Monday, October 13, 2008

PAK LAH IKTIRAF PAKATAN RAKYAT

GERAKAN BALON UMNO

Itulah kali penamat dan terakhir kesempatan yang ada sisa-sisa menjawat jawatan PM dan bakal sisa Presiden UMNO - Pengerusi BN Pak Lah meresmikan mesyurat agung parti Gerakan dua hari yang lepas. Ketua Wanita Gerakan dalam Ucapan Resmi di mesyuaratnya telah fokas dan menghala dengan jelas bahawa selama ini pimpinan Gerakan di cucuk hidung seperti lembu dan ditekan dituntut tunton oleh Umno. Ucapan resmi dalam mesyurat Wanita Gerakan diulas oleh bakal TP Umno TS MY ucapan tersebut sebagai ucapan pribadi Ketua WG, punya pendapat yang terlentang dan songsang.
Presiden Gerakan yang baru TS Dr KSK yang dipilih disahkan oleh ahli parti untuk memimpin Gerakan tidak sebagaimana ahli UMNO ligan dan hambat dan buang Presidennya Pak Lah, tanpa sebarang ehsan dan pembelaan atau halangan dari penyokong terasnya di 13 bahagian-bahagian UMNO di Pulau Pinang keatas Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang jua Presiden UMNO Malaysia. Dalam mesyurat tersebut melalui bahasa politik yang tinggi menerusi madah kiasan Pengerusi Gerakan jua Pengerusi BN Pulau Pinang mencadangkan UMNO dibubarkan termasuklah parti-parti komponan BN yang lain.
Cadangan anak jantan dengan lidah yang fasih keberanian yang tinggi di hadapan Pak Lah dan Najib serta pimpinan parti yang lain, seperti letupan C4 dan dentuman Heli Nuri yang terhempas di Lebuhraya Maut. Najib terpinga dan Pak Lah selamba sekali pun giliran pimpinan parti lain tibai bekas parti pimpinannya. Sehingga saya layar nota ini, cuma Menteri mulut berbuih dan meleleh saja yang fahami maksud penghinaan Presiden Gerakan kepada UMNO dan seluruh ahlinya hampir sama dengan saya memahaminya. Apakah erti semua ini "Mansuhkan semua parti dalam BN dan diganti dengan satu parti tunggal". Dimana bulubalang UMNO yang berani berdepan dalam kes ini. Bulu-bulu balang mereka sudah kasi batang**** dan telor**** kepada kanggaro barangkali. Putra/Kura UMNO pi mana? Pemuda/Kuda Umno pi mana?
SABDA PRESIDEN UMNO - IKTIRAF MEMPERAKUI
Samada saya mimpi dalam mimpi, atau tidur lena seperti Pak Lah. Sebermula ditengah-tengah ucapan Pak Lah resmi mesyurat Gerakan tersebut tercapoi keluar dari lidah Pak Lah yang paseh juga mahrajnya dalam bahasa bacaan istilah buku lima sifir politik, kini Pak Lah telah membuat pengitirafan dan pengakuan resmi bahawa "Pakatan Rakyat Adalah Kerajaan Pusat" sekalipun tidak mencukupi bilangan AP semasa PRU12 8 Mac 2008 yang lalu. Pak Lah jua telah memperakui BN sebagai parti yang kalah". Dimulakan pengucapan ini dengan katanya "Saya berasa nak tegelak dan malu - pembangkang Pakatan Rakyat yang kalah diperengkat pusat belagak sebagai pemenang; lebih malu pula kita (BN) yang menang bersikap 'koro' seperti orang kalah.
Dalam terjemahan mantik politik kampong, politik kaki 5 (koridor - samalah seperti kaki5 ekonomi yang Pak Lah lancar seluruh negara) ini adalah pengiktirafan resmi secara langsung dan tidak disedar oleh Pak Lah keatas PAKATAN RAKYAT dan penafian mayakuasa BN-UMNO dalam negara kita sekarang.
Sama-sama tengok sama-sama kelih betui ka dak, cam ka dek (sejarah nama buah cempedak).
2.28 ptg.