Sunday, April 26, 2009

UM No: MENONGKAH ARUS MENDAKI MAYA, MAMPUKAH?

UM No: MENONGKAH ARUS MENDAKI MAYA, MAMPUKAH?


Pandangan dan Tinjauan.

Mengurus dalam mentadbir yakni mengelola serta mengawal selia sesabuah badan parti politik dalam konteks kata pengurusan mentadbir, memerentah negeri dan negara; ianya tidak sama dan serupa sebagaimana pengurusan pentadbiran disajikan dalam sebuah pasukkan bolak sepak. Sekiranya berhadapan dengan pemain tempatan lemah, maka tindakkan mengimpot pemain dilakukan. Begitulah juga sekiranya pengurus dan jurulatehnya tidak berupaya menjalan dan merealisasikan tugas-tugasnya maka pengurus dan jurulateh pantas diputuskan diimport untuk menyelesaikan masalah. Samada untuk jangka pendek maupun untuk penyelesaian jangka panjangnya.

Fenomina selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu, kekalahan besar yang mengejut diluar jangkaan kepimpinan perdana UM No-BN, telah melanda musibah dengan mencipta sejarah burok yang tercalar. UM No/BN tewas dengan kekalahan tidak mendapat kepercayaan 2/3 majoriti penguasaan dalam Parlimen. Hatta lebeh parah dan mendatangkan kesan yang mendalam, gawat dan gayatnya UM No-Gerakan/BN apabila mereka tewas di beberapa negeri yang maju dalam semua sektor dalam negara kita. Seperti negeri Pulau Pinang, Selangor, Perak negeri penduduk Melayu ramai negeri Kedah dan terus tewas dan kandas di Kelantan. Hatta kecundang di Wilayah Persekutuan serta hampir-hampir terlepas pegangan memerentah di Negeri Sembilan sekadar dengan majori mudah.

Sebagai pemerhati luar dari kotak UM No (tetapi dilahirkan dari dalam sulbi UM No sebelah Ummi dan abah. Almarhom abah ketika zaman saya kecil diawal tahun 50han, abah sentiasa membawa saya menemui kawan-kawannya menaiki Kereta Api Tanah Melayu – kuasa arang batu ke Kuala Lumpur). Saya maseh ingat yang mana beberapa tokoh utama Negara dan UMNO ketika itu pernah menjamah kepala saya selepas bersalaman dan mencium tangan mereka dan mereka memberikan saya wang merah $10 cap kerbau mengala dan petani. Diantaranya menjamah kepala saya adalah Captain Razak Husein (panggilan abah kepada Tun Abdul Razak), Syed Jaafar Albar Syed Hassan, Tun Syed Nasir Ismail, TG Haji Ahmad Ahmad Badawi, Haji Suleiman Palastin dll, saya heran dan bertanya kenapa saya tidak menjadi UM No?). Kekalahan UM No dalam menghadapi PRU12 tersebut, ianya berkaitan rapat berpaksi kepada diantaranya ialah:-

Pertama: Keceman dan komen-komen negatif mantan Perdana Menteri 22T secara terbuka kepada YAB Ds Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan beliau menjawat PM. Diatas banyak pekara yang telah menjadi pengetahuan umum sampaikan kepada Tun Dr Mahathir rasa bersalah dan kesal tersalah melantek YB DS Abdullah Ahmad Badawi menggantikan dirinya.

Kedua: Tajaman fokas Tun Mahathir sebaik DS Abdullah Ahmad Badawi menjawat Perdana Menteri sehingga berundur ianya adalah jasausaha besar yang dijanakan oleh Tun Mahathir dengan tumpuan setiap keputusan politik dan projek dilakukan oleh YAB DS Abdullah ianya wajib melalui terlebeh dahulu di Tingkat 4 Perdana Putra yang diketuai oleh menantu PM ketika itu iaitu Khairy Jamaluddin, Naina Merican dan ramai lagi.

Ketiga: Sebaik selesai PRU12 maka bertambah kencang dan berangkainya secara konsisten yang berterusan asakkan dan tajian kepada YAB DS Abdullah Ahmad mestilah bertanggungjawab diatas kekalahan BN-UM No. Salakan dan ngauman Tun Dr Mahathir ini, akhirnya gayung bersahut. Mampunya Tun Mahathir mengkucarkacirkan UM No dicaing-caing dan dijorong-jorong, maka berlaku dan terjadilah mengikut skrip yang dirangka strukturkan oleh Tun Dr Mahathir. Iaitu watak-watak utama yang meyebabkan DS Abdullah Ahmad Badawi terjun dari jawatanya adalah faktor TS Mahyuddin Yassin yang tidak sabar untuk menjadi TPM dan Najib sudah merasai kalau-kalau dipintas oleh mana-mana pehak menjawat jawatan PM. Maka masing-masing menjadi cacing kepanasan, kaduk naik junjung.

Keempat
: Fenomena gelap dan malang menimpa negara kita dalam demokerasi berparlimen iaitu usaha perancangan rakus rampasan kuasa di progremkan di perengkat pusat di Putrajaya. Ianya diketuai dan di dalangi langsung oleh TPM DS Najib ketika itu, terhadap sebuah negeri yang bernaung dalam Persekutuan Tanah Melayu-Malaysia, iaitu negeri Perak Darul Redzuan yang dikuasai oleh Kerajaan Pakatan Rakyat: didominasi oleh parti-parti PAS, DAP dan PKR dengan UM No/BN merampaskuasa melalui bintu rusok dan pintu belakang menubuhkan kerajaan haram dengan bonekanya merampas menjadi Menteri Besar Haram2 iaitu mamak pedukang Pangkor yang terkial-kial mohon restu sampai lanie tetapi maseh buntu segala tindakkan dan prilaku semua aspek untuk direstui telah diusahakan.

Kelima: Anjakkan dan delimma rampasankuasa tersebut, ianya menjana kuasa dan desakkan disatu pehak, maka UM No terus menghadapi dan berdepan dengan seribu perpecahan yang realitinya. Sekali pun peranan besar dalam menafikan perpecahan iaitupun membedong dan dinafikan perpecahan dan seribu masalahan, barah dan sebagainya oleh seluroh media elotronik, media cetak tetapi mereka gagal dalam medium baru melalui internet yakni blogger. Rakyat umum payah menerimanaya hatta Tun Dr Mahathir terus mengecam dan membantah cara-cara tersebut termasuklah dari YBM TS Tengku Razaleigh Tengku Hamzah. Kecuali IMMUNITI yang yang mendinding UM No/Bn adalah SPR, SPRM, PDRM, KHN, PNM dan jabatan sewaktu dengannya dari detik kesaat masa kesemasa.

Walau UM No berusaha sepenuh secara bijak pandai, sepenuh tindakkan dalam merealisasikan untuk UM No kembali dipercayai, diyakini dan diterima oleh rakyat. Setiap itu UM No berdepan dengan masalah baru, tutup lubang A, lubang B ternganga, tutup lubang D lubang E pula yang terlopong dan begitulah selanjutnya. Hati Q terjaga tetapi hati K pula yang terusik dan merajuk merana. Pulihkan hati K maka Q, E pula bangun memeronta, semuanya tak kena, fomomina ini sedang dihadapi oleh UM No sekalipun mesyurat agung UM No selesai dan reform Kabinet rakyat di dulukan telah terbentuk, namun masalah dan penentangan bertubi mendatang, menghalang kerancakkan merealisasikan pembentukkan kerajaan.


Dillema UM No Tidak Kesudahan.


Sekalipun kuatnya kesungguhan berusaha yang bersungguh dikalangan kepimpinan perdana UM No, dalam tampil kehadapan dengan menggunakan semua wadah media dan informasi, dalam membuat penafian dan menyangkal UM NO sedang mengalami barah perpecahan, yang mampu menjurus kepada meruntuhkan struktur UM No itu. Seperti kerja terancang umpama anai-anai atau api didalam sekam, dikalangan dalaman UM No tersendiri dikalangan semua perengkat di semua negeri. Tetapi setiap penafian tersebut dikeluarkan dalam menafi dan pembelaan, maka lebeh kuat dikalangan sebahagian rakyat negara dan dikalangan ahli UM No meyakini UM No kini sebenarnya sedang menghadapi dan menuju jurang perpecahan yang parah. Sulit untuk mendapat pawang, dukun dan mahaguru silat untuk membaiki dan merawat UM No, dalam tempoh masa jangka pendeknya.

Sindrom rakyat dan ahli tidak mempercayai yang kepimpinan PERDANA UM No adalah dikalangan pemimpin yang BERSIH lagi SUCI, melainkan semua mereka terpalit dengan kancah kawah rasuah dan salah guna kuasa. Samalah UM No cuba membasmi benteras dan sifarkan rasuah dalaman UM No. Anehnya maka jalan penyelesaian, maka kaedah menyelesaikan rasuah juga digunakan. Penawar rasuah mejarab menghadapi membedung rasuah, ini adalah hakikat. Baik dipehak Pemimpin UM No yang mencapai kemenangan dalam pemilihan UM No baru-baru ini. Maka tidak ketinggalan juga di pehak pemimpin UM No yang kalah dalam pertandingan jalan rasuah juga dilaksanakan. Majoritinya kepimpinan UM No membesar, menikmati hidup dan kehidupan dengan bergelomang dalam kawah kancah rasuah tegar dalam semua pekara.

Negeri-negeri yang UM No/BN tewas dalam PRU12 yang lepas, kebanyakkan saki baki pemimpin mereka, samada yang bergelar ADUN atau AP, dikalangan mereka telah lesu dan tidak bermaya. Apalagi pemimpin yang menguasai UM No/BN perengkat negeri tidak menjadi ADUN atau APM, maka jurang pertelagahan, persengketaan amatlah luas. Mereka menjadi nana dan tidak keruan. Mereka tidak mampu menjadi pembangkang yang berkesan dan positif, kadang-kadang mereka merasai seolah maseh menjadi kerajaan. Mereka mempersoal dan maseh mencadangkan dikalangan mereka untuk mendapat bintang-bintang kebesaran, maseh mahu menguasai dan meratah semua projek sama seperti mereka menguasai kerajaan dulu.

Manakala negeri-negeri dikuasai UM N0/BN melebehi 2/3 penguasaan dalam DUN dan majoriti mudah seperti di Perlis, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan, UM No terus dihantui olah macam-macam hantu perpecahan dan hantu perbalahan bukan hantu Altantuya sahaja. Inilah UM No, sekiranya mereka tidak mempunyai lawan dalam negeri yang mereka menguasainya, maka mereka menjadi hulubalang mencabut keris dikalang mereka mengajak berentap untuk menjadi mahaguru dan pahlawan segala pahlawan. Semuanya perlawannan mereka, perpecahan mereka dan pertentangan sesama mereka UM No bukanlah kerana dalam kontek jiwa dan raga mereka bersengketa untuk memertabat ekonomi rakyat dan membela rakyat dan negeri.

Mereka, pemimpin-pemimpin dan ketului UM No negeri seperti Perlis, Terenggannu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan lain-lain negeri merelaisasi pertarongan merebut jawatan untuk menjawat jawatan Menteri Besar dan Exco dikalangan kroni masing-masing bukan perlantekkan dibuat keatas kumpulan A dan keroninya kerana mereka tidak layak yang layak menjawatnya adalah aku dan kumpulan aku. Perebutan mereka adalah kerana memperaga untuk menguasai jawatan, untuk apa? Maka kecam mengecam, tuduh dan menuduh berterusan dengan memperkemaskan panyokong masing-masing hinggakan menjadi perbalahan yang besar. Perbalahan dan tindakkan yang memboleh menghancurkan kerajaan negeri yang sama-sama mereka mengangotai parti UM No, tetapi tindak tanduk mereka seperti musoh Isreal yang dihadapi.

Melalui jawatan yang di cengkam dan digenggam itulah untuk mereka rakus menjadi lanun berterusan untuk membahagi-bahagikan peluang projek dan pembangunan yang diakhirnya mengandungi dana untuk menjana pembangunan tersebut menjadi rebutan mereka. Rebutan-rebutan tersebut bukanlah bertujuan untuk membela rakyat yang mereka pimpin. Semua rakyat dan proses pilihanraya dengan memenangkan mereka untuk menjadi dan menjawat ADUN/APM dengan memegang jawatan MB dan Exco, PM, TPM, Menteri dan Timbalan Menteri, disudut pandangan matahati nurani rakyat, jawatan-jawatan tersebut adalah lesen dan teket mereka untuk menjana, mengaut, menglungguk mal, untuk diri dan kroni serta kaum keluarga secara rasuah. Itu adalah pandangan dan pendapat umum yang wajib disangkal oleh UM No lanie.

Sebab itulah samada terima atau menolaknya, negeri-negeri tertentu terpaksa dipimpin oleh Pimpinan Kanan UM No kerana mereka juga adalah Menteri Kanan Kabinet yang dibawah mereka banyak dana peruntukkan. Dengan peruntukkan itulah sebahagianya dapatlah diagehkan kepada sebahagian kroni kepemimpinan di negeri-negeri mereka menjadi Pengerusi Perhubungan disamping hakikatnya untuk tersu mendapat sokongan memperkukuhkan lagi kedudukkan mereka dalam parti. Oleh Presiden sendiri, Timbalan Presiden dan 3 Naib Presiden.

Lihatlah bagaiman licit dan belutnya YAB PM DS Najib Tun Razak dan YB DR Ahamd Zahid Hamidi, yang telah menjadi kepala dan timpalan kepala lanun merampaskuasa dan menubuhkan kerahaan haram dii Perak Darul Redzuan. Dengan rakyat tidak restu dan menolak total mereka berdua (PM n AZH), mereka berdua cuba menyuci tangan dan melepas tnagan dan melari dari 1,000 tanggungjawab, seolah-olah apayang dialami dalam negeri Perak tidak kena mengena dengan mereka berdua sebagai penyebab. Membawa kepada mereka mengheret Paduka Sulran Perak bersekonkol dengan mereka pemimpin UM No khasnya Najib dan Zahid. Diatas sebab itulah, mereka berua umpama belut licin dan liat seperti lintah, membiarkan mamak tongkang mamak pedukang Pangkor, terkial-kial menyelesaikan sendiri jamban terbang tahi yang merek lakukan untuk rakyat Perak.

Ya! Mereka berdua PM DS Najib dan DS AZH Menteri Pertahan wajib meneruskan kerja haram dan kerja cemar mereka memegang Ketua dan Timbalan Ketua Badan Perhubungan UM No Perak. Wahai rakyat Perak sekelian, wahai ahli-ahli UM No negeri Perak sekelian, tengokanlah, saksikanlah bagaimana Presiden UM No kamu, bagaimana Naib Presiden UM No kamu anak Perak Bagan Datuk, melarikan diri dan tidak bertanggungjawab untuk memikul kawah tahi yang mereka lakukan untuk negeri Perak. Ya! Mereka melarikan diri dengan senang lenang dan mereka memileh negeri yang kucar kacir untuk dijernihkan tetapi ianya tidak dipalit keseluruhannya dengan najis di jamban terbang.


Branding dan Dinding.


Saya akan sentuh bagaimana parah dan musnahnya UM No dibeberapa negeri yang terpaksa mengimpot ketua mereka dari luar. Kenapakah ini boleh terjadi dan berlaku? Dalam tindakkan UM No menjenamakan semula UM No bibebrapa negeri maka sahlah sebagaimana kenyataan awal dalam nukilan ini yang UM No sedang menghadapi mengurus UM No negeri-negeri samalah kaedah dalam menguatkan pasukan bola sepak sebagaimana saya hujahkan diawal tadi.

Melalui pengurus, pemain impot dapat pastikah pasukan yang lemah tersebut mampu bangun dan mencipta kejayaan dan kegemilangan? UM No negeri-negeri yang mendapat pengurus/ketua baru dan di impot itu mampukah ianya menjai solid? Melalui ketua impot itu akan berjayakah mereka mengemudi UM No negeri-negeri tersebut? Sebagai contoh, sedangkan anak jati Pulau Pinang juga AP Kepala Batas hatta lebeh besar dari itu jawapan cepu mas itu Perdana Menteri yang memegang Ketua Perhubungan UM No Pulau Pinang iaitu ketika itu YAB DS Abdullah Ahmad Badawi, UM No tewas dan runtuh kerajaan BN/Gerakan di Pulau Pinang inikan pula cicka mengkarong mengambil alih menjadi Ketua Perhubungan UM No Pulau Pinang iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan: Datuk Zainal Abidin Othman.

Persoalannya lebeh mampu dan lebeh berupayakah serta lebeh umphkah disudut mendapat sokongan serta kepercayaan keatas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dapat diterima oleh ahli-ahli UM No Pulau Pinang dan rakyat Pulau Pinang. Adakah kelebehan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatasi diri dan batang tuboh Tun DS Abdullah Ahmad Badawi selama memimpin dan menerajui UM No Pulau Pinang. Disinilah kekurangan dan aibnya UM No disudut memileh dan mengentengahkan pemimpin. Sedangkan timbalan yang dilantek iaitu Datuk Zainal Abidin Othman yang telah ditolak dalam PRU12 yang lepas. Perlantekkan Datuk Zainal ini menambahkan jurang perpecahan dan tegangnya dengan pemimpin kanan UM No yang maseh berada dalam DUN Pulau Pinang diabaikan dalam haraki kepimpinan UM No Pulau Pinang.

Dalam telahan dan kaca mata UM No selama-lamanya, bahawa pemimpin mereka hendaklah berkuasa diperengkat pusat dan dengan kuasa ditangan diharapakan dana digenggam dapatlah dicambahkan kepada pemimpin-pemimpin UM No Bahagian dan Cawangan-cawangan untuk mendapat sokongan dan mengembalikan sokongan rakyat dan pengundi kepada UM No. Tanpa duit, tanpa projek, tanpa pangkat jawatan dilantek, maka sudah pasti ketaatan tidak berlaku. Sebab itulah sebagaimana orang ramai berkata termasuklah dikalangan ahli UM No dengan jawatan kanan dalam kabinet sebagai Menteri Pertahanan yang mempunyai nilai dana projek di udara, daratan, lautan dan dalam bumi, maka barulah mereka boleh memimpin, diterima memimpin dikalangan UM No yang dahagakan dana dari perjuangan hakiki sebagaimana di awal-awal perjuangan UMNO dahulu.
Disiapkan oleh: Ibn Abdullah Awab
Ahad: 1 Jamadil awal 1430 / 26 April 2009 - Jam 5.32 ptg