Thursday, May 28, 2009

BENAR UM No-BN PULAUKAN PRK N.12 PENANTI – KERANA TIDAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN, BENARKAH? TETAPI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...................................

BENAR UM No-BN PULAUKAN PRK N.12 PENANTI –
KERANA TIDAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN, BENARKAH?
TETAPI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..........................................


Pengerusi SPR Ungkailah Dakyah ini.

Benar dan sahlah UM No-BN mengotakan janjinya untuk memulaukan PRK N.12 Penanti pada 31 Mei 2009 nanti, setelah tidak terdapat calun dari UM No-BN menyerahkan borang pencalunnya pada di hari proses penamaan calun yang dilangsaikan pada 23 Mei 2009 Sabtu yang lepas. Tahniah kata yang dikota. Tetapi disini saya terus menyebutkan sekali lagi.

Benarkah TS Pengerusi SPR dan SPR, telah menganjurkan proses penamaan calun dan PRK N12 Penanti pada 31 Mei 2009 ini, ianya tidak mengikut PERLEMBAGAAN sebagaimana kata PM dan diperakui pula oleh Ketua Penerangan UM No/Timbalan Menteri, menegaskan PRK N.12 Penanti tidak mengikut PERLEMBAGAAN. Benar atau tidak mengikut PERLEMBAGAAN?

Maka disini saya terus bertanya langsung kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof, benarkah hari penamaan calun dan proses yang berkaitan dan bersangkutan dengannya yang TS Pengerusi dan SPR, mengelolakan perjalanan penamaan calun tersebut di luar PERLEMBAGAAN? Dan keduanya PRK N.12 Penanti yang akan diadakan pada 31 Mei 2009 hari Ahad tidak mengikut PERLEMBAGAAN? Kerana yang mengdakwa ini bukan calang-calang tokoh.

Datangnya dari Presiden UM No Malaysia/PM Malaysia iaitu YAB DS Najib Tun Razak dan Ketua Penerangan UM No Malaysia/Timbalan Menteri YB Ahmad Maslan juga mengatakan hal yang sama. Benarkah seperti didakwa PM dan KP UM No tersebut? Kalau benar kenapa SPR teruskan menjalankan PRK N.12 Penanti tersebut?

Kalau tidak benar, tidakkah dakwaan tersebut menjurus kepada hasutan pulau dan melarang pengundi jangan mengeluar mengundi pada 31 Mei 2009 secara tidak langsung? Bagaimanakah pendirian SPR untuk menperjelaskan kepada pengundi dan rakyat bersabit dakwaan dan tuduhan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Menterinyanya mendakwa PRK N.12 tidak mengikut Perlembagaan.

Dalam kekeliruan yang direkacipta oleh PM dan Timbalan Menteri itu, wajar satu keputusan dan pendirian yang benar dikeluarkan oleh SPR sebelum tiba pada hari membuang undi 31 Mei Ahad ini. SPR perlu menangnainya demi SPR dihurmati dan PERLEMBAGAAN diletakkan dipersadanya diluar kepentingan sesiapa sahaja.


Kepada Pengerusi SPRM kebetui pula orang Pulau Pinang, kaji selidiklah dulu, jangan serbu buta tuli, nanti tak cukup bokti, malu berganda nanti di Penanti. Tempat yang sama, kadang-kadang SPRM layan satu pehak macam raja, sanjung lepas 31 Mei senyap sepi, senyap dik. Kerja macam tu tak aci, jangan main lawak. SPRM bukan badan lawak, jangan sampai orang kata kita bertindak macam bewak.

Sebab kita kena reti dan kena faham, jangan bertindak main hentam. Kadang-kadang hantu dia merasok waktu ni la, pema PRK, pema PRU, pema mesyurat agong.

UM No Pulau, Tetapi Hantu Altantuya Rasok Menggila.

Walaupun resminya UM No-BN tidak turut serta bertanding dalam PRK N.12 Penanti, tetapi ramai hantu-hantu UM No yang berkeliaran disekitar DUN Penanti. Dari KL pun ada dari Putrajaya juga tiba di Penanti ini. Untuk turut serta menyerikan PRK ini. Dalam-dalam tidak turut serta dalam PRK tersebut, Ketua UM No Permatang Pauh cukup bisa dan cakna, petik jari, belehak sekali, dapat peruntukkan mee segera air keluar memancut disatu kampong dalam kawasan PRK, hebat kerja-kerja UM No. Pertanyaannya kempen untuk sapa?

Benar UM No-BN tak bertanding, tapi serlau bayang nampak tuannya tak nampak keleh di Penanti . Walau begitu hantu Altantuya Shaaribu Monggolia menjelma merasuk kedalam diri calun bebas. Maka dengan hantu itulah terdapat calun bebas yang cukup gaga kehadapan. Buka pintu pejabat SPR Pulau Pinang. Bergaya ke IPD Bukit Mertajam dan panjat mengusing dokumen kepejabat SPRM Pulau Pinang. Bertenaga dan bergaya.

Hantu Altantuya juga menjelma dalam semua canel Perimaworks: TV3, TV9, TV8 dan TV7. Benarlah hantu Altantuya mengiringi calun bebas yang jua dirasuk hantu Altantuya. Jadi kedua-dua pehak calun bebas dan TV milik Primaworks dirasok dihantui, hantu yang sama Altantuaya, maka bergandinglah pi mai pi mai, usung sana usung sini, lepas tu terpancar keluar kaca muka TV. Hebat peranan hantu Altantuya di PRK N.12 Penanti.

Halau dengan pacak lilin ghona, kemian, lada hitam, kain 4 rona tak makan saman, hantu Altantuya beranak biak lagi bermacam jenis kerja dia rasok. Malam diagomoi, lepas suboh sampai Maghrib. Yang makan saman adalah pengundi yang layak keluar mengundi pada 31 Mei 2009 Ahad ni, pangkah undi kepada calun yang hantu Altantuya monggolia tak berani merasok dia. Sapa? Calun PR-PKR Dr Mansor Othman. Sah calun ini hantu Altantuya tak berani rapat. Sebab pelindung kita ada pengundi sekelian.

Selamat mengundi pada 31 Mei 2009. Undi dan pakahlah calun PR-PKR Dr Mansor Othman.
Undi adalah rahsia.

Selasa : 3.20 petang - 26 Mei 2009
Bersamaan 1 Jamadilakhir 1430
Rencana oleh: Ibn Abdullah Al Awab


Nota: Kakak tolong masokkan keblog Abah melalui stok rencana abah muatkan dalam pendrive. Itulah usaha abah yang gigih tega,r saya sebagai anak abah tak terdaya mengikuti azamAbahi. Siapkan dalam komputer Ummi, rencana dipendrivekan.

Abah sudah tepati janjinya tidak menyuroh kakak membantunya blogkan rencana di cybercafe, tetapi budi abah bila-bila terus kakak membalas jasa abah yang lelah tegar bersengkang mata berkarya. Serentak, disisi kakak menemani belajar untuk matlamat 8A PMR 2009. Kakak terima kata-kata abah, bantu ibu bapa dalam apa jua yang Allah tidak tegah adalah pahala.

Semuanya lebeh memudahkan kakak menerima doa percuma dan pahala mudah dengan membantu abah. Abah hebat dalam sejarah, abah hebat dalam matametik, tetapi abah maseh terikat dengan ejaan dipelajarinya 50 tahun dulu, tidak dapat di ubahlagi.

Maaf kakak tambah disini, abah tak tau, ini nota dari anak abah.Pembaca blog abah, doakan cita-cita kakak untuk PMR keputusan 8A 2009 ini, Inshaallah.