Saturday, October 18, 2008

TUNGGULAH PERTUKARAN KERAJAAN KIAN HAMPIR

KERANGKA FITNAH PROFIL TINGGI


Dalam tempoh 10 tahun perjalanan lajunya masa berlalu, pemain-pemain dan penyokong politik negara kita dari tahun 1998 - 2008 ianya ianya memasuki era baru politik negara kita Malaysia, menuju Negara Bangsa. Walau ianya masih memerlukan indekator - pendekatan yang berani tulus iklas tuntutan dan pengurbanan ego perkauman yang bersarang selama ini dibendung dipelihara bajai oleh UMNO-BN dalam menhancuru semua komposisi kaum dalam negara untuk BN-UMNO terus berkuasa. Pendekatan stail berpolitik pasca awal merdeka membawa kepada era 70han, 80han sudah menuju trowong sempit dan gelap.
Disini saya berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamed semasa beliau menjadi Presiden UMNO/Perdana Menteri/Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri meledakkan kegemparan mencipta fitnah perdana kepada negara dan dunia dengan melakar tuduhan palsu bersabit liwat hemoseksual dengan memecat timbalanya ketika itu yang menjawat Timbalan Presiden UMNO/Timbalan Perdana Menteri/Menteri Kewangan dan Pemangku Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat, memecat mendakwa dan menghmban DS Anwar ke penjara Sungai Buloh selama 6 tahun.
Tun Dr Mahathir selaku Menteri Dalam Negeri yang kaya dengan pengalaman dengki kesumat dan dendam membara, telah menyerah baten walikuasa kepada Ketua Polis Negara ketika itu TS Rahim Nor untuk membuka gelanggang menjadi ahli tinju profesional membaham mangsanya bergari tangan kebelakang didalam lokap Ibu Pejabat Polis Negara Bukit Kucarkacir, dengan pukulan tko mata lebam hampir menemui ajal kepangkuan mantan Perdana Menteri/ Mantan Menteri Kewangan Ds Anwar Ibrahim, mujurlah Allah melindungi DS Anwar dari bahaya maut walau sakitnya tidak terperi.
Natijah dari peristiwa KPN RS Rahim Nor dari KPN bertindak bertukar profesion sebentar menjadi ahli tinju ptofesional dengan mendapat keizinan dan kebenaran khusus dari Menteri Dalam Negeri/PM Tun Dr Mahatgir Mohamed Kutty. Maka ianya telah disambut oleh rakyat jelata dengan menyatakan bantahan secara besar-besaran di ibu negara dengan tunjuk perasaan - demonterasi perdana, dikalangan semua komposisi kaum rakyat negara. Disinilah menjadi titik tolak sikap yang jelas dikalangan rakyat memberi sokongan dan simpati kepangkuan DS Anwar Ibrahim yang difitnah dan dinayai oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang berkuasa bersultan dihati beraja dimata.
Sebaik saja pemecatan keatas DS Anwar Ibrahim, ketika inilah baru teruji sokongan sejati selama ini atau sekadar sekilo gula. Atau diatas sifat setiakawan dan persahabatan tulin sememangnya termenteri sekalipun berbeda anutan parti politik diterjemahkan dan rakyat dapat menyaksi dan membuat penilaian. Almarhom Presiden PAS/Ketua Pembangkan YB Ustaz Fadzil Nor dan pimpinan PAS diantara sahabat yang awal kerumah DS Anwar Ibrahim memberi sokongan dn simpati bersama-sama dengan pimpinan PAS yang lain sebaik sahaja beliau dipecat. Tidak terdapat pimpinan kanan UMNO yang awal kerumah DS Anwar Ibrahim kecuali puluhan ribu penyokong akarumbi non partisian.
Tarikh 23 September 1998 saya Ibn Abdullah Awab adalah diantara yang berada sehingga subuh di rumah DS Anwar bersama ribuan penyokong-penyokong yang lain. Sahlah tuduhan liwat menjadi tudohan pokok keatas DS Anwar Ibrahim. Negara amat sedih melihat peristiwa songsang kurang ajar mengusong naik turun tilam sebagai diantara bahan bokti. Dalam sesi perbicaraan semua saksi kerajaan adalah telah menjadi barua dan anjing suruhan bersepadu kepada Perdana Menteri Dr Mahathir. Seluruh penyokong DS Anwar Ibrahim amat berdukacita dalam menghadapi perbicaraan dan saksi-saksi kerajaan yang dikemukan oleh pendakwa.
Diantara saksi-saksi kerajaan yang berpegang dengan ilmunya yang ia pelajari, berpegang teguh dengan report siasatan yang dilakukan keatas DS Anwar bersabit dengan tuduhan liwat DS Anwar. Yang takut kepada neraka Allah yang masih perpegang beriman dengan prinsip kebenaran, keadilan etika doktor dan perubatan, sebagai saksi terakhir dan terpenting untuk pendakwa dan pembela, menunggu dan menanti apakah keputusan bakal dilakukan oleh pakar forensik pathology dari Hospital Besar Kuala Lumpur.
Apabila dalam sesi soaltanya pendakwa kepada pakar forensik sehubungan dengan hasil bedahsiasat dilakukan keatas DS Anwar. Pakar forensik dan phatology Hospital Besar KL Dr Zahari Bin Noor mengatakan tidak didapati kesan-kesan sebagaimana direka pendakwa. Maka penyokong DS Anwar khususnya sebagaimana saya difahamkan khususnya Ustaz Fadzil Noor menangis terisak-isak kerana masih ada dikalangan penjawat awam yang beretika berani serta bertanggungjawab menghadapi resiko dan tidak tunduk dan kalah dengan Mahathir walau pun KP Negara, KH Negara dan lain-lain kalah dan sanggup menjual diri dan takutkan Mahathir. Maka tuduhan rasuah tanpa pitih sahaja sebagai ganti malu tuduh, inilah jasa Mahathir yang patut disumpah oleh rakyat yang cintakan kebenaran.
Bermulah laungan penentangan "Refomasi" maka pecahan dari UMNO lahirlah Parti Keadilan yang dipimpin sendiri oleh isteri DS Wan Azizah Wan Ismail ketika anak-anak masih kecil dan memilukan. Disinilah dapatlah DS anwar Ibrahim melihat sendiri selama ini siapalah sebenarnya penyokong setia, setiakawan dan susah sama dihadapi, lurah sama-sama dituruni. Ketika inilah lahirnya usahasama dan kerjasama keparat ketua-ketua pengarah bertindak dan membuat kerangka untuk melaksana menjalan tuduhan kesalahan, pendakwaan secara kolektif. Mereka adalah Ketua Polis Negara TS Rahim Nor, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Datuk Musa Hassan, Peguam Negara TS Mokhtar, Ketua Pendakwa Ghani Patail, Hakim cokelat Hacks.
TERJEMAHAN PRU12 - 8 MAC 2008
Apabila Pakatan Rakyat menafikan 2/3 penguasaan UMNO-BN di Parlimen dan gagal menawan Kelantan terlepas penguasaan di Wilayah PErsekutuan, hilang kuasa di negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Tempoh tujoh bulan ianya telah mematangkan kepimpinan perdana Pakatan Rakyat PAS, PKR dan DAP. Khususnya kepimpinan Pakatan Rakyat diperengkat negeri.
Apabila kepelbagaian komposisi pemimpin berjaya dengan harmoni, telus menangani permasalahan rakyat diatas paksi keadilan dan kepercayaan dan diikuti oleh komposisi rakyat memberi sokongan padu kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang kian lama kian bertambah baik perpaduan, kepercayaan dan rakyat mengharapkan kerajaan Pakatan Rakyat mestilah lebih adil lebih telus dari UMNO-BN.
Lonjakkan inilah dengan sokongan padu dari rakyat, rakyat berkehendakkan Pakatan Rakyat menerajui memerentah negara dalam masa yang pantas mengikut perlembagaan negara kita yang ada. Masa kian hampir. Kepada UMNO-BN janganlah menuduh dan menghala salah dan tuduhan kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil Pemerentahan negara dengan tuduhan bodoh. Lihat dan imabulah kembali bagaimana beberapa negeri dulu telah diambil alih pemerentahan kerajaan negeri-negeri melalui berbagai cara yang UMNO/Perikatan/BN lakukan lupakah sejarah tersebut?
Bagaimana UMNO/BN lumpuhkan kerajaan Parti Gerakan pimpinan Lim Chong You (Tun) di Pulau Pinang. Menawan Kerajaan Pas Di Terengganu dan di Kelantan. Manupulasi menubuh Kerajaan Selangor dan Perak selepas 1969, begitulah dilakukan kepada kerajaan Pairin, ini semua adalah melibatkan UMNO-BN dengan beberapa cara mereka menubuh kerajaan. Apakah UMNO-Bn tubuh sebegitu cara dibeberapa negeri ianya dibolehkan dan mengikut perlembagaan. Pakatan Rakyat nak Ambil alih Kerajaan Persekutuan tak berperlembagan, kepala hotak hampa. Inilah sempitnya dan sesatnya UMNO-Bn tanam kepangkuan rakyat.
Percayalah untuk kali ini rakyat bersama Pakatan Rakyat dan mereka sedang, dan terus meninggal dan menafikan sokongan kepada UMNo/Bn. UMNO-Bn sedang menuju kehancuran sekarang, amat genting dan tegang dalam suasana kini mereka menghadapi persidangan mesyurat agong bahagian. Gentingnya UMNO boleh menjati patah dan gentingnya mereka berdepan dengan putus dua. Masa sahaja yang menentukan nasib buruk UMNo/BN ini.
Kepada semua bahagian UMNO belum bersidang, bersidanglah secara bertamadun. jangan bertekak, memfitnah dan mengadu dumba.
9.46mlm