Sunday, May 10, 2009

MEMERHATI, MENELITI, MENGIMBAU KEMBALI-

MEMERHATI, MENELITI, MENGIMBAU KEMBALI –
NGERINYA UM No-BN MENDEPANI PAKATAN RAKYAT.

Membelah Pandangan.
Mendepani dan menyusur menyaksikan perjalanan, perati sambil tengok pengisian negara kita dalam semua aspek, disudut duka dan gembiranya. Fenomna aksi dan reaksi anjakkan evelusi perubahan dalam pegangan anuti berpolitk kepartian sejak PRU1990, tibalah kepada ketika PRU tahun 1999. Jelas evolusi berlaku dikalangan semua komposisi kaum. Melayu, Cina dan India di Semenanjong. Cetusan rasa dan peralehan menjadi menjadi mengapor dan matang, ketika rakyat membuat keputusan dalm PRU12 pada 8 Mac 2008 lalu. UM No-BN telah melakar sejarah memerentah negara kita dalam beberapa kategori dan tahap keupayaan dan penerimaan rakyat/pengundi kepada UM NO-BN. Suka dan dukanya diterima rakyat dan dialami oleh UM No-BN itu sendiri menghadapi cahaya dan suramnya.
Tahap Pertamanya UM No-Perikatan cap kapal layar, di alam mendapat pengaroh dikalangan rakyat. Sejak sebelum merdeka dan peristiharan permashoran merdeka bernama Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia, sehingga akhir tahun 1968. Tahap kedua pula UM No-Perikatan menghadapi penentangan rakyat dan penolakkan rakyat keatas UM No-Perikatan di perengakat negeri-negeri Semenanjong. Sebaik sahaja selesai PRU1969. Ianya berkesudahan dengan mengundangnya peristiwa hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei (tidak bertujuan untuk membincang punca, dan siapa watak utama membuka gelanggang 13 Mei). UM No-Perikatan gagal untuk menubuhkan beberapa kerajaan negeri.
Makanya untuk terus berkuasa, maka UM No-Perikatan terpaksa bertindak memanipulasi rakyat dan negara. Justeru, mereka membuka venue-panggong baru. Panggong untuk sambongkan talihayat walau di luar gelanggang demokerasi yang di agongkan merka. Maka tindakkan alternatif yang negatif (dalam kamus demokerasi berparlimen) dengan bertindak secara madatori kepada rakyat dan negara. Yakni membolehkan UM No-Perikatan melalui baju buruk ganti dipakai baju baru untuk meneruskan hayat memerentah negara. Melalui pintar dan putar UM No/Perikatan cukup drastik bertindak menerusi pintu tertutup belakang, iaitu dharurat negara dengan menggantung perlembagaan negara dan perlembagaan negeri-negeri diganti dengan peristiharan Majlis Tindakkan Negara-MAGERAN. Mageran berkuasa penuh dalam meneruskan memerentah negara.

Diatas nama Mageran selama kira-kira hampir 6 tahun. Negara berada di luar kotak demokerasi dalam meneruskan kesinambungan memerentah. Diantaranya timbulah RUKUN NEGARA distharkan dan DEB dekemukakan. Dalam masa inilah sepenuhnya UM No mengambil dan menggunakan sepenuhnya berperanan menguatkan kembali cengkaman dan usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat. Dicelah-celah inilah sekembalinya Pengarah Mageran Almarhom Tun Razak dari melawat negara China, dengan menemui pemimpin besar komunis ketka itu. Iaitu Presiden China Mau Tze Thong dan Perdana Menterinya Chou Eng Lai. Maka terbentuklah Kerajaan Champoran yang PAS bersama-sama dengan UM No/Perikatan. Akhirnya wujudlah tahap lebeh besar dan zon selesa iaitu lahirnya BARISAN NASIONAL - BN. Disuasana zon selesa inilah UM No-BN cemerlang menghadapi PRU 1974 dan PRU1978.
Dalam menikmati zon selesa inilah UM No-BN mula bertukar wajah dan arah mengisi perjuangan bertukar arah dan kiblat dengan UM No-BN memperkosakan sepenuhnya DEB. DEB menjadi mangsa kepada keseluruhan Bumiputra dalam peluang mendapat bahagian DEB. Negara melalui DEB telah melahirkan dikalangan pemimpin UM No-BN dengan UM No Putra, India Purta dan Cina Putra. Mereka membelakangkan urat nadi rakyat yang mengangkat mereka (UM No-BN) menubuhkan kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri. Rakyat yang memerlukan pembelaan total dalam keperluan asas infastruktur. Dikalangan pemimpin UM No, MCA, MIC dan lain-lain, mereka berlumba dalam perlawanan jarak dekat dan jarak jauh perlumbaan mendapatkan rampasan kekayaan dan pangkat.
Iaitu aktif dan terancang mereka membina istana dan vila, membesarkan gedung perniagaan dan merampas semua peluang kerajaan untuk rakyat di rampas dan dimonopoli oleh kepimpinan UM No-BN. menghimpun harta dan melungguk harta menjadi utama keperluan. Disamping mengejar meligan dana dan harta karun, merek jua gila gelaran elit Datuk, Dato’, Tan Sri dan Tun. Bercambah macam kulat tumbuh diatas tahi kerbau-tahi lembu dibendang padi dalam tahun 60han-70han padi semusim diusahakan sebaik hujan kapak keranji mula turun. Fenomina ini memisahkan pengundi, UM No-BN dengan rakyat. UM No berpaut hidup dengan mengugut Kerajaan BN mendpat semua peluang dalam bumi, diudara angkasa dan diatas muka bumi. Pemimpin gila kuasa, gila betina dan gila harta.
Mereka tua di padang golf, di hotel *****. Minum breakfast, lunch dan dinner di kopi house cafe ternama. Hebat mereka ketika itu. Imbau-imbaulah ingatan kita. Pangkat dan kekayan melampau melahirkan mereka pemimpin hotel dan pemimpin korporat. Beli undi dan beli peluang secara rasuah berhadaapn berterangan dihadapan pegawai dan pejabat BPR. Sampai di awal tahun 1980 UM No menghadapi perebutan kuasa dan UM No dibelah kepada beberapa kabilah. Bertentangan dan berlawan menghunuskan keris sampai tahap mahkamah. Akhirnya UM No menjadi haram, parti yang haram seketika dihukum oleh Mahkamah Tinggi disebabkan beberapa kesalahan faktor utama yang berlaku kepada UM No. Maka pupus dan berakhirlah UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar.
Ini adalah hakikat yang direkodkan oleh sejarah negara keatas UMNO. Adapun UMNo Baru sekarang, adalah UM No yang diasaskan oleh Tun Dex untuk membolehkan dirinya terus mendapat sokongan dari parti yang baru diasaskannya sendiri iaitu UM No Baru sebagai pelengkap menjadi Perdana Menteri dngan menafikan peluang kepada musoh no wahidnya TS Tengku Razaleigh Tengku Hamzah. Apa pun nak diperkatakan tetapi UM No sekarang bukanlah UMNO diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar pada tahun 1946. Kuasa dan cengkaman ditangan akhirnya manipulasi hakikat dinafikan.
Akhirnya sumpah realiti dan kepelbagaian silap mata maka seolah-olah UM No baru tersebut macam UMNO asal dan mendapat perakuan Pendaftar Pertubuhan. Maka manipulasi lawak sejarah dibuat dengan mengatakan UM NO ditubuhkan Tun Dex adalah kesinambungan UMNO asal, “pelawak bedeah” kata orang Kelantan. Biarlah semua itu.
Mereka menghadapi zon selesa sejak 2003 – pertengahan 2007 dibawah Mr clean Tun Lah. Leka dan lali dengan pujian. Rakyat dijadikan mangsa Pemimpin-pemimpin UM No-BN bermaharajalela mengaut khazah dan harta rakyat dengan rakus. Menghimpun dan melunggok tanpa belas kasihan kepada rakyat dan merasi tidak bersalah melakukan semua jenis rasuah. Ketika inilah kem PLKN negara ditubuhkan dan kem-kem dalam UM No mengiringinya kepada beberapa kem dan kem-kem perengkat negeri dalam UM No-BN. Berterusan berentap dan bertinju dalam UM No-BN dengan kepimpinan tertinggi mempertikai dan melondeh, membogel pimpinan sesama UM No yang lain. Sampai tahap dan perengkat seolah-olah mereka berdepan dengan lawan dan musoh diluar UM No-BN. Sakan depa berlawan.
Dalam keadaan itulah UM No-BN terpaksa menghadapi PRU12 pada 8 Mac 2009. Akhirnya dalam keadaan bergelomang dengan korap sengkela, hiv serta ingau hantu Altantuya fenomina peledak C4 dan naga beracun Tingkat 4 KementerianPM$. Ketika itulah UM No-BN menawarkan diri menghadapi PRU12 dan mereka mendapat jawapannya dari rakyat dan pengundi. Iaitu kejayaan dicapai dengan kecundang terterap hilang kuasa di bebrapa negeri dan gagal mendapat majoriti 2/3 dalam Parlimen dan di Negeri Sembilan. Lebeh malang ramai menteri, timbalan menteri dan setiausaha Parlimen yang tewas dikalangan pimpinan kanan UM No-BN pusat dan perengkat negeri macam dilanda topan tsunami. Sememangnya di Semenanjung UM No-BN telah kalah tersungkur. Hanya simpanan tetap dari Sabah-Serawak menyelamatkan hayat UM No-BN dalam Negara. Ini maklumat benar dalam negara.


51 Tahun Memerhati UM No/Perikatan/BN
Saya tidak berniat untuk menempelak dengan menghukum dan pasang sangkaan jahat kepada UM No-BN. Tetapi ianya adalah pemerhatian bebas saya yang saya melihat sendiri. Selama saya melihat dengan mata kurniaan Allah, Allah jua menganugerahkan otak dan akal kepada saya untuk berfikir. Maka minda saya membicarakan mengikut versi saya tentang apa yang dihadapi dan apa yang wajar UM No berusaha mengatasinya. Saya tidak mencampori rumah tangga UM No. Oleh kerana UM No-BN maseh menjadi kerajaan dan pemerentahan negara maka itulah hubungkait rakyat dengan kerajaan dan parti yang mendukungi kerajaan wajarlah kita melakukan pemantauan muhasabah kepentingan bersama untuk negara.
Gelanggang ini adalah terhad untuk diperincikan dengan hujah dan fakta-fakta. Maka saya cuba sedaya upaya merengkaskan maklumat ini. Sesungguhnya perpaduan dan kerjasama serta bermacam-macam selogan yang disajikan untuk rakyat melalui semua media resmi kerajaan, ianya adalah seruan dan selogan yang tidak mampu serta terdaya disebati dan dihayati untuk solid diterjermahkan menjadi kenyataan dalam batang tubuh UM No- BN sendiri. Semua informasi dan selogan diwar-warkan macam tiupan sentuang tandok kerbau zaman dulu sekiranya musibah menimpa kampong, dimaklumkan tiupan rentak dan tingkah tiupan masyarakat dulu telah mengetahui jenis musibah dan kampongnya, hebat orang-orang dulu iTnya. Umpama tuang air diatas daun keladi, tak lebeh sebagai retorit sahaja.
Bersatu dan kerjasama UM No dalam parti-parti komponan dalam BN cuma diperengkat zahir-luaran kulit sahaja. Tidak diperengkar azam dalaman dan kepercayaan tulin dalaman dalam duduk memerentah. Ini adalah maklumat benar tidak sebagai fitnah. Saya imbaukan untuk menguatkan hujah saya, dengan melihat realiti UM No/Gerakan-BN di Pulau Pinang. Sejak kerajaan Perikatan Pulau Pinang yang di kuasai oleh MCA, UM No dan MIC diawalnya. Kerjasama dan azam mereka adalah dihujung lidah perpaduan yang terjalin. Ianya lebeh terserlah benderang dalam masa kerajaan BN Pulau Pinang yang diketuai oleh GERAKAN sejak Tun Lim Chong Yu lebeh ketara tajam perkauman kerajaan BN di zaman TS Dr Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri.
Hujahnya, tolak ansor dan kepercayan tidak terjalin dan terserlah dalam BN diantara GERAKAN dan UM No di Pulau Pinang. Dalam satu masa sejarah politik negeri Pulau Pinang menyaksikan, UM No yang mencapai kemenangan lebeh banyak kerusi DUN dalam PRU mengatasi GERAKAN. Gerakan tidak memberi peluang dan laluan kepada UM NO untuk mengetuai dan mengepalai menubuh kerajaan BN dengan jawatan KM disandang oleh UM No. Begitu jua UM No tidak mempunyai keberanian Melayu sesuai setaraf dengan nama partinya dan kekuatan politik. Jauhlah azam politik tulin untuk meminta dan mendesak mendapatkan hak untuk merasai nikmat mengetuai Kerajaan Pulau Pinang. Kenapa dan mengapa?
Untuk menjawab kenapa dan mengapa, ianya bertitik tolak diatas kenyataan yang diantara UM No dan Gerakan tidak akan memberi laluan dan memperakui kepada UM No menjawat Ketua Menteri. UM No boleh berhak mendapat peluang yang terlepas dahulu untuk merebut jawatan KM Pulau Pinang, sememangnya UM No alim dengan fakta ini. Pasti sebaik sahaja KM UM No Pulau Pinang mengangkat sumpah dihadapan Gavenor, pastilah, sejajar dengan mengangkat sumpah UM No menjadi KM, mengiringina sedang sedia menunggu dua cabaran terbuka luas dihadapan kepada KM UM No tersebut sekiranya direalitikan dahulu. Iaitu undi tidak percaya dari ADUN Gerakan, MCA, MIC dan DAP ketika itu. Ini adalah pasti.
Ataupun semua ADUN dari Gerakan, MCA, MIC ketika itu akan mengumumkan keluar dari BN dengan menganggotai parti baru bersama-sama dengan DAP. Maka bakal kerajaan KM UM No itu pasti hancur, tinggal ADUN UM No akan menjadi pembangkang dalam DUN Pulau Pinang. Oleh mengelak berlakunya ranapnya UM No dalam Pulau Pinang, UM No yang mempunyai ADUN dari jenis spesis shemale takut untuk menuntut hak. Politik perut adalah di dulukan sebab itulah, sebelum mereka menjadi jantan mengadap Gabenor nakkan jawatan KM dari UM No. Tetapi oleh kerana pondan, kelu seribu keberanian, melainkan seperti singa singa tua diserkas di tandu tuannya atau setidak-tidaknya anjing kurap menyalak bukit.
Itulah hakikatnya perpaduan yang menjadi selogan BN. Selogan umpama secawan beras, secawan gandum, secawan kacang hijau dan secawan kacang kuda dicampurkan kedalam satu bujam atau bakul dan digongcangkan. Ianya menghasil bercampur tidak bersatu zat. Semuanya maseh kekal dan menebal dengan keaslian masing-masing. Itulah perpaduan yang terdapat dalam BN dulu kini dan selama-lamanya. Perpaduan yang tidak dijalin sebagaimana dimixkan, dikisarkan diadunkan dengan mengeluarkan ketulinan kesepakatan diislahkan mampu dilaksanakan diterjermahkan dengan gagah perkasa dan berani. Sekalipun dalam percubaan luaran reformasi BN lanie berkemudikan PM6 DS Najib, lagi berkecamok dan lagi bercelaru.
Diatas sebab itulah UM No menjadi parti pinggiran dan antah dalam BN-Gerakan di Pulau Pinang, sehinggalah kecundang dalam PRU12 baru-baru ini. Maka ganti mengambil tempat kerajaan BN di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor adalah kerajaan baru, wajah dan azam baru iaitu kerajaan Pakatan Rakyat-PR dengan PAS dominasi terus kemas di Kelantan terus memerentah dengan berbaki 6 jahanam. Maka tertubuhlah kerajaan PR di Kedah berMBkan PAS - YAB DS Ustaz Azizan Razak, Pulau Pinang berKMkan DAP – YAB Tuan Lim Guan Eng, Selangor berMBkan PKR – YAB TS Khalid Ibrahim dengan PAS terus menguasai Kelantan dengan YAB TOK GURU meneruskan misinya menjadi MB Kelantan.

Sedar lamunan, pegangan lama menguat dan menjauhkan.
UM No-BN, Gerakan-BN yang mencekam lama bertapak memerentah negara di Semenanjung, sampaikan satu perengkat PAS hilang deposit dalam PRU beberapa kali samada di DUN dan Parlimen untuk sesetengah negeri. Sukar dan sulit untuk PAS menembusi untuk mendapatkan tokoh sebagai calun pun sukar. Tetapi lama kelamaan ianya bertukar untuk seluroh negara sejak 5 kali PRU termasuk yang terakhir. PAS tidak hilang deposit. Pembangkang sesama pembangkang berentap menghadi BN, maka jalan mudahlah pembangkang memberi kredit laluan menang mudah kepada BN dihulurkan oleh pembangkang iaitu PAS dan DAP setiap kali tiba PRU.
Kematangan berpolitk dan pemimpin pembangkang telah mengambil keputusan besar dalam sikap tindakkan yang besar dan berani iaitu, bersepadu dan kolektif sama-sama berhadapan lawan BN satu lawan satu. Tidak sesama sendiri. Alhamdulillah, bunga dan kelopak sudah nampak. Pemimpin baik PAS maupun DAP yang keng keras macam tanah koi itu dulu, telah tersentak dan membengongkan UM No-BN, kerana pimpinan PAS, DAP dan PKR umpama singa, harimau dan beruang boleh berkhemah didalam satu kandang. Singa lapar, harimau baru beranak, beruang mengawan tidak berperang dan berkelahi, tetapi sekadar cuba mencakar.
Inilah menjadi senjata ampoh dan butir beracun, pukulan maut di hadapi UM NO-BN selama 40 tahun mereka menguasai menbendung keadaan ini. Menghindar dan melagakan pembangkang agar pemisahan mesti dilakukan dikalangan pembangkang. Jangan biarkan mereka bersama apalagi bersatu dalam matlamat dan fokas politik negara. Ianya amat merbahaya dan malang dihadan UM No-BN, ianya adalah realiti. Diantara adalah faktor PAS di Kelantan dengan selogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM yang berMBkan YAB Tok Guru Nik Aziz. Di lihat secara dekat oleh mereka akan corak dan berhemahnya Tok Guru menjaga dan melindungi rakyatnya dengan penuh amanah dan tanggungjawab keatas Allah memikul amanah. Dengan memberi keadilan kepada kaum Cina dan India. Tidak rasuah, tidak berubah pakaian dan kediamannya, tidak mendiami dikediaman resmi No.10, Downing Street Kampong Sireh.
Ikon ini menjadi sebutan dan menjadi ikutan kepada orang-orang India dan Cina. Selama ini mereka melihat PAS dan Islam dari mulut dan lidah UM No dan media perdana Kerajaan BN, semuanya adalah temberang. Kesedaran inilah memudahkan dari Angkatan Perpaduan Ummah kepada Pakatan Rakyat (Umpama dari Perikatan kepada Camporan dan BN). Pemerentahan PAS yang berMB dari PAS iaitu Tok Guru, tempoh memerentahnya telah menghampiri 20 tahun usia kerajaan Tok Guru. Tinjauan saya secara rambang, untuk rakyat tulin Kelantan, atau yang dilahirkan di Kelantan yang menjangkau umur mereka 28 – 32 tahun, mereka terasing dan diluar pengetahuan mereka tentang kerajaan BN pernah terbentuk di Kelantan.
Mereka tidak mendapat info yang Tan Sri Mohamed Yaacob pernah menjadi MB BN Kelantan dan TS Hussein Ahmad dan Datuk Ahmad Rastum Ahmad Maher pernah menjawat TMB BN Kelantan. Celek-celek mata, mereka membesar dalam melihat TO Guru Nik Aziz menjadi MB Kelantan dengan bersimbulkan BULAN PERNAMA menerusi partinya PAS – PARTI ISLAM SEMALAYSIA. Ya! Mereka mengenali dan melihat Tok Guru Nik Aziz adalah MB mereka yang mudah bekira dan mudah dalam memenuhi adek kaka dibawah tanpa sekatan dan protokal, kegembiraan anak muda Kelantan. Saya yakin keadaan ini akan berlanjutan. Celek-celek budak-budak Taski, sekolah rendah, mennegah dan mahasiswa/i mereka mengenali kerajaan PAS dan Tok Guru, Alhamdulillah.
Sokongan dan dokongan dengan memberi kepercayaan dan kerja sama kepada PAS akan berlanjutan untuk beberapa dekat, sekiranya kepimpinan PAS dan pelapis dapat menjelmakan fael Tok Guru kedalam hidup harian pimpinan PAS yang lain bersekali dngan famili mereka. Fenomina ini telah dihidu dan UM No mengetahui keadaan penerimaan dan sokongan anak muda adalah tegar kepada Pas, Tok Guru dan kepimpinan PAS yang lain adalah simbulnya. Makanya untuk menghindar kedaan sokongan sedemikian berlanjutan berterusan keatas negeri-negeri PR yang kain, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Usaha dan perancangan jahat untuk menjathkan kerajaan PR diusahkan langsung kini oleh PM, Menteri Pertahan dan Menteri Dalam Negeri melalui agensi dan jabatan masing-masing dibawah kuasa telunjuk mereka sebagai menteri.
Maka UM NO akan mengganas dan mengila apacara sekalipun untuk menawan negeri-negeri tersebur agar rakyat tidak dapat merasai dan menikmati berpanjangan nikmat pemerentahan PR sebagaimana di Kelantan yang terus memisah dan menjauhkan UM NO-BN dari hati nurani rakyat Kelantan. Maka UM No-Bn berusaha untuk menghancurkan kerajaan PR demi mengelak menjadi nasib mereka seperti di Kelantan. Diatas untuk mengelakkan itulah PM6 DS Najib sanggup menjadi kepala haram perampas kuasa dan meneruskan kerja haramnya dengan menubohkan kerajaan kudeta UM NO-Bn di Perak dengan keadaan cemar dan kotor umpama air ndir belakang mati.
Jadi PR mestilah menyiapkan semua persiapan senjata ampoh dan yang canggih menerusi team padu yang solid berpaksikan keutuhan perpaduan sejati melalui kepimpinan yang berintrgriti, amanah, soleh, zuhud dan mengenali mata kati hidup. Mengenali mereka adalah harapan rakyat. Inshaallah dalam PRU13, rakyat dan pengundi akan terjermakan TSUNAMI @ dalam PRU 13, Inshaallah.
Menjelang Maghrib: 6.45 petang.
Ahad – 10 Mei 2009 /15 Jamadilawal 1430
Minda tinta oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB