Sunday, October 12, 2008

PARLIMEN 13 OKTOBER 2008 - ISNIN

10.00 mlm
CARILAH LABA BESOK
Semasa saya mulakan nota ini menunjukan 12 jam saja lagi pintu Parlimen akan dibuka besuk untuk membahaskan belanjawan - Bajet 2009 yang telah dibentangkan oleh mantan Menteri Kewangan dan Mantan Presiden Umno menanti masa. Saya doakan semuga semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP dapat menghadiri diri masing-masing. Mudah-mudahan semuga MP Parit Buntar kembali sehat wal afiat (saya sendiri berjuang melawan asma-lelah kronik selama 21 tahun) dan turut menghadiri diri di Parlimen besok, Inshaallah.
Dalam blog MP Padang Serai (saya adalah di kawasan Parlimen P.17 Padang Serai) saya telah memohon YB N. Gobalakrishnan mengambil masa dan peluang yang terluang, mengemukakan soalan kepada Menteri Dalam Negeri yang berkaitan dengan Sijil Pendaftaran Kelahiran, mengemuka dan mengusulkan cadangan agar pihak Pendaftar Besar Kelahiran & Kematian Malaysia memasukkan serentak diruang TARIKH DAN WAKTU KELAHIRAN untuk orang-orang Islam dimasukan TARIKH HIJRAH dan dicatatkan nama HARI dilahirkan. Saya telah terpaksa membuat permohonan Sijil Kelahiran yang baru (4 anak) apabila masa memohon membuat KAD PENGENALAN kerana saya menulis sendiri tahun hijrah dan hari dikolum tersebut. Penambahan penting tahun hijrah dan hari yang dicatatkan, ianya membawa kepada Sijil Kelahiran tersebut terbatal secara resmi dan terpaksa membuat permohonan baru, barulah permohonan KP dilakukan oleh JPN. Kepada YB MP Padang Serai, tolong kemukakan cadangan saya ini.
Tuduhan celupar yang dilontarkan oleh taukeh bintang dari Melaka calun Timbalan Presiden UMNO DS Ali Rus (ak) kepada MP Permatang Pauh siang tadi, adalah merupakan kokok kokai untuk melunak dan menenang dan menghiburkan pengikutnya yang gundah gulana seperti temekong kena tuba. Ali Rus tabor bintang bukan sekadar mengatur penerima dinegeri kepada ketua pengundi sebagai tanda pengikat untuk anjak lonjak kejawatan TP dan sebutir bintang terjatuh menyeberangi Lautan Hindi di Mumbai Boolywood, sakan Ali Rus ni. Saya dikhabarkan oleh sahabat dari Tanjung Keling dengan joknya; bahawa sejak Khalil Yaacob jadi YDP negeri Melaka serentak dengan Ali Rus menjadi Ketua Menteri, kalau kereta Kancil kena 2 biji baru dapat muat semua bintang-bintang dan pingat yang dikumpul dan dihimpun selama dan semasa Khalil Yaacob dan Ali Rus keluarkan kepada pengampu dan kroni disentaro negara tak ubah seperti taik bintang atau taik gagak.
Justeru, sambutlah cabaran Ali Rus itu wahai pahlawan dan wira-wira Ahli Parlimen PAS, PKR dan DAP bersekali dengan sahabat baru MP yang berhijrah itu. Carilah ruang keemasan, peluang yang berharga, nafikanlah UMNO - BN dari mendapat kepercayaan majoriti Dewan untuk kita jadikan BN - UMNO aruah penguasaan mereka di Parlimen dan mereka terpaksa melarikan diri dari Putrajaya. Jangan tunggu lama-lama, lama-lama; nanti diambil orang.
Dalam UMNO sedang menuju kehancuran serta kepupusan kepercayaan dan mereka sedang mengali liang lehat mereka sekarang dalam pertarungan dan pertemporan menggunakan senjata berat seperti C4 untuk mendapat dan menjulang jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggal UMNO. Saya bersumpah dan saya tidak redza sebagai warganegara sekiranya DS Najib menggunakan penerbangan kapal terbang resmi negara bertujuan kemana-mana saja negeri Semenanjung dan Sabah saya rela Allah tunjukan trajedi melapetaka kepada sesiapa saja gunakan harta dan hak rakyat (bangunan, kerta maupun pesawat) digunakan untuk mereka diserakah umpama harta pesaka sendiri, sebagai alat dan bahan kempen UMNO mereka, saya tak redza.
Besok, 13 Oktober 2008 diketika dan masa terbaik diizinkan Allah semasa membahaskan ucapan belanjawan Bajek 2009, carilah celah dan ruang semuga Pendekar Amin Mulia menjadi Speaker DR yang ianya sentiasa diingat dan didoakan kesejahteraannya diatas sifatnya Speaker yang mendapat petunjuk dan hidayah Allah, menerima usul tergempar dibawa Pakatan Rakyat untuk menentu belah mandat kepercayaan samada berpehak kepada PR atau masih kepada BN yang mendapat kepercayaan anggota dewan - Ahli-ahli Parlimen.
Kita tidak mahu berlanjutan sehubungan pengakuan dan dakwaan sudah beberapa bulan Pakatan Rakyat mendapat lebihan majoriti di Parlimen. Kalau BN - UMNO ada batang***** dan teloq****** kenapa takut dengan cadangan usul undi kepercayaan atau undi tidak percaya? Sekiranya benar pemakluman pehak Pakatan Rakyat selama ini yang sedang mendahului mendapat kepercayaan baru dari berhijrahnya MP BN ke PK, disini saya bersetuju dengan pandangan dan pendapat anak saya yang kerajaan BN-UMNO sekarang adalah kerajaan haram.
Maka dengan itu, saya berhemat dan beranggapan samaada haram atau halalnya kerajaan BN-UMNO sekarang, maka tidak ada jalan keluar dan jalan pintas untuk di hadapi dan melarikan diri atau bertindak menafi atau mengelak, melainkan disahkan melalui usul undi tidak percaya/undi kepercayaan dan speaker hendaklah berperanan sebagai speaker bukan khadam kepada BN - UMNO.
Seluruh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP ditangan anda semualah terletaknya keupayaan dan kekuasaan berdepan dengan MP BN dan menafikan mereka menguasai Parlimen. Anda semua lakarkanlah sejarah mewangi setanggi negara, dan negara bangsa kerajaan Pusat dinafikan dari BN- UMNO kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.
Inshaallah, semua pemimpin, dan rakyat hendaklah mempunyai akhlak dan kesabaran yang tinggi, disamping keiklasan sejati diantara kita. Dikalangan kita yang bernama Pakatan Rakyat tidak ada jerat, tidak ada bubu, tidak ada lopak untuk mencalar cedera diantara kita. Kukuhkan perpaduan hakiki, kerapkan perbincangan yang telus jelas, satukan pelbagai pendapat usah asah lidah dan bertegang urat sindir dan singgung diantara kalangan kita dengan menggunakan lidah UMNO melalui UM, BH, TV SEMUA ITU ADALAH JALAN TUNJUK PERPECAHAN DAN KEHANCURAN DIKALANGAN KITA PR