Kelmarin juga dikenali semalam 10.00pagi - 1.00th, 2.30 - 5.30ptg sebilangan rakyat negara kita, serta penghuni nusantara mungkin dapat perhatian diperingkat global penumpuan di Dewan Rakyat. Pengamal, pencipta politik pasti terpaku memberi sepenuh perhatian di persidangan Parlimen Malaysia yang disambong perbahasannya pada 13 Syawal 1429/13 Oktober 2008 untuk membahas "Bajet 2009" yang dibentangkan oleh Perdana Menteri YAB DS Abdullah Ahmad Badawi mantan Menteri Kewangan juga kini Menteri Pertahanan.
Selepas tamat sessi soal jawab dan diikuti perbahasan Bajet 2009 yang disempurnakan oleh Ketua Pembangkang YB DS Anwar Ibrahim yakni anggota parlimen Malaysia paling junior sekarang. Tetapi DS berpengalaman selama kira-kira 17 menjadi MP dan berpengalaman Sebagai Pemangku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sebelum dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamed Kutty pada 23 September 1998. Tempoh 10 tahun tidak memijak kaki dibangunan Parlimen.
Selayaknya sebagai Ketua Pembangkang, nyatalah persiapan, persediaan dan pengamatan serta pemusatan cukup lengkap rempah ratus dan asam garam semasa dan ketika membahaskan Bajek 2009 yang usang. Konform, DS telah berjaya mendapat kepercayaan dan keyakinan hatta sokongan rakyat bertambah hasil perbahasan tersebut. Alhamdulillah, yang mana DS mendapat bantuan dan kerjasama padu dari komposisi AP Pakatan Rakyat. Tahniah dan syabash kepada anda semua yang menguasai dan mencorak sepenuhnya mengisi perjalanan perbahasan diparlimen semalam bergandingan.
Disinilah dengan sebenar dan sesungguhnya, rakyat khususnya pengundi dikawasan parlimen masing-masing membuat penilaian dan menghukum siapakah wira dan siapakah yang dinamakan bacul? Diketuai oleh PM-MP, TPM-MK, hampir semua menteri dan timbalan menteri serta MP BN, tidak berada didalam dewan (yang ada cuma sekatam dua sahaja) semasa Ketua Pembangkang YB DS Anwar memulakan ucapan perbahasan. Kenapa mereka tidak berada didalam dewan?
Apakah PM dan TPM/MK telah membuat larangan dan arahan agar sebilangan menteri dan timbalan menteri yang tertentu serta sejumlah besar MP BN jangan memasuki dewan ketika Ketua Pembangkang membahaskan ucapan Bajet 2009, kenapa???? Kemungkinan-kemungkinan pada hemat saya larangan terpaksa dibuat kerana takut, sekiranya semua mereka turut serta dalam dewan dan mendengar dengan penuh perhatian ucapan perbahasan oleh Ketua Pembangkang dari Pakatan Rakyat iaitu YB DS Anwar, kemungkinan dan serba mungkin ianya tidak mustahil. Mereka (MP BN) dibuka pintu dan gerakhati oleh Allah Subhanahuwataala dengan dada yang dingin, minda yang terbuka dengan respon yang positif menerima dan memberi sokongan diatas ucapan perbahasan B2009.
Maka disinilah kemungkinan punca musababnya kenapa dan mengapa MP BN tidak diizinkan berada dalam dewan untuk mendengar ucapan perbahasan B2009 semalam, saya yakin dengan pengamatan saya ini. Kalau tidak kenapa???
Rakyat pasti membuat penilaian baru selepas rakyat menyaksikan sendiri ucapan perbahasan Ketua Pembangkan dari Pakatan Rakyat, yang mendapat kerjasama berganding idea dan pendapat yang bernas (bukan bernas mantan LPN) silih berganding dengan posisi MP Pakatan Rakyat seiring dengan permohonan menolak Bajek lapok 2009. Rakyat Negara Bangsa meletakan, melungguk sepenuhnya kepercayaan, dayausaha, khususnya gandingan kerjasama yang padu dijalinkan diatas paksi padu keiklasan sejagat yang dijunjung dikilik dan dikepit demi wajah baru negara kita Malaysia, Inshaallah.
MENGHINA PARLIMEN; PERBODOHKAN PENGUNDI DAN RAKYAT
Perdana Menteri/Menteri Pertahanan, Timbalan Perdana Menteri/Menteri Kewangan (yang terona), menteri-menteri dan MP BN yang tidak berada didalam dewan ketika sessi Parlimen membahaskan Bajet2009 yang lazimnya dimulakan oleh Ketua Pembangkan (PR) YB DS Anwar Ibrahim. Bahasa kasarnya dapatlah dirumuskan parlimen telah mencatat dan melakar sejarahnya semalam iaitu benarlah seperti pengiktirafan dibuat oleh YAB PM DS Abdullah Ahmad Badawi, saya ungkaikan disini Ketua Pembangkang Kuat dan Hebat dibantu padu MP Pakatan Rakyat (kecuali seekor katak pisang) dan berdepan dengan Ketua Kerajaan dan Timbalan Ketua Kerajaan yang lemah yang dipulau disisih oleh anggota Jemaah Kabinetnya.
Kedangkalan keupayaan, minda yang jumud untuk membeza antara kepentingan kepartian dan kepentingan keutamaan negara mereka sanggup berupaya menghina Parlimen. Semata-mata bacul-pengecut untuk berdepan dan bersemuka dengan Ketua Pembangkan Parlimen dari Pakatan Rakyat. Nampaklah mereka BN ini telah meletak dan mengiktiraf yang mereka (BN) sedang meluru menuju kepupusan ini pada hakikatnya mereka telah menyempurnakan secara berjemaah diketuai oleh Imam Hadari menghina Parlimen. Wahai rakyat masih berharap dan menaruh percaya kepada mereka?
MEMBELA DIRI DISEBALIK TANDAS.
Selepas mereka berjemaah menghina Parlimen, mereka ini jualah mengorak langkah dan membuka mulut menghina rakyat dan pengundi. Bagi saya mereka menggunakan ruang tandas dan jamban lubang tradisi (maksudnya RTM, TV3&Co, Akhbar Perdana) berketip gigi lidah dengan faseh memperkatakan secara dungu tuduhan kepada Ketua Pembangkang. Haiwankah mereka ini? Mereka bacul berdepan berhujah berdepanan didalam parlimen disessi ucapan perbahasan Bajet2009 usang lapok, sekadar dibelakang dengan alat media-media mereka berani berselindung.
Maka juaralah mereka disisi watawan upahan. Wira dan juara tulin adalah dipilih menerusi sepuhan didalam gelanggang bertarong sebaik gendang dan gong dipalu serta serunai ditiupkan. Digelanggang yang disahkan melalui pertarongan baru dapat disah dan diiktiraf akan wira atau pahlawan sejati. Satelah melihat bengkak bengkil, atau darah mengalir dan perut terburai terkena keris, barulah dapat didacingkan wira pahlawan intan permata. Tetapi mereka membuka mulut secara berani tetapi pondan, berselindung untuk membela diri di Chow Kit, ianya amat memalu dan jijik.
Inshaallah saya akan lanjutkan dengan tinta sewajarnya, Inshaallah.
Kerajaan iyang lemahYB DS Anwar S