Tuesday, May 19, 2009

PRK N.12 PENANTI: UM No! HINDARLAH GUNA BABI MEMBURU ANJING

PRK N.12 PENANTI: UM No! HINDARLAH GUNA BABI MEMBURU ANJING



Dalam dahagakan berita dan lebuhraya jalorlebar, sejak saya mengalami musibah hampir seminggu sehubungan dengan hayat internet. Hinggalah detik saya mulakan rencana ini jam 9.23 malam Isnin, 18 Mei 2009 bersamaan 23 Jamadilawwal 1430 saya maseh diluar pengetahuan sehubungan info, berita dan maklumat terkini sehubungan kes permohonan rayuan balas YAB DS Ir Mohammad Nizar Jamaludin di Mahkamah sehubungan pengesahan kembali jawatan MB Perak dari rampasan haram MB haram UM No-BN Dr Zambry cambry 500cc. Hingga lewat malam dan pagi berikutnya saya terus terlepas infonya, saya sabar menanti untuk info sms dari teman semua, sekiranya diperolehi.

Kalau tidak silap dan tersasar maklumat saya memperolehi dari kakak (anak) sumber berita tv mengatakan pada hari inilah (Isnin, 18 Mei 2009) pehak Mahkamah Rayuan Putrajaya atau KL akan menentukan bersabit kes permohonan YAB DS Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menerusi saf peguamnya, menghadapi Dr Zambry cambry 500cc bersabit kedudukkan MB Perak. Terasa juga betapa dunia ini menjadi kaku untuk saya menghadapi dan menyelaminya walau saya hampir berumur 60 tahun. Saya merasai dan memperakui internet telah memberi dan menjana manfaat besar dalam mendapat info kepelbagaian ilmu pengetahuan dan mendapat sahabat taulan.

Berita utamanya adalah kenyataan Pengerusi BN, sebaik mempengerusikan mesyurat majlis tertinggi BN di Bangunan UM No PWTC di Menara Dato’ Oon. Najib telah mengesahkan bahawa parti UM No yang baru di pimpinnya telah mengadu nasib dan meminta pendapat nasehat ahli falaq dan nujum BN. Bagaimana UM No untuk menangani PRK N.12 Penanti. Khabar dan penunjuknya secara sebulat suara didapati dan Najib telah mengumumkan katanya, “BN telah memutuskan secara muktamat tidak akan menyertai dalam PRK P.12 Penanti yang akan diadakan”. Awat sampai macam tu? Pasai apa ni? Teloq tak dak ka? Janganlah UM No mengambil lesen bacul pengecut, mampus pucuk dari berselindung tabir BN, beralasan pandir disudut politik bermaruah sebagai parti orang Melayu dan teras dalam BN, akan dipertikai dan diperkata kotakkatekan oleh orang.

Atau BN yang mendapat Pengerusi baru anak mantan pengasas BN/mantan PM Ke2 Almarhom Tun Razak. Serta Presiden UM No (Baru) Ke3 dengan Presiden Pertamanya diasaskan oleh mantan PM22T Tun Dex, kini DS Najib menjadi mandom dan koro. Umpama ibu ayam Chow Kit keputusan haid. Apa mandom? Apa yang koro? Berita yang diumumkan oleh Pengerusi BN/Presiden UM No/PM6 DS Najib Tun Razak, telah mencipta hari ini dalam sejarah yang amat mengemparkan. Tempoh 10 tahun dahulu, UM No/MCA-BN menjadikan PRK sebagai alat telunjuk umpama getah dan pelasterin, perkakas utama untuk mereka mengikut dan membentuk memenuhi selera kabinet pusat dan kabinet negeri, dengan sewenang-wenangnya oleh UM No-BN. Tatkala itu mereka berpendapat simpul mati tahap 1,000% pasti kemenangan ditangan hasil dari PRK tersebut. Rupa-rupanya fenomena selesa dan lega telah berakhir dan tercabut kekuatannya dari UM No-BN. UM No menjadi pengecut menghadapi rakyat. Kenapa dan mengapa?

Dimana Najib pahlawan titih baka beneh Bugis ini untuk mengheret UM No? Dan kemanakah keberanian dan perkasa beraninya wira ultra turbo UM No, yang berkukuk di Singapuralah membawa bahana dan gerhana kepada Perdana Menteri/Presiden UM No Pak Lah yang terpaksa belah la bergelar Tun Lah. Turun dari tahta UM No dan turun pula dari tahta Putrajaya. Ya! Pahlawan Mohayaddin Yassin-lah empunya angkara? Kemana dia tak berani mempertahankan celupar mulut dan celupar asakkan dan tindakkan membawa Tun Lah dijadikan kambing hitam mangsa disembeleh. Hampa kata, kerana Pak Lah-lah penyebab UM No hancur, UM No di tolak oleh pengundi dan rakyat kerana Pak Lah, sedap sungguh telahan dan asakkan .

Hampa round pusing Malaysia sampai luar negara hampa kata macam-macam dekat Pak Lah. Jadi lah ni terboktilah semuanya fitnah hampa tak buleh sembunyi telunjuk lurus kelingking berkait keatas hampa. Hakikat sengotinya ialah hampa gila kosa dan hampa gila jawatan, hampa ligan dan hampa hinakan Pak Lah. Hampa guna media Prima dan media negara RTM. Berkukuk dan berketoklah, mengatakan kekalahan UM No-BN dalam PRK Parlimen Permatang Pauh dan PRK Parlimen Kuala Terengganu kerana rakyat dan pengundi benci pada Pak Lah sebagai Presiden UM No/Pengerusi BN dan pegang jawatan PM, mengakibatkan UM No tersungkur baham tanah di Permatang Pauh dan baham pasir di Kuala Terengganu. Hampa jangkit kaitkan, dudui kehulu kehilir angkara sama dari T4 diketuai oleh menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin. Semua tuduhan hampa sebenarnya benar tetapi karut marut.

Hampa pembohong dan hampa loklaq. Inilah hakikat bahan boktinya disudut realiti dan nizam politik bacaan jurnalis cokia koridor. Tengoklah ketika mana Najib ditabalkan menjadi Presiden UM No dan Mohiyaddin Yassin ditabalkan hampa menjadi Timbalan Presiden UM No. Sorang menjadi PM iaitu DS Najib dan sorang lagi jadi TPM iaitu TS Mohiyaddin Yassin. Ketika itulah tuhan kita Allah menguji hati perut Najib dan hati pedai Mohiyaddin Yassin dengan PRK P.59 Bukit Gantang dan PRK N.25 Bukit Selambau. Najib serahkan C4nya kepada Mohiyaddin Yasin menjadi Pengarah/Jenderal di kedua-dua peperangan PRK tersebut. Ketika mana Najib dan Mohiyaddin dulu mengasak dan membariskan kelemahan, kesalahan dan macam-macam lagi kenapa UM No-BN kalah kerana Pak Lah dalam PRK yang disertai.

Tuhan menjawabnya bagi pehak Tun Lah segala konspirasi menghina dan memalukan Pak Lah baik di penghujung memerentah negara dan di penghujung memimpin UM No. Ketika kuasa PM dan kuasa Presiden UM No ditangan Najib, dan manakala kuasa Timbalan Presiden UM No di tangan Mohiyaddin Yassin dan kerusi idaman hambatan TPM dibawah gengammannya. UM No-BN tersungkur rakyat dan pengundi telah menghadiahkan referendum besar kepada Najib dan Mohiyaddin Yassin juga membaham bijeh timah di Parlimen Bukit Gantang dan tergolek terlentang kedalam selut di Bukit Selambau. Apa macam dan apa keahai?

Saya bertanya adakah maseh angkara Tun Lahkah penyebabnya kalahnya hampa memimpin UM no dan menjawat PM dan TPM semasa menghadapi megetuai PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Hampa kena menjawab kepada semua orang Melayu, khususnya kepada ahli-ahli UM No pasai kalah di 2B. Hampa kena ingat Tun Lah tak turun di kedua-dua bukit. Tetapi lagenda usang shifu ulong Najib dan Mohiyaddin telah turun berkempeng di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau iaitu Tun Dex berkempen melalut dan melilau merapu dengan menggunakan memperalatan harta negara dan harta rakyat untuk kepentingan Um No livekan merapu Tun Dex di RTM, loklaq kerja UM No, nilah diantara sebab rakyat tolak UM No kalau nak tau.

Selepas kalah inilah hampa yang memimpin UM No di Menara Dato’ Oon. Dan hampa jugalah yang memimpin negara dipuncak Putrajaya, Perdana Putra, dah cuak dan mengigil lutut dan lidah kelu untuk turun mempertahankan maruah parti UM No di Permatang Pauh menerusi PRK N.12 Penanti. Bila hampa pengecut memimpin UM No maka ciptalah alasan untuk tidak menyertai PRK kecil N.12 Penanti. UM Nolah mulanya meletakkan batu asas dengan membawa immuniti kebal hampa untuk mengugut dan mengugat PKR himpin dan ugut YB Fairus. Akhirnya makan diri, lain kali berhati-hati. Sesungguhya keputusan yang dibuat semata-mata hampa menjaga diri pribadi tidak terus diri hampa di londehkan di kalangan dalaman UM No apalagi oleh PKR dan rakan sejawat sewaktunya dalam PRK tersebut. Ayoyo!! Ayoyo. Itu macamka!

Pemimpin-pemimpin UM No Bahagian Permatang Pauh dan pemimpin cawangan-cawangan UM No dalam DUN N.12 Penanti dan Pemimpin UM No Pulau Pinang (terkecuali Pengerusi impotnya) sekali pun menentang dengan apa yang diputuskan oleh Pengerusi BN melalui mandat mesyurat tertinggi BN memulaukan untuk turut serta dalam PRK N.12 Penanti. Secara jujurnya mereka amat marah dan keciwa yang amat sangat dengan keputusan yang di buat BN, dengan matlamat melumpuh dan melupuskan terus harapan dan keupayaan UM No untuk bangun kembali bermaya di bumi Permatang Pauh, terus menafikan kewujudan parti UM No untuk diuji kekuatan sokongan rakyat dan pengundi menerusi pengesahan PRK. Justeru, sahlah UM No pimpinan baru lebeh lemah tarafnya semasa UM No di bawah Pak Lah.

Tetapi alasan yang sebenarnya adalah, terhalangnya dengan menafikan hak serta peluang keemasan dan kesempatan untuk mendapat habuan dan merembat kepelbagaian dana dari semua punca untuk di masukkan kedalam kantong kocek pemuka-pemuka pemimpin bertaraf lanun, naga, cicak dan buaya dalam UM No, sememangnya wujud mencari makan sudah berlarutan menjangkau 30 tahun. Hanya sedikit sahaja dana yang terlepas dan mengalir kesasaran sebenar diperuntukkan PRU&PRK, sudah sepakat diketahui oleh umum sesama UM No. Mudahnya rasuah politik membeli undi. Inilah hakikatnya perebutan besar untuk memimpin UM No. Kerana atas kapasiti pemimpin dalam UM No mereka menjadi jutawan dalam masa yang pendek. Jenoh kumpul dana dalam 2 keadaan. Pertama setiap kali mensyurat berdepan pemilihan pemimpin. Keduanya ketika PRU dan PRK.

Tempoh 10 kali PRU akhir, seluroh sistem jentera pilihanraya dalam UM No-BN termasuklah dalam PRU, digerkkan hingga keakar serabut dengan upah dan rasuah. Tanpa upah dan rasuah, pegangan lama ahli-ahli UM No, sekeping atau sehelai bendera dacing tidak mampu dikibarkan. Hatta pos atau pintu gerbang didirikan bila dituntut duit upah berganda dari hasil dan usaha, kalau di abai, pintu gerbang akan ditebang tumbang, bebai dan macam-macam, ancam kecam pemimpin lebeh tinggi darinya sapu duit dan sebagainya. Samalah seperti cucu-cucu kita bermain; njit njit semut sapa sakit naik atas. Kepada pemimpin-pemimpin UM No Bahagian Permatang Pauh dan pemimpin-pemimpin cawangan UM No Dun N.12 Penanti, saya ucapkan bye!!! Bye!!! Bye!!!!

Mati hidup balik, mati dan hidup balik sekali lagi, saya tidak mempercayai dan dapat memegang buku, yang Um No-BN tidak mau menyertai PRK N.12 Penanti ini kerana mengelakkan dari pembaziran wang rakyat dan wang negara. Pelawak, kata orang Kelantan. Mehong kata orang Kedah dan Perlis. Hakikatnya ada tiga yang utama. Pertama kerana pribadi dan kedua kerana parti. Dan ketiganya selogan coca-cola dan pepsi kola. Maka saya akan mengulas mengikut hemat dan pemerhatian saya, akan perjalanan dan salor galor arah dan parah UM No sekarang yang pincang sedang mencari vaksin untuk menyembuh dari segala unsusr-unsur penyakit kronik berjangkit dan penyakit kronik genetik dalamUM No yang memusnahkan.

Pertamanya sebaik tatkala menjawat TPM DS Najib adalah Pengarah/Jenderal Pilihanraya BN dalam PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu telah mencapai kejayaan kecundang di 5 negeri dan WP termasuklah menguasai Negeri Sembilan dengan majoriti mudah. Serta sekadar dibawahnya sebagai pengarah/jenderal dalam PR di hadapi UM No-Bn dengan majoriti mudah juga menubohkan kerajaan pusat. Najib kalah sebagai Pengarah PR PRK Permatang Pauh dengan berganda kekalahan. Dengan jawatan yang sama merana dalam PRK Kuala Terengganu, tewas dalam gelanggang sendiri.

Kemuncaknya apakala menarek diri menjadi pengarah/jenderal dalam PRK Parlimen Bukit Gantang dan PRK Dun Bukit Selambau oleh Najib diserahkan kepada orang lain. Ketika itu adalah diminggu pertama Najib menjawat PM6. Ketika itulah satu referendum perkasa dari rakyat dan pengundi, menolak Najib, menolak UM No-BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau. Najib telentang dan pilu bila dikedua PRK tersebut bukan sahaja Najib ditolak dan tewas. Tetapi penolakkan dan tewasnya Najib dan parti UM No-BN dipimpinnya dengan majoriti PR perolehi jauh lebeh tinggi daripada di perolehi dalam PRU12 dulu. Ini permainan pribadi dihadapi Najib, hantu Altantuya dan ledakkan letupan c4 yang kedua-duanya mengingau dan memeningkan Najib menghadapi dan berdepan dengannya.

Maka, untuk orang terus memperkatakan tentangnya Najib yang ditolak rakyat dalam 4 PRK, jadi Najib yang berselindung disebalik lalang politik cetetnya didalam spenda BN untuk menentukan singlet untuk diguna pakai oleh UM No pada 31 Mei 2009 nanti. Yang selama ini tidak pernah terjadi konsen yang sebegini tulus iklas Najib, UM No-BN sejak dulu-dulu. Saya berpendapat, tanpa menyertai PRK N.12 Penanti ini, rakyat ramai dan rakyat marhaen sudah mula membuka mulut dan mula membincang mengikut persepsi masing-masing. Kalau kita berusaha membuat temubual rambang, maka dapatlah secara rambang juga dapat disimpulkan seperti berikut:-

1. Kerajaan UM No-Bn sudah tidak berupaya untuk menjana pembiayaan projek-projek kerajaan yang dijanjikan selama semasa berkempen dalam PRU12 yang lalu.

2. Sahlah UM No belum pulih dari segala macam vairus penyakit dan tidak ada vaksin mampu mengubatnya dalam masa terdekat. Jelaslah kesan mendapat pemimpin dari pertandingan pemilihan pemimpin berakhir 2 bulan lepas, sememangya carek sungguh berpecah dan berbelah khususnya di Permatang Pauh dan Pulau Pinang tu sendiri, sebab itulah bawa bomoh-dukun impot mengubati UM No PP. Ianya bukanlah carek-carek bulu ayam, tetapi carek sebenar dan hakikat, hinggakan tidak terdaya mampu berdepan PRK N.12 Penanti 31 Mei 2009 ini.

3. Mereka berkata kalau UM No tidak parti orang Melayu yang perkasa untuk berdepan uji kekuatan sokongan dalam apa keadaan, pasti tidak lama lagi UM No akan di letakkan dipersada cd simpanan Arkib Negara atau setidak-tidaknya di Muzium Negara, paling tidak di Zoo Negara, depa kata.

4. Najib tidak berupaya untuk menjelaskan langsung legasi apa yang diperkatakannya, sebaik beliau menjadi PM khususnya pasai One Malaysian-Satu Malaysia yang samalah dengan kehendak DAP selama ini yang ditunaikan UM No melalui Najib sebagai PM kepada negara. Mlaysia yang libral.

Keduanya sehubungan parti. Najib tidak mempunyai kelayakkan jantan tulin, pendirian dan statement politik yang unggul dalam menangani dan mewarnai UM No yang dipimpinya hampir 2 bulan. Najib menafikan dan samasekali tidak percaya yang UM No di pimpinya sekarang, adalah sebuah parti yang kuat, parti yang kukuh, serta parti yang akan terus mendapat sokongan dan kepercayaan dari pengundi khususnya orang Melayu, keturunan Cina dan dari Keturunan India. Untuk memehak dan memberi undi kepada calun datang dari UM No untuk PRK N.12 Penanti. Dan UM No telah pupus calun diklangan pemimpin-pemimpin tempatan, yakni pemimpin dihati rakyat dan dihati pengundi. Pemimpin calun bodek, calun ampu dan calun merapu ada. Sukar dan sulit payahnya UM No mendapat calon yang dicicirkan oleh pengundi, itulah realiti pulaukan PRK N.12 Penanti.

Sekiranya begitulah keputusan muktamat UM No tidak meletakkan calunnya dalam PRK N.12 Penanti yang penamaan calunnya akan diadakan oleh SPR pada 23 Mei 2009 Sabtu dan selari, selaras dan seiring dengan pengecutnya UM No meletakkan calunnya turut bertanding maka usahlah secara pondan pintu belakang, UM No yang bacul pengecut bertanding secara jantan meletak dan meletakkan proxinya pula bertarong. Biarkanlah PKR calunya sebenarnya tidak dilawan. Janganlah ibarat kata UM No umpama menggunakan babai untuk memburu anjing masuk rumah. Yang diburu adalah haram; pemburu digunakan juga haram.

Samalah, kalau menyertai PRK N.12 Penanti itu kunun katanya ianya membazir dan merugikan dana negara dan ianya lebeh apdal untuk membiayai pembangunan negara untuk rakyat. Maka mmemberi sokongan kepada calun bebas yang ditaja sebagai proxi kepada UM No dengan diberi dana pembiayaan pilihanraya juga merupakan pembaziran dan merugikan. Maka itulah saya bidalankan usahlah memburu anjing dengan menggunakan babi. Maka biarkanlah tidak terjadi PRK pada 31 Mei 2009 Ahad kerana PKR menang tanpa bertanding.

Disiapkan oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB

Jam 11.50 mlm 18 Mei 2009
(Nota: Saya Ibn Abdullah Al Awab, minggu lepas minta tolong anak (Kakak) ke cybercafe tolong masokkan ke dalam blog saya dengan 2 rencana serta di emailkan kepada 2 sahabat blogger. Saya nyatakan maksud dan tujuanya dan saya telah sertakan A/C No. 152031380740 – ZAKIAH (Maybank) atau A/C No. 0710029851730291 – ZAKIAH (BSN-Giro). Hari ini 18 Mei 2009 sekiranya petang nanti saya pinta pertolongan kakak (anak) untuk melihat akan kedua-dua A/C kearah tindakkan selanjutnya, Inshaallah. Terima kasih kepada penghulur membantu meringankan beban)
Anak (kakak) belum ada masa masukkan rencana ini dan semak A/C.
PINTA KAKAK HARI INI SELASA 19. 05 & TOLONG SEMAK A/C & TUNAIKAN BLOG dan EMAIL DI CYBERCAFE DI PEKAN NANTI TK.
Assalamualaikum

1. Terlebeh dahulu kakak bagi pehak abah ucap terima kasih kepada teman pembaca dan blogger abah. Sekalipun menerima sumbangan hasil rayuannya kecil jumlahnya, Abah merakamkan syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada insan yang murah hati menyumbang, Alhamdulillah.

2. Kakak tidak usek dan biarkan sampai membolehkan abah menyelesaikan bil itu dan membaiki kumputer abah seperti abah pesan.

Maaf dari kakak, kakak sendiri tidak suka bertandang ke cybercafe tapi abah minta tolong, tak wajar kakak membantah, sebab selama terdaya kami manfaatkan internet di rumah sebagai penghubung. Tk.

Kakak anak abah: Cybercafe P.S.

19 Mei 2009 – 3 ptg. Selepas kakaK dan sahabat membuat pengesahan a/c di bank berdekatan dengan cybercafe SEKALI LAGI.

Sumbang ke A/C No. 152031380740 – ZAKIAH (Maybank) atau A/C No. 0710029851730291 – ZAKIAH (BSN-Giro). Untuk pembiayaan talihayat dan laptop abah.

TK Wasalam.