Monday, May 11, 2009


WIRA PR DUN PERAK – APA PUN HAKIM MEMBUAT KEPUTUSAN
ALLAH ADALAH TEMPAT KITA BERGANTUNG MUTLAK
RAKYAT AKAN MENGAJAR UM NO-BN DI PRU13 NANTI.


Kini, tidak saya saorang yang sedang menunggu keputusan mahkamah kedudukkan sahnya Menteri Besar Perak DR diantara MB haram UM No-Bn Dr Zambry Cambry 150cc dengan MB sah rakyat Pakatan Rakyat YAB Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin sebagaimana diwar-warkan kurang sejam dari sekarang.

YB Dato’ Seri Tuan Guru Presiden telah mengajar kita ahli-ahli PAS dan PR dalam menerima dan menangani kesabaran dalam berdepan dengan kezaliman, kekejaman lanun dan samseng di dalam dan di luar DUN Perak DR.

Wira-wira PR dalam DUN Perak, kami sentiasa bersama anda dengan pertolongan apa yang ada dan mengikut keupayaan kami memilikinya. Kami mengharamkan diri kami yang bersyahadah membiarkan anda 28 dihina dimalukan oleh bajingan UM No-BN.

Rakyat adalah HAKIM BESAR DALAM PRU13 YANG AKAN MENGAJAR UM NO-BN, SUPAYA SAMSENG DAN LANUN MEREKA DISIMPAN DALAM ARKIB NEGARA DAN DIMUZIUM TAIPING.

Sama-samalah dalam menghadapi UM No-BN ini akhlak ADUN PR Perak wajarlah kehadap dari mereka UM NO-BN, sebagaimana sabda junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana sabdanya : Maksudnya : “ Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ” ( H.R. Thabrani )

Untuk sahabat ADUN berugama Islam pacak iman dengan taqwa dengan iman yang mantap Maka kerana itulah keimanan yang mantap adalah penting sebagai penghalang daripada terjerumus ke lembah lemah semangat menjemput tewas dalam perjuangan dan jangan syirik dengan Allah. Biarkanlah kita mengatur perjalanan hidup yang selamat dan diredhai Allah s.w.t.

Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 2 : Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allh (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah ( bertawakal )”.

Firman Allah dalam surah Lukman ayat 13 : Yang bermaksud : “Sesungguhnya perbuatan syarik itu adalah satu kezaliman yang besar".

Firman Allah dalam surah ali-Imran ayat 110 : Yang bermaksud : “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”.

( Surah al-Hujurat ayat : 15 ) Yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)”.

Mudah-mudah, inilah yang terdaya dan termampu alfaqirrullah ana Ibn Abdullah Al Awab, mengiri dan bersama-sama menanti keputusan, dan sentiasa berdoa.

Jam 1.50th isnin 11 mei 2009