sebilangan ahli-ahli UM no akan mengingati dan mengenangi jasa besat YBM Tengku tersebut. Sebagai umat Muhammad dan sifatnya kita manusia pasti akan berdepan dengan mati (ampun maaf) sekiranya dengan jasa besar itu satu jasa disempurnakan Ku, Inshaallah sekelian penyokong PAS pasti akan mendoakan kesejahteraan Ku. Mereka pasti memboktikan kaseh sayang mereka kepada Ku macammana rakyat kaseh sayang sejati seperti mereka hulurkan kepangkuan Ustad Fadzil Noor.
Akhirnya semuga YBM Tengku Razaleigh mengepalai Kaukus di Parliemn itu, makanya itulah perjuangan penguebanan suci yang mahal harganya dan rakyat akan membayar dan menilai seua itu YBM Ku ketika kita mati. Kematian kita itu disamping amalan kita, doa dari alim ulama, ratusan ribu rakyat marhaen, penarek beca, tukang sapu sampah, penorek getah penyadat kelapa, petani, nelayan dan lain-lain adalah amat bermakna keiklasan mereka dari doa ular dan naga puka.
Diatas dua perkaradiataslah kini, UM no BN merasai yang usia mereka kian pendek pernafasannya.
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
Siap pada: 10.50 Malam - 8 Disember 2009 - Selasa