Sunday, April 5, 2009

UMNO: BEKWAH LEMBU RASUAH

UMNO: BEKWAH LEMBU RASUAH.

Jawatan Perdana Menteri yang disandang oleh DS Najib Ataspaya pada pagi Jumaat 3 April 2009, mau tidak mau rakyat yang merayu ditangguhkan dahulu perlantekkan DS Najib Ataspaya ini menjawat jawatan PM, ibarat meceraikan manis dari madu, tidak berhasil berlalu meninggalkan keloh kesah rakyat. Iaitu berkaitan separoh rakyat negara Malaysia agar batang tubuh yang akan menjawat PM biarlah dilihat luar dan dalamnya bersih dan suci mengikut Feqah. Rakyat yang memiliki harga diri dan maruah negara agar tidak sama turut tercemar.

Sekiranya negaraku berperdana menterikan saorang manusia yang digelumang dengan pasaraya tuduhan, dan ianya sampai perengkat global ke UN mengetahuinya, Mashaallah Malaysia negaraku. Separuh rakyat negara menuntuk diri PM DS Najib Ataspaya tampil kehadapan, keluar dari kepompong pengecut, kepompong dayus biarkanlah diri PM dahulu dibersihkan melalui, dakwaan mahkamah terbuka, didakwa dan dibela dengan dikeluarkan semua saksi-saksi dalam Malaya dan Antarabangsa bersih sucikan diri untuk menjadi PM bak air zam-zam diperigi selazat zaitun di ladang osis, sebaik bersih suci rakyat senanghati berPM suci.

Demi dapat mengelak serta menghindarkan dari perpepsi pandangan separuh rakyat negara melihat diri PM di tuduh di sanggah berlanjutan. Ianya berterusan berpanjangan dalam keadaan tercemar disudut kacamata rakyat. Nanar dan sulit rakyat untuk mempertahankan diri PM mereka bila berada diluar negara. Benar, peralihankuasa parti rasuah utama negara diantara mereka pasti berjalan lancar peralihan tersebut dari yang lemah kepada yang punah. Persepsi ini terus diratip rakyat kerana ianya adalah kehendak PM DS Najib Ataspaya sendiri yang pengecut lagi bacul untuk membersikan dirinya, mempertahankan kehurmatan dirinya dari sebarang tuduhan besar saiznya berganda besarnya dari kapal selam.

PM wajib menjadi pemberani diantara yang berani menyambut cabaran untuk pembersihan diri, disisi rakyat dan permintaan dunia. Sila membawa dan mendakwa dimahkamah terbuka negara keatas setiap orang dengan tuduhan resmi diluar mahkamah akan bermacam-macam tuduhan. Ya! Cuma dimahkamah sahaja yang rakyat dapat menerima secara hakiki dan realiti melalui pendakwaan, pertuduhan, pembelaan dengan hakim dan saksi-saksi yang dibenarkan tanpa dihalang diugut bermula dimahkamah sesyen, MT, MP dan MR. Disinilah raykat pinta wajib Najib PM membersih dirinya bukan mengelak dan menafikan seperti anak-anak tadika, anak-anak taski menyelesaikan masalah didepan boneka mainan mereka.

Bukan sekadar bersumpah di dalam masjid di Malaya sahaja, kalau nak bersumpah cara-cara ini, hatta ramai rakyat berkata Najib Ataspaya ini sanggup bersumpah bukan sekadar di hadapan Baitullah Kaabah, hatta masuk didalam Kaabah pun Najin sanggup bersumpah serta menjunjong berkilo naskah Al Quraan terdaya di letak diatas kepala memikulnya seraya menafikan tuduhan keatasnya untuk menyatakan dirinya makkul bersih suci. Asalkan jangan mengajak Najib Ataspaya membuat penafian, pembersihan menyuci maruah harga keturunan dan harga diri di mahkamah yang akan berhadapan dengan banyak pehak.

Sebagai keberanian jantan menafikan beliau bebas lepas dari setiap pertuduhan dan persepsi rakyat dan dunia. Najib PM sedang mengendong supermarket dengan tuduhan keatasnya seperti rasuah, kes C4 Altantuya dan kes asmaradana di PD dll, tidak wujud dan semuanya palsu, jadi beranikah Najib PM ke mahkamah menguraikan? Menolak dan menangkis segal jenis tuduhan? Asalkan musoh lawannya, rakyat jelata dan pengundi-pengundi, akhbar lawan dan penulis blog dan blogger lawan jangan pinta Najib PM membersihak dirinya. Bersih suci melalui dan menerusi keluhuran dan keadilan di semua peringkat mahkamah, ini tidak terdapat keberanian sebagai saorang insan untuk membersihkan diri.

Hampa rakyat semua, janganlah kita sampai tahap gila khinzir nak paksa Najib PM ke mahkamah membersih dan pertahankan kesucian dirinya. Ini bukan caranya keturunan Bugis dalam aspek cara dan jalan mempertahankan diri jawatan PM lebih penting dari diri yang suci kerana diri cemar mampu terus memperdayakan rakyat dan merompak harta negara dan harta rakyat seperti mantan 2 PM sebelumnya, itulah matlamat mereka, rakyat kena faham. Caranya adalah cara-cara menafi menggunakan akhbar perdana dan tukang ampo, dan bersumpah umpama sumpah pelacur dihadapan pegawai agama bertaubat bila ditangkap sebaik dilepaskan atas tuuhan pra zina dan berkhalawat, lepas esok lagi buat.

Meminta dan mengharapkan Najib PM beranikan diri tampil membersih diri kemahkamah samalah seperti kita minta sisik dekat ikan keli, pinta sikudung sampai lutut dan sikudung kedua-dua kaki dan tangan untuk paksa memakai kasut dan cincin. Umpama suruh sibotak menyikat rambut. Itulah gerun, badi dan takutnya hematnya Najib PM dengan mahkamah sekali pun mahkamah dan semuanya kini berada dibawah naungan dan cengkaman Najib PM. Rakyat hentikanlah membuang masa, asak paksa pinta Najib PM kemahkamah membersihkan diri. Tak ubah seperti kita maukan garam dipisah cerai dari masin maukan gula tanpa manis, Bolehkah? Itulah Najib PM hakikat realitinya dulu, lanie dan sampai bila-bila.

Ketika Pak Lah menjawat PM maka terukirlah keramat kata mula, “Jangan bekerja untuk saya; tetapi bekerjalah bersama-sama saya”. Islam Hadharinya, imam Hadhari berteraweh didua tiga masjid menjadi imam, ditayang disemua canel TV setiap hari di tahun pertamanya menjadi PM. Akhirnya semuanya lakonan belaka. Berkesudahan ahli-ahli UMNO sendiri yang terajang nyahkan Pak Lah. Diantara tenaga usang dan tenaga purba yang menjana sumbangan yang berterusan sejak Pak Lah mengangkat sumpah menjawat PM, PM mantan usang purba setiap hari memalukan Pak Lah, menkritik dan menyusahkan Pak Lah menjalankan kerjanya sebagai PM.

Mantan purba inilah amat berjasa dengan memberi tenaga super seperti tungkat ali bukan Ali Rustam menjana kekuatan tenaga kepada TS MY dan Najib Ataspaya keberanian yang luar biasa meniupkan rampasan kuasa peralihan kuasa dalam UMNO bergema dan berangkai. Usah cakaplah selama 22 tahun mantan purba menjadi raja negara. Kini pagi Jumaat tadi Najib PM pun mengulangi manisan dan madu kepada rakyat. Pasti akhirnya samalah sebagai legasi-legasi PM Purba 22 tahun dan PM 5t 5b 3h penuh misteri dan trajis menjadi Perdana Menteri, dihina oleh ahli-ahli parti sendiri dipenghujung pemerentahan mereka.

Mantan PM purba dah lalui merasai penghinaan dari ahli-ahli UMNO. PM 5t 5b 3h juga berjaya dimalukan oleh sekelian ahli-ahli UMNO khususnya kesepaduan penghinaan desakan dari PM Purba, TS MY, DS Najib, Dk HHO dan beberapa lagi, maka Pak Lah menemui jalan keluar dari Putrajaya. Sedangkan diawal mereka pegang jawatan hampir kudung tangan membalas salam, putus tengkok kerana membalas pelukkan ari ahli-ahli buaya, lanun dan puaka belaka.

Najib Ataspaya PM/PU sedang melalui tahap pertama iaitu, buaya dan puaka sedang bersalaman dengannya. Buaya naga dari Perlis sampai Sabah turunpegang jawatan hampir kudung tangan membalas salam, putus tengkok kerana membalas pelukkan ari ahli-ahli buaya, lanun dan puaka belaka. Lihatlah bagaimana mantan PM purba duadua tahun dipulih disintuk dilimau oleh Najib PM/PU dalam masa yang sama serentak Najib PM terus memalukan Pak Lah belum 24 jam Najib menghampar carpet birugelap menyambut Mantan purba kembali kepangkuan UMNO dihadapan tandunya Najib PM, dalam kata bahasa politik tindakan terus memalukan Pak Lah dan KPU perasuah dalam legasi awal PM.