Saturday, April 11, 2009

KABI MAL PM6: BAGAI RAMUAN HERBA DALCA BASI

KABI MAL TO PM6: BAGAI RAMUAN HERBA DALCA BASI

Sumpah Senator, sumpah jawatan TPM, Menteri dan Timbalan Menteri sudah berlalu semalam. Ianya satu lagi hari ini dalam sejarah dilakarkan negara. Kabinet Malaysia Satu – Satu Malaysia apa-apa pun terus diperkatakan oleh rakyat khususnya pengemar pencinta politik tanah air negara kita. Kenapa? Kepada yang dilantek diucapkan terima kasih. Kepada yang dibuang dan diketepikan apa khabar semua????? Bagaimana perasaan? Are you happy sir??????

Jiran dan teman saya saorang guru DG48 baru disahkan 20 hari yang lepas menjadi UM No sejak dalam rahim bundanya. Cikgu R (saya namakan disini) bertanyakan kepada saya, “Sheikh! Apa pandangan dan ulasan Sheikh akan kabinet yang diputuskan untuk DS Najib gantikan kabinet Pak Lah dulu, OK atau macam mana? Cikgu! Sudah tentu dan pasti pandangan dan persiapan persepsi saya berlawanan dengan pendekatan persepsi cikgu dan orang lain berkait dengan kabinet PM6 kita ini.

Apa-apa pun ayunan kaki untuk melangkah, mengatur jalan dalam perjalanan maupun berlari, ianya umpama atlit sukan padang yang berkemampuan untuk menjadi peserta juara dalam 50 km jarak, 20 km jarak, 1,000 m, 4 X 400 m jarak hatta menjuari 100 m jarak pasti melahirkan atlit serba mampu itu ianya melalui ramai jurulateh, pengurus dan penasehat sains sukan membolehkan ia mencapai taraf super atlit. Maka PM6 tidak terlepas dari ini ketika semasa beliau mencipta Kabinet Malaysia Satunya. Rakyat terus, akan dan membuat spekulasi. Kenapa keadaan serta fenomina itu berlaku????

Disaat paparan anggota kabinet PM6, iba-tiba dikalangan lawan kepada UBN menjadi pembela kepada UBN yang lain disiseh diketepikan seperti terompah dan kain buruk lap kaki dimusim hujan dikampung-kampung 30 – 40 tahun dulu untuk gabus kaki selepas basoh kaki menggunakan air alam guri yang dicedok dengan tempurung jantan. Yang mana tempurung itu diletakkan dikepala tangga atau setidak-tidaknya dipancang kayu dan disangkutkan tempurong tersebut. Begitulah musibah dan nasib sesetengah MP BN dan UM No berlalu dan terus terjadi mangsa dan paksa.

Cikgu R tadi terus menanya, "Kenapa Sheikh suka benar mengeluar pandangan dalam blog Sheikh memperkatakan tentang UBN dan Kabinet PM6 tersebut? Cikgu! Pendedahan politik saya adalah penerimaan dari Almarhom abah saya sekali pun anutan parti politik kami berbeza. Sebaik tamat belajar 40 tahun dahulu saya telah berdailog dengan Almarhom abah saya disatu tarikh. “Pasai apa Bang Long (panggilan abah kepada saya) tidak dapat jadi UM No macam Abah dan pasai apa mau jadi ahli dan penyokong PAS?

Dialog seterusnya, “Abah! Kalau sekiranya PAS Parti Islam itu sebuah parti yang tidak diredzai oleh Allah dan haram disisi Allah pasti Abang Long menjadi penyokong UM No tegar. Tetapi abang Long tidak dapat menerima UM No sebaik membandingkan antara UM No dengan PAS kepimpinan dan matlamat halatujunya. Keduanya sekiranya PAS merupakan pertubuhan bawah tanah yakni pertubuhan haram tidak berdaftar dalam negara pasti Abang Long tidak sokong dan menyertainya. Kedua-duanya halal disisi Allah dan halal disisi undang-undang negara kita. Sebab itulah abang Long menyokong PAS. Dialog itulah membuatkan almarhom abah Ku menangis tegarnya alasan dikemukakan. Alhamdulillah abah akan memberi jawapan itu sekiranya UM No-UM No lain bertanya tentang diriku.

Allah mentakdirkan pertelingkahan dan peperangan merebut kuasa didalam UM No sampai tahap peristiharan peperangan (peperangan adalah diantara sebuah negara dengan sebuah negara yang lain) tetapi sengaja saya gunakan untuk UM No ketika itu dikumpulan anak Raja Kelantan yang di pimpin oleh YBM TS Tengku Razaleigh Tengku Hamzah dengan so Iskandar Kutty iaitu PM4 berkesudahan dengan UM No menjadi parti haram dalam negara sebaik UM No diharamkan oleh undang-undang menerusi melalui Mahkamah tinggi KL.

Sebaik itulah saya phoned Abah sebaik mengetahui UM No diharamkan ketika itu melalui Pak Su Hussein (Hussein Yaakob Kuala Kerai – Ibn Muslim anak angkat kepada Hantu Raya Almarhom Pak Sako Ishak Haji Muhammad ketika dulu saya Ibn Muslim, Pak Sako dan Yusof Jalil sering kami berbual di kiosk Akhbar Pak Su di tepi Asia Hotel Dahulu atau kami dalam restoren Sudu n Senduk Pak Yusof Suria - SU Politik TS Khir Johari, semuanya mereka telah meninggal tinggal saya dan Yusof Jalil dalam keuzuran lanie) saya mendapat berita itu. Dalam perbualan dengan abah, “Inilah peluang terbaik abah tidak menjadi anggota parti haram” “Pasai apa? UM No lanie telah menjadi Parti Haram mengikut undang-undang diperentahkan oleh Mahkamah Tinggi melalui Hakim Datuk Haron Hashim, abah mesti masuk PAS”.

Betui ka? Memang benar Abah UM No telah diharamkan”. Abahku tidak keluar dari UMNO dan tegarnya Abah dengan UM No tetapi tegar itu berubar apabila dalam PRK Arau pertembongan PAS Ustaz Hashim lawan BN - UM No Ismail Kassim, abahku maklumkan padaku sebaik-baik menemankan di S1 tempat mengundi, “Abah pangkah Mat Hashim kerana dia orang baik dan dia orang Alim”. Sebaik abah mengucapkan begitu kepadaku, air mataku mengalir dan kami berpelukan. Allah maha kaya 3 hari selepas PRP Arau, abah menerima panggilan Allah. Aku sendiri menghubungi Ustaz Hashin Yassin tentang kematian abahku dan Ustaz Hashim dan ribuan penyokong PAS, penyokong UM No menziarahi aruah abahku, dan solat jenazahnya Alhamulillah, terima kasih semua.

Itu adalah cerita UM No parti haram. Dan UM No lanie adalah UM No baru hayat hidup Mahathir Kutty dulu untuk terus menjadi PM. Dr Det olok-olok sahaja keluar UMNO baru yang menyelamatkannya dulu yang diasaskan olehnya. Tun mencipta alasan rasuah dengan menyerang dari mula sampai tersungkur Pak Lah menjawat Perdana Menteri. Tersungkurnya Pak Lah dan Mahathir kembali kepangkuan UMNO baru Mahathit umpama belut balek kelumpur; sireh pulang keganggang, pinang pulang ketampuk. Sedangkan Mahathirlah menjana dan membina pupok pupok rasuah selama 22 tahun dalam UMNO dan kerajaan UBN sampaikan meliana anak-anaknya, 7 keturunan tak habis, Yob!!!!!!!

Akujanji Najin PM6 untuk membawa anak ke3 Mahathir kedalam kabinetnya dengan terajang KP yang mendapat sokongan perwakilan Pemuda dan bertaraf Naib Presiden UM No dinafikan haknya untuk mendapat haknya menganggotai kabinet PM6 dengan alasan mahasiswa tadika kampong. Mahasiswa tadika kampong pun tergelak dengan pulasan punya alasan PM6 nafikan hak KP sebagaimana dilunasi kekabinet hak KWU, KPU yakni sayap lama tua dan kepak baru UM No semuanya berhak mendapat hak disinilah keputusan PM6 terdesak menerima tandu kehendak sifu akbarnya x PM22T, Kata apa pun rakyat tak percaya kata hujah PM6 apalagi lawan luar dari UMNO. Sesama UM No tapi lawan Najib PM6 pun ahli UM No sangkal, bagaimana pula kami nak hirup telan minumnya?

Cikgu R! Sebenarnya ana melihat susun atur, sisih dan pilih, tukar dan ganti, setuju dan sanggah, duka maupun suka, rela atau paksa – redza atau memendam raya dikalangan AP UBN, sebenarnya mereka tidak mempunyai kekuatan dan jati diri untuk menyatakan sanggah bantah diatas perlantikan menganggotai kabinet Najib PM6. Kabinet keliling mengelilingi dan memperagakan PM6 berpaksikan mantan usang lama PM22T mejana agendanya untuk anaknda mantan PM22T pula mewarisi pesaka PM mendahului putra berkeris anak mantan PM3. Itulah hakikat pentafsiran saya Cikgu.

Penutupnya Cikgu R, saya simpulkan begini sehubungan dengan YAB DS Najib PM6 ini dalam pengisian anggota kabinet yang terpaksa akur kukur mengikut kehendak sifunya. Cikgu wudzuk- air sembahyang yang tidak sempurna dan terbatal, sekali pun kita mendirikan solat di dalam sebuah masjid menelan harga bina RM10,000,000,000.00 berdiri diatas sejadah biru tua setebal seinci dengan underlay setebal 2”. Apahkah sahnya solat yang di dirikan itu? Begitulah kiasan nisbahnya apabila seluruh UM No dan penghuninya terpalit dengan budaya rasuah tegar menjadi amalan ahli-ahli UM No menerima rasuah, bagaimana mungkin mampu pula membebaskan kabinet UM No dari rasuah.

Semuanyanya adalah ucapan tebu proses kepada gula, retorik politika PM6. Yang sahnya sejak PRU12 BN-UM No dan khususnya Najib dan mantan PM22T telah mendapat referendum dan pungutan suarat penolakan rakyat kepada UBN, kepada Najib dan khususnya kepada mantan PM22T melalui kekalahan 4 – 0 di Semenanjun itu adlah realiti dan hakikat nyata dalam negara kita. Najib tewas mendapat referendum rakyat di Permatang Pauh, referendum rakyat di Kuala Tetengganu dan referendum serentak lebeh parah dan genting lagi getir di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Dikalangan UM No teman kawan saya mengatakan begini, “Punca Utama kenapa tersungkurnya UM No di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau kerana 2 faktor utama: Iaitu pertama kerja haram merampaskuasa dan menubuhkan kerajaan haram UBN di Perak dan kedua kerja haram rasuah terang-terang yang ahli UM No ada akal fikiran yang waras dikalangan menegah, rasuah gunakuasa yang melampau bodek tidak bertempat Datuk Ahmad Sabry Chek menggunakan hak rakyat RTM membuat siaran langsung kempen merapu besi karat besi buruk mantan PM22T di Bukit Gantang. 2 Faktor inilah ramai guru-guru menyimpulkan membawa kepada tersungkurnya rakyat membuat referenum kepada Najin khususnya kepada UM No.

Maka dengan itu, terubatlah sedikit keputusan kekalahan seberat dua bukit itu Bukit Selambau dan Bukit Gantang adalah disebabkan Najib sendiri, disebabkan Mahathir seniri, disebabkan Ahmad Zahid sendiri dan disebabkan sepupunya sendiri iaitu Hishamuddin bukan kerana Pak Lah jadi kelemahan UM No selama 5t5b3h bukat disebabkan total oleh Pak Lah. Ianya ditanggung semua pemimpin UM No sebagaimana rakyat tunjuk jalan penghujung talian hayat UM No dan talian hayat dacing menerusi BG dan BS. Apa macam PM6? Apa Macam TPM TS MY. Kata salah paku belah; UM No kalah kata Pak Lah. Bala penolakan rakyat dengan referendum kerana rasuah berterusan dijana Najin & Co.