PENGUNDI PRK: P 59 BUKIT GANTANG, N 25 BUKIT SELAMBAU & N 29 BATANG AI
PESANAN UNTUK PENGUNDI; PESANAN UNTUK PETUGAS PRK 7 APRIL 2009 SELASA.
Saat saya melayar blok ini tepat jam 1.15 pagi bermakna sudah 1jam 15 minit berakhirnya siri kempen, menampal poster, bena, siapkan barong dan sebagainya. Tamatlah sudah penat lelah pimpinan berceramah mendampingi dan sampai kesetiap pengundi yang berjumlah 55,625 atau 80% perayu undi dapat menekati dan berdepan mata.
Semua petugas-petugas tidak kira apa jenis yang diamanah dan telah ditunaikan, baik dari pimpinan bertaraf Tok Guru, AP, ADUN, pimpnan utama parti dikalangan PR samada datangnya dari DAP, PAS dan PKR semuanya dalam penilaian Allah. Sekalipun kita dikalangan jahil tukil tetapi semua kerja disajikan engan tulus dan kudus diiktiraf oleh hati kecil nurani kita yang kerja kita adalah mencari keredaan Allah ianya lebeh berharga diakhirat kelak sebagai bekalan kita. Sekalipun kita pemuda yang mampu cuma memacak bendera PAS bersekali dengan bendera PKR dan DAP dipucuk pohon rambutan, nyior, kekabu dan sebagainya. Itu lebih baik dari jenis pemimpin tukang sibok di hadapan Tok Guru, MP dan Adun.
Untuk anak-anak muda perisai PR, membantu dengan melayari blog, ianya bercucuran airmata. Saya telah menjana dan wakafkan diri ini membantu PAS sejak 1974, 1978, 1982, 1986, 1990 . Menghadapi PRU 1982 ketika itu sayalah bersama beberapa teman dipinta oleh Almarhom Cikgu Ahmad Fakaruddin dan Almarhom Cek Hassan Ishak (peguam) pinta saya temankan untuk khusus membantu calun PAS yang bertanding di P. 27 Ulu Kelantan (sekarang Gua Musang) yang sememangnya kerana saya bersahabat erat dengan calun yang di pilih oleh Dato’ Asri ketika itu. Kami ke Gua Musang dengan kereta api.
Sahabat karib saya yang menjadi calun di Ulu Kelantan ialah Tuan Haji Hassan Bin Mat Saman atau dikenali dengan Pak Cu Hassan atau Tok Wali Hassan (banyak kenangan manis saya bersama Pak Cu) selama hampir sebulan kami di Gua Musang. Lawan Tok Wali Hassan adalah Tengku Razaleigh Tengku Hamzah UBN. Pak Cu Hassan mendapat 9,810 undi tewas kepada Ku Li mendapat 15,573 dengan majoriti 5,763 undi. Fakta ini sekalipun kesihatan uzur minda berfungsi mengingatkannya. Ketika itu saya dan Tok Wali Hassan bermalam di surau (namanya saya tidak mengingatinya) tetapi guru dan imamnya adalah sepupu kepada YAB TG MB Kelantan sekarang.
Di Gua Musang inilah saya bersama Nor Jeli menjadi Wakil Calun dan saya Pengarah/Setiausaha kepada calun. Disinilah saya mengenali Almarhom Ismail Market, Mokhtar Paloh ramai saya lupa nama mereka tetapi wajah mereka masih saya mengenali. Selepas itu saya 3 kali ke GM dan khabarnya ramai dikalangan mereka dan meninggal dunia. Ramai orang dari Merapoh (Pahang) berkereta api malam datang mengambil air tawar dengan Pak Cu, balek pagi ke Merapoh berkerata api juga. Itulah kerja Pak Cu menemui pengundi dan bukan pengundi dengan air tawar. Sayalah menguruskan ceramah dan sebagainya termasuk dalam membentuk pasukan PACA.
Kebanyakan petugas PAS adalah dapat saya rumuskan disini, sekalipun ilmu agama mereka tidak hebat, tetapi mereka hebat dan perkasa mempertahankan parti mereka PAS. Mereka mengawasi poster yang dipasang di Stesyen K Api Gua Musang, bergilir untuk makan dan solat. Umno tak berani koyak sekalipun sekerat poster PAS maupun bendera. Hari penamaan calun adalah pada 7 April 1982 dan hari pembuangan undi adalah pada 22 April 1982.
Mereka tidak sekeping pun gambar calun Tok Wali Hassan dibiar jatuh gugur dari pelekat atau dilekatkan di tempat yang tidak menasabah. Mereka orang Gua Musang penyokong PAS ketika itu , amat jujur, amat iklas dan saya teruja diatas kebaikan dan keiklasan mereka mempertahankan PAS. Kita kalah ketika itu dengan orang asli yang namanya Bulat bin Bulat KP No: 0000000 itulah simpanan tetap yang Ku Li miliki sampai sekarang mencekam Gua Musang. Ketika itu satu-satunya jalan perhubungan adalah berkeretapi samada ke Kuala Krai atau ke Kuala Lipis.
Kebanyakan petugas PAS dalam semua tugasan termasuk pengundi di pendalaman dari Gua Musang telah berjalan keluar bermalam di Masjid Gua Musang untuk mengundi besok dan menjalankan tugas. Perayu undi muslimat bermalam dirumah sepupu YAB TG MB. Saya imbaukan disini dengan satu peristiwa, ambillah iktibar darinya wahai anak-anakku pemuda yang mendaulatkan PAS dan PR sekarang. Selepas seminggu mengerakkan perjalanan parti, semua petugas-petugas penting, perayu undi, petugas PACA. Malam umpama fiesta kerana berceramah pakai lampu gaslin pump. Disinilah saya amat kagum dengan ringan tangan, ringan kaki dan amat iklas Almarhom Ismail (Weil Market) menyiapkan makanan untk kami 10 orang.
Ketika itu di Gua Musang mesti dapatkan permid kebenaran untuk tinggal di Gua Musang dan mesti ke BP G Musang menemui OCS. Ketika dulu sepasang pengundi berumur 65 tahun berasal dari Wakaf Bharu meneroka dan tinggal di Sungai Terah, tetapi ianya mengundi di Sek Keb Gua Musang. Ia berjalan kaki bersama isterinya dari Sungai Terah, menyeberang anak sungai sekerat dada basah lencun (baju bekal pun basah lencun ketika menyeberang sungai). Seminggu dari itu dia dah keluar ke G Musang menunaikan solat Jumaat dan 5 hari kemudian datang kembali untuk mengundi.
Dalam keadaan basah lencun kedua-dua mereka sampai ke tempat ceramah di malam terakhir di hadapan Merkit lama Gua Musang, kira-kira 9 malam. Terus dengan kain air menitik dengan cakuih 6 biji durian dibelakang, menghampiri saya (saya pengerusi majlis juga berceramah) katanya, “Awea, ni deryea nea butea demo makea dengan Pak Cu Asea” Ketika itu saya tidak dapat menahan sebak dan saya memelok Pak Long tadi, mengenangkan jauhnya dia berjalan meranduk menyeberang sungai dengan beban cakueh durian, saya tidak mampu berkata apa-apa. Melihat terlalu kudus, terlalu iklas Pak Long keluar untuk pangkah undi Pas besok hatta bersedekah durian untuk kami. Tetapi yang amat memilu dan tersentuh hati nurani saya apabila ia membuka gulung kandek kainnya yang basah, dalam bungkus sapu tangan lusoh ada keping merah $30. “Awea, 10 rial ni aku sedekah dekat mu, 10 rial untuk PAS tinggal aku 10 rial”
Saya menolak sedekahnya $10 tersebut, saya tak sanggup ulangkan kata kudusnya kepada saya. Saya mengambil piteh tersebut dan saya memeluknya erat. Saya pinta Akhie Ismail Market bawa ke rumah sepupu TG MB ambil kain dan baju melayu saya bagi dekat dia terus. Ketika itulah minda saya ligat berputar mengenangkan betapa hebatnya walad kepada partinya. Selepas kemenangan Pas menawan Kelantan 1990 ketika itu saya teringat kepada manusia dan jiwa sperti tersebutlah menjadi diantara penyebab kemenangan PAS di Kelantan. Ketika berentap dengan PRU 1982lah sehari sebelum pengundian saya mendapat anak pertama lahir di GH Kota Bharu, wang suci $10 untuk anak sulongku.
Saya bukakan imbauan kesah tersebut, agar anak-anak dan adik-adik jiwa perkasa pastikan 7 April 2009 Bukit Gantang dan Bukit Selambau kita mencapai kemenangan dengan majoriti sebagaimana yang saya jangkakan dalan blog terawal, Inshaallah. Jejaklah bekerja dengan waja sepertimana wira Gua Musang tersebut, Inshaallah.
Selamat bertugas dan selamat mengundi.