KEBENGONGAN
Tempoh yang dilalui pada Bulan Rejab dan Syaaban 1429, saya telah menemui dua suasana realiti yang berlainan keatas diri saya, iaitu di Alor Star dan Georgetown Pulau Pinang. Satu peristiwa kebetulan, pertemuan selepas solat zohor diberanda Mesjid Zahir Alor Star dan satu lagi di Mesjid Kapitan Keling Pulau Pinang. Ianya berkisar sekitar pertegangan urat sehubungan PAS dengan Pakatan Rakyat atau bersama Umno. Kupasan zahirnya perbincangan tiga orang berumur lengkongan 45 - 50 tahun adalah penyokong Pas ketika di Mesjid Zahir yang topik ditempoh mereka diuar kemampuan dan keupayaan mereka berbincang, melainkan mengundang kalut dan serabut bukan mampu menyelesaikan masalah.
Malangnya ilmu dan pengetahuan serta maklumat semasa dikendong oleh mereka adalah terpinggir. Mereka sanggup menghala hukum kepada Presiden Pas TG YB Haji Abdul Hadi dan Timbalan Presiden YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa dengan beberapa tuduhan sangkaan buruk sehubungan nak bawa Pas joint dengan Umno. Saya terpaksa masuk campur dan turut serta membuka mulut menasehati dan memberi jalan hentikanlah membuat tuduhan, jangan cari dosa kering selepas solat zohor. Alhamdulillah mereka kembali rendahkan suara dan berhenti dari tuduhan tolol itu.
Kesah satu lagi adalah selepas solat jemaah asar di Mesjid Kapitan Keling. Keturunan India Muslim kemungkinan penyokong Umno sedang membincangkan dengan beberapa akhbar sebagai rojokan The Sun, Berita Harian, Wasilah dan Malay Mail yang jelas apabila ia menyentuh nama dan kondem kesat berlebihan kebatang tuboh TG Datuk Haji Nik Abdul Aziz (tak perlu diulangi disini ucapan tersebut) yang bodoh sokong Anwar (tak perlu juga dicemarkan mengulangi disini).
Inilah kelemahan saya, tanpa saya disedari walau usia meniti 60 tahun tangan saya telah sampai dan cekak kola baju pemuda tersebut, saya memberi amaran henti dari tuduh Tok Guru dan DS Anwar. Selepas menyedari saya memohon maaf diatas sikap saya itu dengan menghulur tangan memohon maaf sebagai orang tua dan mereka berdua bersikap lembut dan memaafkan saya. Saya tidak pasti samada kerana mereka tak makan cekak untuk berentap dengan saya atau kerana mereka menghormati saya orang tua. Entahlah...
Polimek yang saya berdepan dengan melihat dan mendengar secara langsung dalam suasana yang berbeza keatas parti Pas. Ianya berkaitan issu PENUBUHAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT NEGARA sama ada bersama PR atau Umno-BN, dan pasti pelbagai pendapat, tuduhan, kecaman dan sangkaan dilemparkan oleh gulungan luar dari Pas dan dikalangan Pas sendiri yang menjadi pendinding Presiden dan Mursidul Am sebagai pengikut setia masing-masing. Ianya berkisar Pas wajar bersama PR atau bersama Umno. Saya merayu, saya berdoa semuga kepimpinan perdana Pas pantaslah mencari titik persefahaman dalam membuat penentuan-keputusan muktamat yang padu arah tuju dalam pembabitan Pas sebagai komponan utama memimpin dalam merealisasi pemerentahan diperengkat pusat.
Disini saya samasekali tidak menjadikan diri saya diantara menambah bilangan batuapi - juara laga untuk meletak dan menuduh Presiden dan rangkaiannya atau Mursidul Am dan rangkaiannya bersalah atau cuai dalam membuat dan bias dalam arah sokongan. Mereka mempunyai hujah masing-masing diatas sikap dan keputusan dibuat. Apa yang diharapkan cari pertemuan dengan keputusan tunggal bersama yang terbaik untuk kita (Pas) demi seluruh ahli dan penyokong rela dan redza menerimanya akan keputusan tunggal yang terbaik untuk Pas, ahli, penyokong dan negara. Inshaallah.
Secara pribadi saya mengenali dengan dekat TG Datuk Nik Aziz Nik Mat sejak tahun 1973 yang saya sentiasa disitu di tingkat 3 Bangunan Pas, 1960 Jalan Dato' Pati Kota Bharu. Ketika itu penghuni petugas tetap dan pengunjung tetap di Dewan Zulkifli adalah Ariffin Yahya Kubang Bemban Pasir Mas, Almarhom Ustaz Mustapha Ibrahim, Almarhom Buniyamin Yaacob yang berkelana berkeluarga berumah di bangunan Pas tersebut. Almarhom Haji Mohd Amin Yaacob Bachuk, Ustaz Idris Ahmad Tawang, Datuk Omar Mohamad Bachuk, Tok Imam Shaari Awang Gunung dan Almarhom Ayahnda Pak Su Pi Kuchelong (semua mereka ketika itu cuma memakai kain sarong di Dewan Zul).
Omar Letrik Wakaf Che Yeh, Ustaz Wan Daud Wan Jusoh dan saya masih ingat Pak Teh yang beramanah menjaga sebeban kunci bangunan Pas dipinggangnya (info yang saya terima Pak Teh meninggal di Mekah), manakala Wan Ali menjadikan di T3 sebagai kedai jahitannya. Pak Teh tadi yang ketika itu menjangkau umur 70+ tahun sentiasa dihargai dan di hurmati oleh Ustaz Nik Aziz Nik Mat bertegor sapa yang rambutnya di gunting oleh Hamid dibangunan Pas tepi tangga untuk ke Dewan Zul.
Dalam masa yang sama ketika itu, dikedai Jaafar Rawaslah pimpinan utama Pas negeri dan pusat menjadikan Almarhom Jaafar Rawas tempat pertemuan, berbincang hal-hal politik semasa Pas dan musuhnya Umno (saya masih ingat pimpinan negeri dan pusat yang sentiasa bersama Jaafar Rawas dikedainya, mungkin diperlukan satu tajuk khusus untuk kenangan).
Saya masih ingat pertembongan tutas berkerat rotan berpatah arang diantara Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika itu dengan Almarhom Dato' Asri Haji Muda YDP Agong Pas Pusat, di muktamar Pas di DBP (23 Oktober 1982 - Sabtu) berlarutan kesan dari PRU 1978 (kuasa memilih calun-calun PRU1978 negeri-negeri lain PSJ negeri ditetapkan; tetapi di Kelantan dinafikan hak PSJ Ustaz Nik Aziz membuat pemilihan calun-calunnya, ianya dirampas oleh YDA Pas Dato' Asri - inilah diantara bibit perselisihan) yang membawa perletakan jawatan Yang dipertua Agong Pas bersama Dato' Abu Bakar Umar, Dato' Sudin Wahab, Ustaz Ahmad Shukri-Pengerusi Tetap Pas ketika itu, Ustaz Hassan Adli Arshad, Datuk Nik Man, Wan Ismail, Wan Sulaiman dan ramai lagi (24 Februari 1983 - Khamis resmi Dato' Asri keluar dari Pas). Serta lahirlah sebuah buka "Kemucut Di Tepi Kain" ditulis oleh Ustaz Nik Aziz Nik Mat (saya kurang pasti penulisnya- maaf).
Kemuncaknya sekembali dari muktamar tersebut, jelaslah ahli/pengikut-penyokong Pas Kelantan ketika itu berbelah dua diantara menyokong Dato' Asri dengan Ustaz Nik Aziz Nik Mat semasa itu berjawatan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat dan PSJ. Pagi Jumaat - 29 Oktober 1982 kehadiran ramai pengikut dan penyokong kedua-dua belah pehak, khususnya dalam Dewan Zulkifli, kira-kira jam 10.00 pagi Ustaz Nik Aziz mengambil tempat mengajar. Diantara intipati luahan perasaan Uztaz Nik Aziz adalah "Pas Kelate tak boleh ada dua nakhoda, demo nak ke kawea atau nak ke Dato' Asri? Sepontan ketika itu Exco dan Dewan Harian Pemuda Pas ketika itu yang sememang sediakala penyokong setia Ustaz Nik Aziz Nik Mat bersama pimpinan pelajar universiti, meluru bergandingan tangan secara spontan melahir serta melafazkan sokongan padu dan berdiri teguh mempertahankan Uztaz Nik Aziz sebagai PSJ Kelantan dihadapan stage dewan, bertakbir berulang-ulang dan masing-masing memberi ucapan sokongan yang pendek.
Diantaranya gagah perkasa berdada menghulurkan sokongan terbuka adalah saya sendiri (Ibn Abdullah), Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood (Timbalan KPP Kelantan), Almarhom Ustaz Mawardi Ahmad Tok Kenali, Haji Hashim Haji Omar Kubang Bemban, Sdr Husam Musa - UM (kini Exco KNK), Sdr Muhammad Hussein - UM (kini MP Pasir Putih) dan beberapa lagi. Ketua Pemuda Pas Kelantan ketika itu Ustaz Halim Abdul Rahman (MP Pengkalan Chepa - 8 Mac 2008) tidak hadhir (saya masih menyimpan gambar keramat tersebut dan baju yang saya pakai ketika itu masih dijagai dengan baik).
Justeru saya diizinkan oleh'Allah Azzajawalla berkesempatan menyaksikan perpecahan Pas beberapa kali dan tokoh-tokoh utama yang terlibat (ramai diklangan mereka yang telah kembali menemui 'Allah- al Fatehah untuk mereka semua). Untuk bersama UMNO dalam Kerajaan Champoran Pas-Perikatan pada 1 Januari 1973- Isnin oleh Almarhom Dato Asri Muda, dan sekembalinya Tun Razak melawat Cina-Peking menemui Chou Eng Lai - Mao Tze Tong (Subki Latif wartawan UM jurubahasanya adalah Profesor Dr Ubaidullah bin Dato' Mohd Nasir - ayahndanya adalah mantan MB Kelantan & mantan Menteri Tak Berfolio, di UM mungkin dah pencen) dikembangkan menjadi BN pada tahun 1974.
Natijahnya Pas berpecah wujudnya Bebas Bersatu, Kumpulan 16, Kumpulan 20 sehingga melahirkan Berjasa. Pada 13 Disember 1977 - Selasa Pas diterajang keluar oleh UMNO - BN dan kembalilah Pas berjuang balik asal secara solo bertatih berjuang. Perpecahan berikutnya lahirlah Hamin. Semasa kerangka Angkatan Perpaduan Umah Pas juga telah perpecahan juga dengan wujudnya kumpulan/parti "Islah" ianya tidak didaftarkan (semua pelaku dan watak-watak utama adalah kawan dan kenalan sahabat saya).
CERMIN MUHASABAH
Saya sentiasa bermadah dan memberi maklumat kepada anak-anak saya, dikala umur mereka belasan tahun, melalui pemerhatian serta penyaksian dan pecaman (saya yakni abah mereka), tertegaknya kerajaan Pas di Kelantan dibawah pimpinan YAB TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana di Kelantan terlebih awal dikalangan pemimpin Pas Kelantan atas nama perjuangan mereka telah mewakafkan diri mereka dalam tahanan ISA seperti Almarhom Pak Nik Lah Arshad, Almarhom TG Haji Daud Haji Yusoff Meranti, Almarhom Haji Noor Teliar dan beberapa lagi termasuklah Hussein Yaacob - Ibn Muslim diISAkan berasal Kuala Krai. Kemuncaknya adalah darah yang mengalir di bumi Kota Bharu berhampiran pasar baru ke atas pembunuhan Almarhom YB Abdul Samad Ghul Ahmad Mianji dikapak orang. Kenyataan ini saya yakin kepimpinan pewaris Pas Kelantan bersetuju dengan tanpa perlu menyanggah.
Menyusul di Kedah disamping dikenakan tahanan ISA keatas Sahabatku Ustaz Abdul Halim Arshad. Penanda aras lonjakan membawa kepada Pas menubuhkan kerajaan PR selepas PRU12 - 8 Mac 2008 adalah diatas pengurbanan mengalirnya darah syuhada Assyahid Othman Talib dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Padang Terap pada 19 Januari 1985 - Sabtu (Haji Suhaimi Said semasa menjadi aktivis Pas kini PKR Temerloh dapat sahkan kerana beliau berada dimarkas berkenaan sedangkan saya berada dimarkas lain 1/2 batu jauhnya dari tempat kejadian).
Kemuncaknya adalah PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI oleh penjenayah akbar berlesen BN dikenali dalam "Peristiwa Berdarah Memali" pada 6 Rabiul Awal 1406H bersamaan 10 Februari 1985 - Ahad keatas Syuhada-syuhada As Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood @ Ibrahim Libya bersama 13 ahli/penyokong Pas (tidak ada bahasa untuk dicatatkan kepangkuan mereka kecuali doa dan Al Fatehah) tanpa penyelesaian pembelaan sampai hari ini.
YAB Ustaz Azizan Abdul Razak! Tatkala anta mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai MB Kedah, ana amat terbaur dan teruja dengan airmata yang amat sangat dan pemusatan ana sentiasa terlintas terkenang kepangkuan Almarhom Ustaz Fadzil Noor dan Almarhom As syahid Ustaz Ibrshim Mahmood dan kawan-kawannya. YAB Ustaz! Ingatlah mereka telah meletak teras dan paksi batu asas yang kukuh bersimpai mati, membolehkan anta dan sahabat-sahabat yang lain Ustaz Azizan anda berada ditempat sekarang. YAB Ustaz, lakukanlah sesuatu majlis bertaraf negeri memperingati mereka dengan menjalin ingat sambung terus dengan famili hampir mereka (mudah-mudahan Ibn Abdullah Awab dijemput hadzir).
Kepada Kekanda Alfadzil Ustaz Ahmad Awang, pandu nasihatlah YAB MB Ir Nizar. Allah takdir dan kehendak Allah membawa beliau menjawat jawatan MB. Dalam masa yang sama ingatlah pejuang Pas terdahulu yang telah pergi mengadap 'Allah, maklumlah kepada sahabat kita dengan jujur iklas pimpinan DAP Perak. Katakanlah kepada mereka Almarhom Profesor Zulkiflee Mohamad yang terkorban dijalanraya dekat Kuantan pada 6 Mei 1964 - Rabu bersama isterinya Ustazah Asiah selepas tempoh beberapa jam Almarhom membuat ucapan terakhir di Bangunan Pas 1960 Jalan Datuk Pati, selanjutnya dikenali Dewan Zulkiflee ucapan tersebut dirumuskan menjadi "Amanat Terakhir Profesor Zulkiflee" (saya sentiasa membaca dan mendengar setiap bulan ucapan Almarhom berulang kali, Inshaallah).
Perkenalkanlah kepada mereka siapakah Almarhom Ustaz Abu Bakar al Baqir, Almarhom Profesor Dr Burhanuddin al Helmi, pengasas Pas Perak Almarhom TG Haji Abdul Samad Noh dan ramai lagi. Inilah obor yang membawa keberkatan Pas kini berada diatas memimpin di Perak, Alhamdulillah. Diatas darah syuhada yang mengalir dan diatas keiklasan sejati dan kejujuran perjuangan yang tinggi dibalatui dengan sabar yang tinggi oleh pejuang-pejuang terdahulu khususnya dikalangan tonggak Pas. Pas dan Islam bangun memimpin di Kelantan, di Kedah, di Perak dan mendominasi tenaga penting di Selangor dan membantu di Pulau Pinang. Jaga dan puliharalah kerajaan-kerajaan ini dan kita akan mengorak langkah untuk memertabatkan Kerajaan Pusat pada bila-bila Inshaallah, dengan izin 'Allah.
JANGAN HAMPAKAN KEHENDAK RAKYAT
Keputusan PRU12 pada 8 Mac 2008 peratusan rakyat dan pengundi telah memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP) memerentah dengan menubuh kerajaan dinegeri-negeri maju seperti Selangor, Pulau Pinang, Perak dan negeri orang Melayu di Kelantan dan Kedah serta menawan Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai DUN (hasil PR 1969 memansohkan 12 DUN *tidak pasti ingatan tentang ini-maaf* Selangor ketika itu untuk menafikan pembangkang menubuh Kerajaan Selangor dan diwujudkan WP- selepas itu barulah UMNO - Datuk Harun Idris dapat tuboh kerajaan Selangor - sekadar nota catatan).
Sebagai pengundi dan penyokong setia yang telah terlibat secara langsung, samada pasang maupun dikala surut sokongan rakyat kepada Pas adalah pasti dari saya bersama Pas. Saya menongkah arah dn melawan arus disudut politi dan pegangannya dengan abah dan semua keluarga yang lain. Saya sentiasa membantu sebagai trompah gurkha sejak 1974 untuk Pas (saya berguru mengenali PACA dengan Almarhom Che Hassan Che Ishak Peguam, saya berguru dengan Almarhom Ustaz Khizir Khatib mengenali alif, ba ta politik Pas.
Saya berguru dengan Almarhom Ustaz Amaluddin Darus untuk mengenali falsafah perjuangan sebagai lagenda dan pengasas Pas Kelantan khususnya di Pasir Mas bersama bisannya Ahmad Yatim, saya bersahabat dengan Almarhom Cikgu Ahmad Fakaruddin saya mengenali sepak terajang dan liku-liku politik, saya berguru dan bersahabat dengan Almarhom TG Haji Daud Meranti (bin Yusoff) saya mengenali surah al Fatehah, serta mendalami secara intensif sehubungan rukun hidup dan rukun menghadapi maut. Saya pernah mengabdikan diri 100% dalam semua perkara membantu Ustaz Ismail Noh Slow Machang dipertama kali beliau menjadi calun Pas 1986 (sila rujuk dengan mantan MP Pasir Mas terbaru).
Pakatan Rakyat telah melakar kemenangan dan kejayaan di negeri seperti dinyatakan diatas yang telah menjadi pengetahuan umum. Apakah kejayaan itu ianya datang bergolek dan pipih melayang? Ahli yang mendukong parti dan memberi kepercayaan penuh kepada pemimpin untuk mencorak dan membawa parti mereka. Sukalah saya merakamkan disini dengan penuh tanggungjawab sehubungan cabaran dan tribulasi yang ditempoh oleh Pakatan Rakyat yang terdiri dari Pas, PKR dan DAP.
Pas yang berpengalaman selama 57 tahun (ditubuhkan 23 Ogos 1951 - Khamis) mendedahkan diri kepengkuan komposisi rakyat telah melalui kepelbagaian cabaran berat dan cabaran sampingan. Merentas itu semua ianya mampu diterima rakyat semua gulongan komposisi kaum. Kepimpinan Perdana Pas mendapat kepercayaan, keyakinan dari kaum Tionghua dan India serta Pribumi yang lain. Pemimpin dan penyokong Paslah pada hakikatnya yang ramai terkurban dibahan oleh kerajaan zalim BN, telah saya perkata dan sajikan diawal nukilan ini.
Parti DAP yang ditubuhkan pada Oktober 1965 yang berpengalaman 43 tahun yang dipimpin oleh pemimpin yang kental (saya peka dan teruja dengan ayahnda Dr Chan Man Hin - YAB Sdr Lim Guan Eng KM Pulau Pinang sekiranya BN menafikan jasa bakti perjuangan kepada negara keatas ayahnda Dr Chan Man Hin; saudara lunasilah saya pohon mencadang anugerahkanlah bintang kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk Seri' kepada Dr Chan Man Hin tatkala beliau masih hidup; ini adalah doa dan harapan saya agar Sdr YAB LGE tunaikan), pimpinan lama dan pimpinan baru terkini (Pulau Pinang dan Perak).
Rakyat dan pengundi telah serahkan negeri untuk anda (YAB LGE) menjalankan, menunaikan amanah sebagai kerajaan. Berkiralah dengan hati yang terbuka, telus, jujur dan janakanlah pertemuan dengan menghasilkan keputusan yang memberi kebaikan dan kesejahteraan untuk rakyat dan pengundimu. Inilah satu-satunya negara kita, kita bina "Negara Bangsa" dimana bumi dipijak; disitulah langit dijunjung.
Parti Keadilan Nasional yang yang berumur kira 9 tahun 6 bulan ditubuhkan pada 4 April 1999 dan selepas itu dikenali Parti Pakatan Rakyat selepas bergabong dengan Parti Rakyat yang multiracial sifatnya adalah adik bungsu kepada Pakatan Rakyat. Saya mempunyai hubungan yang baik dan erat dengan pimpinan PKR yang datangnya dari Madrasah Abim. Saya membercayai, memperakui dan menyakini kepada mereka tanpa berbelah bagi. Saya membenarkan disini dikalangan pimpinan PKR yang datangnya dari Umno dan luar dari Umno saya kurang erat perhubungan dengan mereka. Walau bagaimana pun tempoh 9 tahun mereka telah lulus dalam peperiksaan yang diadili oleh rakyat dan pengundi.
Sebagaimana saya menaroh keyakinan dan kepastian yang nyata dan berhakikat, bahawa sesungguhnya saya Ibn Abdullah usia saya setiap hari akan bertambah tua dan samasekali tidak dapat berpatah balik menjadi muda; justeru dengan itu sebegitulah juga saya menaroh keyakinan dan kepastian yang nyata dan berhakikat Inshaallah, bahawa Pakatan Rakyat yang terdiri dari parti PAS, parti Keadilan Rakyat dan parti DAP cuma menunggu masa yang 'Allah tentu dan izinkan pada bila-bila, pada bila, pada bila-bila akan mengambil alih pemerentah diperengkat pusat dengan menguasai suara di Parlimen secara resmi dan pengesahan perkenan DYMM SPBYPA oleh KERAJAAN PAKATAN RAKYAT (PR) dengan perlantikan permashoran PM dan TPM serta Jemaah Kabinet yang baru mengantikan kerajaan BN yang akan menjadi Bungkus Najis selepas ini, dan biarkanlah Umno hanyut dan terbantut dikala pemilihan pimpinan mereka menjadi keruan, kaku, gila talak dan gila betul.
INGAT DAN NASEHAT
Saya sebagai rakyat marhean yang fakir yang mendukungi kerajaan PR, apabila wujud dan terbentuknya Kerajaan PR dan pengisian penuh yang lengkap bernama kerajaan Malaysia - PAKATAN RAKYAT, maka hendaknya setiap yang buruk dan yang busuk, yang jijik dan yang bersifat lanun dan karun dan haman, yang selama ini dijaya dan disempurnakan oleh pemuka perdana Umno - Bn, janganlah anda semua yang bertahta di Putrajaya kembali mengulangi dan meneruskan saki baki perlakuan Umno - Bn. Iaitu berladang berkebun, mencanai emas permata diatas harta benda negara harta benda rakyat yakni mencanai sepun emas putih diatas tulang belakang rakyat untuk diri, anak bini dan kroni. Sekiranya anda semua bertujuan untuk menjadi kerajaan sepenggal teruskanlah cara-cara UMNO - Bn mengendali harta rakyat dengan rakus seperti lanun penyamun.
Kepada semua pimpinan perdana PR yang menganggotai saf pakatan PAKATAN RAKYAT dan Kabinet, maka hendaknya, pecacai-pecacai yang mengurus parti-parti diperengkat bawah, kepada semua Ahli Parlimen samada Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara, jangan sampai tatkala musim dan masa PRU12 8 Mac 2008 yang lepas merekalah siang malam bertungkus lumus tanpa mengira komposisi kaum memenangkan anda dan menghantar anda bertahta di Putrajaya, janganlah kelak pecacai-pecacai parti ini (dikalangan Pas, PKR dan DAP) bila berkunjung ke Putrajaya yang menyambut dan mengurusnya, menanganinya kehadiran mereka adalah jaga. Mudah-mudahan minta jauh prilaku dan tindakan yang begitu.
Mudah-mudahan Ya! Allah Ya! Tuhanku, aku merindui dan menunggu kerajaan PAKATAN RAKYAT segera pada bila-bila diizinkan mengambil alih secara aman gantikan Bn, pada bila yang saya yakini akan berlaku, Inshaallah.
9.14 mlm