Presiden Umno YAB DS Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) setelah sekian majlis resmi dan tidak resmi Umno, jamuan hari raya aidil fitri sampailah di Mesyuarat Majlis Tertinggal Umno dimalu, dibalun ditibai, disinis serta diasak dengan pelbagai cara oleh dikalangan ramai pemuka-pemuka Umno yang beliau melantiknya dahulu telah menggunakan platform BN mengumumkan beliau tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno disebabkan beliau sememangnya mengetahui yang dirinya tidak memperolehi percalunan undi membolehkan bertanding mempertahankan jawatan kunci gudang harta karun Presiden Umno kelmarin 9 Oktober 2008 Khamis. Beliau telah terhapus roh dan jasad untuk mengumumkan dikajang Umno sendiri seperti yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir. Inilah kelemahan dan jalan berlopak dilalui Pak Lah disisa-sisa menjalankan kerjatugas Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.
Dacing (sekalipun telah dimansuhkan penggunaannya dalam urusan timbang menimbang dalam negara) yang menjadi simbol BN sejak 1974 tidak mampu untuk menimbang beban duka nistapa, malu dan pilu dikendong oleh Pak Lah bersama-sama dengan Khairi menantu, anak menantu dan Jean isteri bersekali dengan kroni-kroni yang terang nyata dan kroni belakang tabir. Anak menantu, bini dan kroni sedang menanti dan berkira memikirkan bagaimana takdir dan nasib gunung emas, ikan emas, kapal layar adakah ianya akan selamat. apakah semua khazah tersebut akan mendapat perlindungan dan jaminan dari Presiden Umno Baru yang baru DS Najib Tun Abdul Razak. Dalam hal ini saya tolong menjawab semuanya akan selamat kerana lanun selama ini bermaharajalela dilautan samudera yang telah mendarat dilautan, sebenarnya mengenali ia akan mata dacing atau anak bulan.
VANUE DAN GELANGGANG DIBUKA
Pengumuman tidak mau bertanding dan mempertahan jawatan Presiden Umno itu, dalam masa yang sama, saya beranggapan Pak Lah dan menantu Khairi & Co masih disudut harapan hati kecil mereka sebenarnya, mengharapkan agar akarumbi (serabut dan tunjang) Umno menerusi bahagian-bahagian yang memulakan persidangan agar tidak terlepas pandang untuk mencalunkan Pak Lah untuk jawatan Presiden. Pak Lah sekalipun ianya tidak mustahil tetapi untuk detik sekarang seperti mengharapkan manis dari setahil garam, itulah yang dapat saya teleahkannya. Lihatlah sebaik gelanggang dibuka, gendang dipalu regu Najib dan Mahiyaddin telah membuka tari awal yang bergaya. Ini adalah petunjuk awal Pak Lah & Co.
Disinlah saya ingin menyaksikan bahagian-bahagian dahulunya ketua mereka adalah kroni dan proksi Pak Lah, adakah mereka akan menjadikan penarikkan diri Pak Lah dijadikan penghalang dan jembalang penyebab Pak Lah tidak dicalunkan. Kalau 2003 - 2007 mereka sering melaung "Hidup Pak Lah!" Hidup Pak Lah!" Hidup Pak Lah!" Kami bersama mu Pak Lah! Kami sokong Pak Lah! Penyokong-penyokong munafiq inilah yang mengelilingi, menghambat serta mengekori Pak Lah dan menantu Khairi kejamban, diairport maupun dimana-mana depa cium tangan, cium buntut dan pungkok Pak Lah dengan berkata kami bersama Pak Lah, mana pi semua depa ni. Semua mengaku orang Pak Lah, dikereta didada pelekat sticar "Umno Bahagian Kepala Batas" sekali pun mereka bukan dari bahagian tersebut. Keramat dan tersehornya Umno Kepala Batas dan Pak Lah dulu. Apa cam la ni.
Adegan munafiq yang ingin saya saksikan adalah dari 13 bahagian-bahagian Umno di Pulau Pinang negeri tumpah darah Pak Lah. Khas dan khususnya Umno Kepala Batas dan 12 bahagian yang lain. Adakah kepimpinan bahagaian-bahagian Umno Pulau Pinang merupakan penyokong setia sejati yang tulin ada batang****** dan teloq****** terus mencalunkan sebagai pejuang wira sejati terus mencalun Pak Lah untuk menjawat Presiden Umno. Kalau Pulau Pinang solid boleh dapatkan Pak Lah 13 pencalunan pasti tidak sulitlah untuk negeri-negeri lain tulong tampong. Kalau Umno negeri sendiri pun tendang terajang Pak Lah, tentu pasti bahagian dari negeri-negeri lain seperti harapkan sisik dari ikan tenggiri. disinilah harga dan nilai diri Pak Lah nampak seperti emas 916 rupanya tembaga suasa yang gadai tak laku. Sokong bawa rebah.
Pembelaan dan sokongan bukan lagi untuk Pak Lah, dah berpindah dekat Najib. Depa yang laung "Hidup Pak Lah! Kami sokong Pak Lah; Barua-barua inilah secara jelas pada 10 Oktober 2008 di Kuala Trengganu berpindah salakkan dan laungan baru "Hidup DS Najib!" Hidup DS Najib! Hidup DS Najib!" Kami sokong DS Najib!. Kami Sokong DS Najib. Saya yakin selepas 9 Oktober pengumuman disempurnkan oleh Pak Lah tersebut, ianya merupakan jalan tunjuk dan tunjuk jalan yang mana pergerakan Pak Lah selepas ini ianya sudah pupus dalam ingatan sebahagian ahli-ahli Umno yang berkepentingan. Cuma lalat dan langau sahajalah yang sambut tunggu di Bayan Lepas sekiranya Pak Lah ingin balik ke Kepala Batas atau Pak Lah haramkan dirinya balik ke Kepala Batas, Pulau Pinang apalagi negeri ini adalah penguasaan kerajaannya adalah Pakatan Rakyat. Selepas Mac 2009 ini atau lebih awal dari itu mungkin Pak Lah pergi membuka dan menjinak Kanggaro di Australia serta bermain kapal layar mewah di Tasmania.
UMNO PULAU PINANG
Pandangan dan telahan awal saya, semasa dalam Pak Lah sebagai Presiden Umno Baru dan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pernah dipegang; dengan segala macam monopoli kuasa dan cambahan longokkan projek kepangkuan kroni-kroni. Disuasana kekuasaan dan sogokkan itu pun kerajaan BN Pulau Pinang tersungkur, rebah terlentang di tangan Pakatan Rakyat (DAP, PKR dan PAS). Kini selepas 7 bulan PRU12 berlalu saya sudah nampak kepimpinan naga lanun UMNO Pulau Pinang sudah letih dan tidak berupaya, bertenaga dan idea menghadapi PKR. Petrol, minyak tanah, gas perkauman dicanang sepenuhnya di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dengan fitnah semuanya dinafikan rakyat khususnya pengundi-pengundi komposisi di Permatang Pauh. Kalau diperlumbaan lari 400m untuk tempoh 2 saat, Umno Pulau Pinang kini cuma mampu berlari 20m tetapi masa yang diambil selama seminggu.
Kita lupakanlah sementara perubahan kerajaan diperengkat pusat dalam tahun ini (2008), oleh Pakatan Rakyat. Saya melihat angin perubahan dan citarasa pengundi anak merdeka dalam menghadapi PRU13 samada 2012 atau 2013 kemungkinan Parlimen Tasik Gelugor dan Kepala Batas akan melayang kepada Pakatan Rakyat dan DUN 10 yang di pegang oleh Umno barangkali akan berkecai. Atau pun ketika itu BN mampu memenangi 1 kawasan Parlimen dan 4 Dewan Undangan Negeri. Ini semua tidak mustahil, serba mungkin dan ianya tidak mustahil. Pak Lah sendiri tidak mampu membawa bodinya dan bagaimana ketika itu untuk membantu kawasan-kawasan yang lain. Pasti PRU13 kelak Umno akan calun peganti Pak Lah untuk mempertahankan Parlimen Kepala Batas. sama-samalah kita tunggu dan melihat kenyataannya ketika itu. Wallahhualam.