Dalam apa-apa perkara yang bernama cadangan, maka cadangan itu fungsinya adalah untuk kebaikkan semua pehak. Terdapat juga cadangan yang dikemukakan mempunyai makna sebaliknya yang tersirat, tersurat demi mencari perlindungan nafas baru, langkah dan strateji untuk mengatasi persaorangan atau kumpulan yang menjadi persaingan pasti sekali pun berada dalam sebuah rumah, dinafi atau diakui pengikut dan rakyat mengikuti sepenuhnya pemimpinan perdana UMNO kini.
Kalau bukan bermotif, atau mencurigai diantara satu dengan yang lain mana mungkin peralihan jawatan - kuasa yang dicadangkan sendiri oleh Presiden UMNO DS Abdullah Badawi akan disempurnakan pada tahun 2010 kepada pewarisnya DS Najib Tun Abdul Razak tiba-tiba diredius - dipercepatkan. Dalam tempoh dipercepatkan kepada Mac 2009 itu kini bangun dan bangkit desakkan supaya disegerakan pantas pula menjelang Disember 2008 ini bersekali dipercepatkan Persidangan Agong UMNO Baru Malaysia. Kenapa desakkan terus berkumandang?
Sedangkan Presiden UMNO Pak Lah telah memberi jaminan dan pengakuan bahawa peralihan kuasa kepada DS Najib pasti akan terjadi dan berlaku, kenapa masih terdapat gulungan mempercayainya? Apakah begitu hina pandangan ahli-ahli UMNO terhadap Pak Lah sampaikan janji dan pengakuannya dinafi? Teruk sangatkah Pak Lah ini yang janjinya tidak dapat dipegang dan dipertikaikan oleh ahli parti yang ia ketuainya sendiri? Tidakkah PAk LAh ni cucu Tok Guru yang memberi tarikh kemerdekaan negara kepada TAR dulu? Ahli UMNO jua telah pupus menerima janji Pak Lah seperti janji untuk melakukan perubahan kehakiman, tetapi dimungkiri dengan melantik Zaki peguam berpengalaman penoh koyak surat nikah dilantuk menjawat KHN?
Dalam apa-apa perlawanan mahupun pertandingan apalagi ianya pertandingan - perlawanan jarak jauh dan jauh lama, maka dihadapan yang ditempuh oleh atlit atau pembabit bahagian dalam apa-apa jua, dihadapannya ia menghadapi tiga (3) masalah besar yang pasti dihadapi dan wajar pula ditangani, iaitu:-
1. Tenaga - Larian jarakjauh 50 km bagi saorang atlit muda ianya mampu dan sampai kegaris penamat sekiranya ianya tidak dihalangi dalam beberapa cara seperti tahan ranjau, letak duri atau dihalangi minyak tar panas yang cair yang memberhenti kerana kakinya telah lekat ditar tadi. Sekali pun tenaga - power larian super tetapi halangan tidak bisa diharongi ia kalah jua.
2. Dana - Pelari senior walau lariannya tidak seberapa, acapkali iaberjaya sampai kegaris penamat perlumbaan seperti cerita penglipurlara kemenangan kura-kura berentap berlumba lari dengan arnab. Sebab apa saya hujahkan begitu? Kerana pelari senior - tua ianya memiliki dana yang banyak dan mampu ia dengan kemampuan dananya menangani pelepas, penjaga masa, penjaga garisan, juri dan hakim pertandingan dengan berbekalkan dana ia santun menangani halangan-halangan itu dengan diatasinya berbentuk pembiayaan - beli ia pasti dapat mengekalkan kejuaraan yang disandang kira-kira 5 tahun dahulu.
3. Cabaran - resiko - Penganjur juga sekiranya masa lama digunakan untuk menamatkan sesuatu perlawanan, perlumbaan dan pertandingan mereka akan letih dan takut petugas dan penyokong habis stamina, dan dan semangat untuk menjadi penyokong maupun pemerhati. Penganjur yang berlipat ganda dana pasti menambahnilai tenaga dan sokongan. Bagaimana peganjur yang kekurangan dana, pasti tenaga berkurangan dan ditakuti melarikan diri sokong lawan serumah tangga atau lari terus kerumah baru dengan berketuakan sukusakat baru. Inilah ketakutan dan halangan pasti dihadapi.
Tiga mauduk diatas pasti UMNO tidak mampu menafikannya, maka dengan itu perlumbaan tersebut mestilah mencari jalan keluar atau alternatif yang lain. Kalau tidak takut dicelah-celah inilah terdapat pelari ketika mampu mengatasi dan sampai kegarisan penamat larian perengkat negara itu dalam masa yang terdekat, ini tidak mustahil dan serba berkemungkinan. UMNO pasti wajib bersedia menghadapi cabaran keadaan ini.
JARAKJAUH BERRANJAU
Secara teknikal diperlumbaan dan perlumbaan tersebut ianya wajiblah diikat dengan peraturan khas, peraturan khusus, peraturan am. Dihadapan peraturan-peraturan tersebut ia mesti diungkai dengan penguatkuasaan yang menyeluruh. Saya kembali kepada perlumbaan jawatan Presiden UMNO yang dipertaruhkan dengan cadangan peralihankuasa menjelang Mac 2009. Apakah masa yang lompong menunggu tiba tarikh peralihankuasa tersebut dibiarkan semua yang terlipat terbang bebas?
Tidak pernah berlaku dalam sejarah kepimpinan UMNO pengumuman tidak mempertahankan jawatan Presiden tidak serentak disekalikan dengan perletakkan jawatan Perdana Menteri. Inilah dikatakan berhenti belari kencang; kepenatan dilangsungkan berjalan perlahan. Kehancuran anggota kabinet di kalangan ahli UMNO adalah fenomina yang menakutkan. Katakan penyandang Menteri - Timbalan Menteri mereka sekarang seperti cacing kepanasan, bengong dan tak berhaluan arah. Memikirkan masa panjang ini mereka terkeluar dari senarai calun-calun melepasi kuata bertanding. Keadan ini dapatlah kita simpulkan menteri - timbalan menteri dikalangan UMNO mengabaikan tugas resmi eksekutif kerajaan. Menumpukan perhatian dan menggunakan kemudahan kerajaan - rakyat untuk kepentingan diri sendiri, ini yang pertama kusutnya. Rakyat diluar dari UMNO memerhati gejala rasuah salahguna hartabenda rakyat - kerajaan untuk kepentingan pribadi/UMNO.
Jangan disangga mengatakan orang luar menangguk diair keruh, mengambil peduli hal ehwal rumah tangga, dapor dan bilik air UMNO. Jangan berpendapat sedemikian, kerana tidakkah UMNO/BN berhajat untuk menerus menerajui kerajaan, pusat dan beberapa negeri? Ingatlah elaun-gaji yang UMNO guna adalah termasuk duit dari cukai saya yang diambil untuk membiayainya. Ini prinsip demokerasi berperlimen. Jangan buta, sempit dan nafikan realiti ini. Kerajaan BN-UMNO kini dilanda pakej lengkap sindrom perpecahan, percakaran, perebutan jawatan, salahguna jawatan dan kuasa, rasuah sesama UMNO memancing pengaroh dan undi sokongan. Apalagi rasuah perdana negara projek mega kroni yang dibendung oleh BPR.
Pertarungan jawatan UMNO kali ini ia merupakan pertarungan kalah mati. Menang atau kalah kemungkinan rumah berkecai dan pemenang dan kalah akan menerima nasib seperti UMNO di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan serta GERAKAN di Pulau Pinang. Masa jarak jauh inilah membolehkan pehak ketiga mengambil peluang keemasan menubuh kerajaan pusat yang baru seperti mereka menubuh kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan sekiranya Wilayah Persekutuan mempunyai DUN maka Pakatan Rakyat telah menubuhkan kerajaan. Jangan menafikan permasalahan ini, kerana ianya tidak mustahil. Ianya sentiasa segar berjalan diusaha dan terus berkembang dan mendapat sambutan rakyat.
PELEK DALAM NYATA
Sejak diinstitusi ISA 1960 dan diteruskan salahguna kuasa ISA keatas rakyat, parti pembangkang musuh NO 1 UMNO - BN bersilihganti Perdana Menteri/ Menteri dalam negeri ribuan telah menjadi bahan mangsa dzolim oleh rejim UMNO-BN menghadapi rakyat di anggsp musoh. Ajaib dan kelu bahasa dan perundangan memikirkannya. Apa nak jadi!!!!!!!!!!!!! Apa nak jadi!!!!!!!!!!!!!!! Apa nak jadi!!!!!!!!!!!!!!!
Mutakhir ini ramai ahli pembangkang ditahan ISAkan oleh rejim UMNO-BN yang nazak, kritikal dan koma ini. Belum pernah terjadi ini kes telah pecah rekod. Bagaimana mungkin undang-undang ISA telah mengatasi dan menafikan semua tuduhan, semua kes terhadap sesiapa dan tidak ada mahkamah dapat membicara apa-apa kes. ISA mengatasi semuanya dan semua kes terhapus untuk dibawa kemahkamah untuk dibicarakan. Tetapi mangsa ISA ini pelek ditangani oleh Perdana Menteri ysng dilunasi kerjanya oleh Menteri Dalam Negeri DSHA keatas tahanan ISA Raja Petra Kamaruddin - RPK.
Ya! RPK dibawa keluar dari kemta yang sedang menerima hukuman ISA sedang dibuka beberapa kes untuk dibicarakan, amat pelik kes RPK ini. seolah-olah kes ini dibuka dibicara dengan bertujuan dan bermatlamat menerima segala dakwaan blog dikemukan RPK dan dicari pelaku-pelaku yang dinyata dan disebut RPK untuk dibicarakan. siapakah mereka yang RPK sebut nama mereka dalam blog? Inilah saya ingin melihat penyudah keatas perbicaraan pelek dan ajaib RPK ini. Sama-sama kita tunggu endingnya kes ini dan berkesudahannya watak-watak yang disebu. Kes sumpah, letupan dan pembunohan, bagaimana kesudahan cerita?
2.09 ptg -