Thursday, May 28, 2009

DOUBLE MEANING: PANDANGAN PENGERUSI SPR RIBUT PRK N.12 PENANTI

DOUBLE MEANING:
PANDANGAN PENGERUSI SPR RIBUT PRK N.12 PENANTI

Sebaik tiba kerumah jam 8.05 malam kesempatan dalam berita TV3, kebetulan saya nampak pandangan dikeluarkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya - SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof. “SPR akan membuat kajian yang teliti dengan aduan dan dokumen, diatas aduan kepada SPR yang dibuat oleh calun bebas, Puan Aminah Abdullah bersabit parti PKR berjanji akan memberi imbohan RM80,000 kalau menarek diri. Dan akan dilantek menduduko Ahli Majlis Perbandaran, kalau menang masuk PKR dan akan di lantek menjawat TKM1” begitulah kira-kira report yang dibuat.

Serentak dengan itu SPRM telah menjalankan penyiasatan terperinci, dan bekerjasam dengan SPR dalam sepadukan siasatan. Tahniah dan syabash di atas pantasnya SPR dan SPRM membuka fail dan membuat siasatan. Terima kaseh sekali lagi.

Semua itu saya tidak kisah, kerana boleh jadi benar boleh jadi dusta. Tetapi saya mengambil kesah, dan persepsi saya barangkali berlawanan dan bertentangan dengan pandangan yang saya dengar di TV sebentar tadi. Saya tidak pertikai niat dan hati nurani Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Tetapi apabila saorang yang bertanggongjawab langsung dalam PRK N.12 Penanti, saya berpendapat tidak wajar samasekali sebagai Pengerusi SPR mengeluarkan kenyataan berbentuk duble meaning sebagaimana saya fahamkan disudut pentafsiran pengamal politik. Walau pun TS cuba menyangkalnya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof petang tadi berkata, “SPR akan menyiasat dengan sepenuhnya dan akan bekerjasama dengan SPRM. Sekiranya dakwaan tersebut dikaji benar, saya tidak akan teragak-agak sekiranya calun PKR yang menang dalam PRK Penanti itu, SPR akan membatalkan kemenangan tersebut. Tetapi kalau siasatan didapati tidak terlibat dan salah biarkanlah”.

Pandangan dan komen yang dikeluarkan oleh Pengerusi SPR tentang kes yang terawang-awangan ini adalah amat tidak beradap, terlanjur dan mempunyai makna yang tersurat dan yang tersirat, kata mudahnya adalah DOUBLE MEANING. Ramai kawan-kawan phoned saya dan pinta saya tulis dan komen sikit pasai ni.

Pada hemat saya yang tersurat ialah, pengundi-pengundi pada 31 Mei 2009 Ahad ini kalau keluar mengundi, jangan mengundi calun PKR Dr Mansor Othman, kerana beliau ada kes rasuah dalam siasatan. Kalau pilih dia (Dr Mansor Othman dari PKR), kalau SPRM dan SPR dapati dia bersalah bererti secara otomatiknya dia terlucut sebagai ADUN N.12 Penanti. Jadi pengundi tok sah susahkan diri, lebeh baik undi dan pangkah saja calun bebas Puan Aminah Abdullah, inilah hakikat yang tersirat.
Sebab itulah publisiti yang besar diberi oleh media cetak perdana dan mendapat tempat utama dalam berita RTM dan Primaworks. Hakikat ini sesiapa saja tidak dapat menyangkalnya. Peranan RTM, Mediaprima dan akhbar perdana perhatian utama kepada calun bebas Aminah untuk calun pilihan mesti dimenangkan. Kerana urusan peminangan untuk membawa masuk ke UM No akan mengiringi.

Pengundi sudah mengerti permainan dan silat cekak yang dimaikan oleh SPR dan SPRM adalah menjadi pendinding utama kepada UM No walau pun UM No tak bertanding. Tetapi hantunya ada menjelma dalam beberapa arca.

Pengundi semua, SPR dan SPRM sedang bermain jongkak samalah sebagaimana permainan main mata SPR dan SPRM sehubungan tuduhan rasuah kepada Fairus yang ditarek akan tuduhan kerana kes tak kemas dan SPR terpaksa meneruskan PRK N.12 Penanti, kerana Fairus tak heran dengan pujuk rayu SPR. Dan missi itu berterusan sehingglah selepas tamat pengundian jam 5 petang 31 Mei 2009 Ahad nanti.

Pengundi keluarlah mengundi, dan undi pangkah calun PR dari PKR Dr Mansor Othman untuk beliau terus dilantek menjawat TKM1 menganti kekosongan yang ditinggalkan oleh wakil kita dahulu.
Selamat mengundi.

Jam 9.35 malam. 27 Mei 2009
Bersamaan 2 Jamadilakhir 1430
Respon rencana dari: Ibn Abdullah Al Awab.

NOTA: SAYA AKAN ULAS MANEK URAI SELEPAS 28 MEI NANTI, INSHAALLAH. AL FATEHAH UNTUK ALMARHOM PAS SU WEIL, Al fatehah, rupa-rupanya ia mengiringi Ustaz Buniymin, Ustaz Wan Hassan Guchil, Pak Su Pi (Haji Saufi Othman Kuchelong Bekelam (Mak Su Bunut Payong dan Mak Su Kuchelong berdoalah untuk Pak Su) Bachuk, Ustaz Wan Jamil Pasir Pekan, Ustaz Mustapha Ibrahim Salor dan ramai lagi. Semua sahabat Al Fatehah)

Nota: Kakak tolong masokkan keblog Abah melalui stok rencana abah muatkan dalam pendrive. Itulah usaha abah yang gigih tega,r saya sebagai anak abah tak terdaya mengikuti azamAbahi. Siapkan dalam komputer Ummi, rencana dipendrivekan.

Abah sudah tepati janjinya tidak menyuroh kakak membantunya blogkan rencana di cybercafe, tetapi budi abah bila-bila terus kakak membalas jasa abah yang lelah tegar bersengkang mata berkarya. Serentak, disisi kakak menemani belajar untuk matlamat 8A PMR 2009. Kakak terima kata-kata abah, bantu ibu bapa dalam apa jua yang Allah tidak tegah adalah pahala.

Semuanya lebeh memudahkan kakak menerima doa percuma dan pahala mudah dengan membantu abah. Abah hebat dalam sejarah, abah hebat dalam matametik, tetapi abah maseh terikat dengan ejaan dipelajarinya 50 tahun dulu, tidak dapat di ubahlagi.

Maaf kakak tambah disini, abah tak tau, ini nota dari anak abah.Pembaca blog abah, doakan cita-cita kakak untuk PMR keputusan 8A 2009 ini, Inshaallah.