Thursday, April 30, 2009

PM & MP - CUCI TANGAN TOLAK ANGIN DI PERAK DR.

PERDANA MENTERI & MENTERI PPERTAHANAN –
CUCI TANGAN TOLAK ANGIN DI PERAK.
ZAMRY KADIR DIMALU & DIBIARKAN.......


Saya menunggu sehingga sekarang, sejak tamatnya MKT UM No dalam persidangan penuh pertama, selepas berlalunya Mesyurat Agong UM No baru-baru ini. Semua MKT hadhir, kecuali yang absennya ialah DS Hishamuddin MDN yang bermesyurat di Unesco menyambing fungsi kementeriannya terdahulu. Mesyurat yang diadakan di PWTC pada 24/04/2009, info terawal saya pungut pada jam 7:48pm sebaik mesyurat tersebut berakhir.

Di kalangan blogger intlek untuk membuat perhatian khusus keatas Pengerusi Perhubungan UM No Negeri di beberapa negeri, berpandukan versi dan aksi panas diperdebatkan. Sebagai blogger cokia, saya tampil mengulas mengikut pandangan hemat versi saya. Semuga letak duduknya hakikat tersembunyi dapat di paparkan, Inshaallah.
Saya cuma fokas meneliti terhadap 2 tokoh lagenda, yang telah melabur saham turbo perdana mereka di pasaran turbo gelap. Pasaran saham haram gelap yang mendapat pengiktirafan haram dari Putrajaya. Semuanya telah mendapat usahakerja terancang dari SPRM, SPR, KHN, PN jelujurnya sampai melibatkan istana dan Paduka Tuanku Sultan diperalatkan. Semata-mata rakus untuk menubuh kerajaan tetapi pengecut menghadapi PRK negeri.
Menerusi ekuiti turbo haram yang di rompak dan diapongkan, mereka caturkan ekuiti haram di rompak itu menjanakan politik cacamerba di Perak, menjadi kalut dan kucar kacir hatta mengundang perpecahan. Sampai dunia kiamat pun sejarah perancangan turbo haram mereka, tidak dapat dilupa dan dipadamkan. Betapa besarnya saham mereka (TPM N M Agama (sebelum kudeta dalam umno) berdua untuk negeri dan rakyat Perak dijanakan, dikenang sampai mati.
Tepat bacaan pengamatan saya sebagai blogger cokia kakilima ini, yang isteri saya membenarkan sebelum perlantek PPUN tiga hari sebelumnya saya telah katakan, “Dalam firasat abang, DS Najib dan DS Ahmad Zahid Hamidi akan lari dari Perak”. Pasai apa? Tanya isteri saya yang pembacaan tanggapan politik 30% dibelakang saya yang laju 70% kahadapan. Sekalipun 25 tahun dia berpengalaman mengajar BI di T6, T5, T4 dan sebagainya.

Sahlah mereka lari setelah mereka membina dan mendiri jamban terbang dan jamban pusing di seluruh negeri Perak termasuk di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, ditinggal kepada MB haram berdepan dan menyelesaikannya. Pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri sepertimana diumumkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi. Perubahannya adalah negeri Selangor - Datuk Seri Najib Razak, Wilayah Persekutuan - Tan Sri Muhyiddin Yassin, negeri Perak - Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan negeri Pulau Pinang - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Perlakuan pelaksanaan kerja melarikan diri dari Perak secara tidak bertanggungjawab dan beramanah ini, oleh kepala/pembantu perampas kuasa dan dalang menubuhkan kerajaan haram di Perak oleh YAB PM DS Najib dan MP YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi, adalah jenis manusia bacul lagi pengecut untuk terus kepada ending-penamat kerajaan haram ditubuhkan Najib dan Ahmad Zahid yang ditolak sebahagian rakyat Perak. Khususnya dalam referendum di PRK P.59 Bukit Gantang, 7 April 2009 yang lepas.
Rakyat tolak terlentang mereka ke longkang, mereka berdua dan boneka mereka tanpa diendahkan terus ditolak. Sekalipun yang memohon restu rakyat itu adalah Perdana Menteri, Menteri Pertahanan yang kedua mereka ketika itu adalah Pengerusi Perhubungan UM No Perak dan Timbalan PPUP. Bersekali kelongkang adalah MB haram hasil usaha PM dan M Pertahanan tersebut. Sekarang, mereka berdua membiarkan tanpa merasai bersalah meninggalkan buta-buta jamban tahi kepada boneka mereka YB Dr Zambry.
Mamak pedukang ini terkial-kial membersihkannya. Naik turun mahkamah tenggelam untuk berdepan dengan rakyat menolak dan menafikan restu dipinta mereka di Bukit Gantang baru-baru ini. Hajat cemar PM dan M Pertahanan berjaya mempermainkan keyakinan sokongan ADUN dan rakyat kebawah DYMM Paduka Tuanku Sultan Perak, hingga tercetusnya kemarahan rakyat dan turut dihala kebawah Duli Tuanku. Dalam keadaan ikan busuk dikepala dan berulat menjadi langau dan tungau.
Demi menjaga dan memulihara nama baik mereka berdua (PM n MP) di perengkat nasional sebagai Pemimpin Utama dan Pemimpin Ke3 penguasaan dalam UM No. Demi untuk mengembalikan agar peledak C4 dan Altantuya tidak menjadi ratib rakyat Perak kepada mereka. Akhirnya pemegang peledak C4 yang bergegar di Ipoh 6 Februari 2009 dulu anak Perak jati dan anak Pahang cabut lari. Sebagai pembacul dan pengecut politik bukan sebagai pejuang rakyat, dengan Perak yang berselerak.
Pupusnya jawatan sebagai PPUNP dan TPPUNP, dengan kuasa veto ditangan dalam genggaman. Supaya mereka berdua tidak lagi menghadapi masalah yang berterusan serta berlanjutan untuk terus memikul bewak-biawak hidup di Perak sekalipun ianya hasil usaha buah fikir/buah tangan mereka. Demi melarikan diri dan mengelak untuk terus mencemar dan menambahkan cemar yang tercemar itu berterusan berdepan dengan bantahan rakyat Perak Darul Redzuan, sanggahan dan sumpah rakyat kepada mereka berdua (PM dan MP).
Maka mereka adalah pemimpin ulung yang pintar dan putar, pandai macam tupai melompat, mereka cuci tangan tinggalkan Perak. Dengan mengugah tahi berak mereka, yang tong tersebut sedang ditatang oleh boneka mereka Mamak Pedukang Pangkor mengelilingi Perak, ke Putrajaya dan naik turun mahkamah Ipoh, KL dan Putrajaya.
Oleh kerana mantan usang lagenda PM22T sentiasa menghina orang Melayu mudah lupa. Maka saya imbaukan saham-saham haram, ekuiti-ekuiti haram yang telah dilaborkan oleh DS Najib dan DS Ahmad ZH kepangkuan rakyat dan negeri Perak Darul Redzuan dengan imbauan dan diletakkan di hadapan mata kita bersama untuk mengingatinya agar kita tidak dilontar dan dilunggukkan dengan fitnah dan menjana fitnah kepada PM dan MP.
Ingatlah, pantasnya ianya berlaku sebaik sahaja pemecatan keatas PPUP Tajul Rusli Ghazali diambil aleh oleh TPM ketika itu. Iaitu DS Najib memegang jawatan baru sebagai PPUP dan melantek anak Perak Bagan Datok bermastautin di KL menjadi Timbalannya iaitu DS Dr Ahmad Zahid Menteri Agama. TPM DS Najib dan DS Dr Ahmad ZH menguasai dan mencekam sepenuhnya pentadbiran urus langsung negeri Perak berpusat di Pejabat TPM di Putrajaya. Dengan segala mereka mendapat anjakkan sokongan dan bantuan penuh dari Immuniti awam, mencolek, mengugut, menawan wakil rakyat dari PKR dan DAP. Maka itulah bermulanya saham dan pasaran haram berjalan sampai menghancurkan Perak ke saat ini.
Semuanya perancangan ini perancangan haram dan tindakkan haram diluar perlembagaan negara, dan keluhuran perlembagaan negeri Perak itu sendiri. Walau UM No-BN mendapat laluan mudah dan kerjasama yang gigih serius dari immunitinya yang rakyat telah sedia termaklum. Immuniti UM No-BN adalah SPR, SPRM, PDRM, KHN, PN, SUK Perak dan banyak jenama lagi. Ingatlah apabila pada 04/02/2009 5:19pm di pejabat TPM, PUTRAJAYA, DS Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.
IaituI berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN. Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PR sebanyak 28 kerusi. Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN.
Termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak. Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu. – Utusan
PM ketika itu YAB DS Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun Lah) turut untuk merebut untuk mendapat pahala sama diatas kerja-kerja haram tersebut dengan membuat pengesahan, iaitu pada jam 7.56pm 04/02/2009 di pejabat PM di PUTRAJAYA, kata PM DS Abdullah Ahmad Badawi “Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak berikutan kesediaan empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu yang telah meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi” .
“Terima kasihlah kalau mereka sudah ambil keputusan untuk menyatakan sokongan kepada BN, BN terima dan kita ucapkan terima kasihlah,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesembilan di sini hari ini. - Bernama
Berikutnya pada 05/02/2009 di IPOH Najib yang juga Pengerusi BN dan Badan Perhubungan Umno Perak, tiba pada pukul 9.49 pagi diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Timbalan Pengerusi BN Perak. Jam10:40am Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Kinta meminta perkenan baginda agar Barisan Nasional mengambil alih pentadbiran negeri, sehari selepas empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong dan memberikan majoriti kepada BN bagi membentuk kerajaan negeri.
Empat wakil rakyat itu terdiri Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu, kedua-dua daripada Parti Keadilan Rakyat, ADUN Jelapang Hee Yit Foong daripada DAP dan ADUN Bota Datuk Nasaruddin Hashim, yang menyertai PKR pada 25 Jan lepas dan kembali semula kepada Umno semalam. Jamaluddin, Mohd Osman dan Hee mengumumkan menjadi wakil rakyat Bebas tetapi menyokong BN.

Ketiga-tiga mereka bersama Nasaruddin turut berada di sisi Najib semalam ketika Timbalan Perdana Menteri mengadakan sidang akhbar di Putrajaya untuk membuat pengumuman mengenai sokongan mereka kepada BN. Berikutan perkembangan terkini, BN dan Pakatan masing-masing mempunyai 28 kerusi tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketiga-tiga wakil rakyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar. — Bernama
Menjelang 12.02pm 05/02/2009 - IPOH 5 Feb. – Sultan Perak sudah disembah maklum mengenai majoriti mudah yang diperoleh Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan baru di negeri itu. Kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN termasuk dari Bota yang kembali kepada parti itu serta tiga yang meninggalkan parti masing-masing menjadi ADUN Bebas telah memberi pengakuan menyokong kerajaan BN.Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Sultan Perak menitahkan semua ADUN yang menyokong menghadap dan majlis menghadap sudahpun diatur susun dan diterima menghadap.

``Dengan ini terserahlah kepada Sultan Perak membuat keputusan selepas ini.``Tuanku akan buat keputusan secepat mungkin. Kita akan maklumkan sebab ada proses yang perlu diikuti. ``Jadi sebelum MB baru boleh angkat sumpah, Tuanku perlu membuat keputusan sama ada membubarkan DUN atau meminta MB sekarang meletak jawatan,’’ katanya pada sidang akhbar di bangunan UMNO di sini hari ini.Ditanya reaksi sekiranya keputusan yang akan dibuat oleh Sultan Perak tidak memihak kepada BN, Najib menjawab: ``Kita akan hormati apa jua keputusan Tuanku kerana itu hak mutlak Tuanku.’’ – Utusan
Akhirnya dengan bijaksana pedaya tipudaya maka pada 06/02/2009 4:13pm KUALA KANGSAR 6 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, 47, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Haram Perak di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Balai Istiadat Istana Iskandariah, sepanjang perjalanan mereka menuju keistana mendapat bantahan halangan dari rakyat yang bertanggungjawab supaya kerja haram jangan dilakukan.
Apa yang saya catatkan diatas adalah rentetan pelaksanaan haram yang telah tercatat dalam negeri Perak, dan ianya telah dicatatkan langsung oleh rekod DUN Perak Darul Redzuan. Lihatlah negara menghasilkan PM dan MP yang melarikan untuk penyudahan dalam memikul tanggungjawab cemar yang tangan mereka hasilkan. Pasti, catur awal mereka bertanggapan, kes ini akan selesai tamat berakhir dalam paling lama 2 minggu mengambil masa bantahan dan halangan. Rupa-rupanya sudah 3 bulan Najib dan Zahid kandas dan terbabas dari perkiraan.

Najib dan Zahid sudah dapat mencium kes ini akan menjadi barah dan parah dan payah mendapat keputusan yang tutas dari mahkamah, melainkan melalui medan pilihanraya dengan membubarkan DUN. Inilah fenomina yang menjadi hantu Altantuya yang aman ngeri lagi menakutkan UM No-BN untuk berdepan rakyat. Kecuali hanya dengan kerja haram merampas kuasa dan menjana MB Haram dengan membelakangkan semua undang-undang dan perlembagaan kerana semuanya adalah telah menjai komponan kepada UM No.Bn.

Akhirnya mereka melarikan diri dari tanggungjawab. PM dan MP melepaskan jawatan utama UM No Perak mlarikan diri dari beban memikul tanggungjawab kepada MB Haram mamak pedukang Pangkor menyelesaikan sendiri, dengan rakyat, dengan Sultan. Untung besi timbul, rugi pelempong tenggelam. Semuanya tong najis yang dijanakan oleh PM dan MP diserahkan tong najis dan baten itu kepada MB haram menyelesai, berhadapan dan menghadapinya. Rakyat bijaksana fikir-fikirkanlah pemimpin licik lagi cerdek ini. Rakyat Perak, timbangkanlah berapa berat kesalahan pemimpin yang melarikan diri dari menyelesaikan tugas.

1.00 pagi – 30 April 2009 Khamis.

Nukilan tidak lupa: IBN ABDULLAH AL AWAB