PINTAR, PUTAR, MENGGELETAR DAN BERPINAR :
UM No-BN MELIHAT DUN N.12 PENANTI.
Sahlah dengan berita yang saya pungut dari berita TV jam 1.00 petang, sebagaimana yang saya jangka dalam rencana yang saya terbitkan diblog saya dua-tiga hari terdahulu (diuruskan anak di cybercafe). Calun PR dari PKR yang diwakili oleh Dr Mansor Othman menghadapi tentangan dari tiga penjuru. Iaitu calun bebas wanita Puan Aminah Binti Abdullah yang pernah menganggotai PKR sememangnya telah mengumumkan untuk bertanding dalam PRK N.12 Penanti, berpandukan peristiharan awalnya. Tetapi turut serta beradu dalam pertandingan ini dua calun bebas yang lain, sememangnya mereka sedang meniti jurang hangus deposit yang diletakkan di SPR. Kehadiran anak tempatan sememangnya diduga Iaitu Encik Nai Khan Ari.
Tetapi kelibat mantan calun bebas di PRK P.59 Bukit Gantang pada 7 April 2009, yang baru sahaja ditandinginya. Tetapi beliau telah tewas dan hilang deposit tetapi maseh mau mencuba pula di PRK N.12 Penanti, iaitu Encik Kamarul Ramizu Idris yang bertocang. Kehadirannya telah mengundang seribu pertanyaan dan banyak persoalan cepu emas perlu diungkaikan keatas penyertaan dan pembiayaannya. Kamarul terlepas dan berjaya meloloskan diri turut menjadi calun disahkan oleh Pegawai Pengurus SPR untuk PRK N.12 Penanti. Kamarul RI telah mencipta rekod dalam penyertaan PRK kecil disertainya bermula di Parlimen kemudian berhijrah ke DUN dengan menggunakan baki poster dan gambarnya semasa turut beradu di Bukit Gantang dahulu. Rekod penyertaan tempoh 46 hari ia kembali dalam PRK. Ini diantara manusia pelik dan aneh. Ia kaya duit, tetapi membazirkan macam buang garam kelaut.
Saya tidak membelakangkan tempoh lebeh lama, mengimbau rekod PRU yang ditempuhi. Kerana fokas pada PRU1982 adalah tahun yang memisahkan Anwar Ibrahim dengan ABIM yang di pimpinnya. Ketika itu Anwar menolak pelawaan PAS, khususnya pelawaan Yang dipertua Agong PAS ketika itu iaitu Almarhom Dato’ Asri Haji Muda (TS Asri – ketika dulu saya sering kerumahnya di Lundang/Jalan Yaakubiah, maaf kalau tersilap nama. (Tetapi rumah kediaman Dato’Asri itu pasti di beli oleh Haji Ghazali Kontraktor Pasir Pekan-UM No zaman Ku Li jadi Menteri Piteh) untuk menyertai PAS dan memimpin PAS. Ramai teman dan sahabat dalam ABIM yang menangis dan kesal diatas Presiden ABIM ketika itu. Semuanya telah berlalu dan menjadi sejarah kepada ABIM, sejarah kepada UM No khususnya sejarah pribadi YB DS Anwar Ibrahim sendiri melalui suka duka dan pahit maungnya. Kaitan sejarah jua saya cokia ini tidak terlalu jauh dengan Akhie Sheikh Anwar.
Tarikh yang saya tidak lupa adalah pada 29 Mac 1982 Akhie Anwar Ibrahim mengistiharkan secara resmi masuk dan menyertai menjadi ahli UM No yang berdaftar menerusi Tun Dex (Saya tinggal di Kelantan). Dan tarikh keramat takkan saya lupa adalah 23 Spetember 1998 YB DS Anwar Ibrahim di pecat dari UM No dan semua jawatan kabinet dalam kerajaan oleh Tun Dex juga (Saya tinggal di KL). Semuanya macam baru berlaku dipelupuk mata saya saksikan, fantastik!!!!!. UM No kuat di Permatang Pauh kerana berketuakan Anwar Ibrahim dengan karismanya yang menjadi ikon rakyat Permatang Pauh. Apabila belaiu dipecat maka maka Anwar Ibrahim membalikkan kiblat pengundi dan penyokongnya dari UM No kepada PKR dan bersama PR. YB DS Anwar Ibrahim 16 tahun didalam UM No. Memimpin bersama PKR cuma baru kira-kira 11 tahun, ertinya DS Anwar Ibrahim telah bergelomang dalam sepak terajang politik selama 27 tahun, berpengetahuan dan berpengalaman dalam membawa PR bersama-sama dengan sokongan dan dokongan bersepadu dan kental dari PAS dan DAP. Inshaallah.
Untuk info serta pengetahuan khususnya rakyat dan pengundi remaja di Penanti, sukalah saya imbaukan sejarah Kapar Permatang Pauh dan Kadun Penanti ini. Dalam PRU 1982 pada 22 April 1982 di Semenanjong, ketika itu P.37 Permatang Pauh jumlah pengundi berdaftar adalah 32,378 pengundi. DS Anwar Ibrahim calun dari UMNo-BN memenanganinya dengan mendapat 18,849 undi dengan majoriti 14,352 mengalahkan dua calun lain. Iaitu calun dari PAS Ustaz Haji Zabidi Haji Ali (Almarhom - Al Fatehah)mendapat 4,497 undi dan calun dari DAP Tan Ah Huat pula mendapat 1,825 undi. Ketika itu N.9 Penanti jumlah pengundi berdaftar adalah 11,718 pengundi. Calun dari UMNO-BN iaitu Jusoh @ Yusof Hilmi bin Haji Shafie mendapat 5,604 undi dengan 2,760 majoriti. Mengalahkan calun dari PAS iaitu Mohamad Bin Sabu yang mendapat 2,844 undi (Mat Sabu/Bang Mat – Naib Presiden PAS lanie).
Statistik menunjukkan tempoh selama 27 tahun (1982-2009) jumlah pengundi berdaftar dikawasan Kapar Permatang Pauh (P.44 Permatang Pauh) adalah berjumlah 58,459 pengundi. Ini membawa makna pertambahan hitong panjang setahun pengundi baru untuk Kapar Permatang Pauh adalah 965 pengundi baru setahun. Manakala statistik menunjukan tempoh yang sama juga iaitu 27 tahun (1982-2009) jumlah pengundi berdaftar untuk Kadun Penanti (N.12 Penanti) terkini berjumlah 15,421 pengundi. Ini membawa makna pertambahan pengundi baru hitong panjang setahun untuk Kadun Penanti adalah 135 pengundi baru setahun sahaja.
Sebagaimna kita sama-sama maklum UMNO-Perikatan / UMNO-BN bertapak di Kapar Permatang Pauh sejak wujudnya Kapar dan Kadun tersebut di kuasai dan dimonopoli oleh UMNO-Perikatan/UMNO-BN. Sebaik mana mantan TPM/Pemangku PM/Menteri Kewangan dipecat dari UMNO pada 23 September 1998 diikuti dengan pemecatan semua jawatan kerajaan dan jawatan politik dan parti, kecuali sebagai AP Kapar Permatang Pauh yang dipileh rakyat menerusi PRU. Dan selepas itu atas nama Barisan Alternatif - BA maka mulalah Parti Keadilan melakar penguasaan bertapak dan membina menjadi kubu kebalnya di Permatang Pauh .Melalui rekod menang yang cemerlang di 3 kali PRU. Dimenangi oleh YB Datin Sri Wan Azizah, isteri kepada DS Anwar Ibrahim.
Apabila PRU12 diadakan pada 8 Mac 2009, keputusan BN-Pak Lah ketika itu pada hakikat sebenar yang tersembunyi adalah untuk menafikan penyertaan kembali DS Anwar Ibrahim dalam PRU. Maka jalan dan keputusan terbaik untuk membolehkan DS Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen hanya melalui satu PRK diadakan. Makanya satu pengorbanan besar dan satu tanggungjawab besar telah diambil oleh YB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatannya sebagai AP Kapar Permatang Pauh yang baru di menanginya, menewaskan dengan majoriti besar Ustaz Datuk Hafiz terajang tong dengan majoriti 13,300 lebeh. Tetapi DS Dr Wan Azizah mengekalkan jawatan Presiden PKR. Sebagai tindakkan jalan keluar untuk PRK diadakan.
Keputusan melalui PRK pada 26 August 2008 yang dimenangi oleh calun PR-PKR, YB DS Anwar Ibrahim, dengan mendapat 31,195 undi dengan majoriti 15,671 lebihan majoriti dibandingkan undi diperolehi oleh calun UM No-BN, Datuk Arif Shah Bin Omar Shah yang mendapat 15,524 undi sahaja. Manakala calun Akim, Hanafi Mamat mendapat 95 undi dan hilang deposit.
Kita mengimbau khusus keputusan resmi dalam PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu di N.12 Penanti. DUN Penanti mempunyai pengundi berdaftar ketika itu 15,421 pengundi. Mohamad Fairus Khairudin dari PR-PKR mendapat undi 7,346 dengan majoriti 2,219 undi. Manakala calon UM No-BN Datuk Abdul Jalil Abdul Majid cuma meraih undi 5,127 undi sahaja. Saya meninjau disamping mengimbaukan serta membuat perbandingan dengan fakta. Bahawa sememangnya UM No selepas 27 tahun kian mengucup dan mengecil pengarohnya di Kadun Penanti, kemungkinan tempoh 10 tahun lagi UM No akan tinggal pada nama di Penanti tetapi akan berhadapan dengan pupus ahli pastilah bersekali dengan pengundi setianya.
Bayangkan betapa gah dan perkasanya 27 tahun dahulu dalam PRU1982 dengan jumlah pengundi berdaftar 11,718 pengundi. Tetapi keputusan ketika itu UMNO-BN melalui calunnya Jusoh @ Yusof Hilmi bin Haji Shafie mendapat mengaut 5,604 undi. Jumlah undi yang susut ialah 477 undi ibandingkan PRU12, undi diperolehi calun UM No. Sedangkan pertambahan pengundi dalam tempoh yang sama adalah 3,703 pengundi. Berpandukan realiti dan fakta saya kemukakan ini, nyatalah UM No sudah tidak mendapat tempat serta sokongan dari rakyat dan pengundi di Kadun Penanti untuk tempoh selepas 27 tahun yang lalu. Ianya akan berlanjutan selagi DS Anwar Ibrahim dan DS Wan Azizah berada dalam Kapar Permatang Pauh. Mungkin patah tumboh hilang berganti, satu masa YB Nurul Izzah akan meneruskan legasi ayah-bundanya di Permatang Pauh, Wallahhualam.
Diatas fakta inilah untuk menyokong pendapat saya dengan mengungkaikan sebab dan musababnya, kenapa dan mengapa Najib/UM No-BN memulaukan PRK Kadun N.12 Penanti ini pada 31 Mei 2009 Ahad ini. Sebagaimana yang diumumkan oleh Presiden UM No/Pengerusi BN iaitu DS Najib katanya, “Bahawa keputusan muktamat UM No-BN tidak turut serta dalam PRK Penanti kerana ia adalah permainan politik PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya”. Sememangnya pengumuman tersebut telah mentinta dan mencipta sejarah baru dan terulung kepada UM NO-BN sebagai rekod sulong. Sebagai parti teras yang bergabong dalam BN sebagai pemerantah Malaysia menjadi pulor dan hampas. Mengakui bahawa UM No telah terus akan ditolak oleh rakyat dan pengundi di Kadun N.12 Penanti yang berada dalam Kapar N.44 Permatang Pauh.
Secara mayanya, penolakkan dan penafian yang datangnya dari Presiden UM No/Pengerusi BN - DS Najib Tun Razak memperakui bahawa UM No yang dipimpinnya diperingkat pusat dan UM No yang dipimpin oleh pemimpin impot dari Bagan Datok PK, iaitu Menteri Penyu DS Dr Ahmad Zahid Hamidi diperengkat negeri Pulau Pinang. Adalah parti yang ditolak oleh rakyat dan pengundi. Parti yang sudah melarikan diri dari tanggungjawab untuk mendapat pengakuan ujisokong dari sebahagian spesis ahli UM No tegar dan pengundi tegar yang maseh terbaki untuk menyatakan sokongan mereka kepada UM No. Untuk diterjermahkan kepeti undi dalam PRK N.12 Penanti, dihampa dan dikeciwakan oleh Presiden UM No mereka sendiri. Demi menjaga agar maruah dirinya ridak parah terperuak menanggong malu berturut-turut dan berterusan menerima berita kalah dan kecundang.
Tindakan memulaukan PRK ini telah dimusnahkan oleh pucuk pemimpin UM No itu sendiri. Akhirnya saki baki pengundi dan ahli akan pupus menjelang PRU13 tempoh tiga tahun dari sekarang. Kerana bebal dan tidak mempercayai UM No sebagai wadah perjuangan mereka. Mereka beraleh sokongan samada menyertai PAS atau PKR. Sekiranya tokoh kerdil yang diletakkan PR-PKR dahulu dalam menghadapi PRU mampu menewaskan calun UM No-BN dengan mencapai kemenangan majoriti yang besar. Maka pastilah Najib mengambil kira dan menghitung sekiranya tokoh PKR di perengkat negeri Pulau Pinang, mantan pensyarah di USM dan mantan Setiausaha Politik kepada YB DS Anwar Ibrahim ketika beliau berada dalam kabinet dahulu, iaitu Dr Mansor Othman sebagai calun PKR dalam PRK Kadun N.12 Penanti dikemukakan. UM No awal-awal akan bungkus dikukus.
Pastilah sekali lagi pengundi Penanti akan menghukum, malukan UM No lebeh teruk dan lebeh parah terperuak mengundang kecundang malang, yang berganda seperti PRU12 dulu. Maka faktor inilah menjadikan UM No terus mengecut dan kerdil disudut mendapat undi dan sokongan pengundi Penanti pada 31 Mei 2009 nanti. Maka jalan pintas walaupun menanggung seribu malu, seribu kecaman dan bantahan dalaman dari UM No Permatang Pauh. Keputusan pulaukan PRK N.12 Penanti adalah wajib, Najib umumkan kepada negara dan donia bahawa UM No tidak terdaya dan bermaya untuk turut menyertai PRK N.12 Penanti, kenapa? Mengapa? Jawapan kepada kenapa dan mengapa ianya disebabkan, semuanya berligar dan berlengkar dalam diri Najib sendiri.
Tindakkan mendesak dan memaksa menjawat Presiden UM No dan jawatan PM bersama-sama dengan TS Mohiyaddin Yassin memperlekeh dan menghina Presiden UM No/Pengerusi BN YAB DS Abdullah Ahmad Badawi, kekalahan UM No dalam PRU12 disebabkan Pak Lah dan menantunya KJ. UM No kalah dan ditolak pengundi dalam PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu disebbakan Pak Lah. Makanya Pak Lah belah dan menantunya dimalukan oleh Najib dan Mohiyaddin.
Apabila UM No-BN kalah tersungkur dalam PRK serentak di Kapar Bukit Gantang dan Kadun Bukit Selambau, ketika mana Presiden UM No adalah Najib dan PM juga adalah Najib. Dan Timbalan Presiden adalah TS Mohiyaddin Yassin juga TPM. Hatta DS Dr Ahmad Zahid Hamidi juga Menteri Kanan penyu sebagai Pengerusi Perhubungan UM NO Pulau Pinang. Keputusan itu meningkat dan menambah turun nilai Najib, Mohiyaddin dan Zahid dalam UM No. Malu bukan kepalang kerana tuding jari kepada Pak Lah tentang kalah UM No kerana Pak Lah adalah tidak benar dan dusta. Kalaulah benar kalah di Permatang Pauh dan Kulala Terenganu kerana Pak Lah dan Pak Lah telah pikul kekalahan tersebut dengan meletak jawatan Presiden UM No dan jawatan PM, semuanya diboktikan oleh Pak Lah mengambil hirau tuduhan kepadanya oleh Najib dan Mohiyaddin serta pengikutnya dulu.
Makanya sekarang ini, dengan kekalahan berganda serentak di Kapar Bukit Gantang dan Kadun Bukit Selambau dengan mengambil kira fakta kekalahan Permatang Pauh dan Kuala terengganu dikaitkan rapat dilunggukkan kepada Pak Lah. Maka hari ini kekalahan tuntas UM No di Kapar Bukit Gantang dan Kadun Bukit Selambau ketika mana Najib menjawat Presiden UM No/PM dan Mohiyaddin menjadi Timbalan Presiden UM No/TPM wajiblah mengambil sikap dan tanggungjawab besar menjejak langkah sebagaimana Pak Lah meletak jawatan dan kini, giliran Najib dan Mohiyaddin pula perlu letak jawatan. Jangan pandai mendesak Pak Lah. Tetapi bila ludah timpa kebatang hidung sendiri didiam dan dialeh tajuk dan haluan perhatian.
Najib! Mohiyaddin! Jangan kuman diseberang lautan clear nampak, kapal selam dan helikopter gergasi saiz dan nilai harga tinggi terlindong tidak nampak keleh. Bagaimana pendapat luar sana? Kekalahan UM No-BN di PRK P.44 Permatang Pauh pada 26 August 2008 yang lalu ianya berkait rapat dan sebati dengan PM6 sekarang DS Najib. Kerana beliaulah yang menjadi Pengarah Pilihanraya1 PRK BN-UM No Permatang Pauh dulu. Apabila semua strategi dan statistik undi tersasar dengan malunya menghadapi kekalahan kepada DS Anwar Ibrahim serta berdayamaju dalam tambahkan majoriti kepada PKR dari undi diperolehi calun UM No-BN.
Apalagi Najib telah menurunkan pada pandangan Najib iaitu tokoh besar yang berkelibar lagi berpengaroh untuk berusaha tabor fitnah dan menghina DS Anwar mengkafankan Anwar di Permatang Pauh, dilaman rumahtangganya sendiri. Iaitu raja kotak Ezam Mohd Nor, perkasa T4 Khairy Jamaludin, sini mari Datuk S Nalakarupan. Tidak ketinggalan sumpah gadai maruah menjadi kupang tembaga dari Mohd Saiful Bukhari Azlan. Peranan Perimaworks menerusi TV3 yang diluar etika dengan penuh biadap membuat serangan macam Anwar adalah musoh negara utama dengan sedikit pun berita dikeluarkan tanpa beralas dan beretika. Serta Utusan Malaysia menjadikan dirinya terus meloya dan melaporkan berita fitnah dan gila babi. Najib pun turut bersumpah olok-olok macam cencalok.
Berfaktorkan situasi semasa yang melanda membelenggu UM No bersabit rasuah yang parah, UM No perengkat negeri khususnya di Pulau Pinang, perengkat bahagian yang kalah dalam PRU12 yang lalu dan bahagian-bahagian yang tidak dominasi oleh UM No. Termasuklah bahagaian yang dimenangi Kepala Batas dan Tasek Gelugor, dan sampai diperengkat cawangan-cawangan berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya. Melengum macam bini muda mati atau bini comel lari mengikut jantan genteng baru meminta pasah. Kelemahan-kelemahan yang berkait dengan rasuah, disana kebanyakkan bahagian menghadapi lesu longlai kerana berkaitan erat kesan perebutan kuasa dalaman yang berlaku di peringkat pusat. Ianya berangkai menjalar akibat daripada keputusan pilihanraya umum lepas.
Kekalahan BN-UM No, BN-Gerakan dibeberapa negeri yang terlepas kepada kerajaan PR ianya mensasar dan bantutnya punca dana dan pendapatan pemimpin-pemimpin Umno di peringkat bahagian dan jelujurnya, menerusi beberapa punca dana. Nyatalah pemimpin-pemimpin UM No menjadi kebengongan untuk melayan dan memenuhi tuntutan kehendak ahli-ahli dibawah yang selama ini bisa diberi macam hantu raya. Tanpa upah hantu raya akan kembali ngap dan baham tuannya. Inilah kesan besar menimpa membawa kepada kelemahan pentadbiran peringkat bahagian dan cawangan-cawangan dana pembiayaan kontang. Bil-bil sewa bangunan pejabat yang tertonggak, menjadi beban kepada parti menunggu menanti mati.
Kalau dalam PRU1982 jumlah peratus yang mengeluar membuang undi di Kadun Penanti adalah 77.76 peratus. Manakala dalam PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu adalah 81.01 peratus. Justeru pada hemat saya pada hari pengundian PRK N.12 Penanti pada 31 Mei 2009 hari Ahad ini, pengundi yang keluar mengundi saya anggarkakan diantara 67% - 74% akan mengeluar mengundi, Inshaallah. Walau bagaimanapun peratus yang popular saya jangkakan adalah sekitar 70.5 pertus dari jumlah 15,421 pengundi. Bererti keseluruhan pengundi yang akan keluar membuang undi mereka sekitar 10,892 pengundi.
Saya anggarkan dari jumlah tersebut calun PR-PKR Dr Mansor Othman undi akan memehak dan diterimanya adalah 68.5% berjumlah 7,461 dengan majoriti 4,357 undi. Ketiga-tiga calun bebas akan mendapat undi sekitar 28.5% berjumlah 3,104 undi sahaja. Undi rosak, undi protes dan undi tidak dikembalikan saya anggarkan kali ini agak tinggi iaitu 3% bermakna 326 undi. Di atas perakuan, pengiktirafan dan pengesahan yang sememangnya PR-PKR kuat dan mempunyai pengundi dan penyokong yang kental, tegar dan umpama tumang dua hasta dipancang, dipacak kebumi. Diatas faktor tersebut bercantum dengan kekuatan pribadai dan kekuatan sokongan dari Presiden PKR DS Dr Wan Azizah Dato’ Wan Ismail berganding dengan suaminya YB DS Anwar Ibrahim dan kepmpinan PKR Pusat dan negeri.
Serta mendapat sokongan dari YAB KM Pulau Pinang YB Tuan Lim Guan Eng dan saf Pimpinan DAP Pusat dan DAP Pulau Pinang. Kerjasama padu dan erat dari kepimpinan PAS Kawasan Permatang Pauh, Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang. Khususnya doa restu dari TG Mursidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat, YB TG DS Presiden Haji Abdul Hadi Awang, Profesor Dato’ DR Haron Din, dan lain-lainnya. Maka ini-inilah asam garam, pelengkap saling lengkap melengkapi untuk menjana kemenangan dalm PRK N.12 Penanti pada 31 Mei 2009 pada hari Ahad ini, Inshaallah.
Rencana disempurnakan: Ibn Abdullah Al Awab.
5.23 petang – Sabtu, 23 Mei 2009
Bersamaan 28 Jamadilawal 1430
Nota : Cadangan untuk turut serta dipenamaan calun terhalang, kerana diserang lelah sebelum Suboh reda menjelang 9 pagi. Selepas itu ok keadaan kesihatan. Walau apa-apa pun saya akan sumbangkan mengikut kemampuan dan keupayaan saya, Inshaallah. Perjuangan dan sokongan saya adalah tuntas dan fokas.
Nota: Kakak tolong masokkan keblog Abah melalui stok rencana abah muatkan dalam pendrive. Itulah usaha abah yang gigih tegar, saya sebagai anak abah tak terdaya mengikuti azam Abah. Siapkan dalam komputer Ummi, rencana dipendrivekan.
Abah sudah tepati janjinya tidak menyuroh kakak membantunya blogkan rencana di cybercafe, tetapi budi abah bila-bila terus kakak membalas jasa abah yang lelah tegar bersengkang mata berkarya. Serentak, disisi kakak menemani belajar untuk matlamat 8A PMR 2009. Kakak terima kata-kata abah, bantu ibu bapa dalam apa jua yang Allah tidak tegah adalah pahala.
Semuanya lebeh memudahkan kakak menerima doa percuma dan pahala mudah dengan membantu abah. Abah hebat dalam sejarah, abah hebat dalam matametik, tetapi abah maseh terikat dengan ejaan dipelajarinya 50 tahun dulu, tidak dapat di ubahlagi.
Maaf kakak tambah disini, abah tak tau, ini nota dari anak abah.Pembaca blog abah, doakan cita-cita kakak untuk PMR keputusan 8A 2009 ini, Inshaallah.