UKURLAH CINCIN DI JARI - JANGAN UKUR DI PINGGANG.
Lihat Perhati Dengan Matahati ; Keleh Tengok Dengan Matalendir.
Kalaulah tidak kerana ruang yang dibuka luas oleh Pengarang Kedahlanie, sehubungan dan berkaitan berharap menerima respon dari sidang bloger untuk turut memberi pendapat dalam membicarakan subjek APA PENDAPAT ANDA SELAMA 13 BLN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH KEDAH..??? Sesudah berusia 13 bulan jangka hayat pentadbiran NEGERI KEDAH disini kami pihak KedahLanie ingin membuka satu Ruangan Pendapat untuk semua warga Kedahlanie untuk memberikan PENDAPAT, LUAHAN PERASAAN, PANDANGAN serta apa yang berkaitan sewaktu dengannya berkaitan KERAJAAN NEGERI KEDAH sekarang ini.
Parti Islam Semalaysia PAS sedang melalui tugas besar, cabaran serta penghayatan dalam merealisasikan muktamarnya di perengkat Kawasan-kawasan seluruh negara. Muktamar yang dihadapi sekarang berdepan dengan satu tugas penting, telus, iklas jujur yang wajib dijauhkan dari sebarang tegahan dan larangan Allah dan Rasul. Dalam menghalal cara dalam apa bentuk dan kaedah untuk memutuskan pemimpin yang akan mengemudi bahtera PAS. Pemimpin yang akan membawa PAS bergandingan dalam memberi saham besar disudut memimpin dan kepimpinan dalam negara kita, yang mencabar. Apalagi PAS akan menghadapi PRU13 dalam jangka kurang dari tiga tahun dari sekarang.
PAS akan mengadakan pemilihan yang mana Muktamar Agong yang Ke-55 akan diadakan pada awal bulan Jun 2009 ini. Bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam. Mesyuarat Agong di peringkat kawasan-kawasan dan tiga sayap utama - Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama sedang berjalan dan akan berakhir bulan Mei 2009 depan, Inshaallah. Dalam semasa kita bermuktamar di perengkat kawasan, maupun di Muktamar Agung nanti. Saya yang jahil tukil ini memesan kepada diri saya khususnya berpesan kepada sidang perwakilan amatilah pesanan Allah dan pesanan Rasul seperti dibawah. Semuga yang menang tidak naik junjung, yang kalah tidak di pijak. Kalah atau menang, pendukong PAS semua, kita adalah kawan bukan lawan. Mudahan-mudahan difahami.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 3:
Maksudnya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu.”
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ahzab ayat 21:
Maksudnya: “Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.”
Dari Imam Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
Mafhumnya: “Daku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (al-Qur‘an) dan sunnah Rasul-Nya”.
Barang pasti taste saya mati dan hampir-hampir pupus di sudut hajat untuk memberi komen, pandangan hatta teguran. Kenapa? Saya mengelak dari menimbulkan keresahan serta tuding menuding dan melenting sampai terpelanting atau terguling dikalangan yang bernama pemimpin parti dan pemimpin Kerajaan PR di Kedah khususnya.
Kepandaian serta bijaksana dan bijaksini dalam mendapatkan alasan jawapan berbentuk penafian, serta menghala kelemahan diri sendiri di sasar aleh sasaran terhadap orang lain. Sama seperti ketulan getah skrap yang akan melantun atau umpama mengusik harimau mas mengawasi mengepong mangsanya. Bukan kerana takut tetapi kerana kita melukut, sampah dan terompah, pandangan kita adalah menyampah mungkin menyusah mereka tidak menjana faedah.
Sebab itulah mungkin mencecah 100 tajuk atau lebeh perbicaraan blog saya, semuanya semata-mata berkisar berpusing dengan tajuk luaran sebagai pertahanan pencerobohan, defending kepada kerajaan PR dan pemimpinya khususnya di Kedah, Perak dan Pulau Pinang walau pun ianya tidak dipinta oleh penguasa Kerajaan PR untuk negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor termasuklah abang tua abang sulong di Kelantan Darul Naim.
Saya selesa berperanan sebegitu. Sejak dulu sampai menjangkau umur 60 tahun, saya saksi dan saya tengok aksi-aksi Adun-adun yang menganggotai Kerajaan PR khususnya datangnya dari PAS bersekali dengan sebilangan Ahli Parlimen nya. Suka atau duka melihat lakunan dan pengisian mereka bergelar dan berkuasa, berlari dan berligar putar memperakui peredaran masa dan suasana. Walau apa-apa pun saya tampil memberanikan diri, untuk memperkatakan sesuatu mengikut apa yang telah disaksikan selama tempoh yang tuan kehendaki PR memerentah Kedah dan dinegeri-negeri yang lain.
Janganlah menjadi seperti saya; sekiranya calun-calun PAS tewas diperengkat DUN maupun calun Parlimen saya akan menangis dengan sesungguhnya. Calun-calun PAS menang di DUN dan Parlimen sayalah jua menangis lebih dari semasa tangisan kekalahan, mengapa? Apakah tangisan di kedua-dua suasana berbeda itu berbentuk tangisan yang sama?

Sebelum saya kesasaran, baik saya nukilkan satu peristiwa yang tegoran saya adalah. Sebaik PAS menubuhkan kerajaan Kelantan pada tahun 1990. Saya imbau serta paparkan peristewa yang sentiasa saya mengingati. Sebaik selepas solat Jumaat di Masjid Kampong Baru, Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur (diari 1990 entah dimana, maaf tak dapat catatkan tarikh sebenar) saya bersama Almarhom Pak Su Hussein (Hussein Yaacob – Ibn Muslim/berasal Kuala Krai Kelantan) bersama dengan saudara Yusoff Jalil, bercakap dan bincang beberapa topik panas semasa ketika itu. Sahabatku anggota baru Exco KNK, smart dengan suit bush jaket, sedangkan bush jaket maseh dikepit ditangannya sebaik selesai solat sunat dan doa, ia datang ketempat kami berbual. Aku lantas bangun mencium tangannya dan berpelukan serta memperkenalkan ini Ibn Muslim dan ini Yusof Jalil, yang menulis dalam Harakah tu? Ya! Ustaz.
Ustaz bersalaman bersahaja sahaja dihujung jari kepangkuan ayahndaku Pak Su Hussin dan Saudara Yusoff dihadapanku, sedangkan dengan aku ustaz berpelukan erat rapat, sebaik itu Ustaz mula bicaranya. “Minta maaf Sheikh, ana tak ada masa lorat sangat ni, ana nak kena gi ada mustahak di Istana Kelantan lepas tu nak gi Rumah Kelantan”. Serta menghulurkan RM50 untuk kami makan tengah hari. Duit, Istana, Rumah Kelantan dan kalut tidak ada masa, telah memberanikan saya bersuara memajukan persoalan. Ustaz! “Ana tak minta sedekah dengan Ustaz, ana amat sedeh dan terasa hati dengan Ustaz. Kerana dengan ana Ustaz berpelukan erat, dengan Pak Su dan Yusoff Ustaz sekadar bersalam hujung jari saja. Buatpa Ustaz beza-bezakan merai kami. Ustaz!! Saing ana tu kapir ka, munafiq ka atau najis sebab tu Ustaz tak pelok?
“Ustaz ana pun tak paksa Ustaz jumpa kami, kalau ustaz dah tau tak dak masa, sebab la ni dah jadi tok wakil dan Ecxo pula, tak jadi tegahan ana, Ustaz boleh gi, tu dreber sedang tunggu tu”. Sebaik saya lepaskan percakapan tersebut, Ustaz Exco tersebut serba salah dan turut duduk hampir sejam berbual bersama kami. Pak Su Hussein berbicara bahasa Arab dengan Ustaz. Bagus standradnya pertuturan bahasa Arab dituturkan Pak Su itu.

Hinggakan Ustaz Exco bertanya dimana anta belajar di Mekah? Tidak ana di Universiti Gunung Semanggol murid tua kepada Almarhom Ustaz Abu Bakar Al Baqir. Ustaz Exco terpegun bagasa Arab Pak Su. Sampaikan yang tidak ada masa dan kalut tadi telah berlalu hampir sejam berbual.
Akhirnya saya membuka ruang dan langkah untuk Ustaz Exco berundur diri, dan menyuruh Ustaz teruskan tujuannya. “Maafkan ana ustaz pergilah ke istana, nanti tergendala program diatur. Ana tidak berniat marah dan malukan ustaz”.

“Tidak Sheikh! Anta benar, anta benar, maafkan ana Sheikh. Asalnya RM50 dah jadi RM100 ni anta gi makea dan buat bekwah”. Sebelum beliau melangkah, Ustaz Exco memperkenalkan aku pula mengikut persepsinya kepada dua teman ku. Aku bangga pengiktirafan Ustaz padaku disampaikan spontan kepada Ibn Muslim dan Saudara Yusoff Jalil. Sebelum Ustaz beredar, aku memeluk Ustaz Exco seperti biasa airmatanya bertenang dan aku lebeh dari itu. Ustaz Exco turut berpisah dengan memeluk erat kedua-dua sahabatku. Nyata Ibn Muslim mengalir air mata.
Sebagai mukadimmah saya sampaikan, bagaimana saorang wakil rakyat Adun merangkap Exco, ianya amat sebok sejak menjadi Adun dan menjawat Exco serta berkereta resmi Mercedes dan pemandu. Ustaz berdepan dengan saya tidak mengapa, tetapi bagaimana terkeluar di dada harakah Ustaz Exco sudah kalut dan tidak ada masa walau seminit untuk bercakap dengan kawannya yang menjadi gurka dan terompah untuk memenangkan beliau dalam PRU9. Mudahan-mudahan sejarah yang saya imbaukan ini, maka hendaknya tidak diulangi oleh Adun/Exco serta Ahli Parlimen PR khususnya dari PAS, pada bila-bila pun sekiranya menemui pengundi. Jangan sesekali hulurkan wang RM10, RM20 untuk menyelesaikan masalah.
Sesekali Adun/Exco termasuklah AP hatta Penguasa atasan parti, janganlah menyelesaikan masalah rakyat dengan cara hulurkan sedikit penawar yakni duit kepada Ketua-ketua Cawangan sahaja, maupun Ketua Kampong. Pemberian itu sekadar mereka sahaja yang memperolehi. Sedangkan rakyat jelata dan pengundi mata puteh. Pembangunan tidak berlaku. Cuma Ketua Cawangan atau Ketua Kampong tadi akan turun kebawah menghadapi orang bawahannya dengan rayuan sabar dan sebagainya.
Tidak ada tindakkan dan usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah rakyat. Di medan ini tidak wajar saya menyebut detail satu persatu apakah infra dan masalah rakyat kampong menunggu dan menanti. Kerana wakil mereka sebok tak dapat menerangkan bagaimana tindakkan akan dilakukan, bila penyelesainya? Jabatan mana bertanggungjawab dan peruntukkannya? Siapakah yang akan menguruskan sampai berakhir masalah rakyat dapat diatasi. Semuanya tidak dibawa perbincangan secara khusus.
Ketua Cawangan dan Ketua Kampong tadi menyengkoi bila Tok Wakil menemuinya. Bertemu untuk apa? Rakyat maukan penyelesaian dalam menangani kesusahan penderitaan mereka dalam kemudahan infrastruktur asas. Bukan cara lama yang usang dan basi, Tok Wakil/Exco maupun AP hulurkan sekeping dua Agong, sebagai jawapan penyiapan projek-projek infra yang kritikal diperlukan rakyat melalui air lior KC/KK yang menerima habuan dari Tok Wakilnya.

Kepada semua wakil rakyat Adun/Exco dan AP PR khususnya dari PAS. Ingatkanlah sehari masanya 24 jam, 7 hari seminggu dan 4 minggu sebulan. 52 minggu atau 12 bulan setahun bersamaan 3,560 hari. Setahun jumlah jamnya adalah 85,440 jam. Saya mengetengahkan soalan kepada YB semua, berapa jamkah sebenarnya 13 bulan yang lalu YB-YB menemui rakyat dan pengundi? Jawab-jawab dan pandai-pandailah hitongkannya.
Apakah semua gerakkerja menemui rakyat-pengundi dibuat catat pertemuan dan lawatan? Bila lawatan susulan? Pemantaunya adakah dilakukan sendiri oleh YB-YB? Atau sekadar diserahkan pula kepada wakil pribadi? Justeru YB-YB reviewlah, buatlah kajian dan buatlah rumusan tentang perkhidmatan yang YB sempurnakan itu telah memenuhi piwaian dan qualiti standrat Wakil Rakyat mengikut kehendak ajaran Agama dan sejagat.
Sebagai pembuka menambut seruan Pengarang Kedahlanie, saya tunaiakn persoalan asas yang berligar dikalangan Tok Wakil, mudah-mudahan bukan kita mencari kesalahan sesiapa. Tetapi semuanya adalah untuk keselamatan dan terjaming PR khususnya PAS agar tidak di tolak oleh rakyat dan pengundi bukan disebabkan cacat cela parti PAS. Tetapi ianya dikhianati oleh Tok Wakil yang tidak berperanan dan tidak menjalankan tugas berkualiti keatas pengundinya. Mangsanya adalah kerajaan PR dan parti yang mendukonginya iaitu PAS, PKR dan DAP. Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Inshaallah akan saya sambongkan dengan tajuk KEKUATAN PARTI DAN KEKUATAN KERAJAAN – SIAPA BERPAUT DENGAN SIAPA dalam masa terdekat.
Sekian, ampun maaf, wasallam.
Salam hurmat saya : IBN ABDULLAH AL AWAB