Wednesday, October 15, 2008

DELEMMA ANAK MUDA

KELU MENJAWAB

Sebenar dan sesungguhnya persoalan saudara (AJK PAS Kawasan - sempadan Padang Serai/Tasik Gelugor) bersabit Peralihan Kuasa UMNO - BN disusuli pertanyaan jadikah Pakatan Rakyat (PR) ambil alih pemerentahan kerajaan pusat, dan bila? Sepatut dan sewajarnya soalan cepu emas tersebut saudara kemukakan langsung kepada kepimpinan utama Pakatan Rakyat samada pimpinan PAS, PKR maupun DAP dan tidak kepada saya. Siapalah saya untuk menjawab serta mampu memuaskan hati memenuhi persoalan saudara yang berat itu? Saya tidak memiliki autoriti apa-apa mewakili dan bagi pehak kepimpinan perdana PR.

Kalau saudara berkehendak pendapat pribadi saya, kemungkinan sekadar pengetahuan yang ada dapat saya sampaikan sekadar pengetahuan saudara sahaja. Inshaallah. Pendapat pribadi saya bukanlah jawapan resmi yang boleh saudara bersandar untuk dijadikan hujah, bekal dilanjut dan disambungkan kepada pehak-pehak lain. Ianya sekadar pengetahuan dan info untuk saudara dan anda wajar berfikir dan menjana pertimbangan info dapat dijadikan maklumat perbendaharaan ilmu.

Saya sentuh persoalan yang sengkak bengkak sehubungan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerentahan kerajaan pusat yang tidak menjadi kenyataan pada 16 September 2008 yang lalu akan menjadi realitikah?. Kalau dipadukan jurang perbezaan usia kita berdua yang saya dilahirkan pasca sebelum merdeka dan negara kita ketika itu dikenali dengan Malaya atau Tanah Melayusaya menjangkau umur 60 tahun dan saudara awal 30han dilahirkan 35 tahun selepas merdeka dan dengan nama baru negara Malaysia. Saudara anak lepas merdeka yang kemudahan infrastruktur dan alat bantu belajar dan pembelajaran serba moden dan canggih.
Malangnya awal-awal lagi saudara mengaku jahil menjana komputer. Tidak berupaya serta gagal menerima dan mengikuti perkembangan lebuhraya jaringan internet, jalur lebar teknologi pergerakan serba pantas dan setiap detik berubah dan berkembang disudut software dan hardware pengisian dan aplikasi komputer, iT dan iCT. Itu adalah kelemahan yang saudara tidak berhajat mengatasinya kekurangan berkawan dan bersahabat dengan komputer - laptop yang mana didalamnya mengandungi kepelbagaian maklumat, ilmu untuk nilai tambah pengetahuan. Saya mampu kehadapan saudara dalam hal ini.

Dalam apa-apa perkara yang kita tunggu dan kita nanti, ianya memerlukan perhatian permainan melalui pengamatan gerakhati secara bijak yang positif. Ketul hati inilah bersarangnya nafsu dan was-was. Untuk menghalang gerakkerja hati ianya memerlukan minda yang dipupuk dibina bersekali dengan akal yang waras yang ianya bersekali duduk dengan otak. Hati dan nafsulah yang berperanan menjebak kita menerima pakai, atau meminjam pakai dari lidah resmi musoh yang bernama manusia, bernama akhbar perdana dan tv samada mencari atau kebetulan. Disinilah kita mendapat modal dari musuh dan kita simpan didada dan adakalanya kita menjadi lidah resmi musuh dengan menghebahkan info songsang yang bersifat batu api pengadu dumpa.

Kita menghala dan mempertikaikan pasai apa Pakatan Rakyat gagal tubuh kerajaan pusat seperti yang diwar-warkan. Disinilah saya melihat kelemahan dan kejahilan dikalangan kita yang mempersoalkan sedemikian. Kita lupa yang setiap itu gagal atau jayanya ianya adalah dalam penguasaan dan penentuan Allah yang mutlak, dikalangan kita mereka lupa ini. Semua usaha disemua keperluan dan disemua sudut kepimpinan tertinggi PR telah berusaha semaksimanya dengan gigih sabar dan bertanggungjawab serta memikul resikonya. Wajarkah kita menghala penangguhan penubuhan kerajaan pusat itu oleh Allah, maka kita mencipta masalah dijadikan penyebab untuk berbalah sesama sendiri dan bukan musuh menjadi lawan kita. Saudara berhemat dan berhati-hatilah dalam menangani masalah ini.

Disinilah kita memerlukan daya intelek kebijaksanaan, sabar yang mendalam setelah kita menjalankan semua keperluan, semua pengisian, semua usaha, diikuti dengan doa yang kudus iklas kepangkuan Allah dan disusuli dengan tawakal. Saudara, maafkan saya dengan persoalan ini. Dikalangan kepimpinan Pemuda, Muslimat dan PAS kawasan berapa ramaikah dikalangan kepimpinan hatta diperengkat cawangan yang berusaha dengan pendekatan seperti diatas? Inilah asas puncanya yang berbelit melingkari dikalangan kita. Kita berbangga menghala dan menuding kepada pimpinan perdana diatas, sedangkan kita tidak buat apa-apa berusaha membantu mengikut kemampuan dan keupayaan kita, mengapa?

Ahli PAS, ahli PKR dan penyokong mereka menafikan mereka mempunyai kelengkapan, kekuatan dan senjata yang ampuh untuk melebur dan menghancur musoh. Apakah senjata itu? Senjatanya adalah doa yang iklas kudus, solat hajat dan doa dan bertawakal. Itulah komponan senjata mukmin yang kita sebagai ahli/penyokong PAS - PKR selama ini dinafi dan diabaikan kebaikkan dan kekuatannya. Kenapa saudara kelu? Senjata tersebut adalah senjata yang diajar dan ditinta kalam oleh Allah dalam kalamnya Al Quraan melalui Junjungan Rasullallah Muhammad Ibn Abdullah Al amin.


YAKIN

Saudaraku, saya menunggu jauh lebih lama sejak PRU2 1964, PRU3 1969, PRU4 1974, PRU5 1978, PRU6 1982, PRU7 1986, PRU8 1990, PRU9 1995, PRU10 1999, PRU11 2004 dan PRU12 2008 untuk menyaksikan PAS bersama dengan parti-parti lain khususnya kini Pakatan Rakyat untuk memerentah negara. Saya amat peka dan merindui untuk pijak kaki di Pejabat Perdana Menteri untuk solat syukur yang lama saya nazarkan termasuklah di Pejabat TPM di Putrajaya. Saya sabar menunggu saat itu, saya sabar menunggu dan sabar menanti. Akan janji Allah, Inshaallah. Inilah suara hati kecil saya sentiasa berbicara.

Saudara, pacak dan pasakkanlah keyakinan ini sebagai paksi dan simpai mati kita menunggu saat ketibaan Pakatan Rakyat memerentah negara kita, Inshaallah. Saya berbicara dan pasak keyakinan kepangkuan isteri dan anak-anak saya, bahawa ufuk kerajaan Malaysia bukan kerajaan peralihan kuasa UMNO tetapi adalah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, Inshaallah. Saya yakin ini, sebagaimana saya yakin berganti silih naik dan turunnya matahari dan putaran jam berpusing tanpa rehat bermakna hidupku kian pendek dan kematian kian menghampiri. Seiring itulah bermakna hampirlah masa berbaki untuk penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Malaysia dinobatkan menjadi kenytaan yang hakiki, Inshaallah. Inilah keyakinan saya kalau saudara awal tadi bertanya sehubungan ini.

Allah tangguhkan sesuatu kerja besar itu, kerana Allah untuk mematang dan memasak semua kerja buat kita. Saya lama menunggu sebagaimana senarai PRU umum dilalui saya dan saya mengabdikan diri membantu sejak tarikh-tarikh PRU saya paparkan, tanpa jemu dan jauh sekali dari keciwa. Anda baru 2 kali menghadapi ujian PRU sudah meletakkan kemenangan kenapa lambat dicapai. Saudara bersabarlah, beristifarlah. Cukuplah saudara cari dengan tokoh lain sehubungan matlamat peralihan kuasa BN yang sudah nampak kubur dan batu nesannya, saya yakin ini akan berlaku.

Wasalam.

11.11mlm