MENYIRAMI BANGKAI DENGAN ATAR.
Petang tadi sebaik tiba ke rumah jam 2.30, kebetulan anak (kakak) membuka rangkaian Primaworks, mungkin TV3 dalam slot berita rengkas Rabu 13 Mei 2009. Saya macam tidak percaya bayangan ucapan itu terpancar keluar dari DS Najib Presiden UM No-BN juga PM6, kira-kira katanya, “Kalau keadaan politik Perak berlanjutan, tidak menentu dapat diselesaikan, PRK negeri Perak boleh diadakan, tapi itu bukanlah satu opsyen, terserahlah kepada Paduka Seri Sultan Perak menentukannya”. Tambah Najib lagi, “UM No tidak takut dan gentar menghadapi Pilihanraya kecil, kalau DUN Perak dibubarkan”. “UM No, pernah jatuh dan bangun, keadaan ini adalah biasa untuk UM No. UM No pernah diharamkan dan bangkit kembali hingga sekarang”. Begitulah yang sempat ingat dan pungut dari slot berita tersebut.
Ini merupakan perubahan sikap yang positif, di suarakan oleh Presiden UM No yang mengbungkum tempoh 4 bulan. Percayalah, Najib sudah tidak terdaya serta mampu lagi dalam menggalas dan memikul beban ciptaannya persendirian terhadap dirinya sendiri seolah-olah kalau dibiarkan berlanjutan, ianya mampu mengundang ombak besar umpama tsunami yang akan melendat kesemuanya termasuk Presiden UM No dan UM NO itu sendiri menjadi mangsa dan dikenangkan di Arkib Negara. Kalau-kalau silap percatoran dan membiarkan diatas sifat negarawan tulin mengatasi dan menyelesaikan. Akibahnya minda hati nurani Presiden UM No telah menjadi koyak, kronik, membiak merebak bernanah dan nanar cemar busok ditanggongnya umpama air danoq yang sudah tidak terpikul lagi.
Najib sudah tak tertanggung lagi seperti takutnya kepada virus ‘selesma babi’ H1N1 bermula di Mexico yang di takuti kini belum dijumpai vaksin melawan penyakit tersebut, kalau-kalau berakhir menjadi mangsa. Begitulah bukan sekadar UM No-BN Perak menghadapi menerima referendum rakyat PErak. Hatta banyak pehak membicarakan dan meramalkan dalam PRU12 tempoh 3 tahun lagi UM NO-BN akan kecundang disemua negeri. Kecuali menang tipis di Johor, Sabah dan Serawak perengkat Negeri-DUN. Manakala di perengkar Parlimen UM No-BN akan menjadi pembangkang. Tempoh 2 tahun merawat UM No yang parah sejak 30 tahun adalah masa yang amat terdesak dan pendek. Maka demi menyelamatkan keadaan PRK Perak wajar dilakukan dengan memberi peluang, kesempatan sepenuhnya pendedahan slogan dan hala tuju Najib sebagai PM6 dan Presiden UM No.
Presiden UM No juga PM6 kita menjadi panik melihat fenomina di Perak kian berselerak, mara dan marak rakyat bersimpati dengan PR semua keturunan bangsa khususnya kepada YAB DS Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai MB sah dikudetakan UM No dan melahirkan persengketaan. Kita bersimpati dengan apa yang dialami oleh Najib PM6 ini. Sekarang bukalah masanya sesiapa pun untuk mempersoal iklas atau tidak iklas apa yang diucapkan Najib PM6 Presiden UM No tersebut. Itu bukanlah hak kita membicara dan mempertikaikanya. Kini, rakyat negeri Perak DR, khususnya seluruh penyokong rakyat dari PR dan kumpulan yang lain. Aspirasi yang membuak-buak gelora rakyat Perak, ingin melihat penyelesaian muktamat krisis perlembagaan yang disebabkan kerakusan oleh Presiden UM No itu dikembalikan kepada kuasa rakyat memutuskannya iaitu menerusi kuasa rakyat dalam PRK Negeri Perak segera di adakan. Bukan melalui pintu mahkamah sebagai sarkas di sudut membuat keputusan dan penentuan.
Sebagaimana referendum yang diterjermahkan keatas penolakkan UM No-BN, khusus dan khasnya kepada Dr Zambry cambry 500cc (saya naikkan150cc kepada 500cc kerana hebatnya, pantas dan pantastiknya macam palastik berganding dengan Mahkamah Rayuan 12 Mei melalui YA Hakimnya menggantung pelaksanaan penghakiman Mahkamah Tinggi Khas KL melalui YA Hakimnya pada 11 Mei mengistiharkan bahawa YAB DS Ir Mohammad Nizar Jamaluddin adalah MB sah yang sah) mendapat di PRK P.59 Bukit Gantang pada 7 April 2009 yang lepas setelah 2 bulan lebeh peristiwa kudeta. Layanan Mahkamah dan penguasanya cukup berpehak, bias sampaikan gulongn OKU buta dapat menyaksikan peranan mahkamah dalam kes PR YAB DS Ir Nizar vs Zambry Cambry 500cc UM NO-BN.
Maka sanya, kini ditangan Paduka Seri Sultan Perak-lah, samada untuk segera bertindak membubarkan DUN Perak, seiring dengan hasrat dan kenyataan Presiden UM No jua PM6. Atau Paduka Tuanku terus membiarkan perlanggaran merempoh perlembagaan Perak yang mengundang persengketaan berlanjutan. Fenomina dan gejala merempoh dan melanggar perlembagaan - undang-undang di Perak DR tersebut, ianya berpunca dari angkara inisiatif pasif di undang sendiri oleh kekuatan rakus diluar pertimbangan berhemah dan beretika, oleh Najib sendiri dengan bantuan semua immuniti. Iaitu tatkala menjawat TPM dengan merampas alih penguasaan UM No Perak dengan melantek dirinya sendiri menjadi Pengerusi Perhubungan UM No Perak DR dari penguasaan DS Tajul Rosli TS Ghazali, ini adalah hakikat bukan reka cerita fitnah.
(Tajul kawan lama dalam 4B zaman awal bersama Datuk Haji Suhaimi Kamaruddin, TS Muhammad Rahmat, Datuk Sam Sailan, Jamal Mukmin, Abu Samah Katas, Allahyarham Haji Safirul Hashim, Ismail Awang, Allahyarham Rani Ibrahim, Allahyarham Zainal Abidin Husman, Datuk Bang Pi/Hanafi Ramli, Datuk Shuib Lazim, Haji Baiza Shahurain, TS Sheikh Fadzil Sheikh Kadir, Syed Ahmad Syed Ali, Saad Man, Mat Posman PP, Pak Long Ismet, Allahyarham Dato’ Abu Bakar Daud, Dato’ Abdul Rashid Abdul Rahman, Azhar Alias, DS Ali Rustam dan ramai lagi) dan melantek Menteri Agama DS Dr Ahmad Zahid Hamidi, sekarang Menteri Pertahanan/Menteri penyu-tongtong menjawat Timbalan Pengerusi UM No Negeri Perak DR.
Sebagai Pengerusi Perhubungan UM No Perak (PPUNP) dan Timbalan yang baru, agresif dalam pasif menjana langkah pertama dengan kerja-kerja penculikan 2 Adun/Exco PR dari PKR sebagai respon balas Adun Umno secara sukarela ke PR pada 4 Februari 2009. Bunga gelanggang yang menular busong sekarang, ini adalah hakikat bukan rekacerita fitnah. Terserahlah samada azam dan hasrat Paduka Seri Sultan Perak untuk menyaksi Negeri Perak kembali bersinar berkilauan menjadi emas platinum atau tersungkur berkecai menjadi pasir berdamar dua butir, atau pecah berkecai seperti labu sayong tongkang pecah. Kini, pisau ditangan; mentimun ditangan Paduka Seri Sultan Perak. Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!! Dergahayu Tuanku di Istana adanya.
Dengan berlanjutan dan mengenjurnya malapetaka, cacamerba undang-undang rimba yang menjelma di Perak sejak awal Februari 2009 dan menjangkau empat bulan. Semuanya telah menjadi penyaksian dan pengetahuan negara, sehinggalah peringkat sentaro dunia. Serta beberapa negara dunia sedang khusus memerhatikan apakah kesudahan politik Perak ini di selesaikan. Dunia sememangnya berpengetahuan dengan info yang saheh, bahawa Raja atau Sultan yang memerentah negeri Perak adalah mantan Ketua Hakim Negara yang berwibawa dan dihurmati rakyat negara dan di kalangan pemegang dan pengamal undang-undang dunia. Manakala di gelanggang sokan, dunia mengenali Raja-Sultan Perak ini dalam masa yang panjang di bidang hoki.
Keluhan suara yang keluar dari PM6 itu, kerana DS Najib telah sampai kepada penghujong kekuatan dan keupayaannya. Najib dah kecundang menghadapi tekanan, asakkan, tohmahan dari dalam UN No sendiri dan dari pelbagai pehak. Tetapi bagi saya hakikat sebenarnya Presiden UM No jua PM6 kita ini, Najib sudah tidak mampu dan terdaya untuk memikul bewak hidup. Ianya berpunca dari hasil titek peluh usahanya dari minda purbanya yang rakus kuasa telah disedari dan menyedari kesalahannya. Ini, ini dilakukan adalah sebagai asas tumang untuk mendapatkan keyakinan daripada ahli-ahli UM No yang beliau adalah sejati berani berjasa. Sanggup menebus kekalahan UM No-BN dalam PRU12 pada 8 Mac 2009 yang lalu di Perak daripada penguasaan PR. Dikembalikan kepada pangkuan UM No yang tidak mampu dilaksanakan oleh Presiden UM NO ketika itu kini mantan iaitu Tun Lah dan belah mengalah.
Saya berhemat, dalam realiti untuk menyelami yang tersurat di sebalik yang tersirat, semuanya telah menjerat dengan erat Najib menjawat dengan gawat jawatan PM6, juga Presiden UM No (baru) ke3. Sekiranya fenomina Perak ini tidak mampu diselesaikan dalam masa terdekat, pasti kegagalan ini akan 200 % rakyat Perak dan sebilangan rakyat negara akan lunggok letakkan kesalahan dan kegagalan tersebut keatas kepala jembala DS Najib sebagai punca angkara Perak mengalami durja nistapa. Dan dirinya akan tergugat, kerana semangatnya meminjam tiru selogan DAP Malaysian Malaysia dengan olahan bahasa baru: Satu Malaysia, rakyat diutama dan rakyat didulukan. Begitulah, saya pun tidak menghafanya cuma kadar sepintas ingat. Semangat coca cola, pepsi cola PM dengan seruan keramat yang hebat akan memakan dirinya.
Rakyat, hatta di klangan ahli-ahli UM No pun bengong membuat pentafsiran apalagi untuk penghayatan selogan tersebut. Samalah dengan selogan cabang fahaman baru Islam diperkenalkan oleh Tun Lah dulu dengan “Islam Hadhari”. Islam Hadari kemana, hatta rukun Islam Hadhari itu sendiri haram terdaya mampu di hafal di hayati mengerti oleh sekelian MKT UM No termasuklah di perengkat UM No negeri sejak diperkenalkan. Kini IH dah berkubur menyepi seiring pi Tun Lah, belah dari kerajaan dan UM No. Bye! Bye!! Bye!!! Kesannya telah dihidu oleh Najib dengan ahli UM No telah mula membuat uji banding. Perbandingan diri Najib dengan Tun Lah. Ahli UM No dan rakyat menyedari, selembut-lembut Tun Lah, ianya lebeh 10 kali baik dari era Najib menjadi PM dan Presiden UM No hatta Pengerusi BN itu sendiri sekarang.
Dailema inilah memaku Najib sekarang. Lihatlah pembabitan penguasaan dalam kerajaan pusat oleh lagenda usang PM22T di kabinet Najib dan UM No di pimpin Najib, sepakat ramai mengatakan ianya bebayang dan arca Tun Dex. Kenapa jadi begini? Sekarang telah jelas, Najib cuba membersih tangannya dengan bersekali mengait cantumkan dengan Paduka Seri Sultan Perak. Rakyat janganlah menuduhnya (PM6 Najib) dan Paduka Sultan Perak, akan porakperanda kerajaan Perak sekarang. Rakyat Perak tidak mengheret dan membawa bersekali Seri Paduka Sultan Perak dalam hal ini. Tetapi rakyat menuding pasti orangnya adalah PM6 yakni Najib Presiden UM No-BN. Itulah hakikat yang dunia dan negara mengerti lagi alim memahaminya.
Tokoh pertama lagi utama mencipta angkara menghancur dan mencetuskan haru hara, huru hara di negeri Perak kerana tamak, rakus kuasa dan hendak boktikan kemampuan Najib, kembalikan UM NO-BN memerentah Perak sebagai anjakkan pengesahan Presiden UM No dan jawatan PM menjadi gah, ini rakyat katakan. Sekiranya kalau bukan Najib watak utama yang mengangkara, siapa orang dan dalangnya? Tengoklah bagaimana referendum rakyat keatas UM No-BN dan kerajaan haram rampasan kuasa kudeta keatas MB haram kudeta UM No-BN DS Zambry Cambry 500cc diboktikan di PRK P.59 Bukit Gantang dan PRK N.25 Bukit Selambau.
Bukan UM No-BN sekadar kalah, tetapi menerima majoriti berganda kekalahan pada 7 April 2009 yang lepas. Bersandarkan kenyataan dalam kelohan dari PM6 YAB DS Naib Tun Razak, iaitu pelaku dan pelakun dan sutradara utama dan penting ketika melakukan gerakkan haram merampas kuasa sebuah negeri dalam Malaysia yang di perentah dengan damai sentosa oleh kerajaan Pakatan Rakyat terdiri dari PAS, DAP dan PKR dengan berMBkan dari PAS iaitu YAB DS Ir Nizar Jamaluddin. Lebeh kalut lagi bila Naib takut berdepan PRK N.12 Penanti sehinggakan tidak terdaya dan tidak mampu untuk memutuskan menyertai PRK tersebut atau membiarkan PR dan PKR menang percuma. Atau dipoxikan kepada calun bebas tajaan UM No-BN. Serba mungkin berlaku dalam keadaan UM No kaku tak laku dalam pasaran rakyat terkini.
Sedangkan ketika menunggu menjawat jawatan PM dan jawatan sah Presiden UM No, Najib macam anak jantan tulin keras anu dan semangatnya keras nafsu, semangat mendideh membuak-buak menjuarai kepala perampaskuasa sebuah kerajaan negeri dan menwujudkan kerajaan kudeta UM No-BN di Perak. Kerajaan haram UM No-BN Perak diatas bangsawannya Najib, elit dan fedulnya Najib dengan permaidani merah biru, menunggu menyambutnya sebagai Pengerusi Perhubungan UM No Perak (24 jamdisandang) bersama Timbalannya mengadap dan memperakukan yang UM No blaaaa! UM No bllaaaaaaa maka Paduka Tuanku kena lantek MB dari UM No. Itulah detiknya. Itulah sejarahnya. Bagaimana lanie Najib berkata semua yang berlaku tidak kena mengena dan terlibat dengan beliau?
Sangkal dan penafian ini adalah mustahil, dalam terang dan jelas fakta rakyat menyaksi dan mengingatinya dan tidak lupa. Pastilah langkah dan tindakkan susulan dari apa yang diperolehi oleh MB haram Zambry cambry 500cc, akan dilakukan oleh YAB DS Ir Nizar dan PR menyusul menghadapi UM No-BN tersebut.
Direncanakan oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
9.50 mlm – Rabu 13 Mei 2009
(Nota: Saya Ibn Abdullah Al Awab, minggu lepas minta tolong anak (Kakak) ke cybercafe tolong masokkan ke dalam blog saya dengan 2 rencana serta di emailkan kepada 2 sahabat blogger. Saya nyatakan maksud dan tujuanya dan saya telah sertakan A/C No. 152031380740 – ZAKIAH (Maybank) atau A/C No. 0710029851730291 – ZAKIAH (BSN-Giro). Hari ini 18 Mei 2009 sekiranya petang nanti saya pinta pertolongan kakak (anak) untuk melihat akan kedua-dua A/C kearah tindakkan selanjutnya, Inshaallah. Terima kasih kepada penghulur membantu meringankan beban)
Anak (kakak) belum ada masa masukkan rencana ini dan semak A/C.
Assalamualaikum
1. Terlebeh dahulu kakak bagi pehak abah ucap terima kasih kepada teman pembaca dan blogger abah. Abah tak tau yang rayuannya terhimpun kecil jumlahnya. Sejumlah kecil itu pun amatlah saya b/p abah merakamkan syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada insan yang murah hati menyumbang, Alhamdulillah.
2. Kakak tidak usek dan biarkan sampai membolehkan abah menyelesaikan bil itu dan membaiki kumputer abah seperti abah pesan.
3. Ramai yang SMS dekat abah ucapkan tk di atas rencana abah tentang HARI GURU 2009 pada 16 Mei baru-baru ini. Abah kata dekat kakak, kalau belum Allah izinkan abah akan berhenti dulu menulis dalam blog dan abah memohon kemaafan dari pembaca dan blogger seperjuangan. Inshaallah ada rezeki abah akan sambong.
Maaf dari kakak, kakak sendiri tidak suka bertandang ke cybercafe tapi abah minta tolong, tak wajar kakak membantah, sebab selama terdaya kami manfaatkan internet di rumah sebagai penghubung. Tk.
Kakak anak abah: Cybercafe P.S.
18 Mei 2009 – 8 ptg. Selepas kaka dan sahabat membuat pengesahan a/c di bank berdekatan dengan cybercafe.
TK Wasalam.