Friday, October 17, 2008

SORE JUMAAT

Ibu melahir singa:

Hati kecil saya terpanggil dan perasaan saya amat tersentuh, apabila berita tv melaporkan disusuli dengan photo dirakamkan melalui phoned. Saya tidak berupaya menyaksikan sepenuh rakaman menunjukkan diri seaorang guru menerima sepakkan dari anak muridnya, apalagi anak muridnya itu adalah dari jantina yang sama aitu perempuan.
Cikgu Azahana Binti Ibrahim berumur 27 tahun (kelmarin 16 Oktober) kemungkinan besar dari sekolah yang sama yang membenarkan murid berugama Islam anggota pancaragam sekolah, mengiringi mengimarakkan program agama yang bukan program agama Islam. Cikgu Azahana menerima sepakkan dan serangan murid dan murid-muridnya setelah muridnya yang lewat menyerahkan kerja folio. Kelewatan menyerah folio disusuli dengan nota bersama dicatatkan "gila babi".
Cikgu Azahana pinta pasti dari pelajarnya kepada siapakah perkataan itu ditujukan,? Pelajarnya bangga menjawab saya tujukan kepada cikgu. Bukan itu saja, pelajarnya menyerang menyepaknya bersama kawan pelajar perempuan, dikembangkan memanggil 5 kawan yang lain termasuk kawan pelajar lelaki bertujuan menyerang Cikgu Azahana.
Melalui dan menerusi pengalaman, pelajar yang sebegini rupa perangainya, selalunya ia bukanlah dikalangan kalau untuk peperiksaan PMR guru-guru mereka tidaklah meletakkan harapannya dikumpulan kelumpuk 8A keatas pelajar tersebut. Manakala dirumahnya pula ibubapa telah tidak berupaya mendidik dan mengawalselia anak-anak mereka yang akhlaknya begitu. Dirumah pun pelajar sebegini singa pun mampus ditempuhnya apalagi jenis mangsa yang lain. Akhlak buruk ini akhirnya dibawa kesekolah dan mendapat sambutan dikalangan sekelas dan sebaya.
Respon dan iktibar:
Nyatalah mangsanya adalah saorang guru perempuan Melayu berugama Islam yang terjadi di Perlis itu. Pelajar yang sepak terajang dan menyerang itu nyatalah bukan Melayu dan bukan Islam keatas guru mereka. Marilah saya mengimbau dan sama-sama kita membuat ingatan bersama dengan mengambil iktibar. Baru-baru ini berlaku di sekolah di negeri Selangor, Perak dan beberapa negeri yang lain yang melibatkan berlawanan bangsa dan ugama.
Parti perkauman India MIC, parti perkauman Cina MCA dan parti perkauman Melayu UMNO tampil bangun bertindak dan menyalak kepermukaan untuk menjadi wira 'koro'. Tetapi berlaku di Perlis ianya ditangani sepi. MCA sudah tidak ada untuk membuat bantahan keatas yang berlaku itu. MCA ada di Perlis saya tahu kerana ada Exco KN Perlis dari MCA, mereka diam membisu. Saya yakin disini sekiranya yang sepak tendang itu guru keturunan Cina atau India di sepak serang pelajar keturunan Melayu pasti chauvanis India/Cina melalui MIC/MCA akan bangkit dan melenting bangun bersuara dan membuat bantahan keras kesekolah tersebut.
Saya menjawab disini agama Islamlah sebenarnya yang memimpim dan membimbing orang Melayu untuk bertindak dan membalas sesuatu yang berlaku dan terjadi itu yang diatas semangat marah yang berapi-rapi mendidih membara tidak akan berlaku, bukan erti bacul dan pengecut.
Tuba dan penawar:
Sesungguhnya saya amat bersimpati dan mendoakan agar Cikgu Azahana bersabar diatas tindakkan biadap dan diluar pertimbangan dan perhitungan pelajar Cikgu sendiri. Apa yang saya harapkan semuga gejala ini adalah terakhir dan tidak diulangi di SMK tersebut dan usahlah ditiru dan diulangi oleh sekolah-sekolah yang lain. Setiap yang bernama pelajar dari mana-mana kaum dan keturunan janganlah sekali-kali bertindak membalas tuba keatas guru-guru kamu walau ianya berbeza kaum dan agama. Ini adalah nasehat saya.
Kepada semua pelajar, ingatlah satu senjata supersonic nuclear yang terdapat dikalangan semua guru-guru, khususnya guru-guru yang beragama Islam yang mengamal Islam dengan sebenarnya iaitu "sumpah guru dan redza guru". Wahai pelajar-pelajar semua; semua bangsa dan keturunan. Pakcik menasihati anak-anak semua dengan penuh kasih sayang jangan derhaka dan lawan guru; apa lagi sepak terajang tibai guru buruk dan azab hina akan kembali melantun kepada kamu.
Untuk pelajar yang terlibat iklaslah sebagai pelajar dan anak murid, pergilah berjumpa dan mengadap gurumu tidak perlu ditemani oleh sesiapa, pohonlah kemaafan segala kesalahanmu kesisi Cikgu Azahana. Kemaafan dan keredzaan guru adalah kunci untuk anak-anak untuk berjaya dan cemerlang dalam pelajaraan dan pepereksaan. Anakku!!!! Masanya belum terlambat dan terlewat, jumpalah Cikgu mu Cikgu Azahana, pasti ia sedang menunggu anda anakku.
Usahlah tunjuk keras hati dan keras kepala terhadap gurumu, yang akan rugi adalah dirimu. Sekarang anakku kamu tidak mengenal dan bertemu dengan kekesalan, percaya dalam tempoh 5 tahun selepas peristiwa hitam tersebut, pasti kamu akan menyesal yang amat sangat dan tidak bersekudahan, dengan air mata darah sekali pun tangisan dan jeritan, iamya sudah terlambat dan ianya sudah tidak bernilai dan mengubah nasibmu anakku ketika dan semasa itu.
Ingat, takut dan gerunlah dengan sumpah saorang guru anakku. Jangan sampai Cikgu Azahana terpancar keluar keluhan atau sumpahan kepada mu anakku dengan kata "Cikgu tidak redza dan cikgu tidak halal ilmu pelajaran selama ini cikgu mengajar kamu"!!!!!!! Pergilah anakku menemui Cikgu Azahana jangan sebegitu ia santun kepangkuan mu anakku.
Anakku! Selesaikanlah kes ini dengan moral dan harga diri yang bernilai tinggi, sebagai pelajar yang mengaku kesalahan dihadapan gurunya dengan iklas, suci hati yang berjiwa besar. Pakcik yakin Cikgu Azahana dan memaaafi mu dan menyangimu, Inshaallah.
Inlah catatan dan harapan untuk kita membina 'Negara Bangsa' melalui jiwa yang besar dalam kesatuan bangsa yang diluar tiupan nyala api perkauman. Kita leburkan api perkauman kita bina bangsa dengan negara bangsa kepangkuan negara tercinta. Ambillah kebaikkan dari catatan lepas SORE JUMAAT dari orang tua.