MANEK URAI : AKAN DIURAIKAN SEWANGI ALMARHOM HAJI ISMAIL YAACOB/PAK SU WEIL.
SATU KENANGAN MENITI PERJUANGAN. WALAU ADA PEGANTI
SUKAR MENGGANTI SEPERTI PERKHIDMATAN BAKTI PAK SU.
Saya menerima SMS dari diantara ADUN senior DUN Kelantan jam 10.20 pagi, sebenarnya saya menerima panggilan awal dari itu jam 7.25 pagi Jumaat 22 Mei bersamaan 27 Jamadilawal 1430 , dari teman lama dari Guchil. Mungkin sebagai orang tua yang masing-masing usia mencecah 60 tahun, emosi sedih terlalu menjadi. Apabila salam diberi dan saya menjawab salamnya, sebaik itu saya mendengar sayup-sayup suaranya, beliau menangis terisak sambil melawan dan kontrol tangis isaknya. Saya berkata, “Guana demo pagi ni berat sangat, ada gapa?”. Sheikh! “Kawea lama kita Pak Su Weil dah meninggal, lebeh kurea 5.50 tadi”. Saya lanjutkan pertanyaan, “Pak Su Weil tok wakil Manek Urai ka?”. Ya! Saya ucapkan doa untuk Almarhom Pak Su dan mengucapkan terima kaseh kepada teman lama tadi, yang infokan saya yang berada diutara dah 10 tahun.
Sejujurnya saya tidak bersua dengan Almarhom Pak Su Weil (Almarhom Haji Ismail Yaacob – mantan ADUN Manek Urai) lebeh dari tempoh 4 tahun. Pertemuan kebetulan terakhir tersebut antara saya dengan Pak Su adalah di Kuala Lumpur (SOGO), sedang memileh pakaian. Tok Kedah! Demo pileh baju selai, kawea hadiah demo, tanda kita besaing lama, bukea kita besaing baru, demo ni tak kenal sapa demo!. Saya tidak ada jalan menolak saya kenal Pak Su Weil. Kami ambil dari jenama warna dan harga yang sama kecuali saiz. Itulah hadiah awal dan hadiah terakhir.
Saya terkilan kerana tak dapat bersamanya untuk menemui Pak Su Hussein Yaacob (telah Almarhom – Ibn Muslim) kerana menunggu anak serentak 2 dari U ibu kota yang berlainan (Sekali sahaja saya berkunjung kerumahnya di Manek Urai dalam tahun 1987 selepas beliau pertama kali menjadi ADUN Manek Urai). Beliau mempuyai tugas resmi di Kuala Lumpur beberapa hari. Kami makan bersama di Restoran Nasi Kandar Ibrahimsha yang letaknya bertentangan dengan Sogo jalan TAR. Biasalah kami berbincang, berseloroh dan berpelukkan semasa berpisah. Perpisahan pelukkan membaca Al Fatehah dan surah Al Iklas. Maka itu pertemuan dan pelukkan kami terakhir.
Selepas mejawab phoned tadi, lantas saya membuka almari, dan mencari baju hijau pucuk pisang tangan panjang (sesekali saja saya pakai kerana ianya ingatan hadiah dari sahabat). Saya mengambil baju tersebut saya menciumnya dengan lenangan air mata. Bila isteri saya melihat kelakuan saya ia menghampiri dan bertanya, “Pasai apa ni?”. Ummi! “Tuan yang hadiahkan abang baju ini dah meninggal dunia menjelang Suboh tadi”. Abang nak pakai baju ini untuk solat Jumaat sat lagi (Di Masjid, saya tunjukkan dan maklumakn Imam teman saya sebaik selesai solat Jumaat. Ustaz baju yang ana pakai ni adalah hadiah 4 tahun dulu oleh Almarhom Adun Manek Urai yang diumumkan pagi tadi. Imam memegang dan menjamah baju yang dihadiahkan oleh Almarhom. Saya lepaskan rindu kaseh kepada Almarhom dengan memelok sahabatku Imam dengan erat).
Ummi ingat dak, wakil rakyat yang sakit dilaporkan dalam Harakah Daily jua dalam Siasah. Lepas tu sebaik Tok Guru pulang dari mengerjakan Umrah, Tok Guru segera menziarahinya di hospital. Ya! Pak Su Weil tulah dah meninggal dunia. “Yang abang jawab called tadi tu”. Yes! Percayalah, apabila umur menjadi tua, emosi sentiasa disisi dan imbaulah kesah suka duka lama dalam semasa kita kilit dan kendong PAS, dikala PAS dulu tidak menjadi rebutan dan pilihan seperti sekarang, ketika itulah kita berkawan dalam perkasakan PAS.
Kematian pada bila-bila untuk sesiapa sahaja. Al Fatehan dari ana untuk mu Pak Su. Mudah-mudahan kematian mu di Suboh Jumaat dan Jumaat itu penghulu segala hari dan mempunyai Fadzilat saheh dan tersembunyi dalam ilmu pengetahuan Allah. Baju mu hadiah tu menjadi kenangan abadi suci dan sentiasa amboa kenangkan dan pasti menyusuli”. Ketika itulah lintasan kenangan dan tiba-tiba terimbau jauh mengingatkan teman saya dan pasti teman Pak Su Weil juga (Haji Ismail Yaacob) yang telah terlebeh dahulu meninggal kita, seperti:-
Maka teringatlah saya Almarhom Pak Su Weil mengiringi bersama-sama sahabat-teman yang terdahulu menemui PenciptaNya. Sekali pun saya mengingati setiap satu namun sekadar yang saya paparkan untuk sama-sama anda turut mengimbau mengingatinya al Fatehah untuk mereka. Seperti Haji Che Hassan Ishak Peguam, Ustaz Mustapha Ibrahim Salor, TG Haji Daud Haji Yusoff Meranti, Ustaz Mawardi Ahmad cucu Tok Kenali, Cikgu Haji Majid dan abangnya Tok Lebai Abdul Rahman Pohon Buloh, Cikgu Haji Hussein Haji Yaacob Pasir Mas, Cikgu Ahmad Fakaruddin Pasir Mas, Ustaz Buniymin Yaacob, Ustaz Wan Hassan Guchil, Pak Su Pi (Haji Saufi Othman Kuchelong Bekelam (Mak Su Bunut Payong dan Mak Su Kuchelong berdoalah untuk Pak Su) Bachuk, Haji Wan Aziz Wan Jaafar Pasir Mas, Ustaz Wan Jamil Pasir Pekan, dan ramai lagi, semua sahabat Al Fatehah).
Saya mengetahui banyak tempat dan mengenali ramai ketika pembukaan membuat jalan program Rural Road melalui beberapa Pakej oleh Kontraktor Melayu Kelantan mengadakan secara JV. Kerana saya membantu membuat persiapan bil of quantity kerja untuk tuntutan membuat pembayaran hasil kerja. Justeru, saya mengenali ramai tokoh Kontraktor Kelantan UMNO ketika itu seperti Haji Wan Zaid, Haji Daud Abdullah, Haji Ismail Salleh, Haji Ghazali (yang beli rumah Dato’ Asri di Jalan Yaakubiah Lundang), Wan Ahmad Pasir Pekan-WANI (anaknya menjadi aktivis PAS), Wan Mat NIMDA, Ismail Awang Lah dan beberapa lagi. Melalui naik turun saban minggu dengan train dari Pasir Mas atau Pasir Pekan turun di stesyen-stesyen termasuklah Manek Urai (mulalah berkenalan dengan Pak Su Ismail Yaacob).
Bukit Abu saya mengenali Mokhtar (ketika ia bertanding PRU1986 di pertemuan dewan Zul KB eratnya dan ikrabnya kami, saya memahami saya hadiahkan bag berharga juga untuk isi dokumen dan RM50 maseh saya ingat, sekalipun sama-sama susah. Mokhtar saya tidak tahu 5 tahun terakhir adakah anta maseh Allah panjangkan umor, maaf). Saya akan berada di Gua Musang di Rest House. Disinilah saya berjumpa dan mengenali dengan hati budi orang baik, luhur budinya Almarhom Ismail Market (barangkali anaknya saorang peguam umur mengkin awal 40han). Jenis manusia yang terpaksa banyak berkorban untuk sampai KB ke Pejabat PAS dan Dewan Zul (Zulkfle Muhammad) bermalam. Mudah-mudahan Allah tempatkan sahabatku ini rohnya bersama dengan para Nabi dan Rasul dan Ambiak.
Manek Urai sekarang dengan Manek Urai yang pernah saya sampai sejak 1978 dan sentiasa bermalam di Gua Musang, ianya telah membangun dan jauhlah pandangan dari dahulu dalam tempoh 31 tahun dulu. Walau bagaimanapun, saya sentiasa menjana membawa sejarah lama untuk sama-sama anak muda dan anak-anak kembali mengingati dan mengenagi sejarah untuk pengetahuan dan maklumat anak-anak semua khusus yang berkaitan dan bekenaan dengan PAS. Saya membawa sejenak suasana dalam PAS menghadapi PRU1982 pada 22 April 1982.
Dari 12 kawasan Parlimen yang Pas bertanding di Kelantan, PAS cuma mampu bertahan dan menang melalui 4 kawasan Parlimen sahaja iaitu;-
1 – P. 19 Pengkalan Chepa – Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Tok Guru MB sekarang).
2 - P. 18 Pasir Mas – Cikgu Wan Ibrahim Bin Wan Abdullah.
3 - P. 20 Bachok – Cikgu Mohd. Zain Bin Abdullah
4 – P. 21 – Rantau Panjang – Haji Hassan Bin Haji Mohamed
PAS kalah dan tidak dapat menawan kembali Kerajaan negeri Kelantan sebaik pengumuman keputusan PRU 1982. Dari jumlah kerusi DUN 36, Pas cuma menang di 8 DUN (dan 2 DUN dimenang tanpa bertanding). BN-UMNO-BERJASA mendapat 26 kerusi dengan Mohammed Yaacob menjadi MB Kelantan. DUN PAS memenanginya adalah di:-
1- N. 3 Wakaf Bharu – Haji Ramly Bin Abu Bakar.
2 - N. 4 Semut Api – Wan Mamat bin Wan Yusoff.
3 - N. 5 Kemunin – Che Hassan Bin Che Ishak (MTB- tewas selepas PRK)
4 - N. 8 Meranti – Dato’ Nik Man Bin Nik Mohamed.
5 - N. 12 Kubang Kerian – Dato’ Mohd Asri Bin Haji Muda.
6 - N. 17 Lemal – Haji Abdul Fatah Bin Haji Haron.
7 - N. 19 Salor – Ustaz Mustapha Bin Ibrahim.
8 - N. 28 Selising – Ustaz Abd. Rahman Bin Haji Ahmad (MTB- tewas selepas PRK).
Manakala DUN Manek Urai N. 36 – Calun BN-UM No Ariffin Bin Said menewaskan calun PAS yang sebelumnya adalah penyandang iaitu Haji Wan Abdullah Bin Wan Su. Disinilah menareknya DUN N. 36 Manek Urai ini. Menghadapi PRU1986 maka mulalah Ismail Bin Yaacob-Pak Su Weil mula bertanding mewakili PAS. Mewakili calun Bn-UM No merupakan anak kepada wakil rakyat PAS Manek Urai dahulu iaitu Wan Zaid Bin Wan Abdullah. Mereka bertembong beberapa kali, semuanya di menangi oleh Pak Su Weil selama 5 penggal. Sekali beliau tidak bertanding 2004 Manek Urai kalah kepada BN-UM, maka jalan selamatnya kembalikan Pak Su bertanding 2008 dan berjaya ditawannya, kenapa? Selepas ini akan saya ulas dan memberi pandangan.
Anak-anak muda dan sesiapa sahaja. Mana-mana jenerasi yang membuang sejarah dan tidak mau mengambil sejarah sebagai pedoman, pengajaran dan iktibar, maka bangsa itu adalah bangsa dan warga yang muflis. Spesis warga yang kehadapan dengan cuba menafikan asas, legasi pemimpin dan pengikut terdahulu memelihara dan menjaga PAS ini yang tiba ketangan anda sekarang, adalah hasil keringat air mata, susah dana payah pemimpin dan pengikut tegar yang terdahulu. Mereka pikul, mereka tanggong dan mereka galas diatas kepala ini disaat apabila orang sebut PAS, orang menjebeh mulut, ada yang tuiiii meludah. Ramai ketika dulu yang memandang hina kepada mereka. Mereka sabar dan teruskan amanah memimpin dengan azam yang teguh kental cukup pejal semangatnya.
Saa-saat itu saya kembalikan ingat kepada anda semua, ramai dikalangan mereka maseh hidup bersama-sama dengan saya yang cuma menunggu kafan mengakhiri hidup yang dibelenggu tua dan supermarket penyakit tegar. Mereka menjual getah keping dan skerap untuk bermuktamar kawasan dan bermuktamar pusat di KL di DBP. Petaninya menjual padi yang dicadangkan khas 2 guni padi diisi 17 tin minyak tanah disimpan untuk dijual dapatkan duit modal ke bila tiba masanya untuk hadhir mesyurat kawasan dan pusat. Pemandu pemilik kereta-sewa/teksi menghimpun tambang hariannya untuk tujuan yang sama dan sarat muat kawan 6 dibelakang, selesa perjalanan tidak ada kamus ketika itu.
Di KL mereka bermalam dikoridor dan di Masjid. Tetapi mereka adalah perwakilan bermuktamar PAS anak-anakku jenerasi baru ini. Cukuplah contoh benar yang dipaparkan usah pergi jauh. Diatas keringat merekalah PAS ada yang anda menerimanya di dulang emas berairkan zam-zam. Kini ianya menjadi rebutan. Kenapa? PAS telah menjadi rebutan dikalangan pelbagai jenis kedudukkan, tetapi janganlah anda membawa Pas seperti menuntun lembu dibatas bendang. Ada tanda-tanda perjuangannya untuk menjadi kaya dan PAS menjadi macam-macam alat.
Malulah wahai penerus jenerasi yang menjana PAS sekiranya perebutan kerana merebut ghanimah. Ingatkanlah sejenak darah awal yang mengalir di hilir market Kota Baru, syahidnya Almarhom Samad Gol. Darah yang mengalir shahidnya Othman Talib di Padang Terap. Ingatlah ramai mana yang syahid di Memali kerana mempertahankan perjuang ini, mereka mempertahankan PAS. Mereka terkurban dan gugor Mereka dulu ilmunya tidak tinggi dan tidak seberapa. Tetapi patuh dan taat kepada parti/PAS dan pemimpin. Mereka juga adalah dikalangan orang susah, fakir. Diatas susah dan fakir itu mereka mampu berdiri gagah perkasa memikul PAS dengan kadar mampu dan kadar terdaya dengan keringat airmata.
Mereka tidak pernah bertanya apakah PAS boleh bagi dekat depa. Mereka membisu ketika itu. Setiap kali diumum PAS kalah, mereka menangis berpelukkan, bukan keran keciwa dan sedih kalah. Ya!!! Saya berjumpa ramai dengan watak sebegini. Saya tidak menipu dan mereka apa yang saya rencanakan disini, saya tengok dan saya saksi. Mereka sedih dan mereka menangis takutkan dosanya kerana kekalahan dihadapi itu, takut-takut kalau-kalaulah kerana mereka tidak iklas kerana Allah dalam perjuangan dan selama dan semasa mencurahkan harta keringat dalam membiayai pilihanraya walaupun dengan sebiji kelapa dan setandan pisang dan mereka tidak jujur dalam perjuangan. Itulah butir percakapan menerima kekalahan.
Saya sering katakan dulu, kita kalah bukan ayam yang anta sembeleh dan jamukan untuk pekerja pilihanraya itu haram. Tetapi Allah tangguhkan perjuangan itu kerana Allahlah Maha Tahu. Usahlah kita bersedih. Selepas kami 25 tahun menangis dalam posisi yang lain apabila PAS menuboh beberapa kerajaan negeri dan PR dinegeri lain, kami jua menangis mengenangkan tidak sia-sia dulang yang diserahkan kepada pelapis kini, Alhamdulillah.
Sejujurnya, sebagai manusia bersifat baharu yang mempunyai perasaan, hiba apabila mewarisai penyakit-penyakit tua seperti tersentuh, terasa hati bukan ertinya dengki, kena faham ini. Air mata akan mengalir dan menitis apabila dalam majlis kebesaran negeri dan majlis parti, pemimpin semasa kini, terlupa kawan mereka 30 – 40 tahun dahulu mencakung di tepi longkang diluar dewan dihujung padang di seberang astaka stadium. Tanpa diundang dan dijemput atau keloi untuk sama-sama menyaksikan peringatan dan fiesta parti.
Saya sendiri pernah alami situasi ini beberapa kali di Kota Bharu dan sekali di Alor Setar. Saya kering untuk menziarahi teman dalam menguasai parti dan kerajaan, takut depa tuduh kita macam-macam. Lebeh baik kita bertegor sapa dialam siber ini, maaf itulah hiba orang tua, walau disembunyi terluah jua.
Tahun 1982 merupakan tahun tranformasi selepas PRU1982 dan selepas Muktamar PAS Pusat di DBP membawa kepada Dato’ Muhammad Asri Haji Muda dan ramai pimpinan utama dan kanan PAS meletakkan jawatan. Presiden di Pangku oleh TG Haji Yusoff Rawa (Almarhom). Ianya tidak slesai disitu kekalahan PAS diperbincangkan sampai dikatakan faktor Anwar masok UM Nolah menyebabkan gulongan muda beraleh kepada menyokong UM No macam ada kebenaran tentang ini.
Pentingnya pergelutan legasi kepimpinan benar-benar teruji di Kelantan sebaik dari pulang bermuktamar pusat di DBP. Disini ahli-ahli Pas terpaksa membuat pernyataan dan sokonga yang getir, mencabar. Apabila ketika itu Ustas Nik Aziz melontarkan, “Demo nak ke amboa atau demo nak sokong Dato’ Asri, ini tak boleh berkecuali” Saya diantara spesis manusia terbuka menyatakan sokongan kepada Ustaz Nik Aziz (yang dikalangan rapat dan saya tumpang jua memangil Ustaz Nik Aziz dengan Ayah Zit (kini Mursidul am PAS Malaysia YAB Datuk TG Haji abdul Aziz bin Nik Mat. Sampailah sekarang Tok Guru menjadi Pesuruhjaya PAS Neheri Kelantan sejak 1982 hinggalah sekarang, cukup hebat legasi Tok Guru Alhamdulillah.
Diantara penyokong setia dan cukup humble menangani dan menyantuni Tok Guru adalah Almarhom Haji Ismail Yaacob – Pak Su Weil. Pasti satu PRK N.44 Manek Urai akan diadakan oleh SPR. Mudah-mudahan pimpinan PAS akan meletak calun yang setanding ahlak dan cakna dengan rakyat sehingga mampu mencapai 5 penggal. Fikir dan carilah tokoh-tokoh berkelibar. Al Fatehah untuk Pak Su Haji Ismail Yaacob, semuga Allah tempatkan roh almarhom bersama-sama dengan para Rasul, nabi dan ambia’, al Fatehah.
1.50pagi 23 Mei 2009 – Sabtu
Bersamaan 1 Jamadilawal 1430
Direncanakan oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
NOTA :
Kakak tolong masokkan keblog Abah melalui stok rencana abah muatkan dalam pendrive. Itulah usaha abah yang gigih tega,r saya sebagai anak abah tak terdaya mengikuti azamAbahi. Siapkan dalam komputer Ummi, rencana dipendrivekan.
Abah sudah tepati janjinya tidak menyuroh kakak membantunya blogkan rencana di cybercafe, tetapi budi abah bila-bila terus kakak membalas jasa abah yang lelah tegar bersengkang mata berkarya. Serentak, disisi kakak menemani belajar untuk matlamat 8A PMR 2009. Kakak terima kata-kata abah, bantu ibu bapa dalam apa jua yang Allah tidak tegah adalah pahala.
Semuanya lebeh memudahkan kakak menerima doa percuma dan pahala mudah dengan membantu abah. Abah hebat dalam sejarah, abah hebat dalam matametik, tetapi abah maseh terikat dengan ejaan dipelajarinya 50 tahun dulu, tidak dapat di ubahlagi.
Maaf kakak tambah disini, abah tak tau, ini nota dari anak abah.Pembaca blog abah, doakan cita-cita kakak untuk PMR keputusan 8A 2009 ini, Inshaallah.