PRK. N.12 PPENANTI: BEDAH DAN DEDAH – ALLAH PERLIHATKAN DUA WAJAH.
NAJIB PULAUKAN PRK N.12 PENANTI 31 MEI 2009, KENAPA? TIDAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN. BENARKAH?
Ujian, Ketentuan Kehendak Allah
Dalam ilmu dan Kalam Allah, sengaja dan ketentuan Allah, Allah hendak tunjukkan kepada rakyat dan negara, hati pedal dan hati perut sesaorang itu, walau tinggi mana ia berada. Allah jualah yang hendak khabar dan sedarkan kepada rakyat bahawa tidak semestinya yang terpacul dari papan lidah dan mulut itu, ia selari dengan realiti hakiki termaktub di perbendaharaan hati.
Di perut pedal yang tidak dapat dilihat, ditengok dan dirasai walau dengan mengguna dan mendapat alat bantuan mengesan secara modern yang canggeh, sesunggohnya realiti dan hakikat dalam kalbu hati buraninya, maka setiap individulah tentukan. Termasuklah tidak terdapat ilmu yang khusus dalam mengesani hati nurani oleh sesaorang individu kepada individu yang lain. Sekalipun tidur dakap sebantal seperti pasangan laki bini, atau anak-anak dan sebagainya yang dikasehi.
Disinilah Allah hendak menyaksikan akan ilmuNya kepada manusia-manusia yang telah rakyat memutus dalam membuat piilihan dadalam memilih mengangkat pemimpin-pemimpin dari spesis dan jenama yang berbolak balik ini dalam memutuskan perkara yang sama. Allah telah secara tuntas dan mendadak menunjukkan serta memperlihatkan kepada rakyat jelata negaraku Malaysia, khususnya kepada yang memilihnya dalam memimpin UM No.
Diperlihatkan ujian pendirian untuk ditanganinya oleh Najib dalam tempoh kurang tiga minggu perubahan berbalik berbolok cakapnya. Ibarat kata orang tua-tua, kalau menulis dakwat belum kering, bermusafir belum tiba tempat distinasi, tanah maseh merah basah dah berkira nak menikah ganti. Begitulah berlaku dan telah terjadi Allah yang menjadikan semua yang berada dalam muka bumi dan dimana-mana juga.
Allah telah tentukan satu PRK diadakan di Kadun N. 12 Penanti Pulau Pinang dan kadun tersebut pula berada dalam Kapar Permatang Pauh, Pulau Pinang kira-kira baru menyelesaikan PRK dalam tempoh 9 bulan yang lepas pada 26 August 2008 yang lalu. Berlaku di-negeri yang diperentah kerajaan PR yang KMnya YAB Tuan Lim Guan Eng dari DAP. Sehari sebelum hari penamaan calun di Kadun N.12 Penanti 31 Mei 2009.
Allah memanggil dan menjemput saorang wakil rakyat kepangkuanNya pada Jumaat (yang punyai fadilat besar) selepas Suboh bersamaan 27 Jamadilawal 1430 (Al Fatehah untuk Pak Su Weil- Adun Manek Urai – AP PAS Bukit Gantang juga meninggal dunia. Kuala Terengganu AP UM No yang meninggal dunia. Bukit Selambau/Penanti Adun PKR letak jawatan). Juga di negeri abang sulong pemerentahan PR dipimpin oleh PAS dengan MBnya YAB Tok Guru Nik Aziz menjangkau 20 tahun di Fasa Ke2 pemerentahan PAS di Kelantan.
Mendepani Cabaran Berdepan Halangan.
Disinilah Allah sebenarnya telah memperlihatkan kekuasaanNya disudut bedah dan dedah identiti dzamir lahir batin pemimpin-pemimpin tertentu yang memerentah dan mewarnai negara kita. Supaya rakyat membuat penilaian dengan menggunakan neraca ilmu pengetahuan agama dan iman yang memandu hidup dan kehidupan kita bukan mengikut nafsu, supaya mengelak dari masok dan terjebak ke dalam lubang biawak dua kali.
Pemimpin datangnya dari jenis lidah berlapis dan lidah bercabang dalam membuat keputusan dengan berbalek dan berbolok memutuskan bertindak menghadapi dalam peristewa yang sama cuma berbeda tempat dengan keputusan bertentangan dan berlawanan, takjub dan membingongkan. Atau memiliki pemimpin yang menggunakan ilmu Allah dalam memelihara ucapan dan keputusan kepangkuan rakyat.
PRK kadun atau kapar, semuanya Allah taqdirkan yang telah berlaku dan terbaru pasti berlaku. PRK ini Allah sengaja taqdirkan berlaku di negeri-negeri yang di perentah oleh kerajaan PR di Pulau Pinang, Perak dan Kedah kecuali Terengganu. Semuanya Allah tentukan dimenangi oleh calun PR dari PAS dan PKR. Cuma Terengganu dipimpin UM No dalam keadaan persengketaan berat yang sarat permusuhan, pertelingkahan hatta mengugut membunoh dikalangan ADUN UM No sendiri dengan dua kabilah mantan MB dan MB.
Kemuncaknya persengketaan menjadi parah menanah seperti tumor dikepala perengkat 4 yang tahap kritikal bahayanya. Itulah vairus di hadapi UM No Terengganu tidak ada vaksin sampai kini menyembuhkan penyakit sengketa tersebut. Silap-silap dukun dan bomoh mengubati dalam merawatnya, berakhir taqwim UM No Terengganu tidak lama baki usianya berbaki. Kalau tak kena edar, sesi PRU13 nanti UM No Terengganu turut sampai dan menemui penghujung perjalanannya sebagaimana diperkatakan Mohiyaddin, jadi saya tumpang menaroh yakin, masin mulut Timbalan Presiden UM No/TPM, UM No akan meniti di pengnhujung hayatnya.
Sampaikan perentah tangkap dikeluarkan oleh pehak polis keatas mantan setiausaha politik mantan MB Mat Yeh. Suspek yang bergelar datuk bertaraf doktor falasafah. Dituduh menghantar SMS ugutan membunoh sesama sendiri pemimpin/ADUN UM No Negeri Terengganu. Sebagaimana khabarnya dan dihala tuduh kepada lawan dalam satu kelambu. A dengan B menghantar SMS ugutan kepada C, tiba-tiba A menuduh pehak C yang angkarakan SMS tersebut, serabutnya UM No. Jadi nyatalah Najib kandas dan gagal mutlak satukan UM No. Hatta gagal mutlak satukan BN. Mustahil nak jayakan satukan negara dengan retorik, ‘1 Malaysia; One Malaysian”. Pelawak kata orang Kelantan. Mehong kata orang Perlis dan Kedah.
Diatas faktor-faktor itulah, bermula PRK Kapar Permatang Pauh, Kapar Kuala Terengganu, dan serentak Kapar Bukit Gantang dan Kadun Bukit Selambau dan kembali pula ke sebahagian Kapar Permatang Pauh iaitu Kadun N.12 Penanti. Belum pun selesai PRK dijalankan terpaksa SPR bersidang pada 28 Mei ini untuk menentukan tarikh penamaan calun dan tarikh pengundian di Kadun Manek Urai, Kelantan. Hebat sunggoh percatoran dan Allah mengajar dan menguji semua manusia yang berkepentingan dalam PRK Manek Urai.
Disinilah dugaanNya memperlihatkan konsisten atau hangat-hangat tahi ayam alam menghadapi mengendalikan sesuatu kes yang sama Cuma berlainan premis. Ketika inilah rakyat dapat menyaksikan dua kategori pemimpin. Iaitu pemimpin yang kental konsisten dan pemimpin dari jenis lidah berlapis dan lidah bercabang dalam sikap dan penentuannya, yang cuba Allah tunjuk khabarkan. Untuk memperkukohkan berhujah dengan fakta maka saya ulang kembali ucapan beberapa pemimpin UM No-BN semasa berdepan dengan PRK N.12 Penanti.
Kenapa dan mengapa UM No pulaukan PRK Kadun N.12 Penanti, menerusi beberapa versi pendapat dan persepsi dari pemimpin UM No. Khususnya pemimpin UM No Permatang Pauh itu sendiri, hasrat mereka menyertai PRK DUN Penanti, demi maruah UM No penanti disangkal. Ulung-ulungnya sebaik perletakkan jawatan Adun Kadun N.12 Penanti penyandangnya iaitu Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR meletakkan jawatannya pada16 April 2009, menjadi berita besar negara seperti letupan peledak C4 yang membunoh wanita Monggolia Altantuya di Malaysia, di Bukit Cerakah tempatnya.
Belum apa-apa pun pehak SPR membuat pengumuman resmi berkaitan perletakkan jawatan tersebut, maka tiba-tiba sepontannya PM6 YAB DS Najib jua Presiden UM No/Pengerusi BN. Najib nipis telinganya mendengar dan menerima info tersebt, dengan spontan respon katanya, “UM No-BN mungkin tidak akan bertanding dalam PRK Dun Penanti”. Pendek dan rengkas sahaja mulanya komen instant dari PM. Lanjutan daripada itu maka Presiden UM No telah memutuskan yang mana, “UM No tidak akan bertanding di Dun Penanti, tetapi keputusan muktamatnya akan diputuskan oleh mesyurat tertinggi BN atau biro politik BN kalau tidak sempat”.
Najib Tun Razak, PM juga Presiden UM No/Pengerusi BN telah mengeluarkan fatwa kenapa dan mengapa UM No/BN tidak akan menyertai dan memulaukan PRK Dun Penanti kerana, “Sepatutnya YB Fairus tidak wajar meletakkan jawatannya kalau berdepan dengan masalah pribadi”. “UM No tidak akan menurut mengikut rentak pembangkang yang sengaja dicipta oleh Pakatan Rakyat untuk kepentingan mereka”. “Pilihanraya kecil Penanti ini merugikan masa dan membuang dan membazirkan duit rakyat dan duit negara”. Ohhhhh mak hebatnya humble dan pekin dalam menangani urusan dana negara dan rakyat, hebat macam setianya lagenda cerita lama Hang Jebat.
Cukup cantek, cukup kemas berlapek dan beradap bahasa PM kita. Bila PM mengenali itu semua? Apa macam kapal selam? Apa macam helikopter? Apa macam banyak lagi billion, billion yang fantastik runding terus dibawa arus? Semua itu tidak merugikan dan tidak membuang dan membazirkan masa. Bukan Najib saorang sahaja berkata begitu, ramai lagi pemimpin kanan, pemimpn kiri, pemimpin pusat dan pemimpin kaki pun berkata yes! Yes! Benar suara hati nurani PM yang retorit sakan setiap hari media canang berulang-ulang , “Satu Malaysia,.................. pencapaian diutamakan. Hebat
Tetapi wahai YAB DS Najib PM6ku!! Nak satukan UM No Perlis tak boleh, satukan UM No Kedah tak mudah, satukan UM No Selangor mengamor, satukan UM No Perak berak selerak, nak satukan UM No Terengganu belenggu, nak satukan UM No Kelantan mengkelan, nak satukan UM No Pulau Pinang air mata berlinang. Termasuklah fael berjangkit dan penyakit berangkai jenetik yang tidak ada doktor pakar dan pawang dukun pakar merawati dan mengubati UM No lanie. Satukanlah UM No sebagai contoh dulu baru tidak jadi retorit. Baru ke langkah kedua, Langkah ke2 apa?
Ayunan derap langkah kedua adalah sebagai Pengerusi BN Malaysia. Ini-inilah peranan besar Najib dan Mohiyaddin sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN usahakan bukan pecah langkah seribu yang akibatnya tulang paha dan betis patah. Mengundang leteh kerana tidak rehat dan minda menjadi merapu juga dengan tanpa rawat dengan penawar disirami air mawar sebagai penawar kata orang-orang tua. Tengoklah dalam MCA, Presiden dan Timbalan Presiden macam tahi dengan kentut, ugutan MCA UM No takut. Ugutan MIC jadikan UM No tak berfungsi atasi situasi.
Ugutan Gerakan UM No koi menjadi tertekan, air mata darah Najib melayan. Ini lagi hebat, mencabar dan boleh jadi bubar. Komponan parti BN PPP dua Presiden sudah jadi. Sekarang mereka dua kumpulan memberontak, kepala Najib boleh jadi botak macam Kojek. Semua diatas bukan tuduhan ianya kenyataan. Ianya mehnah dan kerenah bukan fitnah. Jadi-jadinya langkah pertama SATUKAN UM No, step-langkah kedua SATU PERKEMAS KEMINGKAN BN. Langkah-step ketiga barulah mengorak langkah SATUKAN MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” kalau tidak retorit sakan, rakyat tak termakan dengan selogan. Rakyat nakkan realiti hakiki.
Kalau tidak rakyat kata dekat UM No, no! No! No!!!!!!!!!!!!! Jangan mengarut dan melalut. Nak satukan UM No pun no, gagal tulin tak mampu, masakan dapat satukan BN pun mengkelan. Inikan pula nak Satu Malaysia dan semuanya satu di Malaysia, inilah saya melihat satu lagi semboyan dan gagasan retorit dari Najib Presiden UM No/Pengerusi BN dan PM6 Malaysia. Nak tanya sikit ni, Islam Hadhari pi mana? Selogan kerja bersama-sama dengan saya bukan kerja untuk saya, dok tang mana? Gemilang, Terbilang dan cemerlang, terterap terlentang dimana?
Ini-ini semua polisi personal PM atau polisi Negara dan wadah halu tuju negara? Tak mau ungkitlah jaman PM22T TunDex dulu, lagi berbulu kelu lidah hapalnya. Mai musim Najib jadi Presiden UM No dan PM sekali lagi rakyat jadi mangsa. Hala tuju negara dipinda mengikut selera semasa yang berkuasa. “Satu Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian utamakan”. Kerajaan Pusat melalui UM No rampaskuasa paksa dan menubohkan kerajaan haram kudeta di Perak. Tokoh utama pahala besar dalam memainkan peranan adalah pemimpin yang retorit war-warkan “Satu Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian utamakan” Hak nilah orang tua-tua dulu dengan bahasa kiasan “Lidah bercabang”. Saya tokok berlapis-lapis lagi.
Tak tumpah macam permintaan Putri Gunung Ledang keatas wakil peminanganya yang mau Sultan Melaka (Melaka dulu ada Sultan, la ada Gavenor Tun Khalil UM No sakan sarat tuduhan, la feudal elit negarawan bebaslah Sir) sediakan hati nyamak 7 mangkok, dan macam-macam lagi syarat aneh-aneh. Pasti Sultan tak tertunai dan tidak termampu dengan persetujuan syarat-syarat persetujuan akor yang dikemukakan, amat berat dan menyusahkan. Ertinya persetujuan dalam penolakkan kalau berpandukan terma-terma mampu dilakukan oleh jin dan para wali dan keramah lagi keramat. Kita kuali air gamat, Najib tolong berhemat, jangan retorit macam nak kiamat hari Jumaat yang dekat.
Maka begitulah jua berulang-ulangnya tayang ucapan menyajikan fatwa Najib, api yang membara pada rimbun baru, ianya akan membara dan haba panas, lama kelamaan ianya akan padam dan arang tadi menjadi abu berterbangan, samalah retorit Najib yang dijaja setiap saat dan ketika RTM-TV1,2. Setiap saat rakyat meloya mendengar fatwa Najib kepada negara “1 Malaysia dan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan”. Melayu jangan lupa, tok sah pi jaman Tun Dex PM22T lama sangat. Tengok PM Pak Lah yang belah kerana dibelasah oleh Najib dan Mohiyaddin. Mulanya MR Clean istiharkanlah dan jajalah di RTM dan di Primaworks disemua Tvnya, juga media cetak perdana Berita Heran dan Utusan Meloya, tak henti-henti mengulangi ampu, bodek melampau macam kueh pau basi.
Ungkapan keramat ketika itu ialah “Bekerjalah bersama-sama dengan saya, bukan bekerja untuk saya”. “Gemilang, Cemerlang dan terbilang”, akhirnya terlentang dan terbuang dan malang mengundang, bla!!!!! Blaaaa!!!!!! Bla!!!!!. Dimana semua semboyan ini yang dah ditempayankan diseal mati. Tunjuk papar, jadi imam sana jadi iman sini, awalnya menjadi. Semuanya dalam majlis UM No. Semuanya masa tu kalau boleh betui betui jadi makmum saf utama depan di belakang bertentang dengan Pak Lah iman. Sebab sebaik salam lepas doa, akulah UM No wahid nak fadzilat cium dan kucup tangan Pak Lah.
Kalau boleh pungkoq dan anu Pak Lah pun aku nak cium nak kucup, semunya dah bye!!!! Bye!!!! Byee!!!!. Lanie pesaka ampu macam ni, Najib tengah sakan dapat dari pengampu dan kroni. Pak Lah dulu solat Maghrib jadi imam dan teraweah jadi iman juga. Pak Lah tak pernah ditunjuk naik mimbar berkhutbah dan menjadi imam dimana-mana masjid terbuka macam Nik Aziz dan Haji Hadi. Hatta pijak kami dimimbar berkat Tok Wan dan Abahnya (Al Fatehah - kepada kedua Almarhom Ulamak Anak Beranak ini – Al Fatehah)menjadi khatib dan imam dulu-dulu di masjid pesaka TokWan dia di Kepala Batas, heran juga.
Tak sampai setaun senyap sepi iman teraweah kemana iman maghrib kemana. Bila fiesta Monson Cup anjuran Mat Yeh n Peter Lim Badawi. Ketika itu jugalah terpacul dedah dari beberapa akhbar dan laman web menyiarkan dengan yakin dan perasan, tangan Pak Lah mesra gelak ketawa sambil mengashikkan menyaksi fiesta. Tangan merayap jua menjana fiesta meletak diatas bahu dan rangkum pinggang amoi Cina lawa yang memendam rasa lama. Lepas tu senyap sepi jerat dah mengena. Makanya bermula hari-hari suram dan muram bertahta dikerusi utama Presiden UM No dan Perdana Menteri juga Pengerusi BN. Pak Lah pun tak terdaya menjadi imam macam awal-awal pegang jawatan No 1 negara.
Mr Clean mula dikeji bersama-sama menantunya Khairy. Pasti Najib akan jadi macam tu juga sebab Najib lebeh lemah dan alim waraqnya lebeh kebawah kebelakang dari Pak Lah kalau mau di bandingkan. Dalam segi ni Mohiyaddin Yassin lebeh kedepan mampu menjadi imam sembahyang. Hampa tengok, ini bukan tuduhan. Ini adalah penyaksian. Gunung tak akan lari sam ada kita ligan atau kita tak ligannya.
Berlapis lagi bercabang.
PM6 Najib dalam lawatan kerja rasmi ke Singapura dan menerima khabar kematian ADUN dari PAS di Dun Manek Urai pada Subuh Jumaat 22 Mei. Najib pantas mengeluarkan kenyataannya dari Singapura, “UM No-BN mesti bertanding di Dun Manek Urai Kelantan, kerana ianya disebabkan kematian. Dan ianya mengikut perlembagaan”. Sebelum saya bertanya kepada PM6 DS Najib, sukalah saya megimbaukan disini, ingatlah dan ambil timbalah pengajaran.
Di negara luar Singapura-lah serangan berbisa dan beracun yang dikeluarkan oleh Mohiyaddin Yassin (yang kemarok tak sabar nak jadi TPM), menghina dan memalukan PM Pak Lah dengan desakkan dan mengeluarkan pandangan macam harimau lapar, agar segera Pak Lah lepaskan semua jawatan disandangnya. Saya cuma mengingatkan. Jangan-jangan peluru yang Najib lepaskan itu dari Singapura kembali kenegaranya (Malaysia) yang ia adalah PM. Umpama peledak C4 yang mengkecaikan wanita Monggolia Altantuya yang diperkatakan media tempatan dan dunia gegak gempita. Tulahya memakan diri DS Najib sendiri, berhati-hatilah tulah itu.
Pertanyaan saya disini, apakah pengurusan PRK yang diadakan oleh SPR di DUN N.12 Penanti yang telah berlalu penamaan calunnya pada 23 Mei 2009 Sabtu lalu dan pilihanraya diadakan kerana pertandingan berlaku pada 31 Mei 2009 Ahad ini. Tidak sahkah dan tidak mengikut perlembagaan sebagaimana yang diuruseliakan oleh SPR? Kalau PRK N.12 Penanti itu tidak diadakan mengikut perlembagaan, maka Najib sebagai PM6, wajib sebagai PM dengan kuasa simpanannya sebagai PM yang belum mana-mana PM terdahulu gunakan, maka Najib mesti gunakan mengarah dan menahan supaya PRK N.12 Penanti dihentikan serta merta berkuatkuasa, mengarahkan kepada Pengerusi SPR. Ini adalah hakikat.
Kerana tidak mengikut Perlembagaan Negara dan peratoran sedia dalam SPR? Najib mesti bertindak sekarang? Kalau tidak Najib adalah saorang PM yang sering menipu dengan keputusan yang ibuat. Najib jangan benarkan SPR menganjur dan menjalankan PRK N.12 Penanti kerana ianya tidak mengikut Perlembagaan Negara? Saya menuntut tuntas masalah ini adalah berat sebagai satu ancaman dan ugutan bestari jangan pengundi keluar mengundi pada 23 Mei 2009 Ahad ini di PRK Penanti datannya resmi dari PM dan Ketua Penerangan MU No yang baru. Kalau tidak Najib mestilah membuat pengumuman resmi bahawa PRK N.!2 Penanti yang diadakan adalah mengikut perlembagaan dan akta SPR dipenuhi sepenuhnya?
Najib mesti memikul dan bertanggungjawab sepenuhnya dengan dakyah tersebut perlu ditangani demi keluhuran Perlembagaan Negara yang berada diatas PM itu sendiri. Bukannya kepentingan pribadi Najib dan keutamaan membias kepada kehendak UM No. Saya mengulangi dan pertanyaan disini. Wahai YAB PM6ku/Menteri Kewangan, Presiden UM No/Pengerusi BN YAB DS Najib Bin Tun Razak, apakah benar fatwa dan dakyah YAB PM yang mana PRK N.12 Penanti diadakan diluar perlembagaan, tidak mengikut perlembagaan dan SPR salah menganjur dan menyeliakan PRK N.12 Penanti tersebut? Selesaikanlah pertanyaan ini dengan jawaban selari seiring dengan Perlembagaan Negara kita. Bukan jawapan lepas tengkok.
Maka ini respon yang dikeluarkan oleh Najib berlawanan dan berbeda dengan apa yang difatwa dan dihujahkan di Kadun Penanti. Bilamana memulau dan tidak menyertai PRK N.12 Penanti kerana, maksud katanya adalah, “Sepatutnya YB Fairus tidak wajar meletakkan jawatannya kalau berdepan dengan masalah pribadi”. “UM No tidak akan menurut rentak pembangkang yang sengaja dicipta oleh Pakatan Rakyat untuk kepentingan mereka”. “Pilihanraya kecil Penanti ini merugikan masa dan membuang dan membazirkan duit rakyat dan duit negara”. UM No-BN lebeh mementingkan dan mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah untuk memulihkan keadaan ekonomi negara yang tenat sekarang”.
Kita perhatikan sebagai menyokong pandangan Najib bos mereka. KW UM No berkata, “UM No-BN tidak akan bertanding di Dun Penanti berlandaskan tidak mahu merugikan wang rakyat serta membuang masa. Perletakkan jawatan Fairus tidak wajar dan PRK tidak wajar diadakan, samalah dengan kata-kata fatwa Najib. Termasuklah ramai pemimpin UM No-BN yang menyokong. Tiba kepada bedilan kenyatan Najib diseberang Tambak Johor di Singapura, ‘UM No-BN akan menyertai PRK Manek Urai, kerana ianya diadakan mengikut Perlembagaan kerana ada kematian’. Gema peledak yang dilepaskan melalui dan menerusi aliran Tambak Johor itu sampai ke KL, ke Kota Bharu dan terus sampai ke Manek Urai.
Sampai kepada Datuk Pa Pengerusi kali ke 2 UM No Kelantan menziarahi rumah mantan Adun Manek Urai dan minum teh o dengan roti jari, dan sumbang balas simpati dari Tok Pa, terima kaseh, Alhamdulillah, cakna dan pekanya Tok Pa. Selanjutnya RTM ulang tayang gambar lama seperti zaman PM terdahulu, menceritakan Manek Urai yang ketinggalan dalam semua keadaan muncul kerap benar di RTM TV1 &2. Sampaikan cerdik dalam pekak dah katakan tak berkemajuan macama menteri bertaraf PHD undang-undang bengong sangat jenis belut ni yang terbang, kerana jambatan dah hangus menjadi debu dibakarnya.
Kali ni UM No nak lawan sakan di Manek Urai UM No-BN akan menjawab segala tohmahan dan fitnah pembangkang secara berhemah dan bukan dengan menyemai rasa benci orang ramai kepada parti lawan. Permulaannya UM No akan jadikan blog sebagai bahan berkempen untuk PRK Dun Manek Urai. Rais oooooooi! Dah di Manek Urai tak ada pembangun, semua tak ada sebab PAS perentah, macam mana hang nak gunakan blog? Elektrik, talian lebuhraya internet tak dak. Ingat tu anak Yatim, nak bohong bagilah masok bakul? Macammana? Jangan hina dan perkecilkan Manek Urai sebegitu rendah hampa tunjuk yang tak senonah, kami tau hang menteri pengampu No. 0 dihadapan satu, nanti makan diri.
Bukan saja jenis Tok Pa respon instant, belut minyak tanak juga menyahut batok PM di Singapura. Pun nak tumpang buat pahala di Manek Urai. Lama menyepi tiba-tiba mendengar ampu sokongan dari KP UM No yang Najib benci iaitu YB Khairy menantu mantan PM5. “Pergerakan Pemuda UM No menyokong penuh keputusan BN untuk meletakkan calun bertanding dalam PRK Dun Manek Urai”. Hebat sokongan diberikan pemuda. Buktinya UM No-BN tidak pengecut dan pernah gentar bertanding pada PRK seperti didakwa Penasehat PKR, DS Anwar?
Kalau dah berani dan keras semuanya, bersedia dan berpadu pasai apa pengecut bertanding di Penanti? Pasai nak jaga UM No lingkup atau nak memulihara Najib agar dirinya tidak diperkata dan diratah penceramah dan media? Kepada Khiry usahlah berbolok dalam memberi sokongan dan pendirian macam siput babi berlumba dengan kura-kura. Sebagai Ketua Pemuda BN anda wajar bagi tau pada Presiden UM No yang menghancurkan suasana damai tenteram Perak harmoni dibawah kerajaan PR menjadi porakperanda, adalah dari hasiltangan air danornya/Ahmad Zahid Hamidi dan chainya Dr Zambry cambry 500cc. Menjana dan membawa kepada kehancuran politik kenteteraman di Perak.
Sampai wujukan MB haram/Menteri Mahkamah dan satu lagi MB Sah dipilih rakyat di hati rakyat YAB DS Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Allah tuhan kita balas dalam tempoh 100 hari hasil danor Najib itu, iaitu dalam masanyalah baru menjejak Presiden UM No/PM dalam nak satukan Malaysia, komponan BN yang Najib pengerusinya parti PPP ada 2 Presiden. Iaitu mantan senator, mantan AP Taiping dan mantan Timbalan Menteri Datuk M Kayveas Presiden sedia PPP dan satu lagi Presiden PPP ialah Senator Datuk T Murugiah Timbalan Menteri. Saling tak tumpah macam di Perak. PPP ada 2 presiden, ada 2 majlis kerja tertinggi dan hebat lagi 2 kumpulan penyokong.
Fikir-fikirlah tentang ini ini KJ, itulah peranan KP BN, tok sah kalut yang lain orang pemain kita nanti, kalau sesama dalam jemelis UM No depan pak mentua pun orang sorak dan malukan kita, jangan pengundi Manek Urai malukan YB KJ kerana nak ambil nama dan ambil hati melekat kepada Najib sampai kita dimalu dicerca di PRK Manek Urai. Untung sekupang rugi seratus. Mau ka macam tu bedagang berniaga KJ? Kita ada panau, kita ada korap, kita ada aids, kita ada gaut. Jual ubat semboh tentang penyakit-penyakit tersebut. Sapa nak percaya? Najib bercabang dan berlapeh dalam memberi alasan sehubungan pulau PRK N.12 Penanti dengan alasan baru pula untuk meluluskan umpama jarum dengan benang untuk halalkan bakal PRK Dun Manek Urai UM No menyertainya.
Jaja satu Malaysia dengar satu donia. Satu UM No pun takterdaya tak tercapai Cuma terkapai-kapai tersepai. UM No Terengganu parah macam menular H1N1, semua UM No negeri memendam rasa tunggu macam bisul atau peracut nak pecah. UM No Perlis Darul Sunah hampir punah berebut jawatan. Kalah hilang semua, menang dapar semua, mengeluh anak Suboh.
Lebeh malang lagi apabila Ketua Penerangan UM No yang baru dan baru di lantek menjadi Timbalan Menteri. Belum pun lagi SPR menyatakan keputusannya berkaitan PRK Dun Manek Urai, Ahmad Maslan selaju 5000cc lajak dari laju kehadapan dalam mengampunya, “BN-UM No tidak ambil tahu isu Penanti, tetapi beri fokus kepada PRK DUN Manek Urai yang diadakan mengikut Perlembagaan”.
Soalan yang sama saya kemukakan kepada KPU Ahmad Maslan ini, diluar Perlembagaankah PRK N.12 Penanti diadakan SPR itu? Anda boleh sekarang ke Manek Urai bawalah semua jenis rasuah janji pembangunan di Manek Urai. Ingatlah PAS yang memerentah Kelantan hampir 20 tahun bermenteri besarkan Tok Guru nik Aziz, menghurmati Almarhom pemergian Pak Su Weil, tidak membincangkan apa-apa, tetapi UM No melampau sakan dalam hal ini, berhatihatilah nanti majoriti PAS berganda lagi, diatas celuparnya pemimpin-pemimpin UM No lebeh sampan dari kapal selam, faham!!!!!!!
Saya menutup perbincangan ini dengan mengatakan bahawa YAB DS Najib PM6/Presiden UM No Malaysia/Pengerusi BN adalah bacul dan pengecut untuk menghadapi kekalahan besar dalam PRK ke6 ini di N.12 Penanti, agar untuk memulihara dan menjaga air mukanya agar tidak disiram lagi dengan air danor memalukannya street dalam berdepan dengan PRK. Setelah memikul beban malu sebagai penjana kepala yang mencetuskan malapetaka di Perak dan dayausaha haramnya berperanan langsung menubohkan kerajaan haram, kerajaan kudeta Perak walaupun disahkan oleh Mahkamah yang rakyat meragukan keaslian dan ketulinan keputusan.
Najib sudah tidak mampu dan terdaya mendengar kecaman dari PR berkaitan sehubungan Altantuya gadis comel Monggolia yang berkecai dengan peledak C4 yang menghantui Najib kenapa? Isu ini menjadi perhatin dan tarekkan berita dibicarakan sepanjang zaman perengkat negara kita, monggolia dan donia. Pasti. Untuk menghindar dan mengelak bergemanya altantuya Monggolia dan peledak C4 dan macam-macam lagi yang tidak ingin samaskali dibebaskan Najib melalui pembersehan dan suci diri di Mahkamah Negara dan Mahkamah Dunia bersabit tuduhan berat akhbar luar kepada PM6ku, sleagi itulah semuanya hidup dan di perkatakan.
Inilah faktor besar bersekali dengan UM No akan kalah besar berganda di Penanti maka Najib pulaukan PRK N.12 Penanti. Hujah lain adalah hujah ganti sebagai penyedap hatinya melarikan diri dari diperkatakan tuntas di Penanti. Yang semua itu akan terus mengaibkan PM kita.
Mudah-mudahan PM, Ketua Penerangan UM No dan sesiapa saja yang menafikan PRK N.12 Penanti tidak mengikut Perlembagaan sebagai didakwakan mesti bertanggunjawab berdepan dengan SPR, sekiranya melibatkan kesan kata pM itu ke pengundi tidak mengeluar mengundi kerana ianya tidak mengikut perlembagaan berertui PRK N. 12 diadakan SPR dalam cara haram?
Justeru, Najib mesti perbetulkan keyataannya bahawa kepada BAHAWA PRK N. 12 PENANTI DIADAKAN OLEH SPR ADALAH MENGIKUT PERLEMBAGAAN. Makanya, Najib dan orang-orang kanannya janganlah membawa fitnah menuduh PRK N.12 Penanti tidak mengikut Perlembagaan. Pohon kenyataan.
Disiapkan rencana ini : 11.50 malam
24 Mei 2009 Ahad
Bersamaan 29 Jamadilawal 1430
Oleh: Ibn Abdullah Al Awab
Nota: Kakak tolong masokkan keblog Abah melalui stok rencana abah muatkan dalam pendrive. Itulah usaha abah yang gigih tega,r saya sebagai anak abah tak terdaya mengikuti azamAbahi. Siapkan dalam komputer Ummi, rencana dipendrivekan.
Abah sudah tepati janjinya tidak menyuroh kakak membantunya blogkan rencana di cybercafe, tetapi budi abah bila-bila terus kakak membalas jasa abah yang lelah tegar bersengkang mata berkarya. Serentak, disisi kakak menemani belajar untuk matlamat 8A PMR 2009. Kakak terima kata-kata abah, bantu ibu bapa dalam apa jua yang Allah tidak tegah adalah pahala.
Semuanya lebeh memudahkan kakak menerima doa percuma dan pahala mudah dengan membantu abah. Abah hebat dalam sejarah, abah hebat dalam matametik, tetapi abah maseh terikat dengan ejaan dipelajarinya 50 tahun dulu, tidak dapat di ubahlagi.
Maaf kakak tambah disini, abah tak tau, ini nota dari anak abah.Pembaca blog abah, doakan cita-cita kakak untuk PMR keputusan 8A 2009 ini, Inshaallah.