Sunday, April 5, 2009

PR- PAS & PKR BERHADAPAN IMMUNITI UMNO/BN STOK PELINDUNG BERTONGKAT

PRK: P 59 BG, N 25 BS & N 29 BA
PR – PAS & PKR BERHADAPAN IMMUNITI UMNO/BN STOK PELINDUNG BERTONGKAT


Sejak pernyataan dikeluarkan oleh Pengerusi SPR, sehubungan dengan penetapan hari penamaan calun dan hari penguandian di Kapar dan Kadun diata, sekiranya terdapat pertandingan, sejak itulah hakikat sebenarnya, ianya adalah satu diantara komponan tidak resmi (nampak macam resmi) kepada Umno/BN berperanan dalam melegor atau menganugerahkan peluang dan keterpilihan masa dan waktu biasnya SPR kepada parti-parti lawan BN khususnya Umno yang amat takut dan mengeruni PKR dan PAS untuk bertembung dan bersua didalam PRK setelah menempah malang berulang terlentang lintang pukang di Permatang Pauh dan di Kuala Terengganu, dikedua kawasan parlimen.

Sekarang di dua KADUN dan satu KAPAR. Barang yang dipinta jauh dan dipinta sekali-kali jangan terjadi di negeri Perak Darul Redzuan oleh Umno/BN iaitu PRK, tetapi itulah yang Allah hadapkan kedepan UMNO Perak untuk referendum rakyat. Sebaik-baik mereka menjadi lanun merampaskuasa kerajaan negeri Perak yang sah dari Kerajaan Pakatan Rakyat dengan menubuh kerajaan haram dari tindakkan hasil merampaskuasa diketuai dan dikepalakan oleh YAB DS Najib Ataspaya yang akan menjawat PM pada pagi Jumaat 3 April 2009.

Dalam proses melanun merampaskuasa, serta proses menubuhkan kerajaan haram Perak Darul Redzuan pelakun undangannya adalah mamak pedukang Pulau Pangkor. Umno/BN berjaya menubuhkan kerajaan haram rampasan kuasa, walaupun terpaksa, menafi dan pungkorkan undang-undang dan perlembagaan negeri Perak dengan hamparan carpet kuning. Kejayaan haram Umno/BN menubuh Kerajaan Haram Perak seiringnya melantek MB Haram dan 6 Exco Haram kerajaan Umno/BN di negeri Perak Darul Redzuan. Kejayaan UMNO/BN menubuh kerajaan haram tersebut bukan diatas kekuatan hakiki yang disokong dan didukongi oleh sokongan keramat dari rakyat. Tetapi kejayaan Umno/BN kerana memiliki pelindung dan pendinding iaitu IMMUNITI.

IMMUNITI yang direntap ditarek disenyoh oleh UMNO dikepalai oleh Mahathir Kutty PM mantan dulu yang round Malaya menderhaka kepada SPBYSA dan semua Raja-raja Melayu diawal tahu 1980han dulu. Semua watak utama penderhaka-penderhaka tersebut maseh ramai kerana umur mereka dipanjangkan Allah. Dan mereka lah pula seperti bomereng menghalakan tuduhan fitnah dan membelakang, buang fakta arkib sejarah tawarikh negara dengan menuduh PR iaitu PAS, PKR dan DAP sebagai pendurhaka kepada Sultan, Agong dan Raja. Saya tak mau bincang panjang fasal ini. Saya tumpukan apa yang saya nak hujah dan ketengahkan pendapat saya.

IMMUNITI yang sudah ditanggalkan dari batang tubuh Tuanku-Tuanku Sultan dan Raja khasnya DYMM SPBYSA tidak terlepas Paduka Sri Sultan Perak yang juga immuniti Baginda tinggal gusi. Immuniti itu kita berpindah milik dan hak kepada UMNO/BN dengan bentuk immuniti baru yang berangkai, bersepadu berperanan menghadapi lawan UMNO/BN khususnya. Immuniti ini sedang berperanan dan terus aktif beroperasi dalam menghadapi mengekang rentetan perjalanan PRK-PRK bagi pehak UMNO/BN. Sementelahlah apalagi kepala lanunnya kini menjawat jawatan PM. Apakah bentuk IMMUNITI tersebut? Immuniti-immuniti yang sedang, akan dan terus untuk menyelamatkan UMNO/BN, ianya berangkai, bersepadu beroperasi;-

(1) SPR
(2) SPRM
(3) KHN dan Mahkamah
(4) KPN dan PRM
(5) PN dan Jabatan Peguam Negara
(6) Rasuah Projek Instant Mee
(7) Rasuah tadu koro Perkhidmatan Awam

Tujuh jenis IMMUNITI yang sentisa disisi dalam mendampingi UMNO/BN guna perdayakan immuniti untuk untuk melanun merampaskuasa dan menubuhkan kerajaan haram di Perak Darul Redzuan. Ya!!!!!!! 7 immuniti yang wajar di disebut setiap ceramah kita PR dalam PRK khusus dan khasnya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Diatas pertolongan dan bantuan immunii inilah hidupnya UMNO/BN.

Apabila YAB DS Najib TUN Razak Ataspaya takut bersua muka ke Perak, mewakili diri PM baru untuk bersua muka di Perak adalah mantan PM ungka purba dan Mr Blackclean. Untuk sebagai boneka dan badut mewalikan Najib di Perak untuk memberi sokongan kepada calun UMNO/BN di PRK P 59 Bukit Gantang Encik Ismail Safian yang baru-baru ini kalah dalam pertanding KUB Bukit Gantang, sebaik keluar dari dewan lepaskan panas baran dan geram diatas kejayaan kalahnya menjawat Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, beliau tendang terajang gerek, basikal terbalik. Pengundi BG dan penguni BS, jangan mudah lupa.

Baru sangat menggu lepas ahli-ahli Umno maki hamun terajang baru minggu lepas mereka malu dan penghinakan Pak Lah dan menantu perasuahnya. Depa-depa nilah macam mana nak mai kelentong di Bukit Gantang. Memperakui rasuah dan perasuah serta merasuah.

Hari-hari mengundi hampir tiba, Mamak pedukang Pangkor dan mantan Menteri Kesihatan tungkat Ali memperakui amat sukar UMNO/BN menghadapi Nizar, sekali pun immuniti dari MDN/KDN telah menarek sementara kebenaran keluar cetak akhbar HARAKAH dan KEADILAN. Perjuangan diteruskan dengan ganti akhbar menjadi HUJJAH dan KEAMANAN, semua itu tidak mampu menghalang meningkatkan sokongan dan dukongan rakyat dan pengundi di Bukit Gantang dan Buk Salambau kepada PR samada PAS maupun PKR.

Nampaknya DOGMA perkauman telah dapat diatasi oleh PR. Maka UMNO/BN beranggapan tanpa dogma perkauman yang menjadi sarat ramuan UMNO/BN yang maintain untuk mendapat sokongan dalam setiap kali PRU dan PRK. Diatas kerungsingan menghadapi kejayaan PR PAS, PKR dan DAP hampir membasmi dogma perkauman dengan selogan baru “Ketuanan Rakyat”. UMNO/BNmenjadi cemburu runsing dan pusing risau sebagai jelmaan jembalang Ataspaya menghantui dikalangan UMNO/BN. Maka kitab usang perkauman UMNO/BN di buka kembali dengan harapan rakyat dan pengundi kembali kepangkuan BN dengan menyokong UMNO dikalangan Melayu, pangkuan MIC kaum India dan Cina kepangkuan MCA.

Maka bertiuplah isu penderhakaan kepada Raja Melayu, durhaka kepada Sultan, terhakisnya hak istimewa orang-orang Melayu dan macam-macam lagi. Siapakah yang menderhaja yang menjuari dan menjadi ketului sejak sebelum pasca Merdeka sampai la. Kita buku kitab tawarikh? Semuanya adalah dilagang dan ditinas oleh UMNO. Apabila diatas sikap rasuah, sikap kroni, membuka gudang perut Menteri, PM, TPM dan semua, sampai rakyat mampu melihatnya sekali pun dikalangan rakyat OKU yang buta akan durjana rasuah, durjana penguasaan dan durjana menggunakan IMMUNITI dalam melindungi kerja-kerja penjarah mereka.

Pemimpin UMNO/BN di 5 negeri yang di perentah oleh kerajaan Pakatan Rakyat, telah menyedari bahawa sejak 8 Mac 2008 dulu, pemimpin UMNO/BN yang tewas merasai mereka telah ketinggalan dan hampir dilupakan oleh rakyat kepada mereka dan parti mereka. Hatta mereka menyedari untuk ganda dan tingkatkan kekayaan rakus terhalang dan mungkin berkubur. Pemimpin baru UMNO menyedari mereka perlu 3 bini, 3 bunglow 3 Mercedes, dan macam-macam lagi tidak akan tercapai sekiranya tidak memerentah kembali negeri. Siasatan inilah yang menakutkan UMNO/BN, maka demi untuk menyelamatkan diri mereka, maka mereka menggunakan sentemen rakyat dan menipu rakyat tentang disebutkan diatas. Rakyat sudah cerdik.

Berperanan sungguh komponan IMMUNITI UMNO/Bn ini dalam PRK di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Immuniti PRM digunakan dengan menciptakan pelbagai halangan untuk PR. Mereka (UMNO/BN) gentar melihat rakyat dan pengundi sentiasa berkembang mekar memberi sokongan kepada PAS-PR/PKR-PR. UMNO boleh gila babi memikirkan hal ini. UMNO hidangkan makanan/Minuman-hiburan tetapi majlis ceramah mereka kosong yang bersama mereka adalah jong-jong tanu bersama penceramah dan sorang dua penganjur. Jadi immuniti Polis digunakan untuk PR agar susah sengsarakan rakyat mendapa info-masej semasa dari pimpinan PR untuk berceramah.

Semua immuniti ini akan berfungsi sepenuhnya sehingga selepas membilang undi pada awal malam atau pertengah malam menjangkau menjadi 8 April 2009 untuk menghadapi mengisi perjalanan UMNO/BN. Tenaga insan sudah tidak ada dengan UMNO/BN sekarangn. Masa dan musim semua kata-kata dan hujjah yang terpancar keluar dari mulut dan lidah berlapis bercabang dan telinga tuli pimpinan UMNO/BN di tolak. Sudah tidak mendapat layanan dan dihargai oleh rakyat dan pengundi. Dengar telinga kiri jerlus telinga kanan. Maka untuk kembalikan kepercaya maka UMNO/BN akan menggunakan IMMUNITI mereka ini yang rakyat serta negara membayar upah perkhidmatannya, jesteru haramlah UMNO itu diatas tindak, perbuatan dan undi haram yang mereka mahu.

Justeru, benarlah UMNO dan pemimpin mereka sudah kering minda dan fakta untuk berhujjah menghadapi mendepani pengundi dan rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Mereka turun untuk melondeh diantara yang menang dengan yang kalah keputusan di PWTC minggu lepas untuk serlahkan panau, kurap songkla, untut dan puru kepengetahuan pengundi kenapa depa menang; pasai apa aku kalah? Depa kering minda, tetapi mereka basah lencun dan bertaraf hafiz dan hafizah dengan amalan rasuah, semua jenis rasuah ada yang halal, ada yang haram mengikut mazhab Islam Hahdari berimankan Imam Hadhari. Lancar dengan rasuah projek mee segera, rasuah menggunakan perkhidmatan awam dan peralatan awam kering akhlak. Dalam suasan inilah mereka turun menghadapi rakyat.

Tidak cukup dengan immuniti tersebut mereka dilindungi propoganda berita dan minda palsu dari akhbar perdana dan RTM serta TV3&Co/Media Prima itu wajah mutakhir UMNO/BN menghadapi PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Semua pengundi semuga membuat perbandingan dan tolaklah PARTI RASUAH dikalangan lanun dan malaun yang merampaskuasa haram dan menubuh kerajaan haram di Perak, hata mamak pedukang Pangkor membohongi Nizar rampas mikrofon di Masjid Simpang lanun. Renung-renung dan fikir-fikirkanlah.