DUNGU DAN KAKU.
Presiden UMNO yang akan ditolak total pada Mac 2009, atau desakan sunami akar umbi dipercepatkan serta disegerakan, terus berbudi dan menabor jasa kepada partinya UMNO dengan membelakangkan kepentingan keutamaan negara dan rakyat. Walaupun tindakkannya dibenci, dicemuh oleh rakyat termasuk anak pinak UMNO. Rakyat tidak terperanjat tetapi membuat penilaian bahawa Pak Lah adalah sebenarnya memiliki lidah berlapis dan bercabang.
Pak Lah berjanji sekalipun 5 tahun gagal untuk menunaikan nilai tambah institusi kehakiman negara kembali kepaksi dan realnya, tetapi tempoh 5 - 6 bulan berbaki jawatan PM cuma memerentah dengan gusi tampa kekuatan sokongan jemaah kabinet dan ahli partinya, saya tergelak berdekah-dekah tempoh itu dia nak buat dan menubuhkan 3 suruhanjaya dan satu suruhanjaya adalah berkaitan kehakiman. Pasti Zaid Ibrahim kata poooooooooooooooooorrr aaaaaaaaaaaaah, ni lawak bodo seperti senario.
Rakyat ditipu dan terus disajikan dengan maklumat pandir dan mat jenin bila akhbar perdana UMNO melaporkan bahawa Tan Sri Zaki adalah hakim yang paling kanan dan paling berpengalaman diantara hakim-hakim yang ada. Sedangkan Zaki menggunakan lif PWTC Pak Lah/UMNO sintuk limau bawa namanya kejawatan kehakiman terkanan dengan memijak, tanjai dan berak diatas ramai hakim-hakim senior yang lain. Sedangkan sebelum ini pengalamannya adalah sebagai peguam UMNO, dalam semua perkara dan proxy sementelah jawtan tertingginya dalam UMNO adalah Pengerusi Akhlak/Displin UMNO Baru Malaysia. Itulah pengalaman tersohornya bukan diinstitusi hakim.
Maka dengan itu Presiden UMNO mencadangkan calun tunggal dan tidak disenaraikan turut serta bersama-sama dengan senarai-senarai profil lengkap hakim-hakim kanan yang lain untuk pemilihan dan pertimbangan saksama Raja-raja Melayu/SPBYDA dalam membuat penilai dan pilihan dipadu dengan Zaki secara berhemah dan bertanggung jawab didunia dan diakhirat. Calun tunggal dikemukakan ianya bukan menasehati tetapi tunjuk telunjuk itulah calun mesti diterima, itulah hakikat kebenarannya. Istilah dan nasehat seperti langit dengan bumi jarakjauh maknanya. Kenapa? Kerana semuanya adalah bermatlamat memulihara kepentingan UMNO yang utama no wahid, merentasi kepentingan negara dan rakyat. Kenyataan dan hujah ini UMNO tidakk mampu menolak dan membantahnya.
INFO SOGOK
Sogokan maklumat kepada rakyat oleh akhbar perdana UMNO, memberi nilai tambah kepada Zaki adalah dzalim kepada negara dan rakyat. Rakyat akan terus memberontak dan mempertikaikan perlantikan itu. Tidakkah manusia bernama Zaki ini merupakan Pengerusi Panal Akhlak/Disiplin UMNO. Tidakkah beliau meletakan jawatan tersebut dan beliau tidak layak mendudukinya kerana memperakui beliau bukanlah layak dalam semua perkara disemua sudut untuk mengadili akhlak/disiplin ahli-ahli UMNO Baru Malaysia kerana mengakui beliau memiliki akhlak busuk dan buruk.
Itu terpaksa beliau memperakui kepangkuan rakyat dan negara kkhususnya untuk ahli-ahli UMNO. Hak yang dia lakukan diluar pengetahuan manusia kita tak tahu dan dia tidak turut zahir mengistiharkan. Mengapong dan membendong pernikahan keduanya agar tidak diketahui oleh bini tua dan anak-anak, bila bini muda menuntu supaya disempurnakan melalui undang-undang yang sah, beliau Zaki (sebagaimana dilapurkan) telah melakukan kesalahan akhlak/moral dan perundangan dengan angkuh, bengong melupai siapa dirinya diluar kesempurnaan pengamal undang-umdang. Perlakuannya tigasuku menkoyak rabak kecaikan surat pernikahan keduanya yang tidak sampai separuh dari umurnya.
Saya bertanggungjawaban menaroh sangkaan beliau juga mampu koyak catatan penghakiman dibuatnya atau oleh hakim-hakim yang lain ini persepsi dan indekater saya. samalah seperti peguam Lingkup korek! korek! korek tolong menyiapkan nota penghakiman salor galor kroni kemungkinan berulang.
Zaki tahu dirinya mempunyai akhlak dan perlakuan buruk menikah dua berumahtangga. Dan Zaki sendiri memutuskan sendiri beliau tidak bermoral dan tidak berakhlak dan beretika untuk membicara, menghukum sehubungan akhlak/displin ahli UMNO yang ia pengerusikan, lantas ia memperakui dan meletak jawatan yang UMNO lantik itu. Apakah akhlaknya busuk buruk diperakui cuma dilengkongan dan persikitaran UMNO yang sememangnya parti rasuah tetpi, bertumbuk menabur dan mencipta fitnah sesama sendir, semua itu dilindungi serta didinding kukuh oleh komponan BN yang tidak digazetkan itu BPR.
HINA DAN DIHINA.
Rakyat dan negara terus dihina oleh Presiden UMNO yang dihidu pencennya oleh Timbalannya. PM terus membuka jurang pertarungan dan mencipta point dan masalah untuk berlawan dengan kehendak rakyat ramai, Persatuan Peguam dan institusi yang berkaitan dengan pengamal undang-undang. UMNO/Kerajaan BN-UMNO jangan selepas ini memaksa dengan pelbagai syarat dan undang-undang untuk rakyat menerima ahli aktif UMNO ini Zaki untuk dihurmati sebagai YAA Ketua Hakim Negara keatas Zaki dimana-mana.
Saya telah membuat keputusan bulat tidak untuk menafi dan tidak menghurmati dan membongkok badan walau secara kebetulan bertemu dengan Zaki ini walau ditunjuk diterima paksa kepangkuan MRR & SPBYDA. Kalau ditempat lapang tidak berkapet saya lahirkan benci saya dan tidak mengiktiraf jawatan dipegangnya dengan ludah ketanah pooooooooooooiiiiiiiiiiiiiiii. Saya da lepas geram dan membantah terhadap perlantikkan Zaki ini, anda semua bagaimana caranya melahirkan penolakkan?
11.40 pagi