Thursday, October 16, 2008

JANGAN MELANGKAH TEMPANG

DI PIKUL DIJINJING.

Sebelum dan selepas PRU12, 8 Mac 2008 yang lalu, pengundi dan rakyat Permatang Pauh telah berpadu menterjemahkan sokongan dan dukongan kepangkuan Pakatan Rakyat seperti kejayaan peninju digelanggang memukul belasah ko mangsanya, maka begitulah nasib malang diterima oleh UMNO - BN di Pulau Pinang dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 yang lepas.
Rakyat khususnya pengundi komposisi pelbagai keturunan kaum telah memberi kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat khasnya PKR terhadap calunnya DS Anwar Ibrahim seperti sirih pulang keganggang - pinang ketampok. Berbekalkan sokongan padu Pakatan Rakyat cemerlang mengekalkan kawasan Parlimen Permatang Pauh dengan mejoriti undi melebihi undi diberi penguni kepada calun UMNO - BN. Apa erti semua ini?
Pengemar dan candu politik dan rakyat marhean, memerlukan satu analisis untuk membantu mereka memudahkan membuat penilaian sehubungan keputusan pilihanrayakecil Parlimen yang pertama selepas negara menghadapi PRU12. Ianya berkisar dan berkaitan rapat diantara PR - PKR dengan BN - UMNO. Saya mulakan dengan dua analisis teras, dirapati dengan intipati info semasa yang lain.

Pertama: Pengundi dan rakyat di Parlimen Permatang Pauh; terdiri tiga dewan undangan negeri iaitu Permatang Pasir, Seberang Jaya dan Penaga. Komposisi kaum dari PKR, DAP dan PAS bersepadu, bergandingan tujuan dalam satu fokas dan matlamat, bersama-sama memberi sokongan sepenuhnya kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang terdiri dari DAP, PKR dan PAS yang berketuakan menteri YAB Tuan Lim Guan Eng. Rakyat padu menolak UMNO dan menolak BN khususnya menolak total Pak Lah Badawi dan Najib Altantuya C4.

Sokongan rakyat dan pengundi kepada Pakatan Rakyat adalah meningkat selepas PRU12 dengan YB DS Anwar Ibrahim memperolehi undi 31,195 undi dengan majoriti 15,671 melebehi jumlah undi 15,524 yang diberi kepada calun UMNO - BN. Kata lain UMNO - BN di tolak terlengtang tertiarap membahan tanah diungulli diajar oleh rakyat dan pengundi di pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, inilah realitinya.

Kedua: Sekali pun YAB DS Abdullah Ahmad Badawi bukan sahaja kaya mal, tetapi ia juga kaya jawatan diperengkat negeri dan negara. Dengan menjawat jawatan Presiden UMNO/Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang/Perdana Menteri/Menteri Kewangan (ketika itu)/Ahli Parlimen Kepala Batas/Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, sekalupun kekayaan mal dan jawatan beliau terus ditolak pengundi Permatang Pauh dan rakyat Pulau Pinang, negerinya sendiri. Bagaimana mungkin tampa pengkalan negeri Pak Lah akan diterima mudah oleh ahli-ahli UMNO yang diantara mereka masih ada pengkalan negeri.
Sejak lepas PRU12, DS Najib, TS Mohiyaddin, telah asap limau dan perasap kemian keris pesak UMNO dibantu oleh sepupunya mencari mangsa utama. Najib dan Mohiyaddin sedang ditandu oleh mahaguru shifu usang Tun Maha agar anaknya MP Jerlun berada diatas dari KJ menantu. Sintuk sudah pelimau sudah MP Jerlun menunggu Mac 2009 untuk menganggotai kabinet yang kanan kapasiti KP Umno Malaysia mengambil alih tempat TS Mahiyaddin Yassin.

Ketiga: Sehubungan kekalahan UMNO-BN di pilihanrayakecil Permatang Pauh, ianya berangkai musibah dan malapetaka umpama C4 yang membunuh Altantuya akan dihadapi dan diterima oleh Pak Lah desakkan, hambatan pada bila-bila. Ianya amat pedih untuk ditanggung Kamaluddin anak dan KJ menantu (bukan saya cipta ini tetapi dari seorang keciwa di Kuala Ketil mentafsir KJ = Khinzir Jahanam, selepas ia mentafsirkan PKR mengikut citarasanya). Natijah dan resikonya dari akarumbi, Bahagian-bahagian, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden serta Ahli Majlis Kerja Tertinggal, akan secara terbuka mengusul Pak Lah supaya meletak jawatan dengan segara; jawatan parti dan jawatan kerajaan kepada Timbalan Presidennya yang dipenuhi pelbagai penyakit kronik pasaraya, seperti korap, panau, kudis buta, pemburu malam dan entah apa lagi.

Keempat: Menteri Pertahanan (ketika itu)/Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden UMNO adalah Pengarah Pilihanraya BN - UMNO adalah Pengarah Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh telah ditolak oleh pengundi dikalangan Ahli UMNO sendiri, Ahli Gerakan, Ahli MCA dan Ahli MIC dan fakta ini tidak boleh disangkalkan oleh beliau.

Pengarah Pilihanrayakecil UMNO - BN di Parlimen Permatang Pauh/Menteri Pertahanan telah menambah satu lagi komponan tidak resmi BN dengan membawa masuk anggota tentera untuk melindungi beliau dan melindungi UMNO - BN bertujuan menakutkan pengundi khususnya pengundi Pakatan Rakyat dikalangan semua kaum. Ini adalah penyelewengan kuasa dan salahguna kuasa dan ianya adalah mungkar.


SEPUH DAN CANAI.

Kerajaan UMNO - BN sebelum pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh selepas itu hingga sekarang sedang dan terus membuka dan melebar serta meniup api perkauman dengan menggunakan semua media resmi kerajaan RTM, Polis, BPR, TV3&CO seperti petrol dilontar mancis. Mereka sedang berusaha bersungguhnya menjual dan menjaja saham api perkauman kepangkuan rakyat. Bertujuan UMNO-BN bersama Polis untuk membuka gelanggang baru untuk membolehkan UMNO-BN terus memerentah dimodium baru bernama darurat dan Mageran. Mereka akan menggantung perjalanan Parlimen dan semua DUN.

Sebab itulah UMNO-BN terus sepuh dan canai api perkauman agar rakyat disemua komposisi kaum membelinya. Syukur Alhamdulillah rakyat India, Cina, Melayu dan kaum-kaum yang lain di Sabah dan Serawak tidak terjebak dengan program dan polisi basi yang dipasang oleh UMNO - BN untuk kali ini.

Dihadapan rakyat sekarang selepas PRU12 mengharapkan perubahan kerajaan diperengkat pusat berlaku menggantikan BN- UMNO kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang bersama-sama PAS DAP dan PKR. Usaha, persiapan dan pengurusan dalam semua sudut berjalan berterusan. Semua usaha sedang diperhalusi dan di lengkapkan. Rakyat sewajarnya bersabar. Percayalah ianya seperti kapal dagang yang berlabuh berhenti dipelabohan; tetapi enjinnya terus berjalan berfungsi tanpa berhenti. Sebegitulah usaha-usaha dijalin dan dijalankan oleh kepimpinan kanan Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya, Inshaallah.


TAUFAN GELOMBANG.

Krisis kepercayaan dan krisis keyakinan kepada Perdana Menteri di unjurkan oleh Timbalan PM dan menteri-menteri kanannya. UMNO sedang dilanda taufan dan gelombangnya terlalu tinggi. Sunami pemilihan UMNO yang sedang berjalan sekarang, semuanya adalah terowong sempit yang mengucup seluruh tubuh batang UMNO.

Tukang tilek, bomoh pengsui sedang berusaha menjalan kerjausaha untuk cantas menteri yang berpehak dekat Pak Lah agar dinafikan menduduki paling tidak Majlis Tertinggal UMNO Malaysia. Semua usaha-usaha sedang berjalan Najib & Co sedang usahakan penyokong setia Pak Lah yang menjawat jawatan menteri dinafikan berjaya menduduki Ahli Majlis Kerja Tertinggal. Usaha-usaha pantas agar Sharizat Jalil mencukupi kuata untuk bertanding dan kuburkan TS RA.

Tofan dan gelombang ini akan menjadi angin sepoi-sepoi sekiranya dengan izin Allah dan dengan kehendak Allah meletakkan halangan dihadapan mereka. apakah halangan yang digeruni oleh UMNO - BN itu? iaitu PAKATAN RAKYAT akan mendapat perkenan restu DYMMSPB YDA, Inshaallah. Saya yakin ini.