Bekas calun parlimen Kulim Bandar Bharu Sheik Aziz Bin Sheik Kadir dari UMNO-BN, menarik balik pendakwaan di Mahkamah Tinggi Pilihanraya di Alor Star dengan terus memberi dan mengiktiraf kemenangan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu yang menang dalam PRU12 8 Mac 2008 yang lalu iaitu YB Zulkifli Nordin sebagai Ahli Parlimen PKR (ianya masih ahli PAS) adalah amat menarek dan ianya pasti diperbincangkan oleh orang ramai dari masa kesemasa sehinggalah lagi terang bersuloh YB Zulkifli berhijrah menjadi UMNO dan MP UMNO-BN kawasan parlimen Kulim Bandar Bharu.
Alasan yang dikeluarkan oleh Sheik Aziz sebaik sahaja penarekkan resmi dimahkamah tersebut, orang ramai hatta unggas dan piona pun ketawa sinis menafi dan tidak mempercayai alasan yang dikeluarkan oleh Shik Aziz tersebut disebabkan pertimbangan ekonomi dan pembaziran. Adakah selepas kekalahan KO di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang calun UMNO-BN tersungkur dengan mendapat undi kurang dari undi kemenangan yang dicapai oleh MP Permatang Pauh yang baru DS Anwar Ibrahim, maka UMNO-BN takut dalam jarak masa terdekat mengalami keadaan yang sama atau lebih padah buruk dari diterima di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.
Pintas Hindar Malapetaka.
Ataupun malapetaka yang ngeri takut diterima dan dilalui oleh UMNO-BN sekiranya pilihanraya kecil Kulim Bandar Bharu terpaksa diadakan disebabkan dalam masa yang terdekat Pilihanraya Kecil KBB pimpinan perdana UMNO telah memutuskan bahawa rakyat akan menolak setiap pengisian salor-galor perjalanan pilihanraya dengan memulaukan UMNO dan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Walaupun mal ditabor dikenjah seperti menabor padi beneh disawah bendang. Rakyat dan pengundi menerimanya tetapi undi pasti diputuskan untuk dipangkah kepada calun Pakatan Rakyat.
Kalau itu, itu semua sudah tidak ada stamina-kudrad dikalangan UMNO-BN untuk berdepan dan menghadapi ombak sunami politik dan sokongan rakyat terkini dan semasa yang berpehak kepada PAKATAN RAKYAT, sekalipun mendapat usahasama dan kerjasama dari SPR, BPR, PDRM, Askar, hartabenda kerajaan yang lain utuk kepentingan membantu UMNO-BN, maka kenyataan ini dapat diterima sekalipun ianya celaka salahguna kepentingan disudut mata rakyat menyaksikan sekian lama. Atau untuk menumpukan sepenuh kepentingan fokas dan perhatian ke persidangan UMNO disemua perengkat yang beberapa kali ditangguhkan, juga sukar diterimapakai.
Pengamatan yang saya bersetuju adalah kong kalikong siri-siri pertemuan diantara YB Zulkifli Nordin dengan sahabat lamanya YAB DS Najib Tun Razak. Sekalipun butir dan biji perbincangan adalah rahsia pengetahuan diantara mereka berdua Zulkifli dengan Najib, namun orang lama mula membuka lembaran lama dan awal diantara mereka berdua dan memperkatakan mengikut persepsi masing-masing. Rahsia mana sekalipun akhirnya akan terserlah butiran tersebut dikhalayak ramai. Saya mengingati di akhir tahun 1950han nenda saya berkata, "Telor itek yang baru ia pasti temgelam kedasar parit atau telaga; tetapi telor tersebut akan timbul dengan sendirinya dipermukaan air apabila ianya menjadi kemuruk-kemelar". Demekianlah kiasan kes YB Zulkifli mengendong sekarang. Masa akan memaksa ia sendiri membuka tempayan budu yang dibealinya selama ini.
YB Zulkifli mengatasi dan lebih laju kehadapan dari King Frog from Gold Sand, didalam perbahasannya Bajet 2009. Sebagai orang tua graduan pondok atap rumbia ia dapat membaca dan mampu membuat analisa rambang. Sekali ikan menagkap ditelaga; daku dah tahu jantan betina berat dan jenisnya, inikan pula lengok gaya YB Zulkifli berbahas diparlimen masuk bakul, keluar bakul, terajang bakul, buang bakul dan bakul yang dimasukinya dihina atas nama jati perjuangan dan jati julang agamanya, Alhamdulillah.
Saya simpulkan gaya dan cara perbahasanya di Parlimen baru-baru ini seolah-olah seperti juara klasik wira bulutangkis Indonesi Rudi Hartono sedang bertarong dengan Pak Joo Boong. Mereka mempersembah dengan kepelbagaian corak teknik bermain menggunakan dengan pelbagai teknik, pelbagai rentak dan bermacam-macam trik dan tipu muslihat untuk mendapatkan mata dan pukulan penamat dari satu servis, untuk berpindah gelanggang, untuk berpindah gelanggang.
Pendapat ramai dikalangan pengemar politik semasa, pendapat dan indikator mereka adalah relevan dan bukan sebusuk telor kemuruk. Kebenarannya ada. Ya! Terdapat kebenaran penarekkan Sheik Aziz mantan calun parlimen UMNO-BN menarik balik pendakwaannya diatas petesyen kemenangan YB Zulkifli sebagai AP Kulim Bandar Bharu di Mahkamah Tinggi Pilihanraya Alor Star, ianya adalah berkaitan rapat dengan arahan DS Najib. Kerana mustahil kalau dalam masa kini UMNO mampu untuk menawan kerusi Parlimen Kulim Bandar Bharu melalui menerusi pilihanraya kecil, ini adalah pendapat umum dan ramai dikalangan pengikut UMNO dan disokong sepenuhnya oleh pimpinan perdana UMNO negeri dan pusat mereka sekata sepakat membenarkan UMNO tak akan menang dalam pilihanraya kecil kalau dimasuki UMNO-BN.
Maka dengan itu jalan mudahnya adalah DS Najib sintuk limau dan langgirkan dengan mandi bunga dan bermadah janji untuk memberi bulan dan bintang, matahari dan mal sebutlah semuanya YB Zulkifli akan memperolehi, dikilik dan dikendong semua dan segala kemahuan YB Zulkifli cuma dengan satu tindakkan penhijrahan titah kepangkuan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada bila-bila sahaja secebis warkah suci kepada Tn Speaker menyatakan perubahan dari parti asal kepada sokongan pengabdian parti baru yang serasi dan selari dengan beliau komit dan komited dengan mempertahan, mendaulatkan agama Islam, Ahamdulillah.
Saya memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat saya yang dulunya adalah panglima perdana dalam mendasari mendukungi perjuangan PAS; tetapi selepas mereka berhijrah berada didalam UMNO akhirnya entah kemana mereka-mereka ini dalam senarai keutamaan, kepentingan dalam mendasari UMNO. YB Zulkifli! YDP Agong PAS Dato' Asri Haji Muda adalah YDP PAS, tokoh pemidato handal Asia saolah-olah kalau Dato, Asri berpidato hebatnya pidato pokok kelapa pun condong mendengar pidato Dato' Asri; burung helang yang sedang terbang pun hinggap didahan kerana turut mendengar pidatonya begitu hebat pemmin perdana PAS bernama Dato' Asri Haji MUda. Sebaik sahaja beliau memasuki UMNO namanya dan peranannya pun turut lenyap sampai keakhir hayatnya.
YB Zulkifli! Dimana Uataz Nakahie Ahmad? Dulu Naib Presiden PAS dihurmati disantuni dan bila didalam UMNO dimana beliau? Dimana Ustaz Mustapha Taib? Dimana Ustaz Omar Khalid? Dimana Ustaz Mohd Nor Idris? Dimana Ir Mustapha Kadir? Dan ramai lagi dimana mereka? UMNO manfaatkah diatas ilmu yang mereka pegang selama ini. Dimana Islam yang mereka perjuangkan kini yang dulu mereka memperlekehkan PAS, dimana mereka? YB Zulkifli!!!! PAsti sekiranya saudara berhijrah seperti mereka, nasib seperti merekalah akhirnya YB menerimanya. Yakinlah pergilah, tetapi PRU13 pasti atas nama calun UMNO saudara akan menerima parah kalah yang lebih tinggi dari kemenangan undi yang anda perolehi dalam PRU12 baru-baru ini, percayalah.
Alasan.
Hujah, alasan dan pelbagai yang dihamburkan oleh YB Zulkifli dalam Parlimen semasa membahaskan Bajet 2009 baru-baru ini, adalah hujah dan alasan semua pemuka-pemuka perdana PAS sejak 1955 hinggalah kepada YB Zulkifli semata-mata alasan ditonjolkan untuk belah menjadi UMNO. Semua yang dihujahkan oleh YB Zul adalah sekadar alasan Abdullah Fahmi anak saya berumur setahun jagung. Usahlah mencipta alasan buang masa dan membuat pengundi menyampah kepada YB Zul. Piiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiilahhhhhhhhhhhhhhhhh PAS, PKR dan DAP kian menghampiri memerentah negara. Piiiii YB Zul kami ada TG Nik Aziz, kami ada TG Haji abdul Hadi, kami ada Prof Datuk Dr Haron Din dan kami ada ramai lagi.
9.15 mlm