Sunday, April 19, 2009

PANTUN MENJANA PERDANA: MENILAI SEMBOYAN

Panglima Koyan gagah perkasa
Menghunus keris ke sini ke sano
Semboyan retorid membelah angkasa
Jadikan One Malaysian Twenty UM No

Sayat tebu batang lurus kasar
Diberkas ditanggung laluan titi
Rakyat di tipu produk haram M. Besar
Bersekali dengan MB Teganu non kualiti

Hantu Altantuya Shaaribu menjadi badi
Menjadi ingauan sepanjang hayat
TPM tudoh Cina India tak kenang budi
Disogok dirasuah undi Pakatan Rakyat

Menahan lukah berteknik bertektik
Dengan umpan cebisan underware
Benarkah UM No parti politik
Atau cuma parti tupperware

Kelapa santan di Batu Gali
Ladang milik keturunan kaya
Kenapa di cemuhan begitu sekali
UM No badi hadapi pilihanraya

Gabus bakul diserat Pak Raden
Diserat rotan pengikat peti
Dayus bacul menjawat presiden
Umpama pondan dibelakang mati

Pantang menyerah sifat pahlawan
Sekali pun mati ditikam kena
Kalau menyerah sebelum berlawan
Baik ke Bangkok tukar jantina

Kari santan wanginya pandan
Lebeh harum sibunga kekwa
Dari jantan menjadi pondan
Baru diri tidak ditertawa-tawa

Rosnah dan Rusnah depa berbisan
Hidup mewah menjadi kaya
PRK buang masa rugi jadi alasan
Nak senang haramkan pilihanraya

Roti tempayan dibakar sabut
Menu mutlak santapan wajib
Retorit semboyan koi serabut
UM No berpecah tolak Najib

Kuda padi menarek pedati
Pedati itarek ke Kuala Pegang
PRK kecil menanti di Penanti
Najib mengalah diluar gelanggang

Limau bali dijinjing pulang
Leteh menjinjing terus dibuang
Harimau mati tinggalkan belang
Panglima mati dimedan juang

Makalah tersohor dizaman silam
Merungkai kesah bunuhan Che Wan
Kalah tersungkur diatas tilam
Maseh mau gelaran pahlawan