Sunday, April 5, 2009

UMNO: PERALIHAN KUASA & KABINET BARU

UMNO: PERALIHAN KUASA & KABINET BARU.


Jauh disudut sanubari saya untuk menganggu dalaman UMNO untuk masa sekarang. Tetapi terpanggil untuk memperkatakan fasal Umno, kerana UMNO memperakui SEBAGAI tulang belakang BN dan Kerajaan BN Pusat. Sekiranya Umno tersiseh dari dalam memori politik negara, pasti saya mengabaikan membuat pendekatan dan pandangan, diluar kotak dan kepumpong UMNO yang mengeshakan parti mereka digelumangi sarat kepimpinan rasuah dan macam-macam tuuhan tidak berjawab mengikut saloran mahkamah, pendakwaan dan pembelaan membersih dan menyuci maruah diri dimata tengok rakyat negara dan persepsi dunia , OIC ,EU hatta UN sendiri.

Disebabkan Umno masih berbaki dengan nadi dan denyutan tali hayat yang sedang menghala dan menuju ke titik penamat di penghujung jalan seperti realiti disebut diperkata berulangkali oleh TPU TS MY atau nama benarnya ialah Mahiaddin Bin Md. Yaasin MP Pagoh sejak tahun 1982 lagi. Rampasankuasa kepimpinan utama UMNO diatas flatform Peralihan kuasa di persidangan UMNO yang berakhir pada 28 Mac 2009 yang lepas. Disana mengiringi rampasan peralihan kuasa itu, pasti yang berundur dan yang mara tampil mengambil mengisi posisi berlaku.

Sekalipun UMNO sedang menuju dipenghujung jalan sebagaimana kata TS MY, yang perwakilan UMNO telah sahkan TS MY menyandang TPU berdepan dengan lawan yang bermasalah pelari anak Sultan menikah dibawah pokok, serta pelari wang berkilo di negara kanggaro ketika semasa menjawat jawatan YAB Dato’ MB Selangor Darul Ehsan. Tahniah TS MY diatas menang menjawat jawatan TPU. Sebaik lawan satu lagi disembeleh sebelum tiba perlawanan iaitu Ali Ruustam bukan Saidina Ali. Yang sebelum itu YAB DS Najib C4 Ataspaya menang tanpa bertanding untuk jawatan PU, tahniah YAB DS.

Walau sekalipun UMNO menjadi teras dalm BN sedangkan UMNO itu sendiri sekarang, umpama seperti teras batang keladi nipah dalam BN akan terus mencekam dan menguasai kabinet khususnya pembersihan orang dan ppenyokong Pak Lah. Kalau dizinkan Allah pagi Jumaat 3 Mac 2009 bersamaan 6 Rabiulawal 1430 akan mengangkat sumpah pegang jawatan Perdana Menteri di hadapan SPBYA di Istana Negara. Barangkali selepas PRK-PRK atau sebelumnya, maka PM DS Najib/Menteri Dalam Negeri akan mengumumkan TS MY menyandang TPM/Menteri Pertahanan.







YB Hishamuddin Menteri Pelajaran dan Pendidikan Tinggi. YB Datuk Mustapha Mohamed menjadi Menteri Kewangan. YB Shafie Apdal menjawat Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Antarabangsa. YB Datuk JJ menjawat Menteri Penerangan dan Telekumukasi dan iCT. Dikalangan MP/Senator dikalangan UMNO akan monopoli jawatan Perdana Menteri, jawatan Timbalan Perdana Menteri, jawatan Menteri, Jawatan Timbalan Menteri dikalangan UMNO yang bukan orang/penyokong mantan PM Pak Lah, melainkan yang akan disahkan oleh mantan purba PM terdahulu. Disebabkan yang menunjangi kerajaan adalah Umno parti rasuah yang disahkan oleh Lembaga Displin UMNO. Pengurusan dan kuputusan diatas ribuan kes yang dipertikai oleh Ahli-ahli UMNO dan usulkan LD UMNO dibubar, itu cerita lain.

Pokok pangkal dan akar serabutnya UMNO mengamalakn rasuah dalam semua aspek untuk mendapat jawatan dalam kepimpinan UMNO termasuklah rasuah untuk menjadi Perwakilan dalam Mesyurat UMNO semasa mewakili cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian yang diuar peruntukkan hadir mengikut perlembagaan. Kes rasuah Umno mencecah atau melebihi 1,000 kes. Kes rasuah jerung Umno 45 dimansuh, tidak rekodkan, cuma segelintir sahaja diambil tindakkan, itulah hakikat pembersihan suci dalam kitab muktabar Umno yang diajar pandu dari Islam Hadhari dan Imamnya.

Sebaik parti dan ahli rasuah tamat bersidang pada 28 Mac 2009, mereka-mereka pimpinan dan perwakilan ini, tampil ke P 59 Bukit Gantang, N. 25 Bukit Selambau dan N 29 Batang Ai, mengajak rakyat dan pengundi bersama-sama mereka berada dan menyokong calun parti rasuah UMNO-BN. UMNO yang rasuah itu mengajak rakyat dan mengundi mereka untuk sama-sama masuk memperkukuhkan kawah rasuah bersama-sama mereka keneraka.

Tindakkan beberapa pengesahan kes rasuah Umno menjelang mesyurat UMNO adalah, bermatlamat untuk menghapus semua penyokong-penyokong YAB DS Abdullah Badawi dalam barisan kepimpinan UMNO. Sebagaimana dikehendaki dalam mempermudahkan pelaksanaan misi dan visi DS Najib C4 Ataspaya. Untuk mudahjalan dan mudahcara meratah khazanah negara yang akan dipagari pula oleh adik-adik dan kaum kerabat dan kroninya sebagaimana disempurnakan oleh Pak Lah dan Tun Mahathir ketika berkuasa menjawat PM dahulu dan kelmarin.

Sebaik berlakukan rampasankuasa terhurmat jawatan PM berpindah kepada batang tubuh bernama YAB DS Najib C4 Ataspaya. Sering dengan itu maka sirih pulang keganggang, belut pulang kelumpur, sifu dan mahaguru laduni YAB PM DS Najib C4 Ataspaya, iaitu Geruda purba tua yang sejak YAB DS Abdullah Badawi mengangkat sumpah sejak itu, sehinggalah minggu akhir YAB DS Abdullah dilawan di tentang, dimalukan dengan semua tuduhan kepada Pak Lah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri negara. Yang sentiasa meratip peranan di lavel T4 Pemuda diketuai oleh menantu PM dan kroni-kroninya.

Siapakah yang akan mengambil alih dan ganti tempat tersebut? Adakah mantan usang PM dan putranya digandingkan dengan putra-putra PM Ke2 dan Putra-putra PM Ke3? Sama-samalah kita tunggu dan membuat perhatian dan penilaiannya kelak. Bagi saya semua perasuah-perasuah tersebut adalah sama saja iaitu seperti tahi dengan kentut. Umpama babi menuduh anjing yang irinya adalah najis berat; sedangkan ia dalam satu spesis haram yang sama. Pemuda telah mengesahkan bahawa KP Rasuah UMNO YB MP Rembau diboo, di boo dimalukan dalam persidangan, dengan ratusan kali laungan rasuah didepan Pak Mentuanya. Pemberi dan penerima rasuah yang mengenali diantara satu dengan perasuah.

Saya tinggalkan semua fenomina yang akan berlaku dan terjadi seterusnya didalam rumah PWTC dan di Putrajaya juga di Istana Negara yang sekarang berfungsi merelaisasikan kehendak Najib C4 Ataspaya.