Sunday, October 5, 2008

MENUNGGU JANJI 9 OKTOBER 2008

JENDELA DIBUKA



Ketibaan awal Ramadan 1429 dan ketibaan Syawal 1429, kedua-dua saat dan ketika tersebut sudah pun berlalu. Ianya di umumkan oleh Penyimpan Mohor Raja-raja Melayu dengan katanya kedua-duanya disempurnakan berpandu kepada kiraan rukyah dan hisab. Sementelah ianya diperkenankan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan sekelian Raja-raja Melayu tidak termasuk rajasehari, rajawali dan Raja Sekaran.

Menanti salur galor Peralihan kuasa diantara PM dan TPM yang juga Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO yang ditunda, ditangguh dan sebagainya sehiggalah tenat dan gawat memaksa PM Imam Islam Hadhari Abdullah Badawi berkukuk lemah. Memaklumkan awal iaitu beliau akan memutuskan samada untuk mempertahankan jawatan sebagai Presiden UMNO Baru atau beliau terpaksa melepaskannya pada 9 Oktober 2008 Khamis ini. Sekiranya culaan sokongan dari Bahagian-bahagian UMNO diketuai wirabalang oleh KJ menantu dan proxy menantu Ketua Putra UMNO, mantan calun parlimen BN Baling 8 Mac 2008 yang lalu. Untuk mengesahkan Pak mentua gagal mendapat 30% sokongan dari bahagian-bahagian UMNO yang mula bersidang dan berperang. Lantaran Majlis Tertinggal UMNO (Majlis Tertinggi) yang sentiasa direndahkan mertabatnya oleh Presiden dan Timbalan Presiden dalam memutuskan beberapa kes utama secara berdua. Hasil dan keputusan mereka berdua disumbatkan untuk penerimaan Majlis Tertinggal UMNO.

Sekonyong-konyong dua hari yang lepas sekembali dari mengerjakan ibadat Umarah di Mekah, tiba-tiba Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi, pada hemat dan pegangan mantik politik saya, DS Ahmad ZH lebih awal dari tarikh pasti pengumuman (9 Oktober - Khamis) nak diumumkan oleh Pak Lah; telah berani umumkan (dirumah Pak Mentua di Melaka) bahawa pada hakikat disebalik yang tersembunyi dan yang tersirat berlipat iaitu Pak Lah Badawi tidak akan mendapat pencalunan secukupnya (30%) dari bahagian-bahagian yang akan memulakan Mesyuarat Agung, maka dengan itu yang mampu mendapat dan mengatasi 30% pencalunan adalah Datuk Seri Najib Tuan Abdul Razak. Maka diatas faktor tersebutlah maka DS Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan beliau akan bertanding jawatan Timbalan Pesiden UMNO Baru untuk mengantikan tempat DS Najib dan mereka berdua akan dan pastikan bergandingan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Bagaimana nasib YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Mahiyadin Yassin? Untuk sekian kali ini kalau kayu pembaris lama panjangnya 12", maka saya letakkan 6.5" akan dicapai oleh TS Tengku Razaleigh Hamzah dan 7.5" dicapai oleh TS Mahiyadin Yassin. Ertinya, Inshaallah mereka berdua mampu sebaris bersama mendapat kelayakan bertanding jawatan Presiden - YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan Timbalan Presiden - TS Mahiyadin Yassin. Walau apa-apa pun samada masing-masing merupakan regu yang padu kental atau seperti masaknya buah getah yang dan mudah meletup, itu perkara sampingan yang perlukan tajuk khusus membicarakannya. Walaupun Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden disini saya nampak tuah dan ongnya berpehak kepada TS MY, kenapa?

BERGAYUT DI ATAS GAMBUT

Sebelum dari ini tempoh sebulan yang lepas, saya telah fokaskan nasib Perdana Menteri selepas PRU12 - 8 Mac 2008 yang lalu. Apalagi ulang kecundang terlentang kelongkang dalam PR Kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 yang lepas yang mana majoriti menang YB Datuk Seri Anwar Ibrahim melebihi undi yang UMNO-BN dapat. Tidak mau mempertahankan atau pencalunan tidak mencukupi oleh DS Abdullah Ahmad Badawi jawatan Presiden UMNO ianya adalah berkaitan rapat dengan keputusan merudum UMNO-BN dalam PRU12. Bayangkanlah Pak Lah telah mencipta rekod dan pecah rekod Presiden UMNO selama ini kejayaan cemerlangnya iaitu negerinya sendiri (Pulau Pinang) telah terlepas teraju pemerentahan kepada Pakatan Rakyat yang diketua oleh DAP dan PKR. Kini sejak 8 Mac beliau berumah diatas GAMBUT. Selemah Tun Dr Mahathir, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan YBM Tengku Abdul Rahman negeri masing-masing masih utuh diperentah oleh UMNO-Perikatan/BN. Inilah delima malu dipikul oleh DS Abdullah Ahmad Badawi. Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, sekalipun Jean disisi siang dan malam ia tidak terdaya membantu memikulkannya.

Diatas sebab-sebab itulah sejak selepas PRU12 - 8 Mac 2008 dalam kiraan saya jumlah jari sebelah tangan saja Pak Lah balik mendarat di Balik Pulau, Pulau Pinang samada secara resmi atau diluar resmi. Mai kita patah balik zaman mula Pak Lah yang Tun Dr Mahathir pilihnya menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pi la buka rekod perjalanan Pak Lah sehingga menjelang 8 Mac 2008. Ketika itu ulang aliknya ke Pulau Pinang khususnya Kepala Batas seolah-olah Pak Lah adalah Perdana Menteri Kepala Batas dan Menteri Kewangan Pulau Pinang. Dia tapok dan dia lungguk projek di Parlimen Kepala Batas tak tau nak kata banyak mana. Cuma tak pindah Ibu Negeri Pulau Pinang Georgetown ke Bertam Kepala Batas. Awai dulu jadi Imam teraweh bila mai bulan posa pi melawat dinegeri-negeri. Selepas PRU12 Pak Lah pi Sabah dan Serawak kerap dari balik mai Kepala Batas, pasai apa? Perangai ni berubah selepas kejayaan di Moonsun Cup di Trengganu lepas pegang bahu....................????? Gambaq tu ramai dapat tengok.

Situasi yang dialami ditanggung oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Imam Hadhari berumah diatas gambut amat mendukacitakan. Ramai ahli-ahli UMNO diseluruh negara mula marah, benci dan kais Pak Lah dan mempersoalkan akan Pak Lah. Oleh kerana itu situasi yang dialami oleh Pak Lah sekarang, ahli-ahli UMNO wajarlah mengambil pengajaran, iktibar dan usah mengulangi berumah diatas gambut. Janganlah diulangi untuk memilih kepimpinan utama untuk memimpin UMNO yang mereka bukan dari negeri diperentah oleh UMNO-BN. Bagaimana mungkin negeri mereka sendiri diperentah dan ditawan oleh PAKATAN RAKYAT (Pas, PKR dan DAP) dan berhajat menjadi ketua kepada negeri yang diperentha oleh UMNO-BN. Kalau UMNO mau selamat, janganlah memilih Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden dari mereka dikalangan negeri yang kalah kepada PR. Ibarat kata badan sendiri dipenuhi korap dan panau, bagaimana nak nasihat orang lain berkaitan ubat mujarab untuk menghilangkan penyakit panau dan korap? Jangan jadi gila dan sasau dalam memilih dan menentukkan pemimpin dan kepimpinan, kerana ianya berkaitan rapat dengan negara dan nasib negara.

Diatas kenyataan dan alasan diataslah, sekalipun saya dan ramai umat bangsa negara benci akan DS Najib Tun Razak, tetapi diatas nama kekuatan denyut gerak nadi UMNO maka jalan sehala dan jalan pintasnya adalah perwakilan wajar memilih DS Najib Tun Abdul Razak menjadi Presiden UMNO yang baru dan digandingkan Timbalan Presiden TS Mahiyadin Yassin. Najib ada negeri di perentah UMNO-Bn yakni Pahang Darul Makmur dan TS MY ada negeri Johor yang UMNO-BN adalah kerajaannya. Diatas realiti ini maka hendaknya Kuli yang tidak ada genggaman negeri termasuk senarai yang tidak ada negeri adalah DS Ahmad Zahid Hamidi. Kepada DS NTR dan TS MY saya bukan kempen untuk anda. Tetapi realiti minda saya wajar diketengahkan semuga ianya mendatangkan manfaat kepada akarumbi dan perwakilan UMNO sebagai panduan.

Pemilihan Kuli sebagai Presiden dan AZH ianya merupakan hamparan luas terbentang dan luas bukanya UMNO mempercepatkan lagi menyerah negara kepada kerajaan baru bernama PAKATAN RAKYAT yang disana terdapat PAS, PKR dan DAP. Sebaik itu sekiranya kerajaan persekutuan ketangan PAKATAN RAKYAT, lambat laun beberapa negeri yang berbaki akan menjadi negeri dibawah pemerentahan PR. Justeru janganlah silap langkah. Tempangnya dalam pemilihan kali ini, sekiranya negara berpindah kepada PR, ketika itu ahli-ahli UMNO semua jangan menuding salah kepada Tun Dr. mahathit, Pak Lah Najib dan lain-lain lagi.

Selamat akarumbi bermesyurat dan memilih pemimpin bukan melantik kroni.