Saturday, April 18, 2009

CAPTAIN N COACH YANG BACUL DI GELANGGANG

CAPTAIN N COACH YANG BACUL DI GELANGGANG.
Sebermula adanya, saya respon untuk mengiringi subjek saya ini dengan kisah kira-kiranya beginilah adanya. Telah 4 gelanggang ceritanya titih Pahlawan Bugis berkeris telanjang Pahlawan titih Turkey dengan segala macam pahlawan perkasa bertahta bertaraf immuniti membantu tetapi tewas kandas terterap baham tanah juga. Minggu lepas gong dipalu bertalu-talu, gendang besar, gendak kecik, gendang ibu berkerapak ditepok, 4 lagu serunai kecapi ditiup.
Gelanggang baru dibuka untuk terus menguji pendekar negara perkasa gendang, gong, serunai kecai hari ini dituip kembali dengan kencang. Walaupun seketika beradu 10 hari yang lepas Pendekar Utama yang baru ketika itu disintuk di langgir dilimau dimandi macam-macam bunga, Pendekar yang terkenal dengan pukul curi dan pukul haram dan makan haram ini tewas terkangkang dalam gelanggang dan tersadai dikedua celah bukit.
Hari ini Pendekar Utama negara yang tewas 4 kali digelanggang, terpaksa kembali memakai bengkong dan tanjak, serta keris pesaka tidak berbisa waris Pahlawan Turki kembali disish dipinggang dengan bengkong dilubang kancing terakhir dikerot untuk mendapatkan kekuatan. Selari seiring dengan paluan gong bergema, gendang berentum dan serunai menyaring. tiba-baba pendekar Pendekar Utama negara pohon chup kepada anak buahnya.
Kali ini tak mampu berlawan kerana syahwat dan nafsuku sebagai Pahlawan dimatikan tersilap makan ubat moden, rupanya diberi hormon gentingkan pinggang besarkan pungkor. Maafkan saya sebagai Panglima anda. Kalau nak suruh lawan juga kita kena tanya ketua pahlawan dalam kawah rasuah UM No/BN dulu. Itu adalah cebisan kisah dalam alam moden kita lanie berlaku betul-betul, bukan cobaan. Bukan fitnah, betul-betul takut dan dayus, maafkan saya. Restulah saya rakyat semua.

Sejarah telah mencatatkan mana-mana captain dan coach yang memimpin apa-apa pasukan atau persatuan yang dalam tempoh percubaan tiga bulan pertama dan pasukkan yang dipimpin dan dilatehnya menemui kegagalan dan tewas didalam setiap perlawanan dan perlumbaan disertainya, pasti berdepan dengan kemarahan dan penentangan dari dalam dan dari luar mengasak dengan seribu pertanyaan yang memerlukan penyelesaian. Maka barang pasti captain dan coach tersebut berdepan dengan tindakkan disiplin dalaman. Dari ahli-ahlinya sendiri serta bantahan dan ejekkan dari penuntun dan rakyat menyaksikan prestasi yang buruk seperti ikan busuk dan ikan buruk kepala.

Itu adalah hakikat yang sentiasa kita mendapat maklumat dari kepelbagaian sumber seperti negara Jepun, Korea, UK, USA, dan beberapa negara yang lain. Tidak sebagaimana negaraku Malaysia. Bahawa dinegara-negara bertamaddun yang bermaruah serta punyai harga diri dan nilai jantan tulen sejati yang berlandaskan integriti ianya pasti diambil tindakkan atau dikaji semula kedudukan jawatan yang dijawat sebagai captain dan coach itu, kerana gaji besar dan segala kemudahan dikecapai dan digodamnya. Jadi captain dan coach yang dipegang mencapai kejayaan cemerlang yang tewas terterap. Mengelak dari nasib takdir pasukan tersebut terus ranap, berkecai dan terpaksa bibayar dengan harga yang mahal nilainya.

Samalah juga captain atau coach tersebut sudah tidak mampu, terkedu tektik dan teknik terkini, serta terhapus kekuatan stamina minda dan fizikal untuk terus berlumba semasa captain dan coach tersebut telah mengalami tewas berganda sebanyak kali dan menang sekali dengan jaringan kecil itupun goal disumbat diudara dalam keadaan goal yang dibuka luas tampa penjaga gawangnya, maka coach dan captain itu merasai menang sebagai hadiah kepadanya tatkala 3 hari memegang jawatan berganda sebagai hiburan minda dari pengampu yang berada nun jauh dipisahkan oleh laut Cina Selatan yang sememangnya memberi perlantekkan lama.

Benarkah captain dan coach tersebut telah mengaku kalah untuk perlawanan yang terpaksa dihadapinya dalam memimpin pasukkannya yang One Malaysia games Thousand UM No, kerana sudah tidak mendapat penyokong, penyokong sedia telah melarikan diri kerana tidak menyakini captain dan coach tersebut mampu membawa kepada pasukkan negaranya mencapai kejayaan cemerlang sebaik berturut-turut mengalami kekalahan besar berganda difaktorkan semuanya bergelumang dengan rasuah. Dari captain dan coach yang dilantek termasuk timbalan captain dan coach jua berada dalam saf rasuah pekat, semuanya terpalit. Disebab itulah maka captain dan coach tersebut sekadar mau pegang jawatan tetapi akan memulaukan perlawanan.Itukah cara captain n coach menghadapi perlawanan untuk menjadi juara?
Kenapa pasukan negara kita memiliki captain dan coach seumpama dayus bacul takada telor jantan itu? Mashaallah!!!!! Apa kebenda dan bertaraf rendahnya semangat dan jantan hatta integriti sebagai saorang captain dan coach yang berwibawa? Captain dan coach yang sebegini pondan dan pandirnya, untuk mengatasi dayus pandir dan pengecut pondannya, pasti ia memiliki banyak alasan dan hujah untuk rakyat, penonton menyakini tindakkannya sentiasa betul dan benar.

Hakikatnya captain dan coach tersebut telah koro, telah pupus nafsu dayajuang menghadapi lawan kerana badi tewas menerusi 4 kali perlawanan seta badi hantu altantuya dan terkejut beruk diatas letupan peledak C4 yang menganggu captain dan coach tersebut dalam menerus dan melebarkan perlawanan dan perjuangan menghadapi lawan. Itulah hakikat sebenarnya. Bukan penonton yang mengeluarkan kenyataan tersebut jauh dari fitnah yang sering captain dan coach ini alaskan selama ini. Ini betul-betul, betul tak pa kata Ipin dan Upin. Ini betul-betul, bukan cubaan. Cubaan! Cubaan! Ini betul-betul bukan cubaan sebagaimana saya petik dari kenyataan captain dan koch tersebut yang saya petik sumber sahabat blogger iaitu;-
Sabtu April 18, 2009 - Najib: BN mungkin tidak tanding di Penanti PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razakberkata, Barisan Nasional (BN) berkemungkinan tidak akan meletakkan calon bertanding pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponen BN. Pengerusi BN itu berkata, BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihan raya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya."Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri peringkat Parlimen Pekan di sini hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Sehubungan itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu "Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN," katanya. Banyak pihak mengesyorkan agar BN tidak meletakkan calon bersaing di Penanti atas beberapa alasan. Ini termasuklah bagi mengelakkan pembaziran wang dan masa. Sejak pilihan raya umum Mac 2008, negara telah menyaksikan lima pilihan raya kecil termasuk penggunaan wang lebih RM30 juta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis untuk mengendali dan memastikan kelancaran pilihan raya kecil.

"Peletakan jawatan ini merupakan keputusan politik dan boleh disifatkan sebagai mainan politik untuk tujuan tertentu. Jadi rakyat pada umumnya tidak suka pilihan raya kecil yang sengaja diadakan," kata Najib. Malah semalam, Najib juga berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan selain daripada kematian, sebab-sebab lain yang membolehkan pilihan raya kecil diadakan ialah jika seseorang ADUN dan Ahli Parlimen itu diisytiharkan bankrap atau tidak berupaya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya kerana faktor-faktor tertentu.
Justeru pasukkan yang dipimpin oleh YAB DS Najib ini, pasukan bola sepak atau pasukan politik negara yang bernama UM No/Bn? Tidakkah DS Najib memimpin sebagai turus dan ketului utama pasukan politik yang bernama UM No/BN? Kalau kita sebagai ketua politik yang memimpin dan mengetuai badan pasukan politik bernama UM No/BN dan takut dan dayus berlawanan diatas nama politik jantan dalam PRK - N14 Penanti?
Maka saya seru dan mencabar beliau bagi pehak KU Parti PKR (YB Datuk Seri Anwar izinkan saya mencabar bagi pehak DS dalam hal tunggal ini sahaja) kepada captain dan coach UM No ini yang bernama YAB DS Najib. Letak jawatan politik dan jawatan negara, lebeh baik jadi Presiden/captain atau coach Persatuan Masak-memasak Melayu Malaysia Sdn. Bhd. Lebeh sesuai dan feminin itu lebeh baik, ebeh layak untuk anda wahai YAB DS Najib?

Ini betul-betul, bukan cobaan bukan rekaan fitnah ini adalah pengakuan captain dan coach yang dayus untuk menghadapi perlawanan dalam gelanggang sebenar di N 14 Penanti yang akan diumumkan oleh SPR, ada main-main ka juga? Melainkan ianya dipinta immunitinya kehadapan menemui lawannya dalam perlawanan iaitu SPR, SPRM dan komponan immunitinya yang sewaktu, sekapal denganya. Ini betul-betul pemimpin dan presiden dayus namanya. Apa macam YAB Ds, ini ada fitnah ka?

Mudah-mudahan cabaran ini, kembali menaikkan syahwat jantan YAB DS sebagai nakhoda kapal layar dahulu yang hampir karam kerana timbangan dacing terkini sentiasa tidak mencukupi berat timbangannya yang sebenar, dinilaikan oleh pemegang dacing yang maukan digantikan, sejajar timbangan kilo di gunakan negara kita. Ok! Betul-betul ka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Keduanya pendapat mahasiswa tadika yang berumur 5 tahun sahaja yang mampu bercakap berlandaskan hujah sebagaimana saya petik jua dari info sahabat blogger juga iaitu:-

Rakyat tak tolak BN: Najib - 18 APRIL 2009-04-18 - PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati mereka dan bukannya menolak Barisan Nasional (BN). Beliau berkata, oleh itu pemimpin BN perlu bekerja keras mendekati rakyat bagi memastikan kejayaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Perdana Menteri berkata sekalipun berlaku 'tsunami politik' semasa pilihan raya umum 2008, namun kejayaan beliau mendapat majoriti besar di Parlimen Pekan iaitu 26,464 undi, majoriti yang dilihat menongkah arus pada pilihan raya umum lalu itu, membuktikan rakyat senang dengan pemimpin yang selalu mendekati mereka.

Sehubungan pernyataan kedua YAB DS Najib yang mengandaikan Rakyat tak tolak BN tetapi rakyat hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati mereka. Samalah lah dikala petang dianjung rumah dulu-dulu ketika nak baca Utusan Meloya dan Berita Heran, sambil berkata, “Ros (bukan rosak tetapi penuhnya adalah Rosnah) buatkan abang Jib secawan kopi kau, pekat manis, tapi jangan bubuh gula. Dan buatkan sahabat kita Raza Babina segelas besar air bandung tetapi jangan bubuh susu”. Itulah jawapan saya mengenai kenyataan YAB DS PM berkaitan Rakyat tak tolak BN tetapi rakyat hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati mereka.

Jawapan dan alasan cucu aku berumur 5 tahun mahasiswa PASti. Itu kualiti minda yang ada pada PMku.
Salam dari saya: Ibn Abdullah Al Awab
Sabtu: 22 Rabiulakhir 1420 - 10 April 2009 – 10.07 mlm.


I