Wednesday, April 15, 2009

HADIAH UTAMA MENGIRINGI SAMBUT DS NAJIB PM6

HADIAH UTAMA MENGIRINGI SAMBUT DS NAJIB SEBAIK MENJADI PERDANA MENTERI Ke6.


Alu-aluan Perlantekkan Menjawat PM6.


Dalam ingatan saya sejak negara di anugerahkan Allah semasa perlantekkan menjawat 5 PM terdahulu, di minggu pertama dan kedua mantan-mantan PM tersebut cuma sekadar mereka menerima ucapan tahniah dan peghargaan diatas perlantekkan menjawat Perdana Menteri Malaya dan Malaysia dari pemimpin besar dunia dari G7, negara Eropah EU, Asia Timor, Nusantara dan sebagainya termasuk dari UN di NY. Maafkanlah saya sekiranya saya terlepas tengok atau dengar, saya rasakan PM6 kita belum menerima ucapan mencurah-curah keatasnya dari pemimpin-pemimpin besar dunia yang lain.

Tetapi sejajar mengiringi perlantekan kejawatan PM6 ke atas DS Najib Tun Razak, menandakan dekat dan kasih sejati rakyat Negara kepadanya, maka hadiah-hadiah besar dari rakyat telah menyusul di saatsaat awal menjadi PM dan pastilah dihargai setinggi Gunung Tahan diterimanya. Hatta hadiah yang sama taraf ratingnya penghargaan hadiah dipersembahkan dengan perasaan tulin tulus iklas dikalangan dalaman lebeh rapat disisi PM6 iaitu datangnya dari parti induknya UM No dan parti besarnya komponan dalam BN. Maka lengkaplah sudah anugerah serta penghargaan dan hadiah mengiringi DS Najib Tun Razak menjawat PM6, Alhamdulillah PM6 ku.

Penghargaan yang di susuli dengan anugerah hadiah-hadiah besar, ianya merupakan tanda ingat rakyat dan parti kepada PM6 DS Najib. Penghargaan dan hadiah besar ketika mula letak pungkoq di kerusi empok bukan lempok PM, tak pernah mantan PM kita dulu menerimanya kecuali PM6 DS Najib. Cara rakyat dan UM No/BN menobat dan menjulang PM6 bukan seperti Sultan Mahmud mangkat di julang. Mereka kahadapan memperagakan permashoran terima kasih yang setimpal tidak terhingga diatas DS Najib menjadi PM itu, menggorak membuka lagang dan langkah besar memajukan penghargaan dengan harga bernilai tinggi sejajar keprihatinan DS Najib dekat dihati dan dalam hati rakyat, cakna rakyat dan rakyat didahulukan, huuuuhhhhhhhhhhhh!!!!!!! Hebat. Alhamdulillah.

Setimpallah dengan selogan bedilan pembukaan menjawat jawatan dengan taji pasak naikkan semangat diri sendiri dan rakyat “Satu Malaysia-Malaysia Satu” gagasan yang lebeh besar dan lebeh berat dari yang pernah diwar-warkan oleh mantan-mantan hebat perkasa PM22T dan mantan PM5T5B3H. Hadiah merupakan tanda ingat kasih sayang yang diterjermahkan melalui pemberian benda selain pemberian yang tidak nampak kelih iaitu doa. Alhamdulillah PM6 ku, betapa dirimu di kacaterima di kalangan rakyat umpama menonton TV7, mulanya motto “dekat di hati” serentak perlantekkan PM6 motto ditukar kepada “di dalam hati” PM6 ku.
Koleksi Rangkaian Hadiah dan Penghargaan Rakyat/Pengundi dan UM No/Komponan BN kepada PM6 dan Sebaliknya.


Adalah tidak adil disini, sekiranya saya tidak menurunkan untuk tatapan rakyat negara “Malaysia Satu” terhadap koleksi-koleksi rangkaian penghargaan dan hadiah yang telah diterima oleh PM6 DS Najib sebaik mengangkat sumpah jawatan PM6 negara kita Malaysia. Saya papar peringatkan koleksi-koleksi penghargaan dan hadiah ini semua, kerana mantan lagenda usang PM22T pernah berkata “Melayu mudah lupa”. Maka untuk terus dipupuk ibajai agar tidak dilupai yang ianya sentiasa di ingatkan. Susunan koleksi rangkaian penganugerah hadiah keramat untuk PM6 kita iaitu:-


(1) - POHON RESTU RAKYAT di P 59 Bukit Gantang –


Dalam menghadapi dan kesudahan PRK P 59 Bukit Gantang pada 7 April 2009 Selasa, PM6 YAB DS Najib Tun Razak merangkap Ketua Badan Perhubungan UM No Negeri Perak Darul Redzuan, YAB TPM TS Mahiaddin Md. Yasin Ketua Pengarah PRK P2N, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Timbakan KBP UM No NPDR jua Pengarah PRK P 59 Bukit Gantang, mamak pedukang Pangkor MB Haram UM No/BN dan calun UM No/Bn Encik Ismail Safian. Menghadapi PRK dengan selogan MEMOHON RESTU RAKYAT, serta racun berbisa api perkauman ditiupkan dengan “Nizar derhaka”.

Semua eposid tersebut berkesudahan dengan rakyat P 59 Bukit Gantang, merangkumi 3 DUN iaitu Kuala Sepetang, Changkat Jering dan Trong mengharamkan restu yang di pohon di pinta oleh mereka-mereka diatas dan di tolak terterap menyembah bumi, kedebuk jatuh!!!!!!! Patah tulang selangka, oooooooohhh, sakitnya rasa. Rakyat tolak kezaliman PM6 menjadi kepala lanun merampas kuasa kerajaan PR yang dipimpin oleh YAB DS Ir Nizar Jamaluddin dengan melantek MB Haram Jad.... UM No/BN mamak pedukang Pangkor. Justeru hadiah dan penghargaan besar sempena perlantekkan terima jawatan Najib PM6 negara iaitu jawaban pukulan KO kepada UM No/BN dengan ikon wira mereka calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon UM No/BN, Encik Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi majoriti dalam pilihan raya PRU12 pada 8 Mac 2008 - 1,566 dicapai oleh Almarhom dulu).


(2) - Baikpulih Kepercayaan Di tolak Tersungkur POHON RESTU RAKYAT Di N 25 Bukit Selambau Kedah Terkulai.


Percaturan tolak anjak, tinas tekan dalam membalas budi yang besar dan berat keatas lagenda usang besi buruk mantan PM22T berceramah oleh penerima budi dan makan budi menjadi macam babi tanah ditandu, maka mantan usang PM22T macam kaka tua yang sasau membebel lupa, maka berceramahlah ia macam lagak dia maseh PM dan PUM. Pukulan di P 59 BG yang kesan negatifnya menjalar ke N 25 Bukit Selambau, isu “Nizar Duehaka” difitnahkan di P 59 BG hatta bersekali kesan kepada semua pelaku perancang menjalankan kerja-kerja cemar haram merampas kuasa dari PR dan menubuhkan kerajaan haram UM No/BN di Perak DR. Rupanya info dan fakta tersebut turut mendapat perhatian, penilaian oleh pengundi-pengundi N 25 Bukit Selambau 7 April 2009 Selasa serentak dengan di PRK P 59 BG.

Maka rakyat N 25 BS yang mereka berada dalam negeri penguasaan PR, dengan bermenteri besarkan saorang MB yang diiktiraf ketelusan dan keyakinan memimpin jujur iklas yakni YAB DS Ustaz Azizan Razak oleh KU PKR DS ABI. Dalam kelangsungan perlantekkan musim kedua anggota saf Exco KNK, Ustaz Azizan telah menangguhkan satu kerusi Ecxo iaitu untuk diisi oleh ADUN baru N 25 BS. Menjadi hak MB DS Azizan melantek sesiapa menjawat Exco tetapi itu bukanlah caranya Ustaz Azizan menangi keharmonian dalam PR. Pengundi N 25 BS telah memberi jawapan total yang lebeh hebat dari PRU12 dulu. Rakyat yang hebat memberi hadiah kemenangan N 25 BS kepada PM6. Balaskanlah ucapan tk kepada pengundi YAB PM6, berbudi dan berbahaslah kita sebagai PM6 Malaysia.

Calon dari PR yang di wakili parti KeADILan, S Manikumar menang dengan mencapai undi sejumlah 12,632, manakala calun BN/MIC cuma mampu memperolehi 10,229 undi. Majoriti 2,403 undi, merupakan mejoriti jauh lebeh besar yang diperolehi dalam PRU12 dulu. Terima kasih pengundi semua Sejumlah 415 undi rosak. Peratus keluar mengundi 70%. Kesemua calon Bebas tajaan UM No dan MIC telah tewas serta hilang wang pertaruhan. Calun BN/MIC adalah pilihan dan klon kepada Presiden MIC DS Samy Velu yang kini sedang mengalami fonomina gila talak, gila jawatan dan kembali untuk menjadi wira juara kaum India seperti wiranya dia 30 dulu, pooooorrrrraaahh.


(3) - Hadiah Besar PM6 Kepada Orang Melayu-Bumiputra


Atas seruan selogan ‘Satu Malaysia’ berteraskan reform kabinet dan reform macam-macam lagi diistiharkan ketika mengumumkan kabinet Kerajaannya umpama kabinet dapor Chef Wan dan Chef Ismail. Iaitu hadiah besar dengan memansohkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD). Pemansohan kementerian Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) sejajarlah dengan aspirasi PM6 DS Najib yang rakyat di dahulukan untuk pembelaan dan mengangkat mertabat dan derjat Usahawan Bumiputra dan bakal-bakal usahawan Melayu-Bumiputra yang banyak mendapat kebaikkan di sini sekalupun di belenggu dengan macam-macam tak ketahuan tiris dan tembus dalam pengendaliannya. Tetapi kebaikkan dan manfaat kepada Melayu – Bumiputra ada dan berjasa.

Sekarang manfaat reform kabinet PM6 dengan memansokan MECD ini, maka sahlah terbela sakan orang Melayu dalam penguakuasaan pelaksanaan tidak seperti PR, itulah realiti yang hakiki dijanakan lanie panas-panas oleh PM6 DS Najib. Dimanakah akan dikuburkan MARA, UDA dan lebeh malang lagi dimanakah untuk di letakkan MRSM yang merata dalam negara? Arah mana hala tuju Najib ini? Inilah hadiah besar kepada pengundipengundi yang naikkan Najib dalam UM No maupun negeri-negeri BN. Hidup Najib! Hidup Najib! Hidup Najib! Najib kuburkan MARA? Najib kuburkan MRSM? Najib kuburkan UDA dan macam-macam lagi. Thank you Mr Najib, I Belief you. All right.


(4) - Kabinet Najib PM6 MCA Pertikaikan.

Respon dan bantahan ulung bersabit dengan kabinet Najib datangnya dari komponan usang sejak Perikatan cap Kapal Layar lagi, iaitu parti MCA komponan paling senior dan paling kanan dalam BN. Hatta Presiden MCA satu masa dulu pernah menjawat seketika sesaat Pengerusi BN ketika UMNO lama diharamkan sebelum penerimaan pendaftaran UM No (Baru) oleh lagenda usang paku karat PM22T dulu. MCA membantah dan MCA mengadakan mesyuarat tergempar barisan pemimpin kanannya melahirkan perasaan tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk Seri Najib Razak - susulan rombakan kabinet perdana menteri yang dijangka lebih kecil.
Dalam sidang media selepas mesyuarat selama 90 minit itu, Ong berkata MCA menyeru Najib mengekalkan kuota parti itu - rakan komponen kedua terbesar dalam BN - seperti sejak pembentukan gabungan itu pada 1974. MCA mendapat empat jawatan menteri dan enam timbalan menteri dalam setiap kabinet yang dibentuk oleh perdana menteri lalu, kata Ong.Najib kini dalam proses rundingan dengan barisan pemimpin atasan 13 parti komponen BN, termasuk Umno, sejak dilantik secara rasmi sebagai perdana menteri keenam di Istana Negara, Jumaat lalu.
Beliau menangguhkan pengumuman barisan kabinetnya - yang dijangka membawa kejutan - tengah hari ini bagi meneruskan rundingan tersebut. Najib juga dipercayai mempertimbangkan dengan serius keanggotaan pemimpin Sabah dan Sarawak - yang menjadi asas sokongan utama BN seperti keputusan pilihanraya umum Mac tahun lalu. Presiden PBS Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan bertemu Najib semalam, sementara Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok dilaporkan berunding sehari sebelum Najib mengangkat sumpah.

(5) - Hadiah dan Ugutan Dari Juga Komponan Asal Sejak Perikatan.


Presidem MIC DS SV yang gila talak dan gila sanjungan dikalangan kaum INDIA yang dipinggirkan dari beliau. Merapu macam Lagenda Usang PM22T juga. DS SV telah mengugat dan mengigit C4nya dihalakan terus fokas kepada PM6 DS Najib dan esok Khamis CWC akan bincang putuskan untuk keluar dari kabinet Najib PM6 tetapi terus berada dalam BN, ayoyo Samy apa macam itu ugut sama PM6 tarak baik la samy itu macam. Cheh!!! Apa tara baik, appa India minta sedeka ka? Oh itu macam ka?

Pada tanggal April 11, 2009 4:39pm, dalam mesyurat MIC sedang menimbang untuk menarik keluar wakil parti itu dalam kabinet baru ekoran banyak lagu isu-isu yang belum diselesaikan, terutama berhubung layanan pentadbiran baru terhadap masyarakat India, kata sumber dalaman parti itu hari ini. Walaupun senario itu dilihat sukar berlaku, tetapi beliau berkata, MIC bersedia melakukannya bagi menumpukan kepada usaha menyatu padukan masyarakat India terlebih dahulu."Keputusan itu dijangka dibuat dalam masa terdekat ini. Bagaimanapun, MIC akan kekal menganggotai gabungan BN.

Masyarakat India masih dilayan sebagai rakyat kelas dua, malah seperti kelas tiga di negara ini". Di samping itu, katana, wakil MIC dalam kabinet tidak diberi jawatan menteri kanan walaupun parti itu berulangkali merayu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya melantik Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu menganggotai semula kabinet. Mengikut tradisinya, MIC akan mengisi jawatan menteri kerja raya. Bagaimanapun ianya berubah selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, apabila Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi parlimen Sungai Siput.


(6) - Hadiah Istimewa Adalah Projek Haram UM No MB Perlis.


Perletakkan jawatan secara tergempar dan penuh misteri dan tanda tanya Setiausaha Politik kepada MB Perlis Darul Sunah YAB DS Dr Mat Isa Sabu iaitu peguam Ameir Hassan berkuatkuasa 30 Mac lalu. Bagaimanapun, beliau menolak dakwaan berbuat demikian kerana tidak puas hati dengan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Mohd Isa Sabu.Itulah jawapan oleh Ameir Hassan di atas perletakkan jawatan S/O Politik MB Perlis Mat Isa Sabu. Respon dari itu, maka negeri Perlis secara khusus dan info jelas kepada PM6 iaitu meletuplah peledak C4 yang diledakkan oleh Datuk Hashim Suboh dikala rembang ia meletupkan iaitu:-

*Md Isa 'produk haram' Umno, kata Hashim*


Wahai rakyat jelata sekelian, wahai rakyat negeri Perlis Darul Sunah dan pengundi sekelian. Dengar! Dengar! Dengarlah ini! Bahawasanya UM No ini sememangnya menjadi pengemar yang haram, kerana tulah ianya di haramkan semasa lagenda usang PM22T dengan beranak UM No (Baru). Bukan saja mamak pedukang Pangkor menjadi MB Haram UM No/BN di negeri Perak Darul Redzuan tetapi ianya juga wujud MB Perlis Haram menerusi ‘Produk Haram UM No’. Pening pusing untuk membuat analisis.

Datuk Hashim Suboh Ketua Penerangan UM No NPDS telah mengakorkan bahawa Datuk Seri Shahidan Kassim sepatutnya menjadi menteri besar kerana beliau dilantik sebagai pengerusi perhubungan Umno Perlis. Sambil menyifatkan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sebagai "produk haram" tradisi Umno, Hashim berkata, menteri besar itu harus melihat sejarah Umno di mana pengerusi perhubungan negeri, selalunya dilantik memegang jawatan tersebut. "Salah faham oleh Md Isa. Pengerusi perhubungan sepatutnya jadi MB. "Amalan dalam parti Umno, jawatan MB diserahkan kepada pengerusi perhubungan negeri.
(Md Isa dilantik) MB masuk jalan bagaimana?” kata Hashim, mengulas kenyataan Md Isa yang mahu menteri besar turut dilantik sebagai pengerusi perhubungan bagi memudahkan penyelarasan."Beliau jadi MB bukan mengikut norma dan sistem dalam Umno. Dia adalah 'produk haram' dalam sistem parti. Walaupun lebih setahun sebagai menteri besar Perlis, Md Isa belum lagi dilantik pengerusi badan perhubungan Umno seperti tradisi di negeri-negeri lain. Md Isa dan Shahidan terperangkap dalam perang politik susulan keputusan mengejut istana Arau membelakangkan bekas menteri besar itu selepas BN menguasai kembali Perlis, Mac tahun lepas.

Gejala yang sama berlaku di Terengganu apabila istana mengangkat Datuk Ahmad Said bagi menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh. Bagaimanapun Idris melepaskan jawatan pengerusi badan perhubungan Umno kepada Ahmad tidak lama selepas itu.


(7) - UM No Berkeris Bergolok Di Terengganu Hadiah Untuk PM6 DS Najib.


Yang jelasnya pergolakkan, perpecahan krisis pemimpin UM No Terengganu di antara Kabilah DS Idris Jusoh vs Istana dan pergeseren pertentangan tidak berdepan dan mengiktiraf memperakui dikalangan kabilah DS Ahmad Said sejak setahun dalam pengetahuan Presiden UM No & TP UM No merangkap PM dan TPM sehubungan dengan krisis tersebut. Ertinya mereka berdua tidak mampu dan tidak terdaya untuk mendamaikan permusuhan dan pertlingkahan UM No di Terengganu.

Jadi bagaimana mungkin wahai PM6 ku, UM No Terengganu pun DS Najib gagal jadikan ianya satu, termasuk UM No di negeri besar kelemboi Perlis Darul sunah pun UM No gagal DS Najib jadikan satu, satukan UM No Perlis tersebut. Jadi maka dengan itu kata Tun Lah, Wahai DS Najib PM6; tidak retorikkah DS Najib nak satukan Malaysa dengan selogan “One Malaysia – Satu Malaysia”? Apa cam DS Najib, jawaplah persoalan saya yang kabur jangan dikubur. Labur minda Ds Najib berdepan persoalan dan pertanyaan dari rakyat sebab “Rakyat didulukan”. Terima kasih.

Lebeh besar dari itu parah dan terperuaknya UM No terengganu menanti lunag kuburnya dan tali hayatya kian hampir bukan kerana lawannya PAS. Tetapi musohya adalah disebabkan retorik satu UM No tak menjadi. Yang menjadi ianya bercerai berpecah dengan berani semi-semi sipi-sipi macam mengemkakan ususl undi tidak percaya kepada YAB MB Terengganu oleh UM No/Bn sendiri, parah dan bedarah kes ini kalau PM6 jua PUM gagal berperanan. DS Najib kan anta orang bersih, mulut masin, beriman bertaqwa sentiasa diri dilindungi dengan wudzuk, dengan masin lidah berkat mulut dan bertawasullah dengan kerja baik DS, barangkali ianya masin dan mujarab nasehatlah UM No Tetengganu tu, Inshaallah kalau tak menjadi satu, menjadi ia mati ke alam kubur.
Biar kami sempurna dan talkinkan. OK