Thursday, April 23, 2009

MENJANA KEPIMPINAN

MENJANA KEPIMPINAN BERAKAUNTABILITI : BERMUKTAMAR DENGAN PANDUAN TUNJUK AGAMA

Sesungguhnya tajuk besar sebagaimana diatas, ianya adalah layak dan umphnya dibicarakan oleh penulis besar dan ulamak haraki yang tinggi ilmunya dan serba lengkap tidak berpehak. Sudah pasti penulis cokia kaki5 blogger seperti saya tentulah pasti diluar keupayaan minda, diluar kemampuan ilmu serta jahil membuat penafsiran untuk memuaskan penerimaan untuk semua yang bernama perwakilan yang mewarnai serta mencorak PAS dan saf kepimpinannya selepas Jun nanti.

PAS, tidak PKR, tidak UM No dan pasti tidak DAP dalam para perwakilan muktamar membuat penilaian, pengamatan yang hakiki dalam semua aspek tatkala menentukan pemimpin mereka. Bukan secara pak turut memileh mengikut selera ramai, kencang tiupan angin, maka sabong menyabonglah kilat diikuti dengan lintaq-petir berentum. Ini bukanlah cara PAS memileh pemimpin untuk mengemudi PAS sebaikt tamat muktamar PAS k3 53 di Stadium Melawati kelak, Inshaallah.

Kepimpinan yang akan dipileh dan dimertabatkan, bukanlah kerana ianya faseh berpidato yang memungkinkan helang yang sedang terbang turut hinggap mendengar ceramah tokoh tersebut hatta pokok kelapa turut condong mendengar kehebatan sipolan sedang hebat berceramah diakhirinya dengan kutipan derma tabung yang banyak diperolehi dari sidang pendengar, penyokong dan lawan kita. Tidak juga kerana perwakilan pandai mengambil hati dan dapat menarek minat sekelian perwakilan kepadanya diatas kepetahan bodek ampu dan pemurahnya.

Pemimpin PAS bukan dipileh kerana ianya adalah saorang peguam terkenal yang licik, dokror pakar yang hebat, jurutera yang berlapang dada dan kepelbagaian professional yang hebat bertaraf lima bintang kehidupan. Dan ramai dikalangan mereka melihat PAS setelah PAS menjadi umpama Bukit Uhud, dan berupaya menawan beberapa bukit. Maka ramailah professional dan cendiakawan bersama bercawat kedalam PAS, Alhamdulillah, itulah PAS, dulu, kini dan lanie.l

Walau apa-apa pun pemimpin dan perwakilan bertaraf cokia, pemimpin kampong yang sentiasa sedekah dan wakafkan jiwaraganya sekalipun sekupang ke dalam tabung infaq, dibalun dan ditibai ketika tenaga dan mereka adalah pelindung kepada pemimpin mereka bila didalam keadaan kritikal seperti mengawal suasana ceramah yang digangu oleh PDRM, Kepala merah dan lain-lain, maka merekalah kedepan. Dimusim pilihanray pemimpin dan perwakilan cokia inilah yang memanjat segala pokok meletakkan panji-panji symbol purnama perjuangan.

Tetapi kini mereka terpaksa juga memikul roket dan mata celek dalam semua bentuk, bendera besar, benna, gambar-gambar calun tanpa perlu diarah, mereka memahami dan mampu diletakkan dimana-mana walaupun berdepan dengan musuh lawan. Maaf! Kadang-kadang mereka ini yang bertungkus lumus, seminggu, dua minggu tidak ada duit belanja dan rumah serta keluarga ditinggalkan selama mewakafkan diri dalam perjuangan memertabatkan PAS jua sekadar ada makan saja. Mereka tidak merungut kepayahan ini sebagai rungutnya pemimpin bertaraf 5 bintang bila kebawah.

Saya adalah blogger cokia. Dikalangan cokialah yang mengenal cokia kerana dikalangan mereka dijalin dan dianyam dipasak nilai kaseh sayang sejati. Umpama aur dengan tebing. Atas lantai, atas sekeping papan mereka apat lelapkan mata menunggu poster calun mereka dan sebagainya, tanpa mengeluh dan komplin, ini adalah reality. Kerenah menangani pemimpin lima bintang, professional ternama 5 bintang apalagi ramai bangsawan bergelar sama-sama dalam bahtera Pas ini, pasti kesesuaian mengambil masa.

Justeru, pemimpin yang perwakilan semua mencari adalah semua aspek-aspek perbedaan kelompok pemimpin, semua gerak kerja dalam semua dimixkan menjadi pemimpin tulin yang mampu membadai, memelihara dan sedia berkorban dalam mempertahankan PAS dari semua ancaman luar dan dalam.

Bohonglah untuk setiap perwakilan atau pengikut bawahan yang tidak mempunyai pemimpin yang disukainya. Begitulah blogger cokia ini. Semua pemimpin saya julang saya amat menghurmati mereka. Walau apa-apa pun di penghujung nukilan tinta blogger cokia ini, saya akan sebutkan pemimpin pilihan saya untuk jawatan Timbalan Presiden PAS, sekalipun satu dua titek bengek, hati saya tergores. Tetapi kepimpinannya dirasakan perlu untuk berdepan suasana politik semasa sekarang. Saya tidak berhajat menjadi tukang kempen beliau tetapi ini adalah ketentuan Allah untuk blogger cokia ini menyebutkannya.

Akauntabiliti, Amanah dalam Kepimpinan

Gaya hidup yang melampau, semangat yang melampau tidak seiirng dengan ilmu, berani diluar gelanggang dan tidak bertempat. Suka menghala tuduhan sianu-sianu tidak waraq, pendidekkan agamanya tidak seberang lautan, serta pengecut yang amat sangat. Maka pemimpin jeis ini ianya jauh dari bersifat akauntabliti, amanah dalam kepimpinan. Setiap prmimping wajib menguasai akauntabliti, amanah serta tanggungjawab dan dipertanggunjawban sebagai pemimpin tulin dalam semua masa disemua keadaan, sekali pun berdepan dengan maut kematian kerana mempertahankan perjuangannya, partinya PAS hatta mampu melindungi ahli-ahli yang dihina dan didepankan dengan seribu pukulan lawan musuh semata-mata kerana ianya mempertahankan PAS dan pemimpinnya.

Sama-samalah kita mengingati Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Ahzab ayat 72 :

Bermaksud: “Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”

Nyata bahawa akauntabiliti, amanah dalam kepimpinan adalah tugas berat dan mencabar. Pada awal kemunculan Islam di Mekah, Rasulullah S.A.W pernah ditawarkan dengan pelbagai tawaran lumayan seperti pangkat besar, wanita cantik dan harta kekayaan yang melimpah ruah oleh pemimpin Quraisy supaya baginda menghentikan aktiviti dakwahnya. Bagaimanapun Rasulullah S.A.W menolaknya kerana besar akauntabilitinya untuk menjaga amanah Allah S.W.T.

Mau atau kita menolaknya, sesungguhnya kita semuanya adalah pemimpin, mengikut kemampuan kepimpinan masing-masing. Ianya seiring dengan sabda Rasulullah S.A.W :

" كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ. "

Bermaksud: "Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin adalah bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya."
(Riwayat Muslim)

Untuk perwakilan dan pemimpin bermuktamar cakap dan buat wajib selari dengan apa yang dikata dan dijanjikan agar supaya kita menjadi pemimpin yang disayangi, lagi dihormati. Pemimpin yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan kesejahteraan ahli yang dipimpin di dunia dan di akhirat. Hatta anda pemimpin sekelian wajib menginsafi bahawa mengkhianati amanah kepimpinan adalah satu dosa besar yang akan menerima hukuman Allah di akhirat nanti.
Sebagai blogger cokia yang jahil ilmu Allah, mungkin seculin ilmu yang ada. Diatas ilmu seculin itulah saya dengan penuh tanggungjawab dan saya bukan barua atau tukang kempen disuruh apalagi diupah untuk menyebut mengetenghakan diantara semuanya berkualiti dan standard. Walau pun begitu, suara hati kecil dan suara hati nurani saya sejak remajanya mengabdikan diri tutas dan istiqamah dalam PAS ini. Ranjau dan duri, peluang kemenangan ketika itu umpama jauh api dari semanggang. Tetapi beliau sejak itu sampai PRU12 8 Mac 2009 terus menyertai pilihanraya sekali pun tewas. Kesetiaannya kepada PAS terus hkan.198 2diperkukuhkan.

Dalam PRU1982 beliau telah bertanding dengan semangat juang yang waja di P 37 Kepala Batas melawan calun UMNO/BN iaitu Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi mendapat 16,759 undi. Serta berdepan dengan calun DAP iaitu Khoo Soo Hoe mendapat 3,589 undi. Calun mewakili PAS adalah Mohamad Bin Sabu mendapat 4,115 undi. Majoriti yang dicapai oleh UMNO/BN adalah 12,644 undi. Itulah kita dan rakyat marhaen dan pneyokong cokia seperti aku mengenalinya dengan MAT SABU dan lebeh muda atau lebeh tua dari Mat Sabu panggilan senonimnya adalah BAN MAT. Manakala Mat Sabu ini panggil aku dengan BANG…………., hampir 10 tahun sengaja aku tidak mendampinginya.

Walau apa-apa pun MAT SABU ini, kalaulah aku menjadi perwakilan pasti aku mencalunkan nama MAT SABU untuk jawatan TIMBALAN PRESIDEN PAS yang baru dalam sesi muktamar sekarang.

Dalam pilhanraya tersebut aku walau pun cokia aku tidak lupa sebagaimana Tun Dex kata Melayu mudah lupa. Daihari yang sama ketika itu, harganya amat besar yang mana kejayaan gemilang mantan Presiden ABIM yang masuk UMNO telah kalahkan Almarhom Tuanguru Ustaz Haji Zabidi Bin Haji Ali yang mendapat 4, 497 undi mewakili PAS. DAP melalui calunnya Tan Ah Huat mendapat 1,825 undi. UMNO/BN melalui calunnya mantan Presiden ABIM mendapat 18,849 undi dengan majority 14,325 undi di P 37 Permatang Pauh.

Saya tidak akan bertikam pendapat, dan bertarong hujjah dengan sesiapa sahaja sehubungan dengan hak mutlak saya, suarahati saya mennyebut MAT SABU layak di calunkan para perwakilan muktamar kawasan sekarang untuk jawatan TIMBALAN PRESIDEN PAS, Inshaallah. Kepada MAT SABU jangan naik tocang dan kelabu dengan penghargaan ini. Anda serahkanlah kepada Allah dan perwakilan meletakkan jatuh duduk jawatan ini.

Dinukilkan oleh : IBN ABDULLAH AWAB
Jam 3.11 pagi Khamis : 27 Rabiulakhir 1430 / 23 April 2009