Setiap yang bernama benda atau alat yang terdapat dimuka bumi, maupun yang tersembunyi diperut bumi Allah ini, ianya telah menempuh serta melalui keperluan dan kemestian proses semulajadi disudut ubahrupa ubahbentuk dalam tempoh yang lama berjuta-juta tahun lamanya. Ianya mengikut sesuatu bahan atau benda tersebut untuk menghasil dan menjanakan keaslian, ketahanan dan sebagainya. Bahan dan benda tersebut wajar diangkat untuk melalui proses kedua oleh insan secara yang terancang yang dikendali proses pembentukan oleh tenaga mahir yang pakar dalam bidang-bidangnya.
Tanpa ia menghadapi proses kedua yang dijanakan oleh pengawasan selia tukang yang mahir, barangpasti dan barangtentu produk jenama baru dari bahan asli kurniaan Allah itu, tidak akan terhasil dengan terbaik. Kemahiran minda dan teknologi secukupnya yang minyak dan gas diperut bumi dikeluarkan. Kepelbagaian jenis logam dan batu dikenali serta dikendali perlombongan mengeluarkannya untuk kegunaan dan faedah kepada manusia dan sebagainya oleh tukangnya menyelia dan mengawasi.
Logam besi itu wajib dibakar merah menyala membara, ditibai diketuk, ditibai diketuk berulang kali, dicelup air dan disepuh oleh tukang mahir, akhirnya ianya menjadi sebilah keris dijadikan senjata tempur oleh wira atau pendurhaka, atau sekadar dijadikan simbul parti seperti UMNO. Logam yang berharga dengan nilai tinggi seperti emas dan platinum untuk membentuk sebentuk cincin ianya wajar menerusi peralatan berlainan serta proses yang sama wajib dilalui. Batubatan zamrud intan berlian. Ketul-ketulan yang besar itu wajiblah tukang yang mahir sahaja mampu melakukan pembelahan, dicanai untuk melahirkan bentu rupa yang menarek serta menampakkan cahaya dan kilauannya menurut citarasa dan citalihat masing-masing.
Maka dengan itu yang bernama mahluk dari jenis manusia ini, proses-proses pendidikan asas, tarbiah, kuliah, kiamulail, ianya bermula asuhan dan didikan dari kedua ibubapa dirumah, terus dipersekolahan sampai menara gading. Disinilah, dimenara gading inilah tatkala ubun-ubun mereka masih lembut bak telor penyu, mereka berhadapan dengan dua persimpangan; samada menjadi pemimpin pelajar yang dianamik konsisten melawan arus atau pengikut yang ditandu hidungnya. Dipersada Dewan Parlimen (Rakyat) termasuklah di DUN adalah dikalangan individu seperti saya lakarkan diatas.
RAKYAT MENUNTUT HAK.
Menjelang tahun 2000 demonterasi berpusat diibu negara dan dibandar-bandar besar ianya mendapat sambutan rakyat yang dianjurkan oleh badan-badan NGO seperti BERSIH, HINDRAF dan Parti Politik seperti PAS dan DAP didalam menyatakan dengan jelas bantahan dan bangkangan yang berakhir dengan penyerahan 'resolusi' kepehak-pehak tertentu. Walau sekalipun terpaksa menghadapi dan berdepan dengan halangan besar dan cabaran bernama FRU, Polis, ISA dan beberapa lagi trowong penyiksaan disiapkan oleh BN menghadapi musuhnya.
Tetapi diawal tahun 1970 - 1988 tunjuk perasaan ini dianjur dan ditunjangi oleh Kepimpinan Pelajar dari universiti-universiti. Mereka pimpinan pelajar-mahasiswa/i ini ketika itu amat tajam dan peka menangani masalah rakyat dan bersama rakyat dan dan dekat dengan rakyat berganding tangan tampil memperjuangkan mertabat rakyat marhean dari penindasan ekonomi, pelajaran, infrasuktur, keadilan sejagat dan pelbagai bentuk penentangan.
Disinilah saya bertanggungjawab dan sedia memikul resikonya terhadap kenyataan ini, kerana ianya melibatkan individu yang menganjurkan tunjuk perasaan ketika itu, saya juga turut berada bersama-sama dengan mereka. Hatta mendapat sokongan serta simpati dari rakyat dan pengundi dan masyarakat kampong sekitar 500 orang. Saya hadir kerana mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dan bertindak mencari jalan alternatif untuk penyelesian. Sekalipun saya bukan siswa menara gaing, siswa koridor-kaki5 PAS ketika itu.
Semua mereka amat hebat ketika itu berpidato dan berhujah semasa umur mereka adalah separoh dari umor sekarang. Kesemua mereka masih hidup sekarang, tetapi peserta tunjuk perasaan bersama mereka ramai yang mati. Tujuan saya adalah untuk memboktikan dengan kenyataan, jalinan tribulasi yang dicanai dan di sepuh mereka tempuh, kini mereka sedang berada dipersada kepimpinan negara disebelah PAKATAN RAKYAT bersama PAS, saorang PKR dan saorang di UMNO hasil didapati segulung ijazah tunjuk perasaan dan dikenali dengan demonterasi itu.
Saya mengulangi dan bertanggungjawaban untuk mengingat dan memaklum kepada yang tak tahu dan kepada yang lupa, hatta untuk info generasi anak-anak sekarang. Saya bukanya tukang ampu, pecacai, atau barua pelobi untuk mereka (untuk memertabatkan mereka mendapat tempat utama dalam Pakatan Rakyat dan bakal kerajaan Pusat PR, Inshaallah tidak lama lagi. Takkan lari gunung dikejar).
Walauppun saya memapar dan menamakan nama mereka disini, bukan bermatlamat membuka tunjuk mencari kepimpinan, tetapi ianya adalah realiti sejarah yang telah berlaku. Aku berbangga dengan adik-adik semua (semua dikalangan mereka sampai kini memanggil aku dengan 'Bang..........' dan 'Sheikh', panggilan itu sudah membanggakan aku ini (Ibn Abdullah).
PILIHANRAYA KECIL BUKIT TUKU 1987
Tempoh 21 tahun iaitu dalam tahun 1987 kira-kira jaraknya 6 - 8 selepas PRU7 dalam tahun 1986 (maaf, saya tidak dapat mengingati tarikh tepatnya dan tidak punyai masa untuk memunggah dekumuntasi nota, akhbar dll), tetapi peristiwa tersebut berlaku sehari sebelum pengundian Pilihanraya Kecil Bukit Tuku (maaf, Akhie DS Anwar anda tahu anda dimana ketika itu, maafkan ana ini adalah realiti fakta sejarah). Pilihanraya Kecil Bukit Tuku terpaksa diadakan bila ADUNny dari BN-UMNO meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya kemungkinan di Lubuk Jong (Tok Pegawa???? tetapi pasti rumahnya di Tendong, saya tahu rumahnya).
Pertandingan tiga penjuru dihadapi oleh PAS dengan meletakkan calun yang tewas dalam PRU7 kembali bertanding di Pilihanraya Kecil Bukit Tuku tersebut. SPR menerima dengan saha 3 nama calun yang berentap bertanding:-1. PAS - HAJI ABDUL PATAH BIN HAJI HARON (Mantan calun)
2. BN - MOHD ZAIN BIN ISMAIL (Calun muka baru)
3. BEBAS - NOOR MOHAMAD BIN MOHD NOOR (Mantan ADUN Bukit Tuku BN/BERJASA)
Berakhir dengan keputusannya dimenangi tipis berpehak kepada calun BN dengan majoriti, kalau tidak salah dan silap ingatan saya 114 majoriti undi - maaf kalau salah.
DEMONTERASI BULATAN LEMAL.
Ketika itu ramai pemimpin pelajar universiti-universiti dan mahasiswa turun turut membantu berkempen dan menjadi tenaga sukarela membantu PAS dan calunnya dalam menghadapi pilihanraya kecil yang amat bersejarah kepada PAS yang berhadapan tentang, berlawan dengan Kerajaan BN Kelantan dan BN Pusat serta bersekali dengan seluruh kelengkapan dan peralatan rakyat-kerajaan, cuba anda bayangkan suasananya?
Kemuncaknya adalah pelancaran dan semboyan "GERAKTANI" perengkat kebangsaan yang diadakan di Kangkong (saya tidak pasti adakah Kangkong jua termasuk dalam kawasan Bukit Tuku) tetapi jaraknya bulatan Lemal dengan Kangkong kira-kira dari dua batu sahaja jauhnya. Disinilah peristiwa tunjuk perasaan besar-besaran dijuarai oleh Pimpinan Pelajar universiti-universiti yakni sehari sebelum pengundian menjelang pilihanraya kecil tersebut.
Manusia yang akan melancar peristiharan resmi program projek Geraktani adalah Presiden Umno/Perdana Menteri YAB Dato' Hussein Onn ketika itu. Dalam pilihanraya kecil tersebut saya bersama sahabat PAS Pegkalan PAsir, bertugas sebagai diantara yang mengendali dan mengelola PACA dan berada di sebelahan Pondak Lati. Semasa menyampaikan taklimat saya didatangi ketika itu (saorang sahabat PAS - telah meninggal dunia Al Fatehah untuknya) pinta agar saya segera ke Bulatan Lemal, kerana orang ramai turut serta dalam tunjuk perasaan. Rakyat sedang menunggu Presiden Umno/PM Dato' Hussein Oon laluan balik dari peresmian Geraktani dan pasti melalui Bulatan Lemal tersebut untuk menyampai serah memo.
Saya sememangnya mengenali Ketua Inspekter dan OCPD Pasir Mas ketika itu dan mereka mengenali saya, kerana saya acapkali jua pi tibai bola tenis digelanggang tenis PDRM di Balai Polis Pasir Mas. Sesampainya saya dengan sahabat tadi, dan dapat memboloskan diri tiba rapat berhampiran dengan peneraju tunjuk perasaan. Saya bangga dapat menyaksikan pimpinan pelajar mahasiswa-mahasiwa universiti (darah muda saya tersirap ketika itu tetapi kini menjangkau umur 60; 20 tahun berjuang dengan asma-lelah yang kronik), mereka sedang bergelut dengan komponan maya BN iaitu polis. Mereka disepak terajang, ditibai dengan cota, dikilas tangan kebelakang dan digari (itulah polis, sekalipun kita mengenali mereka dan sebaliknya; rayuan kita dan mereka terlepas pandang mengenali kita).
Mereka-mereka tersebut digari dimuatkan seperti lembu ke Balai Polis Pasir Mas (kini diantara mereka adalah pemimpin negeri dan negara Alhamdulillah). Saat itu perasaan simpati dan kasih sayang kepada mereka tercetus spontan amat sangat dengan deraian air mata simpati. Siapakah mereka yang menjadi "WIRA LEMAL GERAK TANI PILIHANRAYA KECIL BUKIT TUKU" itu? Mereka semua adalah adik-adikku dan sahabatku;-
1. Muhammad Bin Hussein - UM (dari Kelantan)
*Kini adalah MP - YB Ustaz Mohammad hussein - Pasir Putih
2. Husam Bin Musa - UM (dari Kelantan)
*YB Datuk Peduka Haji Husam Haji Musa Exco Kanan KNK/NP Kanan PAS
3. Mansor Bin Daud - UM (dari Kelantan)
*Timbalan Pengarah YIK (Akademik)/Mudir Mahad Tahfiz Pulai Condong
4. Saifuddin Nasution Bin Ismail - UPM (dari Kedah)
*YB Saifuddin Nasution Ismail - MP Macang - Ahli Pas/MP PKR
5. Idris Bin Haji Ahmad - ITM/UKM (saya tak ingat dengan pasti maaf- dari Perak) da
*Bertanding beberapa kali dalam PRU kalah- Mantan TKP PAS Pusat/AJK PAS Pusat (Abang-abangnya Ustaz Hussein, Ustaz Salleh-sejak di Nilam Puri, Ustaz Hassan-sejak di Nilam Puri dan Ustaz Zakaria-sejak di Nilam Puri makan sireh kuat dulu).
6. Che Johan bin Che Pa - UM (dari Kelantan)
*Peguam - kini sedang bertarong utk jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, mudahan anda berjaya.
Sekiranya 5 mereka dilonjak dimertabat jawatab lebih tinggi, mereka adalah berhak menerima dan memikulnya, kerana mereka mampu menjalankan perkhidmatan yang diserahkan. Mudah-mudahan adik-adik semua dapat menghubungi Ibn Abdullah, Inshaallah. Sebegitulah sebahagian sejarah yang telah terpehat dan ianya menjadi catatan penting saya yang disimpan menjangkau lebih 21 tahun walaupun ianya tidak menjadi kepentingan dan keutamaan simpanan Arkib Negara. Anda berlima berdoalah semuga ana mampu menghadapi lelah-asma kronik.
Saya mempunyai simpanan ingatan dan rekod bertulis khususnya PAS Pasir MAS 1978 - 1990 dan PAS Kelantan. Sekiranya kesihatan mengizinkan mendapat sokongan dan dukongan famili saya akan membukukan hatta saya punyai simpanan gambar lama berkaitan aktiviti PAS Pasir Mas dan Kelantan.
Aku turut serta mengiringi mengekori mereka ke Balai Polis Pasir Mas bersama-sama dengan pimpinan PAS yang lain berurusan untuk membebaskan mereka untuk proses ikat jamin dan sebagainya. Malang polis yang menjalankan kerja-kerja UMNO-BN, akhirnya mereka dilokapkan semalaman dan dilepaskan menjelang tengah hari dihari pengundian. Anda semua, polis adalah polis walau kita mengenalinya. Adik-adik ini telah meletakkan nilai dan harga perjuangan dikala ubun-ubun sekeras kulit penyu dengan nilai yang tinggi ibarat lilin. Dimana mereka kini? Mereka sedang menuai hasil yang mereka tanam 21 tahun dahulu.
Saya amat sedih, bagi manusia yang buta dan melupai sejarah; samada mereka tidak tahu atau menafikan bahawa mereka ber6 telah melalui pancaroba perjuangan. Kepada adinda Che Johan Che Pa semuga anda sukses dan berjaya dalam UMNO Bahagian Pasir Mas doa restu dari ana. Bagi penyokong PAS dan PKR yang baru adik-adik ku mereka diatas adalah wira sejati.
PERTEMUAN PASARAYA.
Pernah 3 tahun lepas saya menemui sahabat lama di Komplek Pasaraya Jalan Hamzah dakapan pelukan persahabat kasih sayang saya dengan Ustaz Solahuddin bin Abdullah - mantan Adun Pas/Setiausaha Pas Kawasan Kota bharu di tahun 1960han - 1970han. Katanya kepada saya, "Sheikh*****, Ana didatangani oleh Ustaz Nik Aziz sekembalinya beliau dari menziarahi Almarhom Haji Che Min (Haji Mohamad Amin Haji Yaacob).
Ustaz Solahuddin memaklumkan kepada saya "Ustaz Nik Aziz pinta ana supaya menulis tambah sejarah PAS dan melengkapi sejarah PAS, kerana yang ditulis oleh Almarhom Haji Che Min kurang lengkap". "Kalau Sheikh boleh tulong ana tambah maklumat dan gambar adalah ana alu-alukan". Saya pasti pemakluman dari Ustaz Solahal adalah benar (Nota - dapat disahkan oleh YB Pasir Putih sekarang).
Saya berkata kepada Ustaz Solah "Ustaz Solah dukumentasilah sejarah PAS sebagaimana dikehendaki oleh Ustaz Nik Aziz/Ayah Jit itu" (bahasa panggilan kasih sayang kami terdahulu kepada TG Datuk Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Al Mursidul Am Pas/ Pesuruhjaya Pas dan YAB MB Kelantan sekarang. Itu pesan dan harapan ana dekat Ustaz.
Wasalam, berjumpa lagi.
12.54 th