TIBAI
Tibai, balon, pukul, hentam senonimnya dalam fahamkata kamus politik adalah keberanian menegor, mengkritik secara sindiran atau berdepanan sampai tahap mengugut menuntuk keadilan samarata dan samahak dapat disimpulkan penguasaan. Teras bagi kayu sengal adalah dibahagian tengah yang amat keras dari bahagian luarnya. Lawan kepada teras adalah pulor. Disini apabila kita membincangkan Barisan Nasional - BN yang asasnya adalah Perikatan terdiri UMNO, MCA dan MIC. Era tahun 1974 menjadi komponan lebeh besar menjadi BN yang dianggotai oleh 17 parti (banyaknya parti dari Sabah dan Sarawak). Yang mendakwa dan mengangkat bakul sendiri menjadi teras didalam BN.
Sekiranya dakwaan UMNO partinya adalah teras kepada BN, mana mungkin sifat sebagai teras dipersoal? Pasti UMNO tidak mempunyai kekuatan ampuh yang berwibawa berintergriti yang terlucut dan pupus dari dakwaan teras, andai teras-atau kekuatan itu dirujuk sifatnya kepada teras kayu. Maknanya selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 UMNO dalam BN telah menjadi pulor. Kalau UMNO masih membabit dada dan membusung mengatakan teras, maka ianya seperti batang rumbia atau batang pisang. Itulah sifir yang tepat dipasangkan kepada UMNO sekarang.
TELOR ATAU AYAM
Sejak berlalunya PRU12 hampir lapan bulan, rakyat tertanya-tanya bengong mempersoalkan selogan Pemimpin Perdana UMNO ajak rakyat bersatu, dalam masa yang sama mereka telah cabut keris dan memasuki gelanggang dan bertarong. Untuk apa? Prilaku mereka untuk selamatkan BN sebagai kerajaan atau untuk selamatkan diri dan kroni menangani UMNO untuk menunggangni BN dan BN ini banyak lagi parti-parti yang mendukunginya. Disinilah saya nampak kalut dan karut akan seruan meminta rakyat negara bersatu mendukungi BN.
Telor-telor yang datang dari UMNO, dari MIC dan MCA seolah-olah sedang membunuh ibu ayam mereka yakni BN. Apa tidaknya mereka terus, sedang memperkudakan seluruh harta rakyat dan negara yang bernama kemudahan awam, perkhidmatan awam menjadi alat kemudahan kepada UMNO, MIC dan MCA. Pimpinan Negara dalam BN mereka tidak berasa berdosa dan bersalah menggunakan semua itu untuk menjana perjalanan parti mereka dalam mesyurat agung masing-masing.
Urusan kerajaan terjejas, mereka gunakan pejabat menteri berurusan untuk parti dan mengadakan persidangan akhbar untuk diri sendiri kerana UMNO. Dikalangan jemaah menteri telah mempertikaikan secara terbuka didalam dan diluar negara. Tibai Presiden UMNO dan memperlekehkan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, sama-sama UMNO. Tut tut, tut tut, pinta rakyat bersatupadu dan berkerjasama. Bersatupadu untuk apa? Berkerjasama untuk apa? Menteri-menteri tidak menghormati Perdana Menteri; bagaimana rakyat yang diluar dari UMNO nak menghurmati PM sedangkan ahlinya sendiri menghinanya.
SALAK
Apa SAPP tak kata dan tuduh pada Presiden UMNO/PM DS Abdullah? Tidak ada pembelaan bersepadu dikalangan Jemaah Menteri mempertahankan PM. Hatta terdapat menteri-menteri yang tumpang sekaki menyiram petrol. Kenapa ini semua terjadi? Apa MCA tak kata dan tak tuntut kepada UMNO khususnya PM/Presiden UMNO termasuklah Gerakan. Mereka balon sampai patah kaki, tetapi menteri-menteri/timbalam menteri membiarkan saja komponan yang tunjuk susoh dan menajam taring menghala kepada UMNO. Kemana pergi Pemuda dan Putra UMNO? Mereka koro. Mereka pencilkan diri membiarkan Presiden UMNO mereka Pak Lah lemas didaratan, haus dahaga dilautan, mengigil lesejukkan diterik mentari.
Demi kepentingan pribadi masing-masing rela ketawa biarkan ketua mereka Presiden UMNO-PM diperlekehkan oleh komponan dikalangan mereka. Kenapa? Ada makna semua prilaku itu. Ibarat nyamok gigit dikaki, kita ambil M16 menembak nyamok tersebut. Bukan nyamok saja yang mati tetapi tuan gigitan nyamok turut berkecai. Nyamok tadi tidak perlu ditembak, cukulah dengan sebatang jari menamparnya. Panorama beginilah yang melanda UMNO sekarang.
Diatas nasib malang inilah saya boktikan, UMNO telah terkeluar dari TERAS dalam BN dan ia sekarang adalah PULOR kalau teras pun adalah teras batang pisang. Inilah akibatnya, inilah kehinaan yang diterima oleh UMNO la nie, bila sesama sendiri tendang terajang, balun dan tibai Presiden sendiri Pak Lah secara resmi dalam mesyurat agong masing-masing. Ahli-ahli UMNO sekarang mereka bangga seronak bila Pak Lah Presiden UMNO yang mereka ahlinya dihina dimalukan oleh MCA, MIC, Gerakan dan komponan lain.
Inilah petandanya mesyurat UMNO yang sedang bersidang sekarang adalah jalantunjuk gaung dalam jurang naga sedang mengangga untuk menelannya bersekali dengan tenggelamnya BN, sama-samalah kita tunggu masanya. The time is coming.
ANAK JANTAN
Saya ulang disini, sekalipun Pak Lah umumkan takmau mempertahankan jawatan Presiden UMNO kali ini, sekalipun begitu wajib sebagai tanda hurmat, tanda setiakawan senegeri, wajib 13 bahagian UMNO mencalunkan DS Abdullah Ahmad Badawi untuk jawatan Presiden. Pasti sikap jantan ini sesekali adalah perlu demi maruah. Tidak pernah berlaku Penyandang jawatan tidak mempertahankan jawatan yang disandang demi mengelak perpecahan. Ghalibnya bakal penentang itulah yang tinggalkan hasrat tidak bertanding. Ini hujan sudah kelangit, bagi sikat pada sibotak. Tak Bertanding pun pecah, mungkinkah bertanding jadi berkecai?
Pak Lah tak bertanding keputusannya songsang. 13 Bahagian UMNO Pulau Pinang tak calunkan juga Pak Lah adalah dayus dan hipokrit dalam setiakawan penyokong sejati. Mereka biarkan Pak Lah tengelam tampa pelampong dihulurkan.
Lihatlah Wanita UMNO lebih bijak dari UMNOnya, telah mengangkat dan membolehkan Shahrizat Jalin beradu dengan TS RA. Pasti Shahrizat akan memenangi Ketua Wanita UMNO. Saya pasti tentang ini, penyokongnya telah membuka dan merintis jalan tunjuk dan puncak kemenangan. Awalnya Shahrizat tak mau lawan TS RA akhirnya pengundi mengajar Rapidah.