Tuesday, April 28, 2009

PRK N.12 PENANTI - JAWAB UM No JAWAB

PRK N.12 PENANTI – JAWAB UM No JAWAB, JANGAN TAK JAWAB.


Kelapa parut di timbang kati
Bermacam dibeli borong sakan
Sekali pun takut separoh mati
PRK Penanti SPR dah sahkan.

Mee abu di Pekan Changlun
Di gemari makan muda dan mudi
23 Mei Sabtu penamaan calun
31 hb Mei Ahad hari mengundi.

Selangkah kedepan memanjat sawa
Dakapan terkukur berkuku punai
Benarkah Najib manusia berwibawa
Percakapan di tutur mampu di tunai?

Suspek penjenayah wajib didakwa
Mengelak dari berlarutan ejekkan
Najib Perdana Menteri di luar wibawa
Keputusan kerjanya Tun Det putuskan?

Keladi zabit papaya di pencil
Rebah ditendang denda di palu
Bahadi Najib pilihanraya kecil
Tambah malang gandakan malu.

Kain carek menjadi perca
Di usung lalu kedalam perahu
Menderita di hati sulit di baca
Menanggung malu siapa tahu?

Raden Karno memecut lalu
Pengsan selop bila menyerang
Presiden UM No pengecut melulu
Keputusan tangan di tentu orang?

Dari Permatang kita ke Kuala
Bukit Selambau Ke Bukit Gantang
Lima PRK UM No Najib di timpa bala
PRK DUN Penanti, kan turut telentang


Di rempoh posmen jatuh kekiri
Jatuh sembam kepala terbenam
Tempoh berkempen tujuh hari.
Menghadapi PRK 08-09 kali keenam.

Dari Kota Muda ke Kuala Balah
Kuang berkubang Permatang Tahir
KJ Ketua Pemuda menantu Tun Lah
Di buang tendang arahan Mahathir?

Panglima Batam berilmu sakti
Mati di nibong semasa berdiri
Bayangan kekalahan UM No menanti
Penandaras tunjuk pada Pedana Menteri.

Menikah mula cerai berpisah
Kerana tertarek bini kawan
Perletakkan Fairus Najib gelisah
Dah pupus shahawat nafsu berlawan

Menumbuk padi dalam lesong
Cara lama di buang terpencil
UBN berusaha Penanti tak jadi kosong
Mengelak bertempor di pilihanraya kecil.

Menanam tebu bersama limau
Terkena bena batu payak dipuleh
Najib tak mau, Tun Det kata mau
Jalan mana satu UM No nak pileh?

Mengangkat bakul menbantu kawan
Bakul diisi ketupat dan balang
Hakikat sengoti bacul Najib berlawan
Mendengar Altantuya C4 kan sebut berulang.

Sampah sarap telah di punggah
Sebaik di komplin ke Bandaraya
UM No Permatang Pauh bantah sanggah
Jangan pengecut hadapi pilihanraya.

Balairaya seranti bangunan lama
Seluang sepat di ancam bahana
Pilihanraya Penanti penting utama
Peluang sebat rembat segala dana.
Kelip kelip cahaya samar lampu pelita
Diletak menyala dihulu tepi jendela
Najib dan Tun Det bebunga sengketa
Cadangkan PM bersih diri dahulu dari cela

Bangau terbang hinggap di galah
Tegang galah melentor tulah mematah
Ingau Najib kalahkan ayah, Tun Det Tun Lah
Satu Malaysia, UM No sanggah membantah.

Sedap dan enak masakkan Hailam
Pengunjung di hibur paluan rebana
Demi survival politik PM Najib abaikan Islam
Gadaikan agama, nak sokongan India Cina.

Padi sekoyan, ladang ternak biri-biri
Perusahaan baru minat Tun Jean Tun Lah
Apa nak jadi, semboyan Najib makan diri
Penanti bertarong kalah, pulau bermasalah.

Naga lagenda purba di Tasek Chini
Sang bapok bersanggul pandan
Kita tunggu penamaan 23 Mei Sabtu ini
UM No Najib anak jantan, ka pondan?

Digurimdam oleh: IBN ABFULLAH AWAB

28 April 2009 – Selasa – 11.13pagi